Mrs.maidku
Bab 3
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14812

Bacaan






Aku memop ruang utama dengan muka tidak bermaya, dah tidur pukul 1, bangun jam empat. Kena tengking, kena maki. Sekarang dia suruh pula aku mop lantai depan ni dengan sehelai kain. Ah! patahlah tulang aku ni, aku memandang penuh dendam ke arahnya yang sedang enak mendengar lagu sambil membaca majalah. Siap kau! kalau ada tulang aku yang patah, tak lain engkau aku cari jadikan penderma. Sakitnya hati!

“Apa yang kau tengok?” Sergahnya. Cepat aku buat senyuman paksa. Dibuat-buat dan penuh kedustaan. Tapi dalam hati aku tadi lain, kalau dia tengok aku niat nak jeling dia. Tindakan reflex. Takut kena buang kerja punya pasal.

“Tak laku senyuman kau tu, tak payah nak senyum sangat.” Perlinya. Amboi, tak pernah aku dengar kat mana-mana senyuman boleh jual. Sebab senyuman hanya boleh disedekahkan. Pelik! Aku tampar laju-laju karang baru padan muka kau tu, sabar Syazana ada lori ada bas. Ada hari kau balaslah.

Aku meneruskan kerjaku tanpa melihat dia lagi, takut keluar pulapelbagai falsafah. Tapi sesekali aku termenung juga ke arahnya, bukan termenung syok atau apa. Tapi aku bingung. Mana perginya orang tua pada mamat ni? dua , tiga hari lepas aku tengok dia ada pergi kerja. Lepas tu, ni dah dua hari melingkup kat rumah pula.

Kalau ikutkan firasat aku yang kekadang betul kekadang pandai reka cerita ni, aku rasa dia ni kena buang kerja. Itu yang asyik balik mabuk, kalau balik je mabuk, kalau mabuk je balik. Ish! Lantak keturunan dia lah. Apa aku nak pening sangat. Bukan ada kena mengena dengan aku pun.

“ Kau suka aku kan?” Sapanya, terang mataku melihat dia. Kaku, terlopong. Suka? Aku? suka dia? Ya Allah simpang malaikat 44 kalau aku suka dia. Tak pernah difikirkan oleh akal. Kalau pun aku sampai tersuka kat dia, that mean aku tengah tak betul masa tu.

“Suk..a..e..ncik?” Tadah! Penyakit gagap aku dah kembali. Siapa tak gagap. Suka hati laki tiri makcik dia je nak meneka. Aku pandang kau bukan pandang suka tau, tapi pandang benci encik Hairul hoi.

“Ialah, yang kau terjeda tengok aku kenapa, sah-sah lah kau dah ada hati kat aku kan.?”Tekanya. Mahu saja aku ketawa tergolek. Penyakit-penyakit. Cari maut sebelum ajal kalau aku suka kau, ish! Minta jauhlah perasaan tu.

“Pandang encik? Tak adalah.”Dalihku. Dia buat muka bersahaja. Dah! Mampus, kalau dah buat muka durjana tu adalah yang nak diminta dia tu.

“Kau nak bukti? Nah! tengok sendiri. Betapa kusyuknya kau tenung aku tadi.” Dia menyerahkan telefon sebesar buku nota kepadaku. Membuntang mataku, hanya mampu telan air liur saja melihat ke arah telefon tersebut. Alamak! Kantoi. Siap ambil gambar pula. Tak guna punya senget! Berani kau candid aku macam tu, nasib je nampak cantik kalau tidak lukuh kepala kau!

“Hmm.. bu..bukan pandang tu encik. Eh! Encik. Itu..itu..”Ah! susahnya nak buat keterangan. Macam pesalah pula lagak aku. Nak je aku jerit takkan pandang pun salah. Semuanya salah. Dia je yang nak betul.

“Apa? Nak berdalih lagi?” Bulinya. Suka sangat kau buli aku ya encik bos. Mak Minah..

“Dah! Pergi siap!” Arahnya. Dengan muka blur aku pandang dia tanpa minat. Arahan apakah itu? Pelik! Tiba-tiba suruh orang pergi siap. Bak kata pepatah “makan nasi takda lauk, sedap tak sedap lantaklah”Eh! Ini pepatah ke? Suka hati aku lah pepatah aku.

“Pergi siap.” Aku ulang kata-kata terakhirnya. Dia hanya menjongketkan kening. Tanda apa? Nak minta cukur bulu kening ke?

“Kau ni lembab macam siput khinzir betul, kalau aku suruh pergi siap. Pergi je lah!” Bentaknya. Cepat saja aku berlari mencari bilikku. Kelam kabut.

                                                              *****

“Wah!” Ini adalah kali pertama aku merasa menaiki kereta mewah. Ah! wanginya, selesa, rasa macam anak datuk pula, tapi yang tak best bila berdua-dua dengan mamat sengal ni. Fed up tahap gaban lah.

Secara spontan mataku tertumpuh pada kalung yang tergantung santai. Cantik dan menawan. Buahnya pula, sekeping hati dan terdapat satu bintang kecil berwarna kuning dan bertatah permata. Aku cuba menyentuhnya.

“Jangan berani usik barang aku!”Satu amaran keluar dari mulut encik Hairul. Aku ketip bibir. Aku batalkan saja niatku itu. Pora.. aku tak hingin lah nak sentuh barang hang.

“Encik nak bawa saya ke mana ni?” Tanyaku. Dia tidak menjawap, hanya fokus pada pemanduannya. Berlagaknya! Rasa nak tumbuk dari sisi je muka dia tu. Perasan bagus betul.

“Encik..”

“Kau boleh zip tak mulut becok kau tu! Diam, kau tahu maksud diam? Atau aku turun kan kau kat jalan ni!” Gerutunya. Aku manyunkan mulut. Amboi, main ugut-ugut nampak. Ingat aku nak sangat berdua dengan kau. Kalau kau turunkan aku kat sini. Kompom aku lari dan tak balik lagi. Biar padan dengan muka berlagak bagus kau tu!

                                                            *****

Akhirnya satu destinasi menjadi pilihannya. Aku turun tanpa meminta permisi. Lantak dia lah nak marah. Aku peduli apa.

“Kau nampak bangunan depan tu?” Dia menunjuk salah satu dari empat bangunan di hadapanku.

“Nampak.” jawapku. Dia ni suka sangat bagi soalan bodoh! Ingat aku ni bebal sangat ke? Meskipun aku belum khatam lagi Sabah ni, tapi aku tahu bangunan yang dia tunjuk tu. Ingat aku ni katak bawa tempurung ke? Katak sekarang pun dah moden tau. Tak lagi duduk bawa tempurung, dah duduk bawa KLCC TAU!

“Bangunan apa?” soalnya. Ish! Macam polis betul.

“1Borneo. Kenapa?” Kini giliran aku pula bertanya. Asyik dia je jadi detektif tak diiktiraf mana boleh. Nak berlagak tahu semua lah tu!

“Bagus, fikirkan kau tak tahu.” Fulamak punya berkrim pap dia bercakap. Ingat aku ni keluaran zaman kuno ke apa? Cari pasal je lah kerja dia. Saja nak menyakitkan mata, hati dan telinga aku.

“Buat apa encik bawa saya ke sini?” Aku bertanya bila dia masuk ke Nicole, sebuah pusat beli-belah yang pakaian dia mahal gila kau.

“Saya bawa kau ke sini?” Dia memulang soalan. Penyakit betullah lelaki ni, mungkin masa mak dia lahirkan dulu mak dia mimpi amnesia agaknya. Asyik nak buat-buat lupa je kerja dia.

“Yup.” Bukan main yakin lagi aku menjawap. Punya main enak lagi dia bantai aku dengan gelak sakan dia. Saja nak membuli aku lah tu!

“Bila?” Dengan berlagak lagi dia menjawap. Aku dah menyirap, takut tak boleh kawal aku belasah kau depan umun ni. Jangan pula kau pura-pura nak lupa! Hati aku dah menjerit sakit dengan perangainya itu.

“Ialah, tadi encik juga suruh saya bersiap bagai.” Bila dah sampai sini buat-buat tak tahu pula.” Mendatar suaraku menjawap. Habisku pintal-pintal tali beg tanganku tanda geram dan tak puas hati. Ni kalau bukan kes menyakitkan hati pasti kes nak mengenakan aku lah ni.

“Hello stupid maid! Aku suruh kau bersiap je kan. Lepas tu masa masuk tadi ada aku suruh kau ikut aku? Ada?” Dia merenungku dengan kening ternaik. Ya Allah, berilah hambaMu sedikit kesabaran.

“So”! Bentakku, tidak puas hati. Tapi dia boleh pula buat tak tahu lalu masuk ke dalam kedai tu, mendengus saja aku melihat dia.

“Ah! Geram! Geram! Menyakitkan hati betul, dia sengaja nak buat aku nampak bodoh! Apa hebatnya membuli orang.” Habisku tumbuk-tumbuk beg tanganku itu mengikut rasa hati yang tak menentu. Sakit betul hatiku dengan lelaki itu.

Setelah hampir setengah jam aku menunggu dia, akhirnya tamat juga sesi membeli-belah itu. Dia keluar dengan beberapa beg barangan di tangannya. Mendengus saja aku menghampirinya.

“Bagus maid aku ni, belum aku panggil dah datang. Nah! Bawa ni!” Terlopong saja aku. Kurang asam punya lelaki. Beli banyak-banyak lepas tu suruh aku bawa. Banyak cantik muka kau!

“Tengok apa! Ambik!” Beg yang dihulurkan segeraku capai. Sabar Syazana, anggap saja ini dugaan.

“Terasa lapar pula kan.” dia mengusap perutnya. Malas aku nak ambil peduli. Aku berjalan pantas meninggalkan dia. Bercerita lah kau seorang-seorang. Buat penat mulut je bertekak dengan kau.

Sepanjang perjalanan aku dan encik Hairul hanya membisu saja. Suasana diluar tingkap menjadi titik pandanganku jatuh. Lebih bagus tengok alam sekitar dari tengok muka berlagak bagus tu.

“Hurm dah sampai!” Beritahunya. Enjen kereta dimatikan. Meluruh saja encik Hairul keluar tanpa memedulikan aku. Dasar lelaki egois. Perasaan bagus. Petikku dalam hati. Menjengkelkan. Aku mengikut jejaknya. Terlopong sedikit mulutku bila melihat restoren mahal di hadapanku.

“Encik serius nak makan kat sini?”

“Kenapa?” Dia memulang soalan.

“ Mahal.” Jawapku bersahaja.

“Kalau tak nak, kat depan sana ada warung. Pergi lah.” Dia bagai mengarah aku. Tunjuk belang nampak.

“Arggh!”Dengusku. Setiap langkah yang dia buka hanya aku ikuti. Dia berpaling.

“Hai, ada lagi kat sini. Kata nak makan kat warung.” Sinis saja soalannya. Aku cepuk juga mamat ni.

“Tak apa, teringin juga nak makan kat restoren mahal.”

“Makan kat sini atas 50 tau.”

“Ah! Gila, ni untuk seorang atau sekeluarga.” Aku menyoalnya tidak puas hati, sudah lah duit yang aku sempat rebat dari dompet tadi 2o ringgit saja.

“Itu sebab aku suruh kau makan kat warung. Nanti aku telefon kau.”

Aku memuncungkan bibir. Sinis sangat kata-kata kau mamat senget. “Tak apa encik, saya temankan encik makan je.” Jawapku. Ingat dia nak belanja tadi. Kedekut! Tahi hidung masin!

Makanan yang amat menyelerakan itu terhidang enak di atas meja. Aku telan air liur takut kempunan. Sedap sangat. Encik Hairul sudah melahap. Aku menongkat dagu. Cuba buat-buat selamba. Sedangkan perutku sudah menari dangdut. Encik Hairul pula sengaja makan dengan berseleranya. Menayang konon! Geram.

Selesai saja encik Hairul makan. Dia terus membayar bil tanpa memedulikan perutku yang sudah mengilai. Kalau lama-lama begini aku boleh kering.

“Kenyang-kenyang.” Sengaja lagi encik Hairul mencari pasal. Aku memuncungkan bibir. “Lapar!” Jeritku dalam hati.

Aku dan encik Hairul serentak masuk ke dalam kereta.

“Apa pandang-pandang!” Bentaknya. Aku membulatkan mata. Tapi sudah tidak larat aku ingin membalas kembali.

“Kau lapar?” encik Hairul bersuara. Aku geleng kepala. Malas hendak tagih simpati. Nanti diungkit-ungkitnya lagi.

“Save duit, baru je kira-kira nak belikan kau nasi lemak tepi jalan tu.” Dia bersuara sinis. Aku tidak memedulikan dia. Setelah sampai ke kediaman yang telah membuatkan hidup aku seolah dipenjara itu, aku melompat keluar tanpa memedulikan dia.

Pakk! Aku terlanggar sesuatu. Tidak aku sedar pula ada tiang dekat rumah ini. Aku berpaling bila mendengar encik Hairul berkekekan ketawa. Wajahku membahang.

“Itu lah. Orang jalan pakai mata, kau pakai hidung. Dah bebel, buta pula tu!” Sindirnya. Berapi telingaku.

“ Saya masuk dulu!” protesku. Sambil mengurut kepalaku yang berdenyut-denyut seolah bernadi itu. Enak saja dia ketawa. Macam lawak sangat!


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku