Mrs.maidku
Bab 1
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(13 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
18748

Bacaan






Satu malam aku bersengkang mata menunggu encik Hairul pulang dari kerja.Kalau ikutkan hati aku ni, dah lama aku melingkup dalam bilik tu. Penatnya! Dahlah dia suruh aku mop satu rumah ni, ingat aku ni apa?Robot mop ke apa?Mak Minah dan pak Sudin pula dah lama melingkup dalam bilik.

Tinggallah aku merenung pintu slide menunggu orang yang entah pulang ke tidak, Ish! Menyirap darah muda aku. Nasib saja kau bos, kalau kau adik aku atau abang aku dah lama aku luku kepala kau. Sakitnya hati!

Aku telan air liur bila mendengar bunyi keretanya masuk ke perkarangan rumah. Tanpa ragu, dengan malas aku angkat kaki yang dah macam kena paku ni membuka pintu slide itu. Membulat hairan mataku bila melihat dia. Kusut masai, muka merah, nampak sangat baru habis teguk air setan. Apa lazat sangat air tu? Minum pepsi lagi bagus! Dahlah halal ada gas pula tu.

Kalau mengikut gosip lah, kononnya air setan tu pahit. Benda ala apalah tu. Ada yang manis sedap dan halal, yang haram dan tak sedap tu juga dicarinya. Aku membantu dia masuk. Terhuyung-hayang macam prisby kena baling kat anjing je aku tengok dia.

“Aku boleh masuk sendiri lah”! Tengkingnya. Tubuhku ditolak. Aku sudah ketip bibir. Geram! Aku lukuh kepalanya. Sekarang dia tengah mabuk, buat apa pun bukan dia sedar. Kalau aku masukkan dia dalam tong sampah pun dia masih boleh senyum agaknya.

“Berani kau!” jeritnya. Lenganku dipaut lalu digenggam kuat-kuat. Alahai, sedar pula dia. Fikirkan orang pengaruh alcohol ni tak ingat dunia. Rupanya ingat juga.

“Tak encik, ada nyamuk kat kepala encik.” Bohongku. Dia hanya merenungku dengan pandangan layu dan redup. Biasalah macam muka orang mabuk takkan tak pernah nampak.

“Mak Minah mana? Mak Minah!!” Jeritnya. Aduh! menyusahkan betullah mamat ni, ni dah terjerit-jerit pula. Nanti dibuatnya pula berak kat ruang tamu ni tak ke niaya aku dibuatnya. Masalah-masalah!

“Encik dahlah tu. Mari saya hantar encik pergi bilik.” Aku mencadangkan bantuan. Dengan muka blur dia memandang aku tanpa minat,tanpa banyak tingkah aku usung tubuhnya menaiki tangga. Fikir saja dia bos, kalau bukan dah aku heret dia kat tangga ni. Dah lah bau masam, berat lagi. Ya Allah, berdosa ke aku.

Aku membaringkan dia di atas katil. Terus saja dia memeluk batal peluk. Bila aku lihat keadaannya sudah nyenyak baru aku berani mengangkat kaki tanda untuk keluar. Tiba-tiba tanganku ditarik. Cepat aku berpaling.

“Tolong bukakan kasut.” Pintanya. Terlopong mulutku. Kasut? Kasut apanya, stoking tu kasut ke? Itu lah kalau dah mabuk ayam pun dikatakan burung. Pelik.

“Tapi encik, encik tak pakai kasut pun.” mahu saja aku tergelak. Nak buat lawak bodoh pula dia.

“Buka je lah”!! Tengkingnya. Mendengar tengkingannya pantasku buka saja stoking itu. Ish! Busuk!

Setelah selesai membuka stoking itu, aku lihat dia lena kembali. Baik aku cepat beredar. Dia ni bukan boleh pakai, tidurnya itu tidur ayam. Gegar sikit berkokok. Berjengket-jengket aku keluar.

“Nak pergi mana?” tegurnya. Aku mengeluh sambil berpaling. Ajaib betullah. Aku dah jengket pun telinga dia boleh dengar lagi. “Pelik! Mata tutup pula tu, jangan-jangan.. ish! Seram” Aku bermonolog sendiri.

“Ada apa encik?” Aku mendekatinya. Macam orang bodoh saja bercakap dengan orang yang sedang tidur. Lelaki ni siang malam asyik nak memperhambakan aku je, tak tahu ke tulang menulang aku ni dah nak patah. Kau tengah mabuk ni, jangan sampai aku keluarkan silat tomoi segala bagai. Tak hospital jawapnya. Hatiku berbahas tidak puas hati.

“Buka baju aku.” Arahnya. Apa senting mamat ni? Dia ingat aku ni mak Minah ke! Atau entah-entah dia ingat aku ni pak Sudin. Aku? perempuan! Buka baju lelaki! Tolonglah! Aurat! Kalau pencegah maksiat tahu, kompom aku kahwin malam ni juga!” Hatiku berbahas hebat.

“Tapi encik..”

“Buka!” Jeritnya. Matanya bulat dan tajam memandang aku, aku sudah buat muka sedih. Nak menangis. Satu penderaan betul, aku lapor polis baru padan muka kau!

Satu persatu butang baju kemeja itu aku buka. Mukaku sudah jauh berpaling. Air liur sudah berkali-kali menjadi minuman bertenagaku. Ah! tak kuat aku menghadapi situasi sebegini. Membuntang mataku bila tangannya memegang tanganku.

“Cukup sampai situ saja..” perlahan suaranya. Aku sudah ketip bibir. Silap hari bulan boleh tak berbibir aku dibuatnya. Aku cuba perlahan-lahan mengeluarkan tanganku dari gemggamannya dan cepat berdezum keluar.

*****

“Mak Minah! Mak Minah!” Encik Hairul sudah terjerit-jerit macam orang sawan. Kebetulan mak Minah pula pergi ke pasar. Tepat timer betullah mak Minah ni, tepat masa bala ni nak bangun. Ish! Aku juga lah yang kena melayan. Memang nasib kau lah Syazana.

“Iya encik?” tergopoh- gapah aku mendapatkan dia. Dia memandangku hairan.

“Kau siapa! Mana mak Minah?” Tengkingnya. Amboi, aku ni tak lah jauh sangat tok oi, selangkah je dari kau, tak payah lah nak bertengking-tengking macam aku jauh berjuta batu.

“Encik tak ingat saya?” Tanyaku. Pelik! Dah dua hari bertembung dengan aku siap suruh aku mop satu banglo ni, dia boleh pula pasang drama melayu kat depan aku. Hebat sangat! Buat-buat tak kenal konon. Pegider..

“Ish! Whateverlah! Buatkan aku air sekarang!” perintahnya. Aku menundukkan kepala tanda menurut. Cepat saja aku melangkah menuju ke dapur. Lama-lama depan dia pun kena sound tak tentu hala je nanti.

Siap aku membancuh air, aku hidangkan di meja halaman pondok santai berhadapan dengan kolam renang. Dia yang sedang kusyuk membaca surat khabar tidakku sapa. Nanti buka mulut, tak pasal-pasal kena campak pula dalam kolam.

“Siapa nama kau?” tanpa melihat aku, dia bertanya.

“Syaz encik.” jawapku ringkas.

“Nama panjang?”

“Syazana encik.” Jawapku lagi. Sibuk je, dah 3 hari akukatsini baru hari ni nak berkenalan. Lepas ni nak tanya apa lagi? nombor i/c, atau nombor surat beranak.

“So nak I panggil apa?” macam sengaja je dia nak memperbodohkan aku. Dah aku bagi namaSyaz tadi, that mean panggil jelah Syaz. Nak juga ada panggilan manja.

“Aku tanya bodoh! Kau diam buat apa! Marahnya.” Cepat aku menjawap. Takut angin meroyan sampai pula. Tak sia-sia aku kena sepak pula nanti.

“Syaz je encik.”

“Kampungan..” perlinya. Sambil melipat surat khabar itu dan melompat masuk ke dalam kolam. Suka hati laki mak dia je cakap nama aku kampungan. Macam lah nama Hairul tu bandar sangat!

*****

Petang itu, aku habiskan dengan menemankan dia di ruang tamu. Dia ingat aku ni bodyguard ke apa? Suka sangat dia mendera aku, agaknya masa mak Minah mula kerja sini begini teruk agaknya orang tua tu kena.

"Encik.."panggilku perlahan. Dah kebas kaki ni, kepala lutut pun dah tak tahan hampir 2 jam berdiri. Dia ingat aku ni kipas angin ke apa! Aku mengenggam penumbukku. Dasar manusia tak ada perasaan betul.

"Kenapa?" Dengan lagak bos dia merenung aku tanpa minat. Kembang kempis saja hidungku melihat dia.

"Ada apa lagi yang encik nak?"

"Tak ada". Jawapnya ringkas. Lalu berpaling semula menghadap IPADnya. Gigiku sudah berketup rapat. Memang aku geram sangat. Punya selambanya dia menjawap. Dia tak nampak ke aku dah buat muka seposen ni? Tak kasihan langsung. Perasan bajet bagus!

"Tuan, boleh saya pinjam Syaz sekejap?" tiba-tiba mak Minah datang. Ah! sungguh aku bahagia. Mak Minah datang tepat pada timer kepala lutut aku nak tercabut. Oh! Mak Minah you are my superwomen. Bluek!! lah kau encik Hairul. Selagi mak Minah ada jangan harap boleh buli aku lebih.

"Hmm.." itu saja termampu dia jawap. Aku mengeluh lalu cepat mengikut jejak mak Minah. Lenguhnya kaki ni. Ish! Rasa nak sepak je muka perasan bagus tu.

"Mak Minah, mak encik Hairul mana ya?" Aku menarik kerusi meja makan sambil memerhatikan mak Minah memotong kek lapis.

"Tak payah sibuk hal orang. Dah, hantar kuih ni kat tuan Hairul." Bantah mak Minah. What! Kerusi belum panas pun, aku kena balik semula kat encik Hairul. Apalah mak Minah ni, dia panggil aku hanya untuk tolong hantarkan kek je! Terlopong saja aku melihat dia. Hai, nampaknya mak Minah pun nak sorong batal juga ke. Memang nasib betullah.

“Encik makan!” Panggilku. Namun sedikit pun dia tidak mendongah. Dia ni memang suka sangat menguji kesabaran aku. Nasib saja aku ni penyabar. Kalau tak, dah aku hempaskan saja piring ni kat kepalanya.

“Encik!”

“Kau buta ke atau tak ada mata? Aku tengah sibuk nikan. Letak je lah kat sana!” Marahnya. Sibuk? Main zombi hunter tu dikatakan sibuk ke? Arh! Lantak kau lah. Buat apa aku nak hairan sangat. Aku meletakkan pinggan berisi kuih lapis itu lalu mengatur langkah. Sebelum mulut puaka itu melontarkan arahan baik aku cepat beredar. Nanti tak pasal-pasal dia suruh aku jadi kipas angin balik.

“Nak ke mana?” Tanpa berpaling dia melarang kakiku melangkah. Aku mendengus. Belum sempat pun aku nak atur langkah dia dah buka mulut. Ah! Mak Minah!

“Nak ke dapur encik.”

“Buat apa?” Ah! Itu pertanyaan ke? Buat apa kau tanya? Pergi dapur nak masaklah takkan nak berzumba pula. Pelik!

“Masak.” Ringkas jawapanku.

“Tak payah, mak Minah boleh uruskan. Sekarang kau suapkan aku kuih tu.”What! Suapkan kuih? Melebih pula mamat ni. Oi! Kau fikir kau tu apa? Budak?Baby?Orang kurang upaya? Nak bersuap-suap bagai. Mengada! Komenku. 

Tapi Cuma dalam hati tak pula aku berani nak menyuarakan bantahan. Dah kira bagus dia suruh suapkan kalau dia suruh aku mop satu rumah, aku tak tahu lah esok aku hidup lagi ke tidak.

“Tapi encik..”

“Aku bos!” Dengan angkuh dia menjawap. Dengan hati yang tidak rela aku suapkan juga kuih itu. Aku rasa macam nak menangis je. Dan membuatkan aku terfikir yang aku ni maid untuk seorang lelaki atau seorang budak kecil!


bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku