Abangku, CEO Sengal! a.k.a (Suamiku CEO)
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 14 Mac 2014
Calon suaminya seorang CEO ternama namun Iris Suhayla langsung tidak mengenalinya.
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
21342

Bacaan






20

SITI Hajar membulatkan mata apabila terbaca gosip Izzul Haq dan Putri Ariyana di internet. Ketika Iris Suhayla duduk di sebelahnya, dia cepat-cepat menolak komputer riba ke arah Iris Suhayla.

"Apa pulak ni?"

"Bacalah gosip pasal buah hati kau ni."

Katanya apabila Iris Suhayla seakan meminta penjalasan ketika komputer riba Siti Hajar sengaja ditolak ke hadapannya.

"Buah hati aku? Siapa?"

"Siapa? Bukan CEO kereta yang kau asyik duk tanya dua puluh empat jam tu ke?"

Tanya Siti Hajar pula. Gosip apakah yang dimaksudkan Siti Hajar? Gosip tentang skandal dengan Putri Ariyana kah? Tangannya pantas menyentuh papan sentuh sebelum terlihat sekeping gambar yang terpampang dengan jelasnya di dada skrin komputer itu.

Gambar itu bukan gambar yang sengaja ditampal atau gambar yang telah disunting tetapi dia pasti gambar itu memang gambar Izzul Haq dan Putri Ariyana. Terbit rasa cemburu yang tak diundang lantas dia menolak kembali komputer itu ke arah Siti Hajar.

"Macam pinang dibelah dua."

Komen Siti Hajar, sengaja mahu mencungkil perasaan teman serumahnya. Iris Suhayla tidak menjawab. Tiada perkataan yang mampu diluahkan sebagai respons kepada Siti Hajar lantas Iris Suhayla bangun menuju ke bilik tidurnya.

"Kenapa aku nak marah pulak?"

Soalanya kepada diri sendiri. Dia mencampakkan tubuhnya ke atas tilam empuk itu. Tanpa diminta, lembaran memorinya menyelak kembali gambar Izzul Haq dan Putri Ariyana yang sempat dirakam oleh lensa matanya sebentar tadi.

"Aku bukan nakkan dia dan dia bukan nakkan aku. Kami berkahwin sebab pilihan keluarga."

"Oh! Tolonglah!"

"Su!"

Panggil Siti Hajar sambil mengetuk pintu bilik sahabatnya. Reaksi Iris Suhayla yang mendiamkan diri setelah melihat gambar itu membingungkannya. Kemudian, Iris Suhayla mengunci diri di dalam bilik. Bertambah pula kebimbangannya. Tak disangka perbuatannya yang sekadar ingin melihat reaksi Iris Suhayla membawa kesan.

"Su! Kau marah aku ke? Aku mintak maaf, ya?"

"Aku okaylah, Siti. Nak baring-baring aje ni."

Jawabnya, tidak mahu Siti Hajar salah sangka. Kemudian, suara Siti Hajar tidak kedengaran lagi di luar. Iris Suhayla melepaskan keluhan panjang. Jika dirinya bukan pilihan Izzul Haq, pasti bahtera perkahwinan mereka sukar untuk dikemudi kelak. Lantas, apa perlunya ikatan perkahwinan itu?

"Perlukah aku berserah dan tutup mata sahaja?"

"Sedangkan bertunang pun dah dibelakangkan, ini kan pulak lepas menjadi isteri dia yang sah."

Katanya, membuat kesimpulan. Dia mengeluh lagi sebelum mendail nombor telefon emaknya.


AINI duduk di atas pangkin buluh sambil melihat suaminya mengupas kelapa. Meskipun teknologi berkembang pantas, namun mereka masih menggunakan kaedah tradisional, iaitu penyadap. Bagi Idris, mengopek kelapa cara begitu lebih memberi kepuasan. Renik-renik peluh yang keluar seaakan memberi kelegaan padanya.

"Iris mintak kita putuskan pertunangannya."

Kata Aini, setelah mempertimbangkan hal itu semalaman untuk diutarakan kepada suaminya. Tidur malamnya tidak lena apabila Iris merayu agar ikatan pertunangannya dibatalkan. Idris terkejut lantas buah kelapa yang sedang dikopek itu terlepas dari cengkamannya. Tapak tangannya terguris dek mata penyadap itu.

"Astaghfirullahal azim."

Idris beristighfar sambil melihat luka yang dialaminya.

"Abang!"

Jerit Aini lantas mendekati suaminya. Dia memegang tangan kanan suaminya yang luka. Timbul penyesalan kerana membuka cerita itu di kala suaminya sedang berurusan dengan alat yang tajam.

"Nanti, nanti! Saya ambilkan ubat luka."

Katanya, cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Dia keluar semula sambil membawa air suam dan kain bersih. Suaminya sudah duduk di atas pangkin, mengambil tempatnya sebentar tadi. Aini terus membersihkan luka di tapak tangan suaminya dengan air suam. Luka itu mesti dipastikan bersih supaya kuman tidak mendiaminya.

"Sayang jugak awak pada saya, ya?"

Usik suaminya usai kerja membersihkan luka itu. Aini ketawa kecil. Barangkali sudah bertahun lamanya dia tidak menyebut perkataan sayang lantaran usia yang semakin meningkat, namun di dalam hatinya, perasaan sayang itu tidak pernah lupus.

"Takkan tak sayang."

"Takkan tak sayang, ye dak?"

Aini ketawa lagi bila diusik buat kesekian kalinya oleh suami yang telah dinikahi lebih tiga puluh tahun yang lepas. Selepas anak-anak mendapat tawaran bekerja di perantauan, kini hanya mereka berdua yang tinggal di rumah, mengisi hari-hari tua bersama-sama.

" Emm...Terima kasihlah tolong cucikan luka saya ni."

"Abang ni, macam tak biasa pulak."

Balas Aini, menepuk perlahan paha si suami sebelum bangun untuk menyimpan kembali peralatan membersihkan luka itu. Selesai tugas itu, dia menyusun kuih kaswi ke dalam piring sementara menunggu air mendidih.

"Bila Su telefon awak?"

"Malam tadi."

Jawabnya sambil meletakkan dulang perak di sebelah suaminya. Mereka sama-sama menjamah kuih kesukaan Riyad itu. Alangkah baiknya kalau anak-anak ada bersama. Suasananya tidaklah sesepi itu.

"Suka hati dia aje mintak itu ini dari kita. Apa dia ingat saya ni tak ada hidung ke nak mintak dibatalkan pertunangan dia berdua tu?"

Rungut Idris akhirnya. Jika tidak kerana denyutan luka itu, pasti sudah dihubungi Iris Suhayla untuk mendengar sendiri penjelasan anaknya.

"Kita ni keras sangat dengan dia tak?"

"Habis tu, nak ikut semua kehendak dia? Apa yang kita tak pernah ikut? Tak boleh sekali ni dia ikut kita pulak?"

Tanya Idris, agak keras. Sebenarnya perasaan marah itu hendak dihambur pada Iris Suhayla, namun si isteri yang tidak bersalah pula yang menjadi tempat untuk dilepaskan perasaan itu.

"Dia tak mahu suaminya nanti kaki perempuan."

"Eh, pandai pulak dia mereka cerita. Awak telefon dia malam ni. Saya nak cakap dengan dia sendiri. Jaga dia!"

Pesan Idris, menekan suaranya. Dia rasa marah dengan karenah Iris Suhayla yang hanya mementingkan diri sendiri namun marahnya tidak lama. Apabila melihat wajah isteri di sisi, hatinya sejuk kembali.


"I nak jumpa you hari ni. Boleh tak?"

"Sounds great. I akan freekan jadual I malam ni. Pukul berapa dan di mana?"

Balas Putri Ariyana, bertanya kembali kepada Izzul Haq. Senyumannya berkembang mekar sejak mula menerima panggilan lelaki itu lagi.

"After Isya'. Pukul sembilan malam, Restoran Sri Minang."

"I'll be there...for you."

Ujar Putri Ariyana sambil menyilangkan kakinya. Usai perbualan itu, dia segera masuk ke dalam bilik. Beberapa helai gaun labuh dikeluarkan dari almari setinggi enam kaki itu. Dia memilih gaun labuh berwarna peach. Gaun yang terbelah luas di bahagian dada itu pasti bakal memaku penglihatan Izzul Haq terhadapnya. Ketika dia sedang sibuk menggayakan gaun itu di hadapan cermin, Christine menjenguk di pintu biliknya.

"Macam ada special date aje."

"Cuba you teka?"

Balas Putri Ariyana, gembira. Dahi Christine berkerut lantas dia duduk di birai katil Putri Ariyana biarpun tidak dipelawa.

"Obama?"

"Gila kau."

Balas Putri Ariyana, terus ketawa gelihati. Christine masih mengerah minda, berfikir tentang lelaki yang menjadi sebutan Putri Ariyana sejak akhir-akhir ini.

"Aaron Aziz?"

"Hello. Suami orang ni I tak mainlah."

"Hah, Idah tahu. CEO The Speeds, kan?"

Jerit Cristine sambil memetik jari. Raut seorang lelaki muncul di mindanya setelah sekian lama memerah ingatan.

"Brilliant lah you ni, Christine."

"Eh, betul ke you nak date dengan dia? I dengar gambar you dengan dia dah tersebar ke entire Malaysia."

"Betullah! Apa pulak tak betulnya? Ramai yang kata kami pasangan sepadan."

Ujar Putri Ariyana lagi, berbangga. Christine tumpang seronok. Selama dua tahun menjadi teman serumah Putri Ariyana, dia tahu wanita itu dikelilingi insan terpilih sahaja. Tiada yang tiada nama. Dan, walaupun dia dikelilingi ramai jejaka, Putri Ariyana tidak pernah pula dikaitkan dengan mana-mana lelaki kecuali Izzul Haq seorang.


PUTRI Ariyana menghayati alunan piano sambil menikmati steak yang dilimpahi kuah cendawan. Dia sengaja mengunci mulut, menunggu pembuka bicara lelaki itu. Semenjak hidangan malam mereka tiba, tiada sepatah kata yang keluar dari ulas bibir lelaki itu.

"You tak minat makanan Melayu?"

Tanya Izzul Haq memecah kebisuan antara mereka. Sebenarnya dia tidak selesa menjadi perhatian, tambahan pula, gosip antara mereka sedang hangat diperkatakan. Barangkali pertemuan ini juga bakal menghangatkan lagi cerita itu, namun dia perlu juga berhadapan dengan Putri Ariyana supaya isu itu dapat dijernihkan semula.

"Sesekali I nak tukar selera juga."

"Oh. Tapi you tak nampak kekok makan steak. I kagum dengan you."

Puji Izzul Haq, sekadar menduga. Putri Ariyana ketawa kecil. Dia tahu Izzul Haq tidak memaksudkan pujian itu. Walaupun lelaki itu bertutur penuh adab, namun isi hatinya dapat juga dibaca.

"Practise makes perfect."

"Perhaps. Selebriti terkenal macam you mesti dah menjelajah banyak tempat untuk makanan sedap."

"Tak kurangnya, you. Mesti you dah jumpa banyak makanan sedap around the world."

Balas Putri Ariyana, tidak mahu mengalah. Izzul Haq ketawa. Dia mengangkat tangan tanda kalah. Putri Ariyana turut ketawa dengan reaksi spontan Izzul Haq. Izzul Haq menyudahkan suapan terakhir ke mulutnya sebelum menyambung bicara.

"Honestly, my late mother's cooking is the best among the best."

"Really? Mesti you cari calon isteri yang pandai memasak, kan?"

"Hopefully she is capable to cook."

Jawab Izzul Haq jujur. Di kala itu, terlakar bayang Iris Suhayla sedang memasak buatnya. Tatkala kembali ke dunia nyata, dia senyum akan lakaran minda yang sengaja dibuat-buat itu.

"Kalau tak boleh?"

"Tak boleh? Takkan selepas setahun pun tak boleh masak jugak, kan?"

"Kalau tak boleh jugak?"

"Lama-lama mesti boleh."

Jawab Izzul Haq, begitu yakin akan pendiriannya. Entah mengapa, dia benci akan sikap menolak sebelum mencuba. Padanya, orang yang kuat berusaha, pasti akan beroleh kejayaan pada akhirnya.

"Patutlah you become a CEO in young ages. You ada keyakinan diri yang tinggi rupanya."

"Tak jugak. Arwah atuk I yang trained I berniaga. Kalau tak, I tak jadi apa yang I jadi sekarang. Sampai terpaksa berdepan dengan gosip, cerita I terpapar di dada akhbar. Gambar dengan artis tersebar di internet. Itu semua, terpaksa I lalui untuk jadi apa yang Ijadi sekarang."

Kata Izzul Haq, tiba juga pada topik yang hendak dibincangkan dengan Putri Ariyana. Riak wajah itu tidak berubah, bersahaja, sedangkan Izzul Haq yakin Putri Ariyana faham akan maksudnya.

"Lebih lama I berbual dengan you, lebih banyak I kenal you. Rupanya you lelaki yang berbudi bahasa. I tertunggu-tunggu dari tadi, bila you nak serang Ipasal gambar tu tapi jangkaan I meleset. You are different. I adore you, Izzul!"


IZZUL Haq berbaring sahaja. Pertemuan dengan Putri Ariyana nyata tidak berakhir seperti yang dikehendaki, sebaliknya wanita dambaan jejaka Malaya itu meluahkan perasaan terhadapnya pula. Masih terngiang-ngiang lagi sebaris ayat yang menyelubunginya semenjak pertemuan itu.

"You are different. I adore you, Izzul!"

Dadanya berdegup kencang, matanya tak terlelap dek sepotong ayat itu. Kini, menjelma pula bayangan wajah Putri Ariyana di dalam mindanya. Senyumannya, lenggoknya, wajahnya, matanya. Oh, adakah perasaanku sudah teralih dek sepotong ayat itu?

"Aku dah bertunang. Dah lama aku mengimpikan Iris Suhayla sebagai isteri. Bukan setahun dua aku menunggu. Hatiku terpaut padanya semenjak tiga belas tahun yang lepas. Tapi kenapa semenjak tadi aku tidak teruja lagi?"

Tanyanya, perlahan dan kebingungan. Tak pernah terkalih wajah dan nama itu dari hatinya walau berpuluh wanita cuba mendampinginya. Bukan hatinya sahaja yang terpaut, arwah atuk juga pernah menyebut tentang manisnya gadis yang bernama Iris Suhayla.

Sehingga pada suatu hari, sebelum dirinya dibawa pulang oleh papa, arwah atuk mendekatinya lantas memberitahu yang dia sudah mengikat janji dengan Pak Deris untuk mengikat cucu dan anak masing-masing dalam ikatan perkahwinan suatu hari nanti.

Sedar akan diri yang masih mentah, dia hanya berdoa dari jauh, moga Iris Suhayla menjadi miliknya suatu hari nanti. Dia mengimpikan bahagia dengan gadis yang baru mengenjak usia remaja. Hari demi hari berlalu, dia melewati usia remaja dengan perasaan cemburu yang membuak tatkala melihat teman seangkatan bahagia dibuai cinta. Dia menutup pintu hati dari cinta remaja dan meneruskan lagi perjalanannya dengan niat yang dijulang tinggi. Iris Suhayla akan diperisterikan suatu hari nanti.

Iris Suhayla sendiri antara ingat atau tidak akan dirinya yang hanya dikenali ketika mengikut ayahnya ke dusun arwah atuk tiga belas tahun yang lepas. Malang tidak berbau, Iris Suhayla tergelicir ke dalam sungai. Dia terjun serta merta apabila mendapati seorang gadis remaja hampir lemas di dalam sungai. Kaget dengan situasi itu, dia terus melakukan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut tanpa disangka-sangka. Sekali, dua kali, tiga kali dan berkali-kali sehingga gadis itu memuntahkan air dari mulutnya.

Laungan keras arwah atuk dan Pak Deris mengejutkannya lantas dia melarikan diri, menyusuri sungai, terus ke hujung kampung. Dia bersembunyi di dalam kebun getah milik Pak Tam. Berjam lamanya dia menyorok di sebalik tunggul tua, dan hanya pulang ke rumah menjelang tengah malam apabila perut berbunyi minta diisi. Dia jalan berjungkit, dengan perlahan melintasi ruang tamu. Kebimbangannya hanya satu. Dia bimbang akan kemarahan atuk. Pasti atuk salah sangka dengan apa yang berlaku siang tadi.

"Haq ke mana petang tadi?"

"Err...err. Ada. Haq ke rumah kawan."

Balasnya, takut-takut. Atuk menyalakan lampu sebelum meyendukkan nasi ke dalam pinggan. Layanan arwah atuk mesra sekali, tidak seperti yang dibayangkannya.

"Tak usahlah menipu, Haq. Tak padan dengan nama Haq. Atuk tahu Haq takut."

"Atuk tak marah Haq ke?"

"Buat apa atuk nak marah. Haq selamatkan nyawa orang. Kalaulah Haq tak ada di situ tadi, entah apa yang jadi pada anak Pak Deris."

Kata-kata arwah atuk tiga belas tahun yang lepas masih kedengaran di telinganya. Tak semena-mena, air mata lelakinya luruh. Dia rindukan arwah atuk. Arwah atuk yang banyak mengajarnya tentang erti hidup. Tanpa perhatian dan kasih sayang arwah atuk, entah ke mana dirinya tercampak sekarang.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku