Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 26 - PART 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(13 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5805

Bacaan






WOW! Sedapnya mama masak. Dah lama aku tak merasa daging masak merah buatan mama. Dia memejam kedua-dua belah matanya, menghayati kesedapan masakan mama. So delicious… mmuaah!

Datuk Harris tersenyum apabila melihat Erena. Lelaki itu hanya menggeleng dengan telatah anak gadisnya itu. “Rena, makanlah perlahan-lahan. Nanti tercekik pula. Tak adanya nak lari makanan dalam pinggan Rena tu.”

Erena tersengih. “Ala papa… mama masak sedap sangat. Tu yang selera makan Rena menjadi-jadi ni. Lagipun, daging masak merah kan favouriteRena.”

Datin Katrina hanya menggeleng. Rena… Rena… ada saja benda nak dijawabnya. “Rena, apa yang papa cakap tu kan betul? Rena tu kan anak dara, bersopan santunlah sikit. Kalau ada orang ternampak, macam mana? Haa… Rena juga yang malu tau.”

Erena tersenyum. “Ala… mama ni, tak adanya orang nampak. Kalau dia orang nampak pun, biar ajelah. Takkanlah Rena nak cucuk biji mata dia orang guna lidi pula? Lagipun, dah lama Rena tak merasa daging masak merah mama ni. Sebab itulah selera Rena memuncak naik,” guraunya. Dia siap menayang muka selamba lagi.

Datin Katrina tersenyum simpul. Kembang kuncup hatinya apabila mendengar pujian anak gadisnya itu. “Hisy… ada-ada aje kamu ni, Rena. Pandai benar ambil hati mama, kan?” balasnya malu-malu.

Erena tidak menjawab, sebaliknya dia hanya tersengih.

“Erena?” Tiba-tiba Datuk Harris bersuara.

Erena yang sedang menikmati makanannya memandang papa. “Ya, papa?” balasnyalembut. Dia menikmati makanannya semula.

Datin Katrina tersenyum penuh makna. Tahu apa tujuan suaminya itu memanggil Erena. Pasti berkaitan dengan Dr. Qasyiful. Nak mengorek rahsialah tu, detik hatinya.

Datuk Harris menjungkit sebelah keningnya. Dia tersenyum penuh makna. “How your first date with Qasy?”

Erena terkesima. Seleranya terus mati. Hah?! Hisy… kenapa tak habis-habis sebut nama mamat serius 24 jam tu, hah? Tak ada nama lain ke selain daripada nama dia? Huhh!

Erena menayang muka tak ada perasaan. “Okey, biasa-biasa aje,” jawabnya acuh tidak acuh. Malas mahu mengulas lebih lanjut mengenai ‘first date’ mereka. Heh, ‘first date’ la sangat?

Berkerut dahi Datuk Harris. “Okey? Biasa-biasa aje? What do you mean by that, Erena?”

Datin Katrina juga ikut memandang wajah Erena. Dia juga jadi hairan dengan jawapan gadis itu.

Erena mendengus. Tolonglah! Tak ada topik lain ke, hah? Punya banyak topik yang ada, topik tu juga jadi pilihan? Hisy… “Habis tu, papa nak Rena cakap apa? Oh… my first date was wonderful in the world? He’s so romantic. So sweet, wah!. Like that? Oh… please!”balasnya geram. Siap menayang muka selamba lagi.

Datin Katrina terkejut. “Rena, kenapa jawab macam tu? Rena sedar tak Rena sedang bercakap dengan siapa sekarang?” marahnya.

Erena tidak menjawab, sebaliknya dia menayang muka selamba.

Datuk Harris tersenyum. Dia tertarik hati apabila mendengar jawapan Erena. “Kenapa Rena cakap macam tu? Ada sesuatu yang terjadi ke?”

Erena tersenyum. “Hmm… nothing,”jawabnya. Tayang muka selamba.

Kening Datuk Harris terjungkit sebelah. “Just… nothing? Please tell me the truth, Rena. What is going on?”Dia terus mendesak Erena.

Erena mendengus geram. Huhh! “Papa… nothing! Ok, let me tell the truth. My first date with him just… okay.Biasa-biasa aje, papa,” balasnya bersungguh-sungguh. Harap-harap, papa dah tak tanya apa-apa lagi. Aku benci betul bila cakap pasal Dr. seriousa.k.a encik tunangku tu!

Datin Katrina mengeluh. “Rena, takkanlah biasa-biasa aje kot? Kamu kan keluar dating, first datepula tu!”celahnya ingin tahu.

Erena mengeluh. “Mama… just nothing!Tak ada yang special pun,” balasnya bersungguh-sungguh. Huhh! Please, full stop ok! Jangan cakap pasal mamat serius 24 jam tu lagi okey!

“Okeylah mama, Rena nak keluar dengan Fina. Ada hal sikit. Bye…”tambah Erena lagi. Dia terus bangun dan melangkah keluar. Baik aku cepat sebelum macam-macam soalan keluar dari mulut papa dengan mama, tak larat aku nak menjawabnya.

Datuk Harris mengeluh panjang. Kepalanya tergeleng-geleng apabila mengenangkan sikap anak gadisnya itu. “Ya ALLAH… apalah nak jadi dengan budak ni? Macam-macam perangai si Rena tu. Pening kepala saya, Katrina,” adunya geram.

Datin Katrina tersenyum hambar. “Insya-ALLAH bang, tak ada apa-apa tu. Jom… kita sambung makan,” balasnya lembut.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku