Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 32
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(16 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4694

Bacaan






DR. QASYIFULmemarkir keretanya di kotak parkir RnR Tapah. Dia mematikan enjin keretanya. Dia mengerling wajah tunangnya di sebelah. “Rena?” sapanya perlahan.

Erena memandang wajah encik tunangnya itu apabila terdengar namanya dipanggil. “Hmm…” jawabnya acuh tidak acuh.

Wajah Dr. Qasyiful kelihatan serius. Macam cikgu disiplin. “Jom lunchRena, saya laparlah. Lagipun, perjalanan kita masih jauh lagi,” ajaknya. Siap menayang memek muka orang tengah kelaparan lagi.

Erena menayang muka orang tak ada perasaan. “Okey!” Sekali lagi dia menjawab dengan acuh tidak acuh sahaja. Siap menayang muka tak ada perasaan lagi. Dia segera melangkah keluar dan berdiri di sebelah keretanya. Menunggu tunang manjanya itu keluar dari perut kereta.

Erena menarik muncung panjang. Hisy, boleh pula mamat serius 24 jam ni berdiri sebelah kereta dia aje? Tak reti nak buka pintu kat tunang sendiri ke? Hisy, tak romantik langsung! bentaknya dalam hati.

Erena tersentak. Dia seakan tersedar sesuatu. Eh, sejak bila pula aku mengaku yang Dr. serious ni tunang aku? Alahai… kau ni dah kenapa, Erena Amani? Hatinya bermonolog sendirian.

Berkerut dahi Dr. Qasyiful. Dia mengeluh. Eh dia ni, kenapa tak keluar lagi ni? Huhh! Dia berjalan ke pintu sebelah kiri. Dia mengetuk cermin kereta. Siap memberi isyarat supaya Erena cepat keluar dari keretanya.

Erena mendengus keras. Hisy! Dengan langkah geram, dia melangkah keluar dari perut kereta. Sempat lagi menghadiahkan jelingan tajam buat encik tunangnya itu.

Dr. Qasyiful mendengus geram. “Ingat tuan puteri ke? Nak turun dari kereta pun, kena tunggu berjam-jam. Mengada-ngada… Hello, you are not Cinderella, ok!”

Erena menjegilkan matanya. Ewah-ewah, sesuka hati kau aje marah aku, kan. Aku lempang karang, terus pipi kau tu jadi lempeng. Argh! bentak hatinya geram.

Namun belum sempat Erena hendak menjawab, dengan selamba kataknya Dr. Qasyiful berjalan pergi meninggalkan dia di belakang.

Erena mendengus geram. Dia menghentak kakinya kuat. “Hisy, selamba kataknya mamat serius 24 jam ni tinggalkan aku? Hampeh betul! Hancuss! Papa dengan mamalah ni, beria-ia nak aku ikut mamat serius 24 jam ni. Tengok apa dah jadi? Bencilah, argh!” bebelnya panjang lebar.

Walaupun mulutnya membebel panjang, namun dia tetap membuntuti langkah Dr. Qasyiful dari belakang.

Dr. Qasyiful menggeleng. Rena… Rena… tak habis-habis dengan perangai manja dia tu. Bilalah nak berubah? Hisy! bebelnya geram.

Dia terus berjalan ke kedai menjual kacang rebus. “Bang, kacang rebus RM3.00.” Bibirnya terukir senyuman manis.

“Siap!” balas penjual itu sambil tersenyum.

Erena berdiri tegak bak tiang bendera Malaysia di sebelah Dr. Qasyiful. “Qasy?” tegurnya dingin.

Dr. Qasyiful memandang Erena. Wajahnya seperti biasa. Tetap serius 24 jam. “Hmm…” Acuh tidak acuh sahaja dia menjawab.

“Saya nak ke washroom. Awak pergilah dulu,” balas Erena tanpa memandang wajah encik tunangnya.

Dr. Qasyiful mengangguk sebagai jawapan. “Okey!” Selepas membayar harga kacang rebus itu, dia terus berjalan ke dewan makan.

Bibirnya menguntum senyum lebar. Lega kerana masih terdapat banyak lagi meja yang kosong.

Dr. Qasyiful berjalan menuju ke arah gerai yang menyediakan juadah makan tengah hari.

Sebaik tiba di gerai nombor empat, langkahnya mati di situ. Bibirnya terukir senyuman lebar. Ayam masak lemak cili api, makanan kegemarannya.

MATA Erena meliar ke sana sini mencari kelibat tunangnya. Hisy, ke mana pula mamat serius 24 jam ni pergi? Argh!

Akhirnya, matanya tertancap pada satu lembaga yang sedang berselera menikmati hidangan makan tengah harinya. Mulutnya mula memuncung panjang. Dia segera menghampiri Dr. Qasyiful.

Suapan Dr. Qasyiful terhenti apabila terasa seperti ada satu lembaga sedang berdiri tegak di hadapannya. Dahinya berkerut seribu. “Kenapa?” tanya Dr. Qasyiful serius.

Erena tercengang. Dia menayang memek muka geram. “Kenapa tak tunggu saya?” marahnya geram.

Dr. Qasyiful sengaja menjungkit sebelah keningnya. “Perlu ke saya tunggu awak?” Selamba katak dia menjawab. Siap menayang muka tidak bersalah lagi.

Erena menjegilkan matanya. Siap menayang muka tidak puas hati lagi. Mamat ni… argh memang hati kering! Tak ada perasaan! Hisy! marah hatinya geram.

Erena berpaling lalu melangkah ke gerai makan. Namun, langkahnya mati apabila terdengar namanya dipanggil. Gadis itu berpaling, memandang wajah encik tunangnya.

“Apa dia?”

Dr. Qasyiful menyeluk poket seluar jeansnya. Dia membawa keluar sekeping not RM20 lalu menghulurkannya pada Erena. “Ambil ni. Belilah apa-apa yang awak nak makan,” katanya serius.

“Tak payah! Saya ada duit sendiri,” kata Erena selamba. Sengaja mahu melihat reaksi encik tunangnya.

Dr. Qasyiful berdehem. Dia membetulkan duduknya. “Tak payah guna duit sendiri, Rena! Saya yang ajak awak balik ke kampung saya, kan? Jadi, saya yang akan tanggung segala makan, minum dan pakai awak.”

Kening Erena terjungkit sebelah. Dia masih lagi tersenyum. “Tak payah, saya tak harapkan duit awak pun.”

Dr. Qasyiful menjeling tajam. “Janganlah degil, cik manja oii. Saya tak suka awak bayar sendiri harga makanan awak sedangkan saya ada. Ambil ajelah duit ni. Jangan banyak karenah! Tolonglah jangan nak mengada-ngada okey. Lagipun, saya tak suka orang cakap saya ni kedekut,” desaknya.

Erena menarik muncung panjang. “Huhh, yalah!” balasnya geram. Lalu, dia merampas kasar not RM20 itu.

“Cepat sikit!” arah Dr. Qasyiful selamba.

Erena menarik nafas panjang. Geram apabila mendengar arahan itu. Kau ingat aku ni apa? Argh! jerit hatinya geram.

Dr. Qasyiful menggeleng. “Rena… Rena…”



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku