Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 29 - PART 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5138

Bacaan






DR. QASYIFULberdiri tegak umpama tiang lampu antik di hadapan rumah Datuk Harris. Wajahnya kelihatan sugul. Mengingatkan permintaan emaknya yang mahukan dia membawa Erena pulang ke kampung, dia jadi resah gelisah.

Mak, kenapalah mak minta sesuatu yang susah untuk Qasy tunaikan? Kalau mak minta buah durian, sekarang juga Qasy boleh belikan. Tapi… hmm! keluh hatinya resah.

Sekali lagi dia mengeluh panjang. Nak ke Erena ikut aku balik kampung hujung minggu ni? Aduh… macam mana aku nak berterus-terang ni, ya? Mesti cik manja aku ni terkejut biawak punyalah, gerutu hatinya lagi.

Okaystop it, Qasyiful Hakim! Relax ok, just calm down.Dia menarik nafas panjang berulang kali lalu menghembusnya keluar. Sedaya upaya cuba menenangkan dirinya. Relax… just be your self, Qasyiful,ucap hatinya lagi.

Lalu, laju tangannya menekan loceng rumah Datuk Harris. Beberapa minit kemudian, tersembul wajah Datin Katrina di muka pintu.

Bibir Datin Katrina terukir senyuman lebar apabila melihat bakal menantunya di muka pintu. “Eh, Qasy? Ya ALLAH… kenapa tak bagitahu nak datang? Boleh auntie masakkan apa-apa untuk Qasy.”

Dr. Qasyiful tersenyum. “Eh, tak apalah, auntie. Menyusahkan auntie aje nanti. Lagipun, Qasy singgah sekejap aje ni,” balasnya lembut. “Err… Uncle Harris ada tak, auntie?” tanyanya ingin tahu. Harap-harap dia ada la, detik hatinya.

Datin Katrina masih lagi tersenyum. “Ada, Qasy. Kamu bernasib baik tau. Uncle Harris baru aje nak keluar. Dia nak pergi main golf dengan Datuk Haslam.”

Dr. Qasyiful menarik nafas lega. Fuhh, lega! Nasib baik Uncle Harris ada, ngomel hatinya sendirian.

Datin Katrina menepuk dahi. “Ya ALLAH… lupa pula auntie,Qasy. Eh, jomlah kita masuk ke dalam,” ajaknya.

Dr. Qasyiful tersenyum. Dia mengangguk. “Baik, auntie.”Sebaik tiba di ruang tamu, dia terus melabuhkan duduk di atas sofa.

Datuk Harris yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu, terkejut apabila melihat Dr. Qasyiful. “Eh, Qasy… Ya ALLAH… Kenapa tak bagitahu nak datang? Nasib baik unclebelum keluar lagi tau,” tegurnya.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Surprise for you, uncle,”guraunya bersahaja.

Datuk Harris tergelak. “Ada-ada ajelah kamu ni, Qasy.” Dia menggeleng berulang kali.

“Qasy… berbuallah dengan uncledulu, ya. Auntienak pergi buat air.” Tiba-tiba Datin Katrina mencelah.

Dr. Qasyiful menayang muka serba salah. “Eh, susahkan auntaje. Tak apalah,” balasnya serba salah.

Datin Katrina tersenyum. “Tak ada yang susahnya pun, Qasy. Tunggu, ya?” balasnya beria-ia.

Dr. Qasyiful mengangguk.

Datuk Harris memandang wajah bakal menantunya itu. “Uncle tahu, mesti ada sesuatu di fikiran kamu, kan? Kalau tidak, tak adanya kamu boleh muncul secara tiba-tiba aje di rumah uncle. Haa Qasy, apa tujuan kamu ke sini?”

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. Dia mengeluh. Harap-harap, apa yang dirancangkan ini berjalan dengan lancar. Amin! Doa hatinya penuh mengharap.

Dahi Datuk Harris berkerut seribu, hairan apabila melihat telatah Dr. Qasyiful. “Qasy, are you ok, son?”

Dr. Qasyiful tersentak. Serta-merta lamunannya hilang. Dia tersenyum kelat. “Err… saya okey, uncle,” balasnya perlahan.

Kening Datuk Harris terjungkit sebelah. “So, what is your problem?”

Dr. Qasyiful menarik nafas panjang, lalu menghembusnya perlahan. “Err… saya nak minta kebenaran daripada uncle untuk bawa Erena balik ke kampung saya minggu depan. Boleh?” tanyanya dengan nada suara teragak-agak.

Datin Katrina yang kebetulan baru tiba dari dapur terus menyampuk. “Kenapa?” tanyanya ingin tahu.

Ringan tangannya menuang Milo panas ke dalam cawan lalu meletakkannya di hadapan Dr. Qasyiful dan Datuk Harris. Dia duduk di tempatnya semula.

Dr. Qasyiful tersenyum nipis. “Mak saya… dia suruh saya bawa balik Erena ke kampung. Mereka nak berkenalan dengan lebih rapat lagi. Kebetulan pula, Erena kan tengah cuti semester. Jadi, saya bercadang nak tinggal dalam seminggu di sana,” jelasnya.

Datuk Harris tersenyum. “Betul juga tu, Qasy. Lagipun, kamu berdua kan tunang ekspres. Sampaikan keluarga kamu pun tak ada peluang untuk berjumpa dengan Erena. Baiklah, uncle izinkan Qasy bawa balik Erena ke kampung,” balasnya lembut.

Dr. Qasyiful menarik nafas panjang. Dia lega apabila mendengar jawapan itu. Syukur Alhamdulillah. “Terima kasih, uncle.”

Datuk Harris masih lagi tersenyum, lalu kepalanya mengangguk sebagai jawapan. “Sama-sama, Qasy.”

“Auntieharap, Qasy dapat jaga dia baik-baik. Qasy tahu kan perangai dia macam mana? Umur aje dah mencecah 19 tahun, tapi perangai mengalahkan budak enam tahun,” celah Datin Katrina. Berharap supaya bakal menantunya itu dapat menjaga Erena dengan sebaiknya.

Dr. Qasyiful tergelak. “Insya-ALLAH, auntie.Saya akan jaga tunang manja saya tu sebaik yang mungkin,” janjinya bersungguh-sungguh.

Datin Katrina tersenyum. Dia agak lega apabila mendengar jawapan itu. Benarlah kata suaminya, Dr. Qasyiful Hakim adalah lelaki yang tepat untuk membimbing dan menjaga Erena sebagai suami.

“Hah Qasy, Rena dah tahu belum pasal perkara ni?” soal Datuk Harris tiba-tiba.

Dr. Qasyiful melepaskan keluhan panjang. “Itulah masalahnya sekarang uncle.Dia masih belum tahu lagi. Qasy tak tahu nak cakap macam mana dengan dia. Mesti dia terkejut badak punyalah.”

Datuk Harris tersenyum. Seolah-olah sudah mampu mengagak jawapan itu. “Unclenak Qasy beritahu dia sendiri. Unclenak tengok reaksi dia.”

Dr. Qasyiful terpempan. Haa… bagitahu sendiri? Biar tembikai? Oh my ALLAH…nak ke dia ikut cakap aku? gerutu hatinya tidak yakin. “Tapi uncle,nak ke dia ikut saya nanti?”

Datin Katrina tersenyum. Keningnya terjungkit sebelah. “Itu Qasy jangan bimbang. Tahulah kami nak buat macam mana nanti,” balasnya penuh makna.

Datuk Harris terus mengangguk laju, setuju dengan kata-kata isterinya itu.

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Baiklah, uncle, auntie,Qasy akan beritahu sendiri pada dia.” Macam mana aku nak bagitahu dia? Gerenti tunang manja aku tu terkejut biawak. Entah-entah, pengsan terus. Aduh… keluh hatinya resah.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku