Mrs.maidku
Bab 5
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13912

Bacaan







“Syaz! Syaz!!!” Jeritan bagai orang meroyan di tingkat atas tidak aku pedulikan. Biar pecah anak tekaknya lebih bagus.

“Hoi! Kau pekak ke!” Bahuku ditolak dari belakang. Aku sabar, mendiamkan diri. Kalau lawan pun tiada gunanya, dia juga yang menang.

“Aku panggil kau bagai nak pecah anak tekak kat atas, kau boleh pula melepak kat sini! Kau nak lawan aku ke!” Masih lagi dalam intonasi kasar. Aku ketip bibir. Sabar Syazana,sampai mak Minah pulang nanti, kau cepat keluar dari rumah ni. Sabar 2 minggu lagi.

“Encik nak apa?”

“Sekarang juga kau bersihkan kolam renang tu!” perintahnya. What! Bersihkan kolam renang? Malam-malam macam ni? Hai! Memang sah sakit mental mamat ni.

“Tapi encik..”

“Aku bos!” Potongnya. Ah! mahu tidak mahu aku turuti juga arahan maut itu. Aku keluar ke halaman depan lalu masuk ke dalam stor untuk mengambil penjaring daun. Terperanjat aku bila dia berada betul-betul hampir di belakangku. Cuba lah aku buat-buat terperanjat berok tadi, ada peluang juga ketuk kepala dia.

“Ada apa encik?”

“Dah masuk, dah malam ni.” arahnya. Aduh! Anak siapa lah mamat ni! Kalau aku jumpa mak bapak dia ni, aku suruh ajar baik-baik. Jangan kurang ajar sangat. Mentang-mentang aku maid suka hati laki tiri nenek dia je nak menyuruh aku.

Aku mengeluh lalu masuk ke dalam rumah. Sesudah itu cepat masuk ke dalam bilik. Takut nanti datang lagi angin gilanya, tak niaya aku disuruh cuci kereta malam buta pula nanti.



                                                                *****


“Yes!” Setelah puasku hitung tinggal baki beberapa hari lagi mak minah akan pulang. Dan aku tekad dan nekad akan keluar dari rumah ni. Takkan lagi aku nak cuba pekerjaan bodoh macam ni. Sumpah tujuh keturunan, tak cari kerja macam ni lagi.

Ni baru encik Hairul. Mana tahu jumpa pula lagi teruk dari dia. Tak ke cari maut sebelum ajal namanya tu.

Aku menyapu laman hadapan dengan perasaan girang. Siapa tak girang, awal pagi lagi tongkang tu dah berangkat pergi kerja. Ah! Aman dunia aku, boleh lah aku santai dan tidur-tidur kejap. Bukan dia tahu pun.

“Assalamualaikum..” kedengaran suara membagi salam dari jiran sebelah. Aku berpaling dan menganugerahkan senyuman. Membulat mataku, Mampus! Makcik jebon! Mak Minah dah bagi amaran jangan bercakap atau pun bergosip dengan makcik jebon ni! Sebab dia ni pemberita swasta. Silap berita habis dicanainya sampai ke hulu. Apa nak buat ni? Aduh! Bala satu dah jalan datang pula bala baru.

“Walaikumsalam.”

“Kamu ni isteri encik Hairul ke?” Tadah.. dia dah mula drama CSI dia. Aku kena bijak kawal situasi. kalau aku salah jawap belum sampai seminit pun satu perumahan ni dah tahu.

“Ya.” jawapku ringkas. Aku terpaksa berbohong. Kalau aku cakap aku maid nanti lain pula kesnya. Ialah, aku dengan encik Hairul tinggal berdua. Nanti dia beritahu pencegah maksiat. Tak ke aku kena kahwin pula dengan monyet tu. Eh! Tak rela aku.

“Ohh.. bila kahwinnya?” Amboi, memang betul cakap mak Minah. Dia ni memang jebon betul. Sibuk je!

“Lama dah, tapi saya baru habis belajar kat New York. Baru balik ke sini minggu lepas.” Ambik kau! Ini Syazana lah, bab-bab membongak memang kepakaran aku. Aku lihat makcik Jebon ni pandang aku atas bawa. Tak percaya lah tu.

“Oh! New york, sama macam anak makcik. Kat New York duduk kat mana?” Tanyanya lagi. Aku sudah telan air liur. Ish! Ini lah kalau terlampau pembohong sangat. Sekarang macam mana nak jawap. New york Konon! KL pun belum pernah jejak nak ke New York! Mimpi kau Syazana! Mimpi!

“Mahattan.” cepatku menjawap. Entah betul atau tidak, aku rojak saja.

“Mahattan? Maksud kamu Manhattan ke? Sama lah dengan anak makcik. How long did you life in New York?” Ujurnya lagi, tapi kali ni lebih dahsyat. Dia siap speaking dar. Tua-tua cendawa betullah, makin tua makin busuk! Dah tua tu pergi lah rehat, panjatkan zikir. Ini tak bergosip je! Ish makcik Jebon ni betul-betul bikin hati wa panaslah.

“Makcik, saya ni busy sangat. Itu semua tak penting untuk makcik tahu, apa kata makcik masuk dalam rumah. Pasang televisyen, buka channel OASIS ya. Atau paling baik makcik duduk atas sejadah berzikir sepanjang masa. Maklum lah makcikkan dah tua.” perliku dengan nada bengang. Sakit hati. Aku tinggalkan saja dia di luar pagar dengan muka terkulat-kulat. Kalau itu pun belum insaf, nanti aku kirimkan imam suruh azan kat telinga dia. Orang suka bergosip ni kompom masa kecil belum kena azan.


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku