Cinta Akan Indah
Sinopsis
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Mac 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
1025

Bacaan






DITERBITKAN

Tajuk : CINTA AKAN INDAH
Penerbit : Alaf Dua Puluh Satu Sdn Bhd
Penulis : Rini Syanira
Harga: RM 19.90 (semenanjung) / RM22.90 (Sabah/Sarawak)
ISBN: 978-983-124-611-5
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 22 Dis 2010
Kategori: Novel
Boleh Order di : http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2718


ISI CERITA

Ianya mengisahkan seorang gadis yang meminjam identiti kembar seirasnya kerana mengalami amnesia jangka panjang kemudian menuntut di Universiti dan kini bertemu semula kekasih lamanya yang menyangkakan gadis itu telah meninggal dunia namun, kini mereka bertemu semula dalam keadaan gadis itu masih kabur akan kisah identiti lampaunya semasa di Universiti.

SINOPSIS CERITA

Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya.

Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah Lina.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku