Mrs.maidku
Bab 2
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
16849

Bacaan






“Bebal!” Encik Hairul mencampakkan gelas kaca di depanku. Aku hanya tunduk. Takut. Rasa nak menangis pun ada. Mak Minah dan pak Sudin hanya menjadi pemerhati saja kepada aku.

“Kenapa kau bebal sangat ni! Kau tahu tak, kau orang bebal pertama yang berani sentuh barang-barang aku! Kau nak aku tampar muka kau!” Habis aku ditengking dan dimakinya. Sakitnya hati sampai tak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Aku bukan sengaja nak sentuh barang tu, dah benda tu berdering takkan lah aku nak biarkan saja. Tapi aku pun satu. Sengaja nak cari bala. Kalau telefon tu nak berdering sampai habis cas pun bukan masalah aku, tapi yang aku bodoh pergi angkat tu buat apa! Nampak sangat terserlah kebodohannya.

“Ini semua salah mak Minah, kalau mak Minah tak cari pembantu lembab macam dia ni! Tak lah saya susah sekarang. Saya suruh cari pembantu yang boleh buat semua kerja, bukan pembantu yang nak tahu hal peribadi saya.” Kini giliran mak Minah pula menjadi mangsa. Susahkan kau? Bukan kau ke yang susahkan aku! Dasar tak sedar diri.

“Maafkan saya tuan, saya janji akan carikan pembantu baru.” Aku berpaling melihat mak Minah. Pembantu baru?That mean aku akan diberhentikan. Tak boleh jadi, misi aku pun belum berjaya takkan aku nak mengalah begitu saja. Tak boleh jadi.It drama time, ia aku kena berdrama kat sini.

“Dah tak payah! Biar je budak bebal ni jadi pembantu kat sini. Nak cari ramai-ramai buat apa? Untuk jadikan rumah saya ni sarang pembantu!” Api kemarahannya masih lagi bergelora. Tak tahu adab punya lelaki. Orang tua macam mak Minah tu pun kau nak tinggikan suara.

“Kalau encik nak berhentikan saya pun tak apalah encik, tapi jangan marah kat mak Minah macam tu” aku sudah pasang drama melayu. Harap-haraplah menjadi.

“Siapa suruh kau menyampuk!” Tempiknya. Terdiam aku dibuatnya.

“Ma..ma..af. encik.”Aku tergagap-gagap. Tak guna. Tak menjadi pula drama aku.

“Maaf apa! Ish! Kau bla sebelum tangan aku naik kat muka kau!”Marahnya. Tanpa menunggu lama cepat aku berlari masuk ke dalam bilikku. Sungguh terluka berdarahnya hati aku ni. Manusia tak ada perasaan betul.

Tengahari itu, selepas siap aku menghidangkan makanan, aku terus saja pergi ke halaman depan untuk membersihkan kolam renang. Siap saja membersihkan, aku duduk merenung kolam yang jernih itu.

“Apa yang kau renungkan!” Sergahan yang berpusat dari arah belakang itu, membuatkan aku kaku. Mampus. Cepat aku berdiri. Dan cepat tunduk tanda hormat.

“Aku tanya apa yang kau renungkan!” Tengok mamat ni! Dia memang dilahirkan dengan suarafull volume ke? Tak pernahlah telinga aku ni dengar dia lembut or suara perlahan. Asyik nak menengking je. Keturunan speaker ke apa manusia ni?

“Takda encik.” Kini aku sudah tidak gagap hendak bersuara. Lantak lah dia nak angin. Kalau aku tak jawap mula lah penyakit reapet dia tu. Macam DVD rosak. Asyik nak mengulang je.

“Jadi buat apa kau melepak sini! Kat dalam tu banyak lagi kerja.” Dia masih lagi dalam mode angin. Kenapa agaknya, ni kompom anak dari Negara angin ni.

“Baik encik.”

“Kejap!”

“Ada apa encik.” Pelik lah mamat ni, dia nak buat aku sakit kepala ke? Kejap suruh masuk, kejap suruh tunggu.

“Sorry pasal tadi.” Tanpa melihat wajahku, dengan egonya dia meminta maaf. Macam lah minta maaf tu merendahkan status dia. Sorry! Sorry! Sorry naik lori lah.

“Tak apa encik, memang salah saya. Saya kan bebal. Kalau saya pintar tak lah kerja macam ni.” Aku sengaja mahu menguji dia. Mahu melihat sejauh mana ikhlasnya dia minta maaf.

“Tahu pun kau bebal. Dah masuk.” Selarnya. Amboi, minta maaf konon. Nampak sangat tak ikhlasnya. Menyampah. Tanpa kau suruh pun memang aku nak masuk. Dari berdua dengan kau, ada yang masuk hospital nanti kalau Syazana dah muncul! Nasib ni roh dia, roh dia ni penyabar tau. Kau bernasib baik.

Malam mula mengambil tempatnya, seperti biasa aku akan kembali kepada rutinku. Ia menjadi pak jaga. Pintu kaca itu aku renung dengan mata yang dah nak dodoi. Aku mengerling jam biru yang tergantung indah di dinding. Syioknya kau ya jam, santai je. Lain lah aku ni, kena hamba-hambakan je oleh si senget tu! Aku bermonolog sendiri sambil melihat jam dinding itu.

“Tidur sekejap lah.” bahasku perlahan. Kalau nak menunggu mangkuk tu balik alamatnya esok aku jadi seekor panda.

Bunyi benda jatuh membuatkan mataku segera terbuka luas. Bingkas aku bangun dari pembaringan. Terkedip-kedip mataku kehairanan. Bila pula aku baring kat sofa ni? Setahu aku, aku duduk kat kerusi sana. Aku bermonolog sendiri. Kepala yang tidak gatalku garu.

“Sedap kau melingkup tak ingat dunia!” Sergah satu suara, cepat aku berpaling. Wajah bersahaja encik Hairul membuatkan aku telan air liur.

“Maaf encik, saya tak sedar”

“Macam mana nak sedar kalau pukul 10 baru ni bangun. Anak dara apa kau ni!” Sinis kedengaran kata-katanya. Apa pukul sepuluh? Ya Allah, solat subuh. Cepat aku meninggalkan dia.

“Eh! Eh! Kau nak ke mana tu?” Tempiknya namun tidak aku pedulikan. Tiada yang lebih penting dari menghadap tuhanku yang maha esa.

                                                            *****

“Mak Minah, jam berapa encik Hairul balik semalam?” Kerusi aku tarik lalu duduk menghadap mak Minah yang sedang memotong bawang. Pisau yang tidak digunakan,aku capai lalu membantu mak Minah.

“Mak Minah pun tak tahu lah Syaz, bangun-bangun saja tuan Hairul tengah duduk memerhatikan kamu tidur. Pelik juga mak Minah tengok.” Jawap mak Minah. Memerhatikan aku tidur? Dah kenapa?

“Encik Hairul ada buat apa-apa ke mak Minah?” Cemas juga aku. Takut nanti diasnapgambar aku lepas tu hantar kat laman sosial dengan title ‘ maid yang pemalas hanya tahu nak membuta’

“Kamu ni, biar pun tuan Hairul tu macam tu. Dia takkan sanggup buat perkara-perkara yang terkutuk tau.” Eh! Lain yang aku fikir lain pula yang orang tua ni fikirkan.

“Mana lah kita tahu kan mak Minah. Encik Hairul tu lelaki dan lelaki ni bukan boleh pakai pun kalau nampak perempuan.”

“Eh! Kamu jangan nak buka mulut sembarangan. Tuan Hairul tu nampak je panas baran, tapi sebenarnya dia baik orangnya.” Potong mak Minah. Baik apanya kalau hanya tahu nak mendera orang. Tu bukan baik tu tak baik namanya!

“Baik mak Minah kata, tengok kelmarin bukan main tak beradab lagi siap tinggikan suara kat mak Minah. Geram saya tengok”! Puasku ceritakan rasa yang terpendam di dalam hati.

“Itu juga sebab kamu, yang kamu kacau harta benda dia kenapa? Kamu tahu tak, tuan Hairul ni memang dari kecil lagi dia tak suka barang milik dia orang kacau atau rampas. Dia tak suka.” Terang mak Minah. Berkerut dahiku. Aku pun tak ingin lah nak kacau benda-benda mamat senget tu.

“Tak apalah mak Minah, saya ke depan sekejap nak bersihkan ruang utama. Nanti kalau borak panjang-panjang tak meroyan pula encik Hairul tu.” Aku meminta izin sebelum singa jantan itu mengaum tak tentu pasal.

                                                            *****

“Mak, kat mana mak sekarang. Ayah adakah engkau wujub?” Aku menyekah air mata yang berjaya menembusi ampangan mata. Kolam jernih itu aku tenung dengan perasaan hiba.

 Aku rindukan kedua makhluk yang sudah hampir bertahun aku cari. Hidup di rumah anak yatim dihantar tanpa sebarang kata kunci mengenai keluargaku dan hanya sekeping gambar lama yang ditinggalkan. Adakah wajah mereka masih lagi kekal seperti dalam gambar yang telah mereka tinggalkan?

Apa motif mereka melakukan aku begini? Adakah kerana aku anak yang tidak direstui. Aku mengeluh berat. Lebihan air mata cepatku lap. Aku tidak boleh putus-asa. Misi aku sudah terlalu nekad. Aku sudah jauh mengembara di tengah orang ramai dan tiada seorang keluarga pun di kota ini. Hanya sebatang kera.

“Bagus! Bagus!” Kepalaku ditolak dari belakang. Hampir saja aku terjatuh ke dalam kolam. Namun segera aku seimbangkan kedudukanku. Kalau tidak memang sah-sah aku jadi katak kat air tu. Memang nak kena tomoi mamat ni.

“Apa yang boleh saya tolong encik?” ramah saja nada perbualanku. Tapi kalau ikutkan hati ni memang aku nak sangat tolak dia masuk dalam kolam.

“Apa kau buat kat sini?” Dia ni suka sangat tanya soalan bodoh. Dia tak nampak ke aku tengah menyapu ni? Atau pada pandangannya aku tengah cuci kain atau bancuh air? Memang pelik lah mamat ni.

“Menyapu, encik.”

“Kau rajin sangat nak menyapukan. Sekarang juga kau pergi sapu bilik aku. Kemas apa yang patut!” Arahnya. Aku mengecilkan bola mata.Hello. Itu semuakan kerja mak Minah. Dah kenapa pula aku kena buat!

“Tapi encik, kalau bahagian bilik encik saya tak dibenarkan kemas. Sebab itu kerja mak Minah.” Aku cuba menerangkan perkara sebenar. Sebelum dia nak membuli aku.

“Amboi! siapa yang tetapkan macam tu?”

“Mak Minah..” jawapku mendatar.

“Siapa bagi kau gaji?”

“Encik.” jawapku ringkas.

“So, siapa bos?”

“Encik.” jawapku perlahan. Nampak gayanya memang aku kena kemas juga lah kalau macam ni. Pandai betul otak mamat ni memutar belitkan fakta. Sakit pula hati aku.

“Jadi kau tunggu apa lagi! Pergi!” Tengkingnya. Cepat aku berlari masuk ke dalam rumah. Tak tentu arah. Mentang-mentang kau bos, suka kau je lah nak jerit kat perempuan macam tu. Tak sopan! Tak gengtleman!

Aku naik ke tingkat atas dengan perasaan tak puas hati. Gila punya bos! Pintu biliknya aku buka dengan ganasnya. Membuntang mataku melihat ke arah bilik itu. Ini bilik ke sarang kucing beranak! Semaknya! Ah! Pening!

Aku mengutip baju kotor laluaku masukkan ke dalam bakul pakaian. Pemalas punya lelaki, baju main baling merata-rata je. Kenapa tak bakar je terus. Menyusahkan aku je. Dia memang sengaja agaknya buat macam ni. Ya, sengaja nak memperhambakan aku.

Tengah aku enak mengemas mataku tertumpuh pada bakul yang berisi album. Bibirku mengukirkan senyuman. Ruangan pintu segeraku tinjau. Takut nanti tengah syok aku mengeledah hartanya dia mengaum tak tentu pasal pula.

“Gambar siapa ni?” Aku mengaru kepalaku. Gambar encik Hairul berpelukan bersama seorang perempuan membuatkan bibirku terjongket. Menyampah. Romantiklah sangat! Aku menutup album itu. Buat dosa mata aku je! Gumanku.

“Ah! Dah siap?” Sergah satu suara. Membulat mataku. Kelam kabut aku menyimpan kembali bakul album itu dan berdiri sambil tunduk tanda hormat.

“Da..dah..”

“Kalau dah apa lagi kau nak melepak kat sini! Pergi tolong mak Minah!”

“Baik encik.” cepat aku berlari anak meninggalkan dia. Hampir saja kantoi, kalau tidak free of cas aku kena bagi title bebal olehnya.

                                                              *****

Sebulan sudah berlalu. Aku sudah tidak tahan. Ini rumah ke neraka dunia? Kenapa pula mak Minah diberi cuti hampir 1 bulan. Yang aku dah macam amah Indonesia yang kena dera selalu ni tak dapat cuti! Tak adil betul. Ah! Aku nak balik.

Took.. tokkkkk!! 

Terperanjat aku bila pintu bilikku diketuk. Kuat dan menyakitkan telinga. Tak ada orang lain, kompom encik Hairul. Tak lain tentu kes mabuk lagi lahtu. Pasti dia salah ketuk pintu, dia ingat bilik aku ni pintu tandas agaknya. Ish! Nasib time aku dah selesai solat, kalau tak, berkecai pintu itu olehnya. Cepat saja aku membuka.

“Kenapa encik?” tanyaku. Dengan bertelekung-telekung aku menghadap dia.

“Masakkan aku mee.” pintanya.Tercengang aku.Pukul 4 pagi ni nak minta mee? Nak sahur ke apa! Tapi kalau nak sahur pun dah dari tadi lagi imsak. Sahur apanya, Tak sah lagi, memang mabuk punya mamat ni!

“Encik mabuk ya!” Dengan beraninya aku meninggikan suara. Dia tengah mabuk jadi buat apa aku nak takut. Kalau boleh, aku bantai lagi dia sebab selalu dera aku.

“Mabuk kepala hotak kau! Cepat! Kau nak aku heret kau!” tengkingnya. Fuh! Kali ni aku tabik, lantang gila beb. Kalau korang pernah tengok SENARIO, OPPS POCOT tu, time si Wahid cakap kuat-kuat tu, sampai pak Bad pun tergolek. Ah! macam tu lah kuat suara dia. Nasib saja aku tak tergolek. Hai! Cerita melayu memang macam tu.

Seperti yang dipinta, aku memasak pada awal pagi. Apa boleh buat, hamba abdi. Kalau membantah silap hari bulan tak bergaji. Paling teruk pun kena buang kerja. Ah! mak Minah cepatlah datang balik.

“Hoi!” Jerkahnya. Ya Allah, mee.. adui! Ni mee ke lagi? Macam rupa negro pun ada. Hitam legam. Mampus. Kena leter lagi lah aku ni.

“Kau nak bakar rumah ni ke ah!” Suara merdunya kembali ke langit. Habis aku dijeritnya. Kalau suara tu sedap macam bintang opera tak apa, bingit, nyaring! Nak pecah gegedang telinga aku.

“Maaf encik.. maaf. Saya buatkan yang baru.” Cepat sajaaku baling kuali itu ke singki.

“Dah tak payah! Hilang selera aku. Bebal” Marahnya. Hai, dah kena marah, kena tengking pagi buta. Lepas tu kena bagi title bebal pula. Aduhei.. Nasib-nasib.


BERSAMBUNG^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku