Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
SPECIAL EDITION - KISAH CINTA DR. QASYIFUL
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(108 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8379

Bacaan






(p/s note - haa..  nak  tahu  tak  kisah  cinta  Dr.  Qasyiful  dengan  Zehan,  arwah  tunangnya  dulu?  kalau  korang  nak  tahu,  dia  ni  romantik  gila  sebenarnya..  he  he  he...)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

GEDEBUK!!!

Disebabkan perlanggaran tidak sengaja itu, habis buku-buku tebal milik Dr. Qasyiful dan Zehan jatuh bertaburan ke atas lantai.

Zehan menghentak kaki tanda geram. Argh, aku dahlah tengah kalut nak pergi ke kelas akaun. Boleh pula terlanggar dengan mamat ni. Hisy, kacau daun betullah! Herdik hati Zehan geram.

Dr. Qasyiful tersenyum nipis, menayang memek muka serba salah. “Err… saya minta maaf, saya tak sengaja.” ucap Dr. Qasyiful bersungguh-sungguh.

Zehan menjeling tajam. “Banyaklah awak punya maaf. Sorry pergi naik lori ajalah! Awak buta ke hah? Tak nampak ke orang tengah berjalan kat sini?” tengking Zehan bagaikan halilintar.

Hampir meloncat keluar jantung Dr. Qasyiful apabila mendengar tengkingan gadis cantik di hadapannya itu. Erk, dia tengking aku? Huhh! Harap muka aja cantik, tapi perangai kosong peratus. Hoi, kau tak ada adab ke hah? Kutuk hati Dr. Qasyiful geram.

Dr. Qasyiful menjeling tajam, namun sedaya upaya cuba bersikap tenang. “Saya rasa, saya tak bersalah. Lagipun, awak yang langgar saya dulu. Jadi, awak sepatutnya yang minta maaf pada saya. Tapi, tak apa… sebab saya seorang gentleman, saya mengalah.” bidas Dr. Qasyiful pedas, sengaja hendak menyakitkan hati gadis cantik itu. Hah, padan muka! Puas hati aku!

Zehan menjegil. Lalu, gadis cantik itu bercekak. “Huhh, malaslah nak layan awak!” bentak Zehan. Lalu, gadis itu mengambil bukunya yang bertaburan di atas lantai dan mengatur langkah pergi meninggalkan Dr. Qasyiful sendirian di situ.

Dr. Qasyiful menggeleng kepala. “Isyh… isyh… teruknya perangai minah ni. Ada lagi spesies perempuan macam dia ni kat dunia kan?” kutuk Dr. Qasyiful geram.

Lantas, Dr. Qasyiful membongkok lalu mengutip buku miliknya dan mengatur langkah pergi.


****


DR. QASYIFUL melopong. Matanya membulat besar. Erk, buku akaun? Sejak bila pula aku ambil course akaun kat universiti ni? Seingat akulah, aku ambil course perubatan. Eh, buku siapa pula yang tiba-tiba aja sesat kat sini ni? Gerutu hati Dr. Qasyiful hairan.

Dr. Qasyiful menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cuba mengingat kembali bagaimana buku itu boleh berada dengannya. Mulutnya ternganga luas. Baru aku ingat, ni buku cik sombong tu.

Papp!!

Kedengaran buku dihempaskan ke atas meja makan, menyebabkan Dr. Qasyiful terkejut badak. Eh, malaun mana pula yang main-main hempas buku ni?

Serentak itu, Dr. Qasyiful mendongak ke atas. Keningnya terjungkit sebelah. “Kenapa dengan awak ni? Tiba-tiba aja hempas buku atas meja ni… Tak baik tau, nanti lari ilmu yang bersarat dalam kepala awak tu.” perli Dr. Qasyiful selamba.

Zehan menarik muncung geram, lalu gadis cantik itu menjeling tajam. “Tak payah nak buat lawak antarabangsa kat sini. Bak sini buku saya!” bidas Zehan kasar.

Dr. Qasyiful segera menolak buku akaun milik Zehan ke depan. “Nah, ambillah! Saya pun tak teringin.” perli Dr. Qasyiful lagi.

Zehan terus mengambil buku akaun miliknya. Tanpa ucapan maaf, gadis cantik itu terus mengatur langkah pergi meninggalkan Dr. Qasyiful

Dr. Qasyiful menguntum senyuman kecil. Entah mengapa hatinya seakan berdebar apabila berhadapan dengan gadis sombong itu. Erk, aku dah jatuh cinta ke? He he he…


*****


SEJAK peristiwa itu, bermacam-macam cara yang digunakan oleh Dr. Qasyiful untuk mendekati Zehan.

Hantar bungalah… utus surat cintalah… hadiahkan coklat Kinder Bueno la… erk? Macam-macamlah! Pendek kata, macam-macam ada. He he he…

Zehan berasa hairan, dahinya berkedut sejuta. “Siapalah yang hantar benda-benda macam ni kat aku ya? Kalau sehari dua tu, tak apalah juga. Ni, hampir setiap hari. Ada aja benda yang dia letak atas meja ni.” ngomel Zehan hairan.

Kedengaran suara orang ketawa di sebelahnya. “Kau dah ada secret admire ke, Zehan?” perli Amira selamba, rakan sebilik Zehan.

Zehan menjeling tajam. “Apa kes buat macam ni? Tak berani ke? Kata lelaki… kenalah berani. Aku tak peduli, aku kena siasat! Aku nak tahu siapa punya kerja ni.” balas Zehan bersungguh-sungguh.

Siasat punya siasat, akhirnya Zehan berjaya juga. Erk? Selama ni, dia ni ke yang hantar bunga, coklat, surat cinta pada aku? Eh, biar tembikai?

Zehan merenung tajam wajah kacak Dr. Qasyiful. “Kenapa awak hantar benda-benda macam ni pada saya hah? Apa, awak dah tak ada kerja lain lagi ke hah?” bidas Zehan keras.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman nipis. Wajah kacak itu kelihatan tenang, seolah-olah dirinya tidak melakukan apa-apa kesalahan pada gadis di hadapannya itu. “Sebab saya sukakan awaklah, saya buat macam ni. Siti Norzehan, saya dah jatuh cinta pada awak.” luah Dr. Qasyiful ikhlas.

Zehan terkedu. Agak terkejut dengan pengakuan berani lelaki itu. Hah? Ni lagi aneh, aku bermimpikah? “Apa yang awak merepek ni hah?” tengking Zehan lantang.

Dr. Qasyiful masih lagi tersenyum nipis. “Saya tak merepek, Zehan. Saya benar-benar ikhlas, saya cintakan awak.” luah Dr. Qasyiful sekali lagi. Nada suaranya kedengaran begitu syahdu sekali.

Zehan terdiam, lidahnya menjadi kelu. Erk? Rasa macam dalam alam fantasi pula. He he he…

Tiba-tiba, satu idea gila menjengah ke kotak fikiran Zehan. Serentak itu, bibirnya terukir senyuman penuh makna. “Awak benar-benar cintakan saya?” tanya Zehan ingin tahu.

“Ya, saya cintakan awak!” jawab Dr. Qasyiful tegas.

Kening Zehan terjungkit sebelah. “Kalau macam tu, tawanlah hati saya.” cabar Zehan sambil bibirnya terukir senyuman penuh makna.

Dr. Qasyiful tersenyum nipis. “Apa yang saya akan dapat kalau berjaya?” tanya Dr. Qasyiful sambil menjungkit sebelah keningnya, seolah-olah mencabar gadis di hadapannya itu.

“Awak akan dapat hati saya, Qasy.” jawab Zehan malu-malu kucing. He he he…

“Okey, saya sahut cabaran awak! Saya akan lakukan apa aja untuk buat awak jatuh cinta pada saya, Zehan.” balas Dr. Qasyiful penuh berkobar-kobar.

Kening Zehan terjungkit sebelah. “Okey, semoga berjaya!” Serentak itu, Zehan mengatur langkah meninggalkan Dr. Qasyiful sendirian di situ.


(actually, ada lagi ni.. belum habis lagi.. hehehe..)



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku