Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 26 - PART 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(12 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5215

Bacaan






PINTUrumah ditutup rapat. Dr. Qasyiful menggantung kunci keretanya di tepi dinding. Dia melabuhkan duduk di atas sofa. “Kenapalah Erena susah sangat nak terima alasan aku? Kenapalah kepala Erena keras macam batu? Hisy, susah betullah bila bertunang dengan gadis manja macam Erena ni,” keluhnya. Lelaki itu men kepalanya berulang kali. Ah, kusutnya!

Serentak itu, fikirannya menerawang mengingati peristiwa tadi. Ayat yang terbit di bibir Erena menampar cuping telinganya.

“Just sorry? Saya tunggu awak dari pukul 1.30 petang sampai ke pukul 3.30 petang tau? Then, pukul 4.00 petang baru bayang awak muncul.”

Sekali lagi Dr. Qasyiful mengeluh. “Aku ada kerja, Rena. Aku bukan sengaja nak datang lambat. Takkanlah kau tak faham bahasa Melayu kot? Nak kena eja satu per satu dulu ke, baru kau nak faham, hah? ”

Dia memicit dahi. Kepalanya terasa pusing apabila memikirkan perangai manja tunangnya itu. Ah! Semakin hari, gadis itu semakin manja.

Kelihatan Dr. Qasyiful menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Uncle Harris, Auntie Katrina, macam mana saya nak lutkan perangai manja Erena sedangkan saya sendiri pun tak tahan dengan sikapnya? Ya ALLAH…” gerutunya lemah.

Dr. Qasyiful termenung panjang. Tiba-tiba, lelaki itu mengeluh panjang. “Qasy, jangan menyerah kalah dengan mudah. Ingat, Uncle Harris dan Auntie Katrina dah letak kepercayaan pada kau. So, thinking positive. You can do it, Qasyiful Hakim,”ucapnya. Cuba meniup semangat yang semakin menipis seperti kulit bawah merah.

Dr. Aiman yang baru sahaja keluar dari biliknya berkerut dahi. Aik, angin kus-kus apa pula yang melanda Qasyiful? tanya hatinya ingin tahu.

Lantas, lelaki itu berjalan ke arah Dr. Qasyiful. Lalu, dia melabuhkan duduk di sofa.

“Kau ni dah kenapa, Qasy? Orang kalau baru balik dari dating, sepatutnya kena happy. Ni tak… muka tu monyok aje. Kenapa?” tanya Dr. Aiman ingin tahu. Lelaki itu sudah duduk bersila di sofa sambil memandang wajah kawan baiknya itu.

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Happyapanya, Man? Lagi stress ada la,” jawabnya perlahan.

Dr. Aiman menjungkit kening. “Laa… macam tu pula? Kenapa?”

Dr. Qasyiful mengeluh panjang. Lalu, dia menceritakan peristiwa yang berlaku tengah hari tadi pada kawan baiknya.

Dr. Aiman tersenyum. Lalu, dia menggeleng. “Yang kau tak beritahu perkara sebenar pada dia tu, kenapa? Sepatutnya, kau kena beritahu dia awal-awal. Bukannya biarkan dia tertunggu-tunggu kat situ. Kalau aku kat tempat dia, aku pun melenting. Yalah, tunggu berjam-jam macam Patung Cendana kat situ. Aku pun berangin!”

Dr. Qasyiful mengeluh. “Kau tahukan aku ni macam mana orangnya, Man? Aku jenis orang yang mengutamakan kerja. Nyawa orang kot! Takkanlah nak dibiarkan macam tu aje?” tegas Dr. Qasyiful.

Sekali lagi Dr. Aiman menggeleng. “Ya, aku kenal, terlebih kenal! Memang kau jenis orang yang mengutamakan kerja! Tapi kau kena fikir Qasy, Erena tu tunang kau, bukannya anak patung! Kau sendiri kan tahu yang dia tu manja orangnya. Pandai-pandailah ambil hati dia.”

Dr. Qasyiful terdiam. Ambil hati dia? “Manalah aku reti nak romantik, Man. Lagipun, aku dah lama tak bercinta. Skil tu dah lama menghilang,” balasnya lemah. Serta-merta kenangan lampau menyinggah ke kotak fikirannya. Ah, Zehan…

Dr. Aiman tersenyum penuh makna. “Aku dah agak, memang kau akan cakap macam tu punyalah. Kalau tak tahu cara nak romantik dengan buah hati sendiri, apa lagi? Ambillah ilmu dari doktor pakar cinta macam aku ni, hah.” Kening Dr. Qasyiful terangkat sebelah. Sejak bila pula tukar profesion ni? Doktor pakar cinta? Ha ha ha… kelakarnya! “Maksud kau?”

Dr. Aiman tersenyum lagi. Keningnya terjungkit sebelah. “Cara pertama… kau kena pujuk dia! Pergi ke rumah Datuk Harris, minta maaf pada dia. Bawa bunga ros sebagai tanda maaf. Gerenti dia suka punya!”

Dr. Qasyiful tergelak kecil. “Kau nilah Man, tak habis-habis dengan bunga ros. Malulah aku, tu bukan diri aku tau. Aku gelilah nak buat benda-benda macam tu. Tu budak hingusan punya kerja tau.”

Dr. Aiman mencebik. Eleh, nak berlagak konon? Cis! “Cubalah dulu! Manalah tau, kot-kot menjadi cara tu. Kau juga yang untung.”

Dr. Qasyiful menggeleng. “Apa-apalah, Man! Dahlah, aku nak naik atas. Nak mandi, melekit rasanya badan aku ni.” Dia terus bangun dan menuju ke biliknya.

Dr. Aiman menjeling geram. Aku punyalah susah fikirkan jalan untuk tolong dia. Tapi, dia boleh buat dek aje. Hampeh betul!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku