Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 24 - PART 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5702

Bacaan






“HUHH!” Erena melepaskan keluhan geram. Gadis itu menarik muncung Donald Duck. Dia menarik muka cemberut. Dia melabuhkan duduk di atas sebuah kerusi. Dia duduk di situ sambil menongkat dagu.

Selepas itu, dia mengerling jam yang terikat kemas di pergelangan tangan kirinya. Sekali lagi dia mengeluh. “Ayoyo! Dah pukul 3.30 petang ni!” gerutu Erena dengan nada suara geram.

Erena bangun. Dia mundar-mandir di lobi hotel. Ah, dia merasakan seolah-olah dirinya bak tunggul kayu. Berjam-jam dia menghabiskan masa di situ. Namun, bayang encik tunangnya a.k.a Dr. serious masih tidak muncul lagi.

Erena menghentak kaki tanda geram. “Hisy… dah macam patung Cendana kat shopping mallaje aku kat sini tau, tapi bayang kau masih belum terpacak macam tiang bendera lagi. Oii… Dr. serious,kau melencong ke mana hah? Kenapa lambat sangat ni? Hisy!” bebelnya.

Erena semakin bengang. Dia menggenggam buku lima tanda geram. “Haa… itulah janji lelaki! Kalau tak tepati janji, memang tak sah. Huhh! Janji pukul 1.30 petang, tapi jarum jam dah berganjak ke pukul 3.30 petang pun, bayang kau masih belum muncul lagi. Oii… kau ingat aku ni penunggu setia ke, hah? Dari aku duduk melangut kat sini, lebih baik aku berjimba-jimba kat shopping mall. Argh!” bebelnya geram.

Dari pukul 1.30 petang, Erena sudah terpacak di lobi Hotel Marriot,Putrajaya. Hampir dua jam gadis itu menanti. Namun, jarum jam sudah berganjak ke pukul 3.30 petang pun, langsung tiada tanda-tanda Dr. Qasyiful akan muncul.

Erena mendengus geram. “Huhh, tak boleh jadi ni! Takkanlah aku nak tunggu macam tunggul kayu aje kat sini?” gerutunya geram.

Lantas, telefon bimbitnya yang berjenama Iphone 5 dibawa keluar dari tas tangan. Dia membuka phone booklalu mencari nombor telefon encik tunangnya.

Senyuman terukir di bibir apabila nama Dr. serioussudah ada di depan mata. Dia terus menghubungi encik tunangnya.

Namun, hampa! Inilah jawapan yang diterimanya. “Nombor yang anda dail, sedang sibuk. Sila cuba sebentar lagi!”

Huhh, operator yang jawab? Hampeh betul!

“Aku nak dengar suara kau, wahai mamat serius 24 jam. Bukannya suara operator telefon yang jadi peneman setia tu. Huhh!” ngomel Erena semakin geram.

Erena menghentak kaki. “Aduh, sakitnya hati aku! Kalau tahu nak jadi macam ni, baik tak payah datang pun tak apa. Tak ada la aku melangut macam orang tak siuman kat sini!” gerutunya geram.

Erena menggosok kepalanya berulang kali. Memikirkan sikap sambil lewa Dr. Qasyiful, membuatkan hati Erena semakin membengkak. “Kenapalah kau tak reti nak callaku, hah? Kalau tak jadi nak jumpa, beritahulah awal-awal. Tak ada la aku terpacak kat sini macam Patung Cendana. Kau ni memang cari nahaslah!”

Sekali lagi Erena cuba menghubungi Dr. Qasyiful, namun gagal lagi. Dia semakin bengang. “Argh!”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku