Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
SPECIAL EDITION - KISAH CINTA DR. QASYIFUL (PART 2)
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
4944

Bacaan






(p/s note : Sambungan untuk kisah cinta Dr. Qasyiful dan Zehan.. Semoga pembaca berasa terhibur.. Terima kasih kerana sudi membaca karya saya yang tak seberapa ni.. Nantikan kemunculannya di pasaran.. Insya-Allah..=)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

DR. QASYIFUL berdiri tegak di atas bumbung bangunan fakulti perubatan. “Aku dah tak ada cara lain lagi. Dah macam-macam cara aku gunakan untuk menawan hati Zehan yang macam icecube tu.” ngomel Dr. Qasyiful sendirian.

Bibir lelaki kacak itu terukir senyuman penuh makna. Keningnya terjungkit sebelah. “Mungkin dengan cara ni, Zehan akan nampak keikhlasan cinta aku padanya.” gerutu Dr. Qasyiful lagi.

Sementara di bawah, masing-masing sudah kecoh apabila melihat seorang lelaki yang berdiri tegak di atas bumbung. “Oii, nak bunuh diri ke hah?” jerit satu suara dari bawah.

Zehan dan Amira yang sedang dalam perjalanan ke kafeteria berkerut seribu apabila melihat kekecohan di tepi bangunan fakulti

perubatan itu.

“Mira, kenapa tu?” tanya Zehan pada Amira.

Amira menjungkit bahu sebagai jawapan. “Tak tahu! Err… jomlah kita pergi tengok.” balas Amira beriya-iya.

Zehan hanya mengangguk sebagai jawapan.

Lalu, mereka berdua berjalan menuju ke arah bangunan fakulti perubatan itu.

“Kenapa ni?” tanya Zehan pada salah seorang pelajar di fakulti perubatan itu.

“Ada orang kat atas tu, dia nak bunuh diri.” jawab pelajar itu.

Zehan melopong. Mulutnya ternganga luas. “Hah?!” Lantas, gadis cantik itu mendongak ke atas.

Alangkah terkejutnya apabila melihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya itu. “Qasy?” Gadis cantik itu terjerit kecil.

Lantas, Zehan terus berlari naik ke tingkat paling atas sekali. “Hei, awak dah gila ke? Takkanlah awak nak bunuh diri kot? Tak cium bau syurga nanti tau.” marah Zehan lantang.

Dahi Dr. Qasyiful berkedut sejuta. “Siapa kata saya nak bunuh diri?”

Zehan tercengang. “Habis tu, awak nak buat apa?” tanya Zehan hairan.

Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. “Saya nak jerit kat atas

bangunan fakulti perubatan ni yang saya cintakan Siti Norzehan binti Bordin. Biar satu universiti ni tahu yang saya cintakan awak.” balas Dr. Qasyiful beriya-iya.

Zehan tersenyum penuh makna. “Jeritlah!” cabar Zehan.

Dr. Qasyiful menarik nafas panjang, lalu menghembus perlahan. “Saya cintakan awak, Siti Norzehan binti Bordin!” jerit Dr. Qasyiful nyaring.

Zehan terharu dengan tindakan gila Dr. Qasyiful, lalu gadis cantik itu meluru ke arah lelaki kacak itu. “Terima kasih, Qasy. Sebenarnya, saya pun cintakan awak juga.” luah Zehan akhirnya.

Dr. Qasyiful menghela nafas panjang, hatinya agak lega apabila mendengar luahan hati Zehan. “Syukur alhamdulillah. Terima kasih, Zehan.” balas Dr. Qasyiful.

Mata bertentang mata, hanya hati yang saling berbicara. He he he… so sweet!


(Haa...  gila  tak  gila  si  Dr.  Qasyiful  tu?  Romantik  tak?  He  he  he...)



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku