Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 31
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4940

Bacaan






DATIN KATRINA memandang Dr. Qasyiful dengan pandangan penuh mengharap. “Qasy,tolong jaga Erena baik-baik, ya? Risau pula auntie nak lepaskan Erena, Qasy.”

Dr. Qasyiful menguntum senyuman. “Auntiejangan risau, okey. Qasy janji, Qasy akan jaga Erena sebaik yang mungkin,” janjinya bersungguh-sungguh.

Erena menjungkit sebelah keningnya, lalu dia mencebik. Kau nak jaga aku? Huhh, boleh ke kau jaga aku, Dr. serious?perlinya dalam hati.

Datuk Harris menggeleng. “Awak nilah, Katrina… risau sangat nak lepaskan Erena. Qasy kan tunang Erena, bakal suaminya. Tahulah Qasy jaga anak manja awak tu, Katrina oii,” celahnya selamba. Sengaja mahu mengusik isterinya.

Datin Katrina menjeling geram. Dia menarik muncung panjang. “Hisy abang ni, ke situ pula. Saya bukannya apa, bang. Erena tu satu-satunya anak kita. Risau pula saya nak lepaskan dia.”

Datuk Harris ketawa. “Awak jangan risaulah, Katrina sayang oii. Tahulah Qasy menjaga bakal isterinya yang manja tu.”

Datuk Harris memandang wajah bakal menantunya. “Qasy?”

“Ya, uncle?”

“Tolong jaga si Rena ni baik-baik ya, Qasy? Karang meroyan pula bakal ibu mentua kamu ni,” balas Datuk Harris selamba.

Wajah Datin Katrina merah. “Abang!” marahnya. Dia menghadiahkan jelingan tajam buat suaminya itu. Hisy!

Sekali lagi Datuk Harris ketawa besar. Geli hati apabila melihat reaksi isterinya.

Dr. Qasyiful tergelak. Hisy, ada-ada aje bakal mentua aku ni, ngomel hatinya sendirian. Dia memandang wajah tunang manjanya. Senyuman yang terukir di bibirnya terus mati. Wajahnya berubah serius semula.

Kening Erena terjungkit sebelah. Dia mencebik. Aik, senyuman kau terus hilang dari bibir bila pandang muka aku yang cun ni? Huhh, poyolah mamat ni! desis hatinya geram.

“Uncle, auntie, don’t worry ok. I promise to take care my fiancée.”janji Dr. Qasyiful.

Datuk Harris dan Datin Katrina menguntum senyuman lebar. Lega hati mereka apabila mendengar janji itu. Mereka yakin, Dr. Qasyiful pasti akan mengotakan janjinya itu.

Sekali lagi Erena mencebik. Ah, ini semua poyo! Ada hati nak jaga aku konon? Uwerkk… menyampahnya! Nak termuntah hijau aku bila mendengarnya tau? Entah-entah, kau sendiri pun tak mampu nak melayan karenah manja aku ni. So, macam mana nak jaga aku? Oh… please!sindir hatinya lagi.

Dr. Qasyiful mengerling jam yang tergantung di pergelangan tangan kirinya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi. Dah lambat ni. Karang jammedpula. Tak pasal-pasal tunang manja aku ni membebel, desis hatinya.

“Uncle, auntie, we’ve got to go.Dah pukul 10.00 ni. Nanti jalan jammedpula. Kami minta diri dululah. Assalamualaikum…” Tiba-tiba Dr. Qasyiful bersuara.

Erena tercengang. Eh, dah nak gerak ke? Aduh! Mama… papa… Rena tak nak ikut mamat serius 24 jam ni balik ke kampung dia! Someone, please help me! Please bring me away from here! jerit hatinya.

Datuk Harris tersenyum. “Baiklah! Drive carefully, ok?”balasnya lembut.

Selepas bersalaman dengan bakal mertuanya, Dr. Qasyiful membuka pintu kereta. Dia terus membolos masuk ke dalam perut kereta lalu dia menghidupkan enjen kereta Toyota Viosnya.

Erena menjeling geram. Hisy, tak romantik langsung! Kat tunang sendiri pun, tak boleh nak buka pintu ke? Wait… wait…tunang? Sejak bila pula aku mengaku yang aku ni tunang mamat serius 24 jam ni? Please...gumam hatinya sendirian.

Erena melepaskan keluhan. Dia bersalaman dengan papa dan mama. Lalu, dia membuka pintu kereta Toyota Vios milik encik tunangnya. Namun belum sempat Erena membolos masuk ke dalam perut kereta, lengannya ditarik lembut oleh mama.

Erena berkerut dahi. Hairan dengan tindakan mama. “Why, mama?”

Datin Katrina tersenyum. Raut wajahnya kelihatan serius. “Janji dengan mama, tolong jangan buat benda yang bukan-bukan di sana. Ingat Rena, kita orang Melayu. Jaga adat dan maruah keluarga, ya?” pesannya tegas.

Erena mengukir senyuman hambar. “Baiklah, mama,” balasnya acuh tidak acuh.

“Baguslah, Rena. Dah pergi masuk, nanti lambat pula sampai,” kata Datin Katrina lembut.

Erena mengangguk. Dia membolos masuk ke dalam perut kereta.

Selepas melambaikan tangan pada Datin Katrina dan Datuk Harris, kereta Toyota Vios terus menderum pergi meninggalkan perkarangan vila mewah Datuk Harris dan Datin Katrina.

ERENA mengerling sekilas wajah Dr. Qasyiful di sebelahnya. Dia menarik muncung Donald Duck.

Dia mendengus geram. Hisy… bosannya! Hidup mamat sebelah aku ni memang membosankan. Dahlah sentiasa serius 24 jam, lepas tu nak suruh aku jadi macam dia juga? Argh, sorry naik lori la. Tak hingin aku nak jadi macam kau tau! bebel hati Erena geram.

Erena menjeling geram. Sekali lagi dia mengerling wajah tunangnya di sebelah. Huhh, bosannya! Seumur hidup aku, radio dalam kereta sentiasa onaje, langsung tak pernah off. Tapi bila naik dengan mamat serius 24 jam ni, offla pula. Hisy… hidup Dr. seriousni memang membosankan! herdik hatinya lagi.

Erena mengetuk dagu, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Tiba-tiba, dia tersenyum penuh makna. Satu idea nakal mula menjengah ke kotak fikirannya. He he he… siap kau, wahai mamat serius 24 jam!

Dengan selamba badak, Erena menekan punat onpada butang radio. Erena menepuk tangan. Macam sedang menonton konsert Jom Heboh. “Sayangku… oooo… ooooo… oooo… ku sayangmu… oooo…” Dia menyanyi lagu baru kumpulan Forteen yang bertajuk Tidak Pernah Berjumpa, lagu kegemarannya.

Dr. Qasyiful mengukir senyuman dalam hati. Kalau Rena tahu yang lagu ni lagu kegemaran aku, apalah agaknya reaksi dia, ya? Mesti terkejut biawak punyalah. Entah-entah, terus hilang minatnya pada lagu ni, ngomelnya dalam hati.

Tiba-tiba, satu idea nakal menerpa di ruangan mindanya. He he he… Dengan selamba katak, Dr. Qasyiful menekan punat offpada butang radio. Sengaja dia berbuat begitu. Sekadar ingin melihat reaksi tunang manjanya itu.

Erena terpempan. Eh? Dia memandang wajah Dr. Qasyiful. Tidak puas hati dengan tindakan encik tunangnya itu. “Kenapa awak offradio tu? Saya kan tengah dengar lagu!” marahnya lantang. Siap menayang muka tidak puas hatinya lagi.

Dr. Qasyiful yang sedang memandu keretanya mengerling sekilas wajah Erena. Bibirnya terukir senyuman sinis. “Saya tak suka bunyi bising masa tengah memandu. Saya nak tumpukan perhatian pada pemanduan,” balasnya dengan muka seriusnya.

Erena ternganga. Dia mencebik. Hah? Ada juga spesies orang macam ni di muka bumi ini, ya? First timedia berjumpa dengan manusia seperti ini. Hairan! “Saya bosanlah! Sebab tulah saya buka radio!” jeritnya bengang.

Dr. Qasyiful menayang muka selamba. “Do I care?”balasnya selamba.

Nafas Erena turun naik. Eh, dia ni… argh! Dia menjadi marah apabila mendengar kata-kata itu. “Hisy… bosanlah dia ni!” bentaknya geram.

Dr. Qasyiful tidak menjawab, sebaliknya dia hanya berdiam diri sahaja.

Erena memeluk tubuhnya. Dia membuat memek muka tidak puas hati. Hisy… hidup mamat serius 24 jam ni memang membosankan! Macam manalah hidup aku nanti bila dah jadi… erk? No way!

Tiba-tiba, bait-bait lirik sebuah lagu baru bertajuk Kekasih Abadi nyanyian pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry KRU menerjah ke kotak fikiran Erena.

“Tak perlulah aku memeluk angan… kini kau ada erat di dalam dakapan… padamu setiaku berjanji… kekasih abadi… Jika ditakdirkan pergi bersama... ambillah hembus nafas terakhirku… agar tak merasa bagaimana… hidup tanpamu… ohh…” Erena menyanyi lagu popular itu dengan penuh perasaan. Sejak kali pertama lagu itu dimainkan di corong radio, hatinya sudah terpaut. Lagu itu… so sweet!

Ehem! Tiba-tiba, kedengaran Dr. Qasyiful berdehem. Membuatkan Erena berhenti menyanyi. Dia memandang wajah tunangnya. “Kenapa?” tanyanya ingin tahu. Siap menayang muka hairan lagi.

Dr. Qasyiful sengaja menayang muka seriusnya. “Jangan menyanyi dalam kereta. Nyanyian awak tu mengganggu konsentrasi saya ketika memandu,” katanya tegas. He he he… boleh pula alasan macam tu terkeluar dari mulut aku ya? Tak logik! Ah, tak kisahlah. Janji, aku dapat kenakan tunang manja aku ni.

Mulut Erena ternganga. Untuk kesekian kali, encik tunang seriusnya memberi alasan yang tidak masuk akal. Pula dah? “Eh? Nak dengar lagu pun tak boleh, takkanlah nak menyanyi pun salah juga?” marahnya geram.

Dr. Qasyiful menjeling tajam. “Kan saya dah cakap, tak boleh! Awak faham kan ertinya? Takkanlah saya nak kena rewindsekali lagi? Saya bukan kaset buruk tau. Nyanyian awak tu mengganggu konstrentasi saya memandu, Erena!” marahnya lagi. Dia siap menayang muka serius.

Erena mendengus geram. Dia memeluk tubuh. Siap menayang memek muka tidak puas hati. “Bosanlah! Nak dengar lagu, tak boleh! Nak nyanyi pun, tak boleh! What a life?Huhh!” bentaknya geram.

Dr. Qasyiful mendengus. “Cik Erena Amani, awak nak kita accidentke? Awak nak cerita accedentkita masuk ke dada-dada akhbar? Taglineyang berbunyi ‘Pasangan tunang yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung terlibat di dalam kemalangan jalan raya yang menggerikan.’ Macam tu? Huhh, tak pasal-pasal jadi popular,” sindirnya pedas.

Erena tercengang. Dahinya berkerut seribu. “Apa kena-mengena pula? Nonsense!”

Dr. Qasyiful menayang senyuman sinis. Keningnya terjungkit sebelah. “Nonsense? Fine,macam mana kalau betul-betul berlaku? Awak nak ke?”

Erena mendengus. “Fine, you win, I’m lose!Puas hati awak sekarang? Huhh!” bentaknya geram. Siap menayang memek muka tidak puas hati lagi.

Dr. Qasyiful tersenyum. Nak juga kau dengar cakap aku ya? getusnya dalam hati.

Erena diam, melayani perasaannya. Apalah nasib dapat encik tunang yang serius macam ni? Huhh, bencinya! bentaknya dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku