Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 33
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(1 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5074

Bacaan






KERETA Dr. Qasyiful meluncur laju memasuki perkarangan rumah Ustaz Kamarul yang tersergam indah itu. Lalu, kereta itu diparkir di halaman rumah yang luas dan bersih milik keluarganya.

Enjen kereta dimatikan. Lalu, dia menarik nafas lega. “Syukur alhamdulillah, akhirnya dah sampai pun,” ucapnya perlahan.

Dikerlingnya sekilas jam di dashboard.Jam tersebut sudah pun menunjukkan pukul 8.45 malam.

Dr. Qasyiful mengeluh panjang. Kalau tak disebabkan tunang manja aku ni, mesti sampai lebih awal lagi. Tapi tak apalah, yang penting dah pun sampai dengan selamat, desis hatinya sendirian.

Dr. Qasyiful memandang tunangnya di sebelah. “Erena?” panggilnya lembut.

Dia mengeluh. Senyuman nipis terukir di bibir lelaki itu. “Laa… tidur rupanya. Patutlah senyap aje dari tadi. Rupa-rupanya, lena dibuai mimpi. Rena… Rena… entah-entah dah sampai ke Paris kot, tengah berseronok shoppingkat sana.”

Dr. Qasyiful merenung wajah cantik Erena. Senyuman nipis masih lagi terukir di bibirnya. “Tak sampai hati pula nak kejut dia. Nyenyak betul dia lena,” ucapnya lagi.

Dia menongkat dagu. Senyuman terukir di bibirnya. Ya ALLAH… alangkah indahnya ciptaan-MU. Mata… muka… bibir… hidung… semuanya terletak dengan begitu sempurna sekali, pujinya dalam hati. “Cantiknya kau, Erena Amani.”

Sungguh dia tidak menyangka. Hubungan yang pada awalnya tidak dipersetujui Erena, akhirnya berkembang hingga ke saat ini. Barangkali, sudah tertulis dalam suratan takdir bahawa mereka memang telah dijodohkan bersama.

Dia tersenyum. Ya ALLAH… sesungguhnya aku dah mula jatuh sayang pada dia. Walaupun jarak umur kami berbeza, namun KAU tetap menyatukan hubungan kami sebagai tunangan. Ya ALLAH… KAU satukanlah hubungan yang terbina ini sebagai satu ikatan perkahwinan yang sah. KAU bukakanlah pintu hati Erena untuk mencintai dan menerima aku dengan seadanya. Amin! Doanya di dalam hati penuh berharap.

Tiba-tiba, Erena tersedar dari lenanya. Matanya berkedip-kedip. Sebaik sahaja melihat Dr. Qasyiful yang sedang leka merenungnya, dia membetulkan duduknya.

Wajah Erena merah. Agak malu dengan tindakan encik tunangnya itu. “Err… awak buat apa ni, Qasy?” tanyanya agak gugup.

Entah mengapa hatinya terasa berdebar. Ah, sudah! Stop it ok! Kau jangan nak buat hal, Erena Amani! Ingat, Dr. Qasyiful adalah Dr. serious.Jangan terfikir untuk jatuh cinta pada dia, Erena. Hatinya segera memberi peringatan.

Dr. Qasyiful berdehem membetulkan duduknya. Wajahnya bertukar serius. “Buat apa?” soalnya sedikit gugup, namun tetap cuba berlagak selamba.

Erena mencebik. Dia menjeling tajam. “Yalah... awak tenung saya semacam aje. Gaya macam nak telan saya hidup-hidup,” balasnya.

Tiba-tiba, mulut Erena ternganga luas. Dia terfikirkan sesuatu. Pandangannya menikam wajah kacak encik tunangnya. “Haa… jangan-jangan, awak nak….” tuduhnya yang bukan-bukan. Bola matanya dikecilkan. Mukanya kelihatan serius. Siap menuding jari pada wajah Dr. Qasyiful lagi.

Dr. Qasyiful mendengus. “Awak jangan nak buat tuduhan melulu, Erena. Saya tahu bezakan apa yang halal dan apa yang haram. Saya masih waras lagi. Saya bukan macam lelaki lain, suka mengambil kesempatan ke atas wanita. Jadi, awak tak perlu risau!”

Erena menghela nafas panjang. Agak lega apabila mendengar jawapan itu. “Yalah tu? Manalah tahukan, kot-kot awak terfikir untuk…” Sengaja dia mematikan ayatnya di situ sahaja. Mahu melihat reaksi encik tunangnya itu.

Dr. Qasyiful menggeleng. “Awak jangan risau, Erena. Saya tahu batas-batas hubungan kita,” katanya tegas.

Erena tersenyum. Lega hatinya apabila mendengar jawapan Dr. Qasyiful. Syukurlah…

Mata Erena meliar-liar, memandang suasana sekeliling. “Kita kat mana ni, Qasy?” Matanya tertancap pada sebuah rumah separuh kayu dah separuh batu. Ya ALLAH… cantiknya rumah ni, pujinya di dalam hati.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman. “Kita dah sampai kampung saya.”

Erena mengangguk. Ooo… dah sampai rupanya kampung mamat serius 24 jam ni. Tulah Erena, sibuk sangat nak melayan mimpi bershopping kat Paris. Dah sampai pun, kau tak sedar, omel hatinya. “Apa nama kampung ni?”

“Sungai Korok, Kedah,” jawab Dr. Qasyiful ringkas.

Hah? Sungai Korok? Erena tergelak sendirian. Geli hatinya apabila mendengar nama kampung ini.

Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. “Kenapa awak ketawa? Apa yang kelakar?” tanyanya hairan.

Erena tersenyum. “Kelakarlah nama kampung ni. Sungai Korok? Tak komersial langsung nama kampung awak ni, Qasy. Kalau Sungai Lui ke… Sungai Sarawak ke.. tak apalah juga. Ni, Sungai Korok?”

Dr. Qasyiful menggeleng. “Tok sah nak gelak sangat aih. Memang la nama kampung ni Sungai Korok. Dah komersial sangatlah tu,” balas Dr. Qasyiful dengan dialog utaranya.

Erena tercengang. Aik? Inilah kali pertama Dr. Qasyiful berdialog Kedah dengannya. Habislah… tercenganglah kau lepas ni, Erena Amani. Seisi rumah ini bercakap menggunakan bahasa utara. Haa… kenalah belajar bahasa utaralah lepas ni. Eh, perlu ke aku belajar? Rasanya… tak perlu, kan? monolog hatinya lagi.

“Dahlah, jom kita masuk ke dalam. Keluarga saya dah tunggu tu,” ajak Dr. Qasyiful lalu dia membuka pintu kereta.

Erena mengangguk.

Boot kereta dibuka. Dr. Qasyiful mengeluarkan begnya dan Erena. Lalu, dia melangkah masuk ke dalam rumah.

Erena membuntuti langkah encik tunangnya itu dari belakang. Dia mengeluh. Apakah yang bakal terjadi selepas ni, ya? Hmm…. keluhnya di dalam hati.

ERENA bersalaman dan mencium tangan Hajah Kamariah sebagai tanda hormat. Tanpa diduga, Hajah Kamariah menarik tubuh Erena ke dalam pelukannya.

Erena tergamam. Dia agak terkedu dengan tindakan itu. “Mak cik… peluk saya?” Dia seakan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Aku bermimpikah?

Dia mendengus halus. Eh, kenapa tiba-tiba aje mak mamat serius 24 jam ni peluk aku? Ah, sudah! Takkanlah awal-awal lagi hati mak dia dah berkenan kat aku? Hisy… tak boleh jadi ni! Argh, hancuss pelan B aku! desis hati Erena geram.

Hajah Kamariah menguntum senyuman manis. Dia menyentuh lembut pipi Erena. “Mak cik seronok sangat, Amani. Akhirnya, Amani datang juga ke teratak mak cik yang tidak seberapa ni.” Nada suaranya kedengaran gembira.

Erena tersenyum hambar. “Err… mestilah saya datang ke rumah mak cik ni. Lagipun, mak cik kan… err, ibu Qasy.” Erk… Tak naklah aku cakap yang mak cik ni ibu kepada tunang aku. Aku kan tak sukakan anak dia, gerutunya dalam hati.

Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. Dia menghadiahkan senyuman sinis buat tunangnya. Kenapa kau tak cakap aje yang mak aku ni bakal mentua kau? Sejuk sikit hati aku ni bila mendengarnya, sindirnya di dalam hati.

Erena menjeling geram. Senyum… senyum… mengutuk akulah tu! gerutu hatinya geram. Dia memandang Hajah Kamariah. “Err… rumah mak cik ni cantik sangat. Damai aje rasanya.” Dia sedikit gugup.

Erk? Alamak! Asal kau boleh berlakon baik depan Mak Cik Kamariah ni? Mana pelan B kau, Erena? Ingat rancangan kau! Kau nak buat Mak Cik Kamariah tak sukakan kau! Ingat! Hati Erena bermonolog lagi.

Ustaz Kamarul yang baru sahaja pulang dari surau menguntum senyuman lebar. “Haa… kamu berdua dah sampai pun.” Tiba-tiba dia bersuara, membuatkan seisi rumah mengalihkan pandangan ke arahnya.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Ayah?” tegurnya sopan. Tangan ayahnya dicapai lalu dia menyalami tangan ayahnya. “Ayah apa khabar? Sihat?”

Ustaz Kamarul menyentuh bahu anaknya. “Ayah sihat Qasy, terlebih sihat.” Dia tersenyum.

Erena tersenyum hambar. “Pak cik sihat?”

Ustaz Kamarul tersenyum manis. “Alhamdulillah… sihat. Amani sihat?” tegurnya.

Erena menguntum senyuman manis. “Err… alhamdulillah pak cik, saya sihat.”

Sedang asyik berbual-bual sambil bergurau senda, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta dari luar rumah.

“Assalamualaikum!” teriak seorang gadis dari luar.

Serentak itu, mereka menjawab serentak. “Waalaikumussalam…”

Shukri dan seorang gadis melangkah masuk ke dalam rumah.

“Eh, akak dah sampai?” sapa gadis itu riang.

Erena tersenyum nipis. Dia memandang Dr. Qasyiful. “Siapa ni?” tanyanya dengan menggunakan isyarat mulut.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Ni adik saya, Diana. Dia masih belajar lagi. Dia bersekolah di MRSM JB. Kebetulan cuti sekolah minggu ini. So,dia baliklah ke rumah,” jelasnya panjang lebar.

Erena mengangguk tanda memahami penjelasan encik tunangnya itu. Panjangnya jawapan dia. Sepatah aku tanya, sepuluh patah dia jawab. Aik, sejak bila pula dia berubah? Selalunya, sepatah aku tanya, sepatah jugalah dia jawab. Dia buang tabiat ke hari ni? Hisy, pelik! gerutu hatinya hairan.

Diana menguntum senyuman lebar. Dia menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Erena. “Diana, akak boleh panggil Ana aje.”

Erena membalas senyuman Diana. “Erena Amani.” Lalu dia membalas salam Diana.

“Amani, saya abang sulung Qasy dan Diana, Adam Shukri. Panggil aje Abang Shuk,” celah Shukri pula.

Erena tersenyum nipis, sebagai tanda perkenalan.

“Eh, jomlah kita ke dapur. Mesti Qasy dengan Amani dah lapar, kan? Jomlah! Mak dah masak makanan kegemaran Qasy, ayam masak lemak cili api.” Tiba-tiba Hajah Kamariah mencelah.

Senyuman Dr. Qasyiful melebar sebaik sahaja mendengar kata-kata emaknya. “Ayam masak lemak cili api? Hmm… sedapnya. Dah lama Qasy tak merasa masakan mak. Mesti sedap sehingga menjilat jari.”

Kening Erena terjungkit sebelah. Oh… makanan kegemarannya dia, ayam masak lemak cili api rupanya. Patutlah kat RnR Tapah tadi, dia makan nasi dengan lauk tu, getus hatinya sendirian. Eh? Kalau itu makanan kegemaran dia pun, kau peduli apa? Tak ada kena-mengena dengan kau, kan? Cepat-cepat hatinya tersedar.

Lalu, mereka sekeluarga melangkah menuju ke dapur. Tinggal Dr. Qasyiful dan Erena sendirian di situ.

Erena bersedia untuk melangkah ke dapur, namun langkahnya mati apabila terdengar namanya dipanggil. Dia berpaling, memandang wajah encik tunangnya. “Apa dia?” tanyanya kasar. Tetap dengan sikap dinginnya.

Dr. Qasyiful menayang memek muka serius. “Apa yang ada di dalam fikiran awak sekalipun, jangan terfikir untuk melaksanakannya. Saya tahu, awak ada merancang sesuatu, Erena Amani.”

Kening Erena terjungkit sebelah. Bibirnya terukir senyuman sinis. “Apa maksud awak?” duganya. Siap menayang muka selamba badak lagi.

Dr. Qasyiful tersenyum sinis. “You know what I mean, Rena,”sindirnya.

Erena semakin bengang. “Kalau saya buat juga, apa yang awak akan lakukan pada saya?” duganya sebelum sempat Dr. Qasyiful melangkah ke dapur.

Langkah Dr. Qasyiful mati. Bibirnya terukir senyuman sinis. “Takkanlah awak nak malukan Uncle Harris dan Auntie Katrina, kan? Takkan awak nak jatuhkan maruah awak depan keluarga saya, kan? Thinking about that, Rena.”Dia segera melangkah pergi meninggalkan Erena di situ.

Erena menghentak kaki. “Hisy, macam tahu-tahu aje rancangan aku. Bencilah!” bentaknya. Dengan wajah tidak puas hati, dia berjalan menuju ke arah dapur.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku