Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 23
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5458

Bacaan






“PLAN A!Masa lunchnanti, aku nak makan puas-puas depan dia. Siap nak tayang mulut comot lagi. Biar dia tercengang bila tengok gaya aku makan,” kata Erena beria-ia. Segaris senyuman penuh makna terukir di bibirnya. Dia terbayangkan sesuatu. He he he… mesti mamat serius 24 jam tu terkejut beruk bila tengok cara aku makan, gumamnya dalam hati.

Kening Fina terjungkit sebelah. Lalu, dia menggeleng. “Kau biar betul, Rena? Takkanlah kau nak buat macam tu depan dia? Wei, jatuhlah maruah kau nanti! Lagipun, kau tu kan anak Datuk Harris. Malulah Uncle Harris kalau kau buat macam tu.”

Erena menayang senyuman penuh makna. Siap menayang barisan giginya yang putih berkilat bak bedak Johnson’s Baby.“Kau nilah Fina, bengap sungguh! Wei, takkanlah aku nak buat macam tu pula? Agak-agaklah! Kalau aku buat macam tu, jatuhlah maruah aku,” balasnya selamba.

Berkerut dahi Fina. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Haa… tahu pun! Habis tu, yang kau gatal-gatal nak buat macam tu, kenapa? Tak ke jatuh maruah kau nanti, Rena?” bidasnya.

Erena menarik muka cemberut. Dia menjeling geram. Hisy! Apa pasallah kawan aku ni sengal bebenor? Takkanlah benda sekecil macam tu pun tak reti nak fikir? Budak kecil pun pandai tau, perli hatinya geram.

“Kau ni Fina, lembablah! Pandai-pandailah aku cari meja yang agak tersorok dari orang ramai. Takkanlah aku nak tayang perangai kebudak-budakan aku depan dia orang? Malulah aku!” balas Erena keras.

Seraya itu, bibirnya terukir senyuman penuh makna. “Lagipun, aku cuma nak tayang depan Dr. serioustu aje. Bukannya nak tayang depan semua orang. Apalah kau ni?” tambah Erena lagi.

Fina tersengih bak kerang busuk. “Dah kau tak cakap awal-awal, manalah aku tahu.” Dia siap menayang muka selamba lagi.

Kening Fina terjungkit sebelah. “Tapi kan Rena… takkanlah kau tak ada rasa malu depan Dr. Qasyiful? Maksud aku… kau nak tayang perangai kebudak-budakkan kau tu depan dia. Nanti dia fikir yang bukan-bukan pula. Kau tak rasa malu ke?” serkap Fina.

Erena tergamam. Dia agak terkejut apabila mendengar soalan cepumas itu. Eh? Directbetul soalan tu. Tercengang aku nak menjawabnya. Cis! Relax Erena Amani, control! Jangan gelabah depan kawan baik kau ni. Hancur semuanya nanti! pujuk hatinya bersungguh-sungguh.

Erena membetulkan duduknya. “Apa punya soalanlah kau ni? Sepatutnya, soalan tu kau kena tuju kat budak darjah lima tau. Letak kat bahagian soalan pemahaman, gerenti dia orang boleh jawab. Entah-entah, boleh dapat A plus,” sindirnya geram.

Kening Fina terjungkit sebelah. “Masalahnya, subjek macam tu bukannya ada dalam silibus dia orang pun. Subjek ni khas untuk kau aje tau. Sebab melibatkan hati dan perasaan kau, Cik Erena Amani,” perlinya selamba. Siap menayang senyuman sinis lagi.

“Kau ni!” marah Erena lantang.

Fina tertawa kecil. Geli hati apabila melihat reaksi Erena. Hatinya semakin yakin seratus-peratus, Erena sememangnya sudah terjatuh cinta pada Dr. Qasyiful. Cuma, gadis cantik itu masih tidak sedar lagi. Atau, pura-pura tidak sedar. Hmm… entahlah!

Erena menjeling geram. Apa yang kelakarnya? Aku tengah buat lawak ke? Marahnya di dalam hati. “Kau ni dah kenapa, Fina?” bidasnya geram.

Fina tersengih bak kerang busuk. “Tak ada apa-apa, Rena. Cuma, aku geli hati bila tengok muka kau tu. Merah menyala pipi kau tau!”

Wajah Erena terasa panas. Hah? Biar tembikai? Aduh! Ya ke pipi aku merah menyala? Eh, kau ni dah kenapa, Erena Amani? Ayoyo! Apa sudah jadi meh?

Fina menjungkit sebelah keningnya. Dia berdehem. “Okey, berbalik pada soalan tadi, kau tak rasa malu ke bila tayang perangai kebudak-budakkan kau tu depan dia?” ulangnya lagi. Sekali lagi, dia cuba menyerkap jarang Erena.

Erena menarik muncung Donald Duck. Eh, ada lagi ke soalan ni? Aduh! Sahlah, Fina memang sengaja nak korek rahsia aku! Hisy, tak boleh jadi ni! Kali ni, aku kena berhati-hati. Control Erena Amani, relax!

“Fina, kan aku nak buat dia putuskan pertunangan ni. Kau sendiri tahukan yang aku tak pernah sukakan dia? Macam mana aku nak teruskan pertunangan ni kalau hati aku rasa kosong aje? Kau nak tengok hidup aku tak bahagia ke, Fina?” balas Erena bersungguh-sungguh.

Kening Fina terangkat sebelah. “Okey, kalau kau berjaya buat Dr. Qasyiful putuskan pertunangan ni, apa perasaan kau? Kau sedih macam orang baru kematian suami ke? Atau, melompat gembira macam orang baru menang hadiah dalam cabutan bertuah?” duganya sekali lagi. Sengaja dia memusingkan soalannya. Mahu menduga isi hati Erena yang sebenarnya.

Erena tergamam lagi. Alamak! Kenapa dia pusing soalan pula ni? Hisy… dia ni, memang sengaja tembak aku dengan soalan maut ni! Apa aku nak jawab ni? Tak ada pula aku terfikir ke arah tu, aduh! gerutunya dalam hati. Dia gugup. “Err…”

Fina tersenyum sinis. “Kau sebenarnya dah tersangkut hati dengan Dr. Qasyiful, kan Rena?” duganya lagi.

Mulut Erena ternganga luas. Matanya membuntang. “Hisy… kau ni, mana ada! Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan, ya!” nafinya.

Fina tergelak sinis. “Suka hati kaulah sama ada nak mengaku ataupun tidak, Rena. Aku cuma meneka isi hati kau tu aje. Lagipun, tuan empunya sendiri aje yang tahu apa yang bersarang dalam hati. Tak gitu, Cik Erena Amani?”

Erena tergamam. Haa… dia dapat baca isi hati aku ke? Sedangkan aku sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam hati aku ni, tapi orang lain boleh tahu? Hairan! Memang Fina ni Nujum Pak Belalang versi moden.

Dia menarik nafas panjang. Ah, ini semua poyo! Fina sengaja nak menduga kau tu, Rena. Tenang okey! Ingat plan A! Semuanya kena berjalan dengan lancar, harus!

DR. AIMAN melangkah ke ruang tamu sambil membawa sebalang keropok kentang Mister Potato perisa Hot & Spicy kegemarannya. Dia duduk bersila di atas sofa.

Walaupun ligat menyuap keropok kentang kegemarannya ke dalam mulut, namun mata Dr. Aiman tidak lari dari memandang gelagat Dr. Qasyiful yang sedang menyikat rambutdi hadapan cermin yang tergantung di dinding ruang tamu.

Kening Dr. Aiman terangkat sebelah. “Qasy?” tegurnya sambil menyuap keropok kentangnya ke dalam mulut.

Dr. Qasyiful yang sedang ligat membetulkan rambutnya menjeling Dr. Aiman melalui cermin sekilas. “Hmm…” balasnya acuh tidak acuh.

Dr. Aiman menyuap keropok kentang ke dalam mulut. “Amboi Qasy… bukan main handsome lagi malam ni. Macam nak pergi jumpa buah hati aje. Kau nak ke mana, Qasy?”

Dr. Qasyiful menguntum senyuman penuh makna. Macam tau-tau aje dia ni yang aku nak pergi jumpa Erena. Setelah puas hati dengan penampilan dirinya, lelaki kacak itu berjalan ke arah Dr. Aiman. Dia melabuhkan duduk di sebelah kawan baiknya.

“Err… kau nak ke?” tanya Dr. Aiman sambil tangannya menyua balang keropok kentang itu di hadapan Dr. Qasyiful.

Dr. Qasyiful tidak menjawab. Lelaki itu terus mengambil dua keping keropok kentang lalu menyuap ke dalam mulut.

Kening Dr. Aiman terjungkit sebelah. “Haa… kau nak ke mana, Qasy?” ulang Dr. Aiman sekali lagi.

Dr. Qasyiful tersenyum penuh makna. “Nak keluar, Man,” jawabnya acuh tidak acuh.

“Oii… takkanlah pakai smartmengalahkan artis Korea, setakat nak duduk rumah aje? Mestilah nak keluar. Sengallah kau ni, Qasy!” marah Dr. Aiman. Loyar buruk pula dia ni, ketuk karang!

Dr. Qasyiful hanya tersengih.

Dr. Aiman menjeling geram. “Tak payah nak sengih-sengih sangatlah, Qasy! Tak handsome pun. Haa… jawab cepat, kau nak ke mana?” desaknya.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Aku ada datedengan tunang akulah,” balasnya perlahan. Wajahnya kelihatan agak malu-malu.

Dr. Aiman menjungkit sebelah keningnya. Lalu, dia tersenyum penuh makna. “Kau nak keluar dengan Rena ke?”

Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. Dia mencebik. “Soalan apa ni, Man? Oii, siapa lagi tunang aku kalau bukan Erena Amani?”

Dr. Aiman tersengih. “Sorry… sorry… aku terlupa pula,” katanya selamba. “Err… by the way,kau nak bawa dia pergi mana?”

Dr. Qasyiful tersenyum. “Lunch at Marriot Hotel, Putrajaya.”

Dr. Aiman tersenyum penuh makna. Lelaki itu menjungkit sebelah keningnya. “Wow, so romantic!Haa… jangan lupa bawa sejambak bunga ros untuk dia. Gerenti dia suka punyalah,” cadangnya bersungguh-sungguh.

Dr. Qasyiful tergelak. “Bunga? Oii, apa yang kau merepek ni, Man? Aku bukan lelaki romantik, okey. Dan aku pun tak tahu macam mana caranya nak romantik dengan tunang sendiri. Lagipun, Rena sendiri dah cop yang aku ni mamat serius 24 jam. Kalau aku jadi romantik, mahu pengsan tunang aku tu. Naya aje!”

Dr. Aiman ketawa besar. “Dia gelar kau macam tu ya, Qasy? Haa... memang padanlah dengan kau, wahai encik mamat serius 24 jam. Aku tengok, depan dia bukan main lagi kau serius bagai nak rak. Cuba romantik sikit, Qasy. Bukannya dengan siapa-siapa pun, dengan tunang sendiri juga.”

Dr. Qasyiful tersenyum. “Entahlah Man… Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku rasa macam nak bersikap serius aje bila dengan dia.”

Kening Dr. Aiman terjungkit sebelah. Dia tergelak. “Haa… bagus sangatlah tu, Qasy! Mamat serius 24 jam vs cik manja… kita tengok siapa yang tunduk dulu. Kau atau dia?” balasnya seolah-olah menyindir.

Dr. Qasyiful menjeling. “Macam-macamlah kau, Man! Dahlah, malas aku nak layan! Aku gerak dululah, dah lambat ni.”

Serentak itu, Dr. Qasyiful mengatur langkah keluar dari rumah sewa mereka.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku