Mrs.maidku
Bab 4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14995

Bacaan






Selepas insiden tadi pagi, aku terus saja berkurung dalam bilik. Malas hendakku layan kerenah lelaki gila tu.

Aku menghempaskan tubuhku di atas katil. Ah! Enaknya rasa bila dapat melingkup lebih lama atas katil ni, penat dan sakit badan ni cuma tuhan dan aku saja yang tahu.

“Hoi buka pintu ni!” Jerit satu suara. Siapa pula yang terjerit macam penyanyi opera ni. kalau suara tu sedap tak apa. Kompom si senting ni lagi!Apa lagi yang dia tak pandai puas nak ganggu aku ni! Bidas hatiku.

“Nak apa?” Aku menjawap dengan nada sebal. Tidak aku pedulikan pangkatnya pada masa ini. Yang aku pedulikan bila masanya hidupku tenang tanpa melihat wajah keparatnya itu.

“Nak jumpa kau lah.” Jawapnya. Pantas saja pintu itu aku buka. Aku menjeling bila wajahnya yang durjana itu menganggu ruangan mataku. Kerja gila apa lagi dia nak suruh aku buat ni.

“Kenapa?” Tanyaku. Acuh tak acuh.

“Kauu.. ka.u.” hampir bertaut keningku. Kenapa pula dia tergagap tak menentu ni. Ish! Makin rasa nak gila aku.

“Kenapa pula encik jadi gagap ni? Cuba cakap betul-betul.” Aku cuba menahan tujahan perasaan geram di dalam hati. Panas! Panas! Jangan sampai emosi aku yang aku simpan tadi pagi kembali lagi. Ada juga yang strok nanti bila aku silat.

“Sek..seksinya kau”Masih lagi tergagap-gagap dia bersuara. Seksi! Ah! Tidak! Baru aku teringat, aku lupa nak pakai baju. Ish! Ni lah tabiat bila suka pakai singlet kat bilik. Tapi ini hak aku, ni kan bilik aku. Cepat aku tutup pintu,berderau darahku bila mendengar dia ketawa berdekit. Ish! Sakit hati!

                                                              *****

“Malu-malu!” itu lah gambaran bagi situasi aku sekarang, memang si senting dasar lelaki buaya. Bravo sangat! Pura-pura gagap lagi! Benci-benci! Memang tersangat sengaja.

Setelah usai aku memakai baju, aku keluar dengan muka bagai nak telan manusia. Kelibat atau jelmaan yang pertama aku cari ialah encik Hairul. Dia harus bertanggungjawap atas rasa malu yang aku alami. Aku boleh saman malu tau.

“Encik! Encik!” Aku menjerit sekuat hati. Kini aku dah tak peduli lagi,dendam tak boleh nak simpan lagi lama, takut jadi kes lain.

“Eh! Kau ni apa hal terjerit-jerit macam orang tak betul ni? Macam bos je kan kau jerit-jerit kat aku!” Dia keluar sambil mengosok-gosok telinganya. Konon sakit lah katakan.

“Encik nak apa cari saya tadi?!” Berpeluk tubuh sambil menentang tajam matanya. Terkedu aku bila dia menganding aku, aku telan air liur. Ada rasa lain di dalam dada bila tubuhku dan dia bersentuhan.

“Bagus. Akhirnya kau jadi maid yang patuh. Bagus deria maid kau kan” Perlinya. Sambil tersengih-sengih busuk. Bengangnya rasa otak ni! Suka hati bapa dia je cakap akumaid.Walaupun itu memang status aku yang sebenarnya.

“Encik! Tolong sopan sikit boleh tak!Maid pun saya ni perempuan!”

Aku menolak tubuhnya.

“Bukan muhrim!” Tambahku lagi sambil satu jelinganaku lemparkan ke arahnya. Membulat matanya. Nak menengkinglah tu, aku tak kisah. Kali ni kalau dia dah mula buat perangai aku nak berhenti.

“Eh! Merepek!” Dia menarik telinga aku. Ish! Memang sah nak kena tomoi mamat ni. Memang tak tahu adab betul.

“Sakitlah mangkuk!” Akhirnya, bahasa biadap aku sudah muncul. Memang aku dah tak boleh tapis rasa marah ni. Had kesabaran manusia ada levelnya.

“Apa encik ni!” Terus aku menengkingnya. Sakit hati! Bila dia pasang wajahblur. Sabar wahai hati. Ketip bibir saja melihat reaksi selambanya itu.

“Saya bagi amaran dengan encik, walaupun sayamaid tolonglah sopan sikit. Jangan ingat encik tuan rumah ni, encik boleh sesuka hati encik saja nak tarik-tarik, tengking dan pegang-pegang saya macam ni!”Hardikku. Puas rasanya hati ni bila apa yang dipendam terhembur semua. Terngangga saja dia melihat aku. Ah! tahu pula membisu.

“Kau baru tengking aku ke? Kau sedar kau sesiapa?” Dia membulatkan mata. Tajam menusuk anak mataku. Alamak! Minta-minta lah tak keluar akal kelelakiannya. Kalau tidak mampus aku kat sini.

“Habis encik buat saya macam saya ni patung. Saya bernyawaokey.” Aku mengundur ke belakang bila dia cuba maju menghampiriku. Coii! Kenapa pula salah undur ni, yang akuleandingkat dinding ni kenapa! Mana nak lari ni?

“Aku bos! Siapa aku?” tengkingnya.

“Bos..”

“Ulang!” Tengkingannya semakin menjadi-menjadi. Ah! kenapa lah kau bodoh sangat Syazana. Kau sengaja nak susahkan diri sendiri! Aku mula menyalahkan diri sendiri.

“Boss..”

“Kuat sikit!” Gertaknya sambil menolak-nolak dahiku. Terpaksa lah aku mengalah.

“Bos!” Jeritku. Ish!Time tu juga air mata nak keluar. Ni bukan menangis sedih tau, ni menangis kerna kalah. Kalah dengan berok ni!

Dia ketawa melihat wajahku yang nak menangis. Aku benci melihat mukanya. Baik aku angkat kaki sebelum dia membuli aku lebih teruk.


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku