Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 40
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 Mac 2014
Novel ini sudahpun diterbitkan dalam bentuk cetakan dan digital. Dapatkan naskhah anda hari ini.
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
7207

Bacaan






SEPANJANGperjalanan ke SACC Mall, Erena dan Dr. Qasyiful hanya diam membatu. Macam ada jongkong emas dalam mulut mereka.

Erena terfikirkan sesuatu. Dalam kepalanya, tersusun satu adegan yang bakal dilaksanakan sebentar lagi. He he he… plan C!Kau kena make sure Erena, plan Cni mesti jadi. Tak boleh gagal lagi! desis hatinya bersungguh-sungguh.

Dr. Qasyiful mengerling sekilas wajah tunang manjanya di sebelah. Aik, pelik! Diam aje… ada kapur dalam mulut ke? Agaknya sebab itulah dia susah nak cakap kot, gerutu hatinya hairan.

Akhirnya tempat yang ingin dituju mereka sudah pun sampai. Kebetulan ada sebuah kereta Myvi berwarna merah sedang revearsedari kotak parkir. Terus Dr. Qasyiful memberi signal kiri.

Selepas kereta itu keluar, Dr. Qasyiful terus memandu Toyota Vios hitam berkilatnya masuk ke dalam kotak parkir itu. Setelah berpuas hati, lelaki itu terus mematikan enjin keretanya.

Dr. Qasyiful memandang wajah Erena. “Kita dah sampai ni Rena, err… jomlah!” ajaknya. Siap menayang muka serius lagi. Hisy… kenapalah bila dengan Rena aje… muka aku mesti serius bagai nak rak? Pelik… pelik…

Erena tersentak. Serta-merta lamunannya segera terbang menghilang. “Hah?” Dia terpinga-pinga memandang wajah encik tunangnya.

Dahi Dr. Qasyiful berkerut seribu. Mulutnya ternganga luas. Ya ALLAH… berangan ke apa ni? Kasihannya… aku cakap dengan tiang rupanya. “Kita dah sampai ni. Jomlah kita keluar sekarang.”

Erena tersenyum malu. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Apalah kau ni, Rena? Sibuk sangat dengan plan C,sampaikan dah sampai pun tak sedar. Buat malu aje! Puiih…. bebelnya dalam hati.

Erena menayang memek muka selamba. “Okey!” balasnya acuh tidak acuh.

Pasangan tunang itu segera membolos keluar dari perut kereta. Selepas mengunci pintu kereta, mereka terus melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah yang terkenal di Shah Alam itu.

Erena menguntum senyuman penuh makna. Siap menayang gigi putih bersihnya yang tersusun cantik itu. Plan C…bermula. Siaplah kau, Dr. serious 24 hours.Lepas ni, gerenti kau tarik diri dari pertunangan ni punyalah! ucap hatinya dengan penuh yakin sekali. Hatinya tergelak jahat.

Dengan selamba badak dan tidak berperasaannya, Erena mengatur langkah laju meninggalkan Dr. Qasyiful di belakang.

Dr. Qasyiful terkedu dengan tindakan Erena. Mulutnya ternganga luas apabila melihat telatah tunang manjanya itu. Lalu, dia menggeleng berulang kali. Hisy! Kalau dah nama tu perempuan, perempuanlah juga. Bab-bab bershopping ni, serah ajelah kat kaum perempuan. Habis licin satu bangunan ni dikerjakannya, kutuknya di dalam hati.

Habis satu kedai, Erena masuk ke kedai lain pula. Satu pusat membeli-belah itu habis diterokainya. Macam-macam yang dibelinya. Macam setahun tak pernah bershoppingaje gayanya.

Erena mengerling sekilas wajah encik tunangnya, lalu gadis itu menguntum senyuman sinis. “Qasy…” tegurnya. Namun, matanya masih tidak lekang daripada memandang baju kebaya ungu yang tergantung di situ.

Dr. Qasyiful memandang serius wajah tunang manjanya. “Hmm…” jawabnya acuh tidak acuh.

Erena masih lagi tersenyum penuh makna. “Awak tak kisah, kan?” tanyanya selamba.

Dr. Qasyiful berkerut dahi. “Kisahkan apa?”

Bibir Erena terukir senyuman sinis. “Temankan saya pergi shoppingla.Kalau awak nak tahu, saya jadi lupa dunia tau bila bershopping.Setiap kedai yang ada, habis saya teroka. So,awak tak kisah, kan?” balasnya selamba. Sengaja menayang memek muka tak ada perasaan.

Dr. Qasyiful menguntum senyum. “Tak apalah Rena, saya tak kisah. Teruskan bershoppingtu. Saya ikut aje.” Dia menayang muka selamba.

Erena terpana. Dia agak terkejut apabila mendengar jawapan itu. Dia memandang wajah encik tunangnya itu. “Betul ke ni? Takkanlah awak tak kisah kot? Yalah… lelaki kan bukannya suka bila kena ikut perempuan pergi shopping.” Dia sukar hendak percaya dengan jawapan yang terluah dari bibir lelaki itu.

Dr. Qasyiful menayang muka serius. “Saya tak kisah, Rena.”

Erena terdiam. Alamak! Plan C…kenapa aku rasa macam tak berhasil aje, ya? Hisy! Mamat serius 24 jam ni ikutkan aje telatah aku ni. Biar tembikai? Kalau lelaki lain, dah berangin satu badan. Tapi dia? Hati keringnya… gerutu hatinya sukar hendak percaya.

Erena ternganga luas. Dia menutup mulutnya dengan tangan. Plan C…gagal lagi! Argh! jerit hatinya.

ERENA menghempas tubuhnya ke katil. Dia meniarap sambil menongkat dagu. Dia menarik muncung panjang. Kalah mulut kartun Donald Duck. “Plan Cgagal! Argh! Setiap apa yang aku rancang, mesti tak berhasil. Hisy… kenapa, hah? Susah sangat ke kau nak tarik diri dari pertunangan ni, Dr. serious? Bencilah!” marahnya tidak puas hati.

Erena mengusap kepalanya. Pening apabila memikirkan masalah dunianya itu. “Hisy… hati kering betul! Nak buat macam mana ni?”

Erena mendengus geram. “Sahlah, memang mamat serius 24 jam ni tak ada perasaan! Hati kering macam padang pasir! Kalau lelaki lain, gerenti dah berangin satu badan. Mana tidaknya, dia orang bukannya suka bila kena teman perempuan pergi shopping. Tapi, peliklah! Mamat serius 24 jam ni boleh tayang muka blurlagi tu. Tak ada perasaan ke, hah? Argh!” jerit Erena tidak puas hati.

Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Raut wajahnya berubah kelat. “Stressnya...hisy! Kenapalah papa tunangkan aku dengan Dr. serious tu, hah? Dahlah sentiasa serius 24 jam, hati kering macam padang pasir pula tu. Tambah sakit hati aku aje tau! Kalau berterusan macam ni, payahlah nak buat dia tarik diri dari pertunangan ni!” bentaknya geram.

“Aaaa… macam mana nak buat ni? Pokoknya, aku kena buat sampai mamat serius 24 jam putuskan pertunangan ini!” ucap Erena penuh tekad.

Keluhan panjang terluah dari bibir Erena. Gadis itu bangun, lalu duduk bersila di atas tilam. Mulutnya memuncung panjang. “Plan Agagal. Plan Byang baru aje nak mula pun terhenti sekerat jalan. Tak cukup dengan tu, plan Cpun gagal juga. Hmm… nak buat apa lagi, ya?”

Erena mengetuk dagunya. Memikirkan cara yang berkesan untuk membuat Dr. Qasyiful memutuskan pertunangan mereka. Pokok pangkalnya, pertunangan ini perlu diputuskan.

Tiba-tiba, dia memetik jari. Bibirnya terukir senyuman penuh makna. Keningnya terjungkit berulang kali. “Plan D!He he he…” Lalu, dia ketawa jahat dalam hati.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku