Cinta Akan Indah
Bab 20
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 20 Mac 2014
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
458

Bacaan






Bab 20

Sesungguhnya ingin kukatakan,
hanya jauhari mengenal manikam.
Aku cuma insan malang ada peluang,
selagi terdaya akan kugenggam.

SEJAK hari tragedi tersebut, Mukhriz tidak pernah melupakan niatnya. Dia berusaha untuk mencari mereka. Namun, sehingga ke hari ini masih belum dia temui. Mengapa mereka tiada di kampung? Bagi melegakan perasaan, dia menerima cadangan Ibu Hajar untuk bekerjasama dengan Iskandar, CEO muda yang berkarisma. Tapi mengapa ada redup di mata anak muda itu? Siapa dia? Seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Tekaannya tidak pernah tersasar.
Cuma dia tidak ingat di mana. Untuk kesekian kalinya juga gambar keluarga itu ditatapnya. Sesal beraja di hati kerana masih belum menemui insan yang dirindui sejak dua tahun lalu!
Dia melepaskan keluhan. Pelbagai usaha telah dilakukan. Dia menjejaki Anis Malisa dan Eman Marwan di kampung. Hampa. Jiran memberitahu, mereka telah berpindah dan menetap di bandar. Di bandar pula bukan besar sangat, cuma kawasan perumahannya berselerak. Di mana mereka menetap? Takkan di kawasan mewah, kerana Anis tidak mampu! Dan tidak mungkin di kawasan setinggan. Dia tidak sanggup memikirkan nasib mereka. Rindunya datang lagi.
Sepi menular segenap perasaan. Dia mengurut paha kanannya perlahan-lahan. Terasa denyutan sedikit mengilukan. Dia redha dengan suratan yang memberikannya peluang untuk meneruskan pencarian. Walaupun dia tahu kemungkinan untuknya bersua masih samar.
“Riz... boleh ibu masuk?”
Suara di luar mengejutkannya. “Masuklah bu... pintu tak kunci!”
Seketika kelihatan tubuh tersebut bersama senyuman di bibir ibu tua itu.
“Riz belum tidur lagi?” Ibu Hajar duduk di tepi katilnya.
“Belum. Kenapa, bu?” soal Mukhriz, melihat keinginan di hati tua itu.
“Tak ada, ibu cuma nak tahu.”
“CEO syarikat tu seperti pernah Riz jumpa, tapi tak ingat di mana.”
“Siapa? Anak Puan Sri Amnah ke?”
“Ya! Encik Iskandar namanya!”
“Setahu ibu, namanya Irsyad Iskandar,” beritahu Ibu Hajar tanpa curiga.
“Dia cuma perkenalkan namanya Iskandar! Sikap seperti ‘Iskandar the Great’. Orangnya pun baik, walaupun berada tapi tak sombong,” komen Mukhriz, cuba menyenangkan halwa telinga yang mendengar. Dia tidak mahu ada percanggahan bila sudah memulakan perkenalan.
“Tentu Irsyad yang Riz katakan. Ibu harap sangat Riz dapat kerja itu. Dapat mengurangkan sedikit tekanan pe­rasaan tu bila dah bekerja. Moga Riz tak ingat hal-hal yang menyedih­kan ketika sibuk nanti. Ibu harap juga Riz tak berputus asa mencari mereka.”
Sokongan Ibu Hajar itu amat diperlukan saat ini. Mukhriz diam mengiakan kata-kata itu.



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku