Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 25 - PART 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5280

Bacaan






ERENA mencampak tas tangannya ke atas katil. Dia menghentak kaki bak anak kecil. Dia menggenggam buku lima tanda geram. Nafasnya kedengaran turun dan naik, bagai baru lepas menyertai acara marathon.

“Hisy, benci betullah ada tunang macam ni! Dahlah sentiasa serius 24 jam, muka tak pernah ceria pula tu! Senyum? Huh, langsung tak pernah tergaris kat bibir kau! Hisy!” bentaknya geram.

Dia menghela nafas panjang. Tubuhnya dihempas ke atas katil. Dia menongkat dagu. Kejadian petang tadi singgah sebentar di layar ingatannya.

Bila teringatkan kejadian tadi, hati Erena semakin diulit rasa geram. “Dia boleh tayang muka tak bersalah depan aku, kan? Huhh, kenapalah papa dan mama beria-ia nak aku bertunang dengan mamat serius 24 jam a.k.a si hati kering tu? Hisy, bencilah!”

Tiba-tiba, bayangan Fina menerpa di ruangan mata Erena. Gadis itu memetik jari.

“Fina!” ucapnya.

Lantas, telefon bimbitnya yang terletak di atas meja solek dicapai. Ringan jarinya menekan nombor telefon bimbit Fina di skrin telefon itu.

Dalam masa beberapa saat, talian bersambut. Kedengaran suara Fina di hujung talian.

“Helo?”sapa Fina lembut. Nada suaranya kedengaran lemah. Macam orang sedang mamai.

“Fina? Aku ni, Erena,” kata Erena.

Fina tersentak. “Oii mak cik, kau bukan tengah pegang mikrofon! Jadi, janganlah terpekik-pekik macam orang gila! Suara tu kontrollah sikit! Pekak telinga aku tau!” sergahnya geram.

Erena tersengih. “Ala… sorry. Aku gurau aje.”

Fina menjeling geram. “Banyaklah kau! Bergurau konon? Tak kena gaya langsung,” omelnya geram.

Sengihan kerang busuk masih lagi bergayut di bibir Erena. He he he… orang di sana dah marahlah. Habis laaa… “Ala… tak mau la marah. Tak comel nanti.”

Fina tergelak. Dia geli hati apabila mendengar ayat Erena. “Sengallah kau, Rena!” Dia ketawa besar.

Erena tersenyum simpul. He he he… dah tak marah lagilah tu. Alahai, senang aje nak pujuk kawan baik kesayangan aku ni, omel hatinya.

Tiba-tiba, peristiwa tengah hari tadi menerpa ke layar ingatan. Serta merta, senyuman Erena mati. Dia mengeluh.

“Kenapa kau mengeluh, Rena? Kau ada masalah ke?” tanya Fina ingin tahu.

Erena tersenyum kelat lalu menceritakan peristiwa yang berlaku
tengah hari tadi pada Fina.

Tawa Fina meletus kuat sebaik sahaja Erena selesai bercerita. Dia jadi geli hati apabila mendengar cerita kawan baiknya itu. Ha ha ha… kasihan! Lain yang dirancang, lain pula yang menjadi. Hancuss rancanganmu, kawanku.

Erena tercengang apabila mendengar tawa Fina. “Amboi, kau boleh ketawa sakan bila dengar cerita sedih aku ni, kan? Kau nilah Fina, menambahkan lagi sakit di hati aku! Dahlah Dr. serioustu sakitkan hati aku, kau pun sama juga! Kau orang berpakat untuk sakitkan hati aku ke, hah?” marahnya.

Kening Fina terjungkit sebelah. “Apa pasal pula kau kata macam tu? Bila masa pula kita orang berpakat untuk sakitkan hati kau? Jumpa pun tak pernah, apatah lagi nak berpakat untuk kenakan kau. Tak ada maknanya! Kau aje yang rasa macam tu, Rena,” sindirnya selamba.

Erena menarik muncung Donald Duck. Hisy, menyakitkan hati aje cerita kat minah ni! “Kalau tahu kau nak ketawakan aku, tak adanya aku nak cerita kat kau. Menyesal aku cerita tau! Argh!” bebelnya tidak puas hati.

Fina tersengih. “Ala, relax ok. I’m just joking.”

Erena tercengang. Dia mencebik. Hah… joking?Ha ha ha… so funny! “Dahlah, janganlah ketawakan aku lagi! Aku tengah sakit hati ni!” omelnya geram.

Fina tersenyum sinis. “Padan dengan muka kau, Rena! Lain yang kau rancang, tapi lain pula yang menjadi. Nak malukan dia, konon? Alih-alih, kau yang termalu sendiri. Tulah… lain kali jangan terfikir untuk buat benda yang bukan-bukan lagi. Haa tengok… apa dah jadi?” sindirnya.

Erena menjeling tajam. Dia mendengus geram. “Dahlah, tak nak cerita apa-apa lagi kat kau! Aku letak dulu. Assalamualaikum!” balas Erena lalu segera mematikan talian. Dia mengeluh. Hisy, kawan aku pun sama! Berpakat untuk menentang aku! Bencilah!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku