Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 22 - PART 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5719

Bacaan






“JEMPUTduduk, Qasy. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri aje. Lagipun, bukan dengan siapa-siapa, dengan bakal mentua sendiri juga,” pelawa Datuk Harris.

Erena yang sedang menghirup minuman panasnya terus tersedak apabila mendengar kata-kata papanya. Dia menarik muka cemberut. Cis, kenapa cakap macam tu? Kan tak pasal-pasal dah tersedak! Hisy! marah hatinya geram.

Dr. Qasyiful mengerling sekilas wajah tunangnya. Dia rasa geli hati melihat reaksi tunangnya. Apalah Uncle Harris ni? Agak-agaklah nak cakap macam tu pun. Kasihan cik manja aku ni, tak pasal-pasal dah tersedak.

Datuk Harris sengaja menayang senyuman sumbing di hadapan anaknya. Hatinya tergelak. Dia tahu, kata-katanya tadi membuat Erena menjadi tidak selesa. Tapi tak apa… sekurang-kurangnya dia dapat memberi peringatan yang Dr. Qasyiful adalah tunang pada anaknya. Bukannya apa, sekadar menyampaikan tazkirah petang.

Ehem! Datuk Harris berdehem. “Hah… Rena, yang tercegat di depan TV tu, kenapa? Takkanlah kamu dah melekat kat atas lantai tu? Papa tahulah drama Filipina kegemaran Rena tu dah start.Tapi, tak reti-reti lagi ke nak pergi buat air untuk bakal suami kamu ni?” tegurnya sinis. Siap menayang muka selamba badak lagi.

Erena terpempan. Bulat matanya apabila mendengar sindiran papa. Argh! Dia menarik muncung Donald Duck. Hah… kena buat air ke? Dia merenung tajam wajah Dr. Qasyiful. Lalu, sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada encik tunangnya itu. Argh, kecil besar, kecil besar aje aku tengok kau ni! Kalau tak ada papa, memang aku dah hentam kau cukup-cukup. Jaga kau, siap! Kau tengoklah apa aku nak buat. Dia tergelak jahat dalam hati.

Erena menjeling tajam ke arah encik tunangnya. “Hmm…” jawabnya acuh tak acuh. Dia bangun lalu melangkah ke arah dapur.

Dr. Qasyiful hanya memerhati sekilas wajah tunangnya. Lelaki kacak itu menguntum senyuman nipis. Makin sweet pula bila dia marah macam ni. Macam comel aje. Hu hu hu…Tiba-tiba, dia seakan-akan baru tersedar. Eh, kau ni dah kenapa, Qasy? Relax,serius okey! Bukan ke dia panggil kau mamat serius 24 jam?

“Qasy…” tegur Datuk Harris. Bibirnya terukir senyuman kecil.

Dr. Qasyiful tersentak. Serta-merta, lamunannya menghilang. “Ya, uncle.Err… kenapa unclepanggil Qasy ke sini?”

Datuk Harris menguntum senyuman kecil. “Actually,uncleada permintaan, Qasy. Uncle harap, Qasy boleh tunaikan permintaan uncle,” balasnya perlahan.

Dr. Qasyiful menjungkit sebelah keningnya. Hairan mendengar kata-kata bakal ayah mentuanya itu. “Permintaan? Apa dia, uncle?” tanyanya ingin tahu.

Datuk Harris memandang Dr. Qasyiful dengan pandangan penuh mengharap. Senyuman masih lagi bergayut di bibirnya. Uncleharap, Qasy dapat bentuk Rena jadi seorang isteri yang solehah bila kamu berdua dah berkahwin nanti. Lenturlah dia elok-elok, Qasy. Janganlah terlalu keras, patah pula nanti. Unclekenal, Rena. Walaupun dia manja dan keanak-anakan, tapi dia seorang gadis yang penyayang dan baik hati. Uncleharap, Qasy mampu bersabar dengan perangai dia.”

Dr. Qasyiful tersenyum. “Insya-ALLAH, uncle. I will try do the best,”jawabnya perlahan. Erk? Mampu ke aku bersabar dengan perangai manja tuning aku? Mampu ke aku bertahan? gerutunya di dalam hati.

Erena menatang dulang yang berisi cawan dari arah dapur lalu meletakkannya ke atas meja. Cawan yang sudah tersedia dengan air teh O diletakkan di hadapan Dr. Qasyiful dan Datuk Harris. Dia duduk di sofa semula.

Dia menguntum senyuman penuh makna. Keningnya terjungkit sebelah. Kau rasalah teh buatan masterchef Erena Amani binti Datuk Harris ni. Gerenti muka kau terus berubah menjadi kelat. Hatinya tergelak jahat.

Datuk Harris dan Dr. Qasyiful menghirup sedikit minuman mereka. Apa lagi? Terus muka Dr. Qasyiful berubah menjadi kelat apabila minum teh buatan tunang manjanya itu. Ayoyo, kelatnya! Nasib baik tak tersembur. Kalau tidak, naya aje Uncle Harris kena tepung tawar, marah hatinya geram.

Erena menayang muka sepuluh sennya di hadapan Dr. Qasyiful, berlagak seolah-olah tiada apa pun yang berlaku. Sengaja dia menyembunyikan senyumannya. Takkanlah nak mengaku pula? Percuma aje kena ceramah. Yang penting, Erena sudah puas hati. Dapat juga aku kerjakan kau, wahai encik tunang a.k.a Dr. Serious.Padan muka! Dia tergelak jahat di dalam hati.

Dr. Qasyiful mengerling sekilas wajah Erena. Dia menjeling geram. Ooo… kau kenakan aku ya, sayang? Kau bagi aku minum air teh kelat? Cis! Tak apa... tak apa… ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Siaplah kau nanti, wahai cik manja! ngomel hatinya geram.

“Qasy? Rena?” Tiba-tiba Datuk Harris menegur. Sekali gus mematikan lamunan pasangan tunang itu.

“Ya?” jawab Dr. Qasyiful dan Erena, serentak memandang wajah Datuk Harris.

Datin Katrina yang baru sahaja datang dari arah dapur, segera melabuhkan duduk di sebelah suaminya.

“Alhamdulillah, papa bersyukur sangat, Rena, Qasy. Akhirnya, kamu berdua dah pun sah menjadi tunang semalam. Papa harap, kamu berdua jaga status sebagai tunang. Papa tak nak dengar berita buruk pasal kamu berdua!” kata Datuk Harris tegas.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Insya-ALLAH, uncle,”jawabnya dengan wajah tenang.

Erena menarik muncung Donald Duck. Hisy, papa ni macam tak percayakan aku aje! Walaupun aku tak sukakan mamat serius 24 jam ni, tapi aku sedar status sebagai tunang dia. Takkanlah aku nak buat benda yang bukan-bukan belakang dia pula? Akal fikiran aku masih waras lagi, okey, ngomelnya di dalam hati.

Datuk Harris mengerling sekilas wajah Erena. “Hah… Rena, kamu dengar tak apa yang papa cakap tadi?”

Erena tersentak. Lalu, cepat-cepat gadis cantik itu mengangguk. “Rena dengarlah, papa!” jawabnya acuh tidak acuh. Hisy, aku belum pekak lagilah! Telinga aku masih boleh berfungsi dengan baik, bebel hatinya.

“Kami dah berbincang semalam, Qasy, Rena. Kami akan berikan tempoh selama enam bulan pada kamu berdua untuk mengenali satu sama lain. Gunakanlah tempoh selama enam bulan ini untuk menyelami isi hati masing-masing. Enam bulan adalah satu tempoh yang panjang. Gunakanlah sebaiknya, Qasy, Rena,” kata Datuk Harris tegas.

Erena menjungkit sebelah keningnya. Dia tersenyum penuh makna. Hmm… enam bulan, ya? Yes… dia ada rancangan baik punya.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Insya-ALLAH, uncle.Kami akan gunakan tempoh enam bulan ni sebaik yang mungkin untuk mengenali satu sama lain. Kan, Rena?” Selamba badak dia mengenakan Erena. Ambik kau! Haa… tadi kenakan aku, sekarang kau pula yang terkena! Satu sama, horrey!

Erena yang sedang melayan perasaannya, sekali lagi tersentak. Dia menjeling tajam wajah tunangnya. “Hmm…” jawabnya dengan suara geram.

Datuk Harris tersenyum lega. “Alhamdulillah! Haa… Qasy, jemputlah minum,” ajaknya. Dia mengambil cawannya dan menghirup minumannya sehingga habis.

Dr. Qasyiful mengukir senyuman kelat. Wajahnya berubah masam. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Macam mana aku nak minum? Cik manja aku ni sengaja buat air teh ni jadi kelat. Dia merenung tajam wajah tunangnya. Hisy, geramnya!

Erena sengaja buat-buat tidak nampak. Siap menayang muka selamba badak lagi. Bukannya dia tidak perasan akan renungan tajam encik tunangnya itu. Ha ha ha… kelat juga muka kau ya, wahai encik tunang a.k.a Dr. serious? perlinya dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku