Cinta Akan Indah
Prolog
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Mac 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
629

Bacaan






ORANG ramai beransur pulang. Aku hanya memerhatikan dari jauh walaupun puas dipujuk Marwan untuk ke tanah perkuburan, tapi aku tetap berdiri di anjung rumah yang menghadap kawasan perkuburan itu. Kaku dengan tangisan, di hati sayu... cukup terkilan dengan apa yang berlaku.

Air mata yang mengalir sejak tadi diseka kasar dengan belakang tangan. Eliza menepuk bahu, menyedarkan aku daripada lamunan. Puas ayah, ibu dan Marwan mengajak untuk bersama ke kubur, namun aku tetap berkeras tidak berganjak. Hari semakin merangkak ke senja.

Tanpa mempedulikan mereka yang sedang memasuki rumah pulang dari kubur, aku pantas turun berlari sekuat hati menuju ke kubur Lina. Aku menangis semahu-mahunya di situ. Perasaan berkecamuk, sukar untuk menahan hati yang terluka. Apa yang tinggal untuk aku hanya kenangan bersama Lina. Lebih 20 tahun hidup berdua, akhirnya aku keseorangan.

Aku duduk teresak-esak. Fikiran melayang meng­ingati memori bersama Lina. Ekspresi wajahnya tergambar di minda. Mengingati kenangan bersamanya, membuatkan ta­ngisanku semakin berlagu. Lina, kenapa kau pergi setelah aku pulih dan sedar akan hakikat sebenar kehidupan ini?

Aku masih keliru antara ingin percaya atau tidak dengan kenyataan bahawa Lina telah pergi meninggalkan aku sen­diri tanpa pamitan, pesan dan penjelasan untuk merungkai segala persoalan di minda. Apa sebenarnya yang telah terjadi? Sehingga rembang petang melabuhkan tirainya, persoalan itu masih bersarang di mindaku.

Aku merenung pilu kubur Lina, kembarku. Tidak terniat untuk melangkah pulang. Tangisan sudah lama hilang, cuma perasaan kesal masih membukit.

Aku berpaling bila bahu disentuh ayah. Dia memandang­ku sayu dan mengangguk memberi isyarat untuk membawaku pulang. Aku membiarkan sahaja tubuh diheret ayah, pasrah menerima dugaan ini dalam keredhaan-MU, ya ALLAH!



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku