Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 35 (PART 2)
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(13 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7657

Bacaan






ERENA tersenyum hambar apabila mendengar cerita Diana. Kalau dengan arwah tunangnya, dia boleh bersikap romantik. Tapi kenapa bila dengan aku, dia jadi serius bagai nak rak? Eh… stop it, Erena Amani! Jangan nak buat kerja gila okey! omel hatinya.

Mengetahui kisah di sebalik masa silam Dr. Qasyiful, sekali gus menerbitkan rasa kasihan buat encik tunangnya itu. Ya ALLAH… sungguh berat ujian-MU. “Kasihan Qasy ya, Ana,” katanya perlahan.

Diana melepaskan keluhan panjang. Dia menguntum senyum nipis. “Tulah, kak. Kasihan Abang Qasy. Tapi nak buat macam mana, kan? Dah ajal Kak Zehan. ALLAH lebih sayangkan dia. Dia ‘pergi’ sebelum sempat mereka diijab kabulkan,” tambahnya lagi.

Erena menguntum senyum. Dia diam. Langsung tidak terdetik untuk membalas kata-kata bakal adik iparnya itu.

Sejenak mereka terdiam. Melayani perasaan masing-masing.

Tiba-tiba, terdetik sesuatu di fikiran Erena. Membuat rasa ingin tahunya semakin membuak-buak. “Ana, apa yang membuatkan Qasy jadi serius?”

Diana tersenyum lagi. “Entahlah, kak. Sejak arwah meninggal dunia, Abang Qasy terus berubah sikap. Dia jadi pendiam, tak banyak bercakap macam selalu. Dulu, masa yang ada banyak diluangkan bersama keluarga dan arwah.Sekarang, dia sibuk dengan kerjanya sebagai doktor,” balasnya perlahan. Sekali lagi dia mengeluh. “Mungkin… sebab dia patah hati kot?”

Bak burung belatuk, Erena mengangguk. Patah hati? Keningnya terjungkit sebelah. Dia tersenyum. Hmm… ada hati juga encik tunang aku ini, ya? Ingatkan robot. Kau ni Erena, sampai macam tu sekali kau fikir ya? Dr. serioustu pun manusia jugak. Dia ada hati dan perasaan.

Tiba-tiba, Diana menguap. Matanya semakin kuyu. “Ana dah mengantuklah, kak. Esok nak bangun awal, nak solat subuh. Ana tidur dululah. Selamat malam, kak,” katanya lalu merebahkan diri.

Erena menguntum senyum. Dia mengangguk perlahan. “Ana tidurlah dulu, ya. Selamat malam.”

Diana mengangguk “Selamat malam, kak.”

Tidak semena-mena, fikiran Erena terbang melayang. Entah mengapa, wajah Dr. Qasyiful menari-nari di layar mindanya. Siap tersenyum lagi.

Hisy! Sibuk ajelah mamat serius 24 jam ni! Tiba-tiba aje muncul depan aku. Nyah kau jauh-jauh dari hidup aku! Erena membentak keras dalam hati.

“Kak?” Tiba-tiba Diana menegur.

Sekali gus, mematikan lamunan Erena. Dia mengalihkan pandangan ke arah Diana. Dahinya berkerut. “Eh, tak tidur lagi ke?”

Diana menayang sengihan kerang busuknya. Dia tersenyum penuh makna. “Jangan lupa masukkan Abang Qasy dalam mimpi tau. Make sure,mimpi yang indah-indah. Good night kak, sleep tight!” usiknya selamba.

Cepat-cepat Diana menarik selimutnya. Berpura-pura tidur. Bimbang jika Erena membebel. Karang, tak pasal-pasal kena dengar khutbah malam. Tak ke haru? He he he…

Erena menjegil matanya. Dia menggeleng. Mimpikan mamat serius 24 jam tu? Huh, memang taklah! Merepek aje budak Diana ni. Sorry naik lori. Tak ada maknanya aku nak mimpikan Dr. serioustu okey! gerutu hatinya geram.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku