Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 36
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
5261

Bacaan






ERENAmenguntum senyuman lebar. Siap menayang memek muka teruja lagi. “Wah, seronoknya!” Dia bertepuk tangan, bagaikan anak kecil sahaja lagaknya.

Shukri tergelak, geli hati dengan telatah Erena. “Kalau Amani seronok tinggal kat sini, selalu-selalulah ikut Qasy balik kampung,” balasnya bersungguh-sungguh.

Diana yang sedang menyedut air kotak laicinya spontan mengangguk laju. “Betul tu, kak. Akak kenalah balik selalu. Nanti, bolehlah Ana bawa akak pergi jalan-jalan. Kita pergi Pekan Rabu ke, muzium padi ke, macam-macamlah.”

Spontan, bibir Erena terukir senyuman kelat. Balik selalu? Hmm… entahlah! “Err… nak ke Qasy bawa saya balik ke kampung dia lagi, Abang Shuk?” Tiba-tiba, soalan itu terpacul keluar dari mulut Erena. Hisy mulut ni, cepat aje kau mainkan peranan, kan? Tengok, kan dah terlepas cakap! Marahnya dalam hati.

Shukri mengerutkan dahinya. “Laa… kenapa pula dia tak nak bawa Amani balik kampung? Amani kan keluarga kami juga. Lagipun, Amani kan bakal isteri Qasy. Nak tak nak, Qasy kena bawa juga,” katanya hairan.

Diana mengangguk tanda setuju. “Betul tu, kak. Nak tak nak, Abang Qasy kena juga bawa akak balik ke kampung. Err… kenapa akak cakap macam tu?”

Erena terpana. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Err… nak jawab apa, ya? Hisy! Tulah… Rena, macam manalah boleh terpacul keluar soalan yang tak logik tu dari mulut kau, hah? Tengok, kan dah kena tembak! Naya aje… marah hatinya geram.

“Amani dengan Qasy okey ke?” duga Shukri. Raut wajahnya serius.

Gulp! Erena meneguk liur. Dia tersenyum kelat. “Errr…” Ya ALLAH… tolonglah munculkan seorang hamba-MU untuk membantuku, pinta hatinya penuh mengharap.

Bagai terjawab permintaannya, tiba-tiba Dr. Qasyiful muncul. “Assalamualaikum…” sapanya lembut.

Mata mereka tertumpu pada wajah kacak Dr. Qasyiful. “Waalaikumussalam…” jawab mereka bertiga serentak.

Fuhh! Erena menghela nafas lega. Kemunculan encik tunangnya itu memang kena tepat pada masanya. Thank you very much, Dr. serious!Tak adalah aku terkial-kial nak jawab soalan maut Abang Shukri, gerutu hatinya lega.

Shukri tersenyum kelat. Tak apalah… mungkin lain kali aje, gumam hatinya.

Bibir Dr. Qasyiful terukir senyuman lebar. “Wah, seronoknya mandi sungai! Dah lama Qasy tak mandi sungai, bang.”

Erena mencebik. Bibirnya terukir senyuman sinis. Erk? Pandai ke mamat serius 24 jam ni mandi sungai? Bukan kerja dia asyik serius memanjang aje ke? sindir hatinya pedas.

Diana ketawa. “Apa lagi, bang? Jomlah kita mandi sama-sama. Dah lama Ana tak mandi sungai dengan abang,” ajaknya bersungguh-sungguh. Siap menjungkit keningnya berulang kali. Sengaja mahu mencabar abangnya.

Dr. Qasyiful menjeling geram. “Hisy… tak naklah! Abang pakai baju elok ni, Ana. Takkanlah nak mandi sungai dengan baju ni kot? Nanti kotorlah baju abang. Ana nak basuh ke?”

Diana menjegil matanya. Dia bercekak pinggang. “Abang Qasy, hisy!” bentaknya geram.

Dr. Qasyiful tidak menjawab, sebaliknya dia ketawa besar. Geli hatinya apabila melihat reaksi adiknya itu. Ha ha ha… padan muka.

Shukri mencebik. Ooo… ketawakan orang, ya? Siap kau! He he he… Dia tergelak jahat dalam hati.

Shukri melangkah keluar dari sungai itu. Dengan langkah yang berhati-hati, dia berjalan ke belakang Dr. Qasyiful. Tubuh Dr. Qasyiful ditolak dengan selamba dari belakang. Terus adik lelakinya itu terjatuh ke dalam sungai. Shukri ketawa besar. Puas hati kerana dapat mengenakan adiknya itu.

Diana dan Erena sudah ketawa besar.

Ha ha ha… padan muka kau, Dr. serious,ejek hati Erena selamba.

Dr. Qasyiful menyapu mukanya yang sudah basah lencun dengan air sungai. Dia menjeling Syukri dengan geram. “Abang ni, hisy!”

Shukri masih lagi ketawa terbahak-bahak.

Diana memandang Erena yang berdiri betul-betul di tebing sungai. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea nakal. He he he…

“Kak?” panggil Diana. Bibirnya terukir senyuman nakal.

Dahi Erena berkerut. “Hmm… ada apa?”

Dengan selamba badaknya, Diana menolak tubuh Erena hingga jatuh ke dalam sungai.

Tanpa diduga, Erena terjatuh ke dalam pelukan Dr. Qasyiful. Masing-masing kelu. Muka sudah merah. Spontan, rasa aneh menyelinap cepat ke dalam hati.

Alamak… rasa apa pula ni? Jangan cakap yang kau dah tangkap leleh dengan mamat serius 24 jam ni, Rena? No way! nafi hatinya.

Dr. Qasyiful semakin berdebar. Ditambah lagi dengan jarak yang terlalu rapat antaranya dengan Erena. Lagilah dia gelabah. Aduhai!

Bibir Diana dan Abang Shukri terukir senyuman penuh makna. Wow, so romantic!

PUSING kiri… pusing kanan… pandang atas… pandang bawah… Erena tetap gagal melelapkan matanya. Terasa seakan ada batang lidi di bawah kelopak matanya. Oleh sebab itulah, susah sangat matanya mahu terpejam lena.

Erena melihat Diana di sebelah. Dia mengeluh panjang. “Dahlah aku tak boleh tidur. Dah macam burung hantu aje ni. Tapi, budak Diana ni boleh pula tidur mati, siap berdengkur pula tu. Huhh!” keluhnya resah.

Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Spontan, peristiwa petang tadi kembali tertayang semula ke layar ingatannya. Umpama tayangan filem. Pergh… kalau buat filem, gerenti meletup. Masyuk!

Erena terpana, begitu juga dengan Dr. Qasyiful. Masing-masing saling berpandangan. Umpama sinetron Indonesia. Hero terlanggar heroin, buku jatuh bertaburan ke lantai. Mata bertentang mata, hati pun saling berbicara. He he he…

Entah mengapa ada debaran dalam hati Erena. Jantungnya macam nak melompat keluar bila berkeadaan seperti itu dengan encik tunangnya. Ah, kacau! Jiwanya semakin kacau! Tak boleh jadi ni! Gerenti haru-biru jadinya nanti.

Dr. Qasyiful bertambah berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Bagai sedang di gendang-gendang oleh pemain dram aje. Macam tengah buat konsert rock ooo… Namun hakikatnya, dia resah. Resah bila berada dalam keadaan seperti itu.

Tiba-tiba, mereka seolah-olah tersedar sesuatu. Spontan, pelukan dileraikan. Wajah mereka sudah memerah. Macam kena tenyeh dengan cili api. Pedih ooo…

“Err… sorry Qasy,saya betul-betul tak sengaja.” Erena gugup. Sedaya upaya dia cuba menahan debaran hatinya.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman nipis. “Err… tak apa Rena, saya faham,” balasnya turut gugup. Walaupun jantungnya melompat bagai nak gila, namun dia tetap mengawalnya supaya berada dalam keadaan tenang. Relax, Qasyiful Hakim!

Bibir Erena terukir senyuman kelat. Dia mengangguk. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Dr. Qasyiful. Tidak mahu encik tunangnya itu menyedari tindak balas yang terlukis di wajahnya.

Pom!!!

Petir berdentum yang menyambar dada langit membuat Erena terkejut besar. Serta-merta, lamunannya terbang. Dia mengurut dada kerana terkejut. Dia beristighfar berkali-kali dalam hati.

Erena mengeluh. “Alamak, dah nak hujanlah pula. Erena Amani, baik kau pergi tidur sekarang! Karang tak pasal-pasal, kau bangun lambat!”

Huhh, namun gagal! Matanya sukar mahu dilelapkan. Hisy. bencilah! bentak hati Erena geram.

Erena menarik nafas panjang, lalu menghembusnya perlahan. Duhai mataku yang cantik bak biji mutiara, lelaplah dikau. Pemilik matamu ini dah mengantuk sangat-sangat ni. Hati Erena bersungguh-sungguh merayu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku