Mrs.maidku
Bab 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12601

Bacaan






“Syaz! Syaz!” Pintu bilik diketuk bagai along meminta hutang. Tidak tentu arah bacaanku. Aku cuba tutup mata dan kembali kusyuk untuk menghabiskan takyatul akhir ini.

“Hoi! Sebelum aku pecah pintu bilik ni bagus kau buka!” Ugutnya. Setelah usai membagi salam aku terus berlari ke ruang pintu. Kecut perutku bila melihat mukanya bagai carnibal. Mahu saja aku tutup pintu lalu bersembunyi di dalam tandas. Macam dalam drama ombak rindu. Hihi.

“Encik nak apa?” tanya ku perlahan. Kali ni sumpah aku takut.

“Kau buka telekung ni jumpa aku kat ruangan utama!”

Aku cepat membuka telekung dan aku campak di atas katil. Sesudah itu bergegas keluar mendapatkan dia. Aku takut dia bertanduk pula kalau aku lambat.

“Ada apa encik?”

“Kau apa hal cakap dengan makcik Salmi yang kau tu isteri aku! Kau saja nak jatuhkan maruah aku kan!” Dia menolak dahiku dengan jari telunjuknya. Aku hanya tunduk. Tidak berani menentang matanya. Ya Allah, semoga saja dia masih waras, agar tidak bertindak diluar kawalan.

Memang aku dah agak, makcik jebon ni memang pembawa bala betullah. Apa salah aku dengan dia, aku pun tak tahu. Aku baru je jumpa dia, dia dah memporak-purandakan hidup aku. Jahanam lah aku kali ni.

“’Pandang aku!” tengkingnya. Tapi aku tidak mengikut arahan itu. Takut.

“Aku cakap pandang aku lah bodoh! Sebelum aku tampar kau!” Berangnya. Aku tarik nafas dan aku hembus sesudah itu baru aku pandang wajahnya.

“Bodoh! Bebal! Kau jahanamkan maruah aku! Satu perumahan ni tengah hangat canai berita kau tahu.” Makinya. Ah! aku sudah tidak tahan. Apa hendak jadi, jadi lah. Kalau dia usir aku malam ni. Malam ni juga aku lari. Aku tak kisah jika misi aku gagal. Yang penting aku bebas dari lelaki ini.

“ Ya saya bebal dan saya bodoh! Kalau saya tak bebal, saya tak kerja kat rumah ni. Dan oleh kerana kebebalan dan kebodohan saya lah encik masih boleh ada pekerja macam saya. Kerna saya pasti tak ada seorang pun nak kerja dengan encik! Orang yang panas berang dan hanya tahu nak menyeksa! Encik dengar sini, saya sengaja cakap macam tu, encik bayangkan kalau saya beritahu yang saya maid encik pasti makcik Jebon tu bagi tahu pencegah maksiat yang kita tiada hubungan dan tinggal satu rumah. Encik nak malu macam mana? Ada seorang isteri bohongan atau maruah tercalar kerna ditangkap basah! Fine! Saya tak kisah encik nak marah macam mana. Yang pasti saya nak berhenti!” Marahku panjang lebar.

Dia hanya memerhatikan aku tanpa sebarang bunyi. Padan dengan muka. Ini Syazana, bila dia bersuara pasti ada yang terdiam. Kan dah bisu. Cari lagi pasal dengan orang yang sama berang. Tanggunglah sendiri.

Aku berpaling dengan langkah kemas. Aku sudah berjanji itu bermaksud aku kena tunaikan. Aku dah berhenti malam ini, jadi malam ini juga aku harus keluar dari rumah ini.

“Kalau macam tu, kita kahwin.” walaupun perlahan tapi aku masih boleh mendengar suara serius itu menyatakan jawapan. Membuatkan kakiku kaku. Aku berpaling melihat dia.

“Apa?”

“Kita kahwin.” ulangnya lagi.

“Kahwin? Ingat kahwin tu senang macam bancuh air ke ah? Dah lah saya dah fed up dengan encik. Saya nak keluar malam ni juga! Titik!” Tegasku. Ini baru adil, api balas dengan api. Sekarang nak kata apa pun, aku bukan lagi maid untuk LELAKI BERNAMA HAIRUL! Lantak dia lah.

Aku masuk ke dalam bilikku. Satu beg besar aku capai lalu aku sumbatkan seluruh pakaianku ke dalam beg itu. Nasib saja muat. Kalau tidak terpaksa lah aku berpenat lelah membawa berjuta beg. Sesudah siap mengemas semuanya. Aku keluar dengan lagak sombongnya. Iya, aku dah nak bebas so aku kena berlagak sombong. Biar mamat senting tu menyesal sebab lepaskan maid sebaik aku. Huhu..

“Aduh! Buat apa pula dia duduk dalam gelap tu? Macam mana aku nak keluar ni!” Aku sudah merungut sendiri. Ah! Lantak lah. Aku keluar tanpa memedulikan dia. Berlagak marah.

“Kalau awak keluar dari rumah ni, saya pasti dan bersumpah awak akan kembali sebagai isteri saya.” Bicaranya tegas. Fulamak! Siap bersumpah bagai lagi dia, tadi kemain bertaring lagi! Pegider.. Ingat aku akan percaya sumpahan kau tu. Jangan harap kau boleh jumpa aku lagi. Lepas ni aku lari pergi Siam ke, Indonesia ke, KL ke , janji kau tak jumpa aku.

Aku meneruskan langkahku tanpa menghiraukan sumpahan yang telah dia amanatkan kepadaku. Apa aku peduli. walaupun orang pernah cakap, dunia ni bulat. Lari kat mana pun pasti akan berjumpa juga. Tapi bagi aku tidak, cuma jodoh saja yang akan mempertemukan aku dengan dia. Dan aku pasti dan tersangat yakin, aku dengan dia tiada jodoh.

Belum sempat pun kaki aku melangkah keluar, datang pula makcik Jebon dengan bekas makanan di tangannya. Cepatku baling begku masuk ke dalam rumah sebelum dia nampak. Nanti entah apa-apa saja lah nak dicanainya berita pasal aku. Ish! Siap dengan lenggok dia lagi tak padan dengan tua.

“Assalamualaikum..” suara nyaringnya menyapa cuping telingaku. Dengan sengihan membusuk aku mendekatinya. Time itu juga encik Hairul menyibuk di situ. Ah! Tebal saja muka aku, tadi kemain berlagaknya lagi nak lari. Nampak makcik Jebon habis berterbangan beg. Malu! Kompom dia ketawakan aku.

“Walaikumsalam.” Serentak aku dengan encik Hairul menjawap. Tak boleh jadi ni, macam mana pula boleh serentak. Apa lagi makcik Jebon, dah mula lah buat drama CSI dia tu. percaya lah cakap aku, seminit lagi kompom ada berita punya.

“Makcik bawa apa tu?” Aku buat-buat mesra.

“Tak ni, makcik masak lebih tadi. Jadi kebetulan kita berjirankan, makcik kira nak bersedekah sikit.” Amboi, dah taubat dah? Bagus! Mujarab pun nasihat aku kat dia. Fikirkan orang gila gosip ni tak dengar nasihat. Rupanya dengar juga.

Aku membuka bekas makanan itu. Encik hairul mendekati aku.

“ Apa tu sayang?” tanya encik Hairul. Bagai robot kepalaku berpaling melihat dia. Sayang? Hilang akal ke apa mamat ni? Aku buat muka penuh dengan tanda tanya. Tapi dia hanya selamba. Memang perlakon terbaik betul.

“Hmm.. sambal paku pakis” jawapku perlahan. Kaku.

“Tingkat bawa?” Suaranya yang lembut itu menghukum benakku. Bercelaru kepalaku. Yang buat aku rasa nak melompat dan berlari laju bila tangannya berlingkar mesra di pinggangku. Aku hanya ketip bibir. Aku tengok makcik Jebon sudah membuntang. Alahai, harap-harap menjadi lah lakonan ni. Kalau tak kompom dapat title perempuan JALANG oleh makcik Jebon.

“Ok lah, makcik pun busy sangat. Tengok korang pun macam ada masalah jadi ada baiknya makcik jalan dulu lah.” Amboi, busy konon! Busy nak hantar berita lah tu, tahu-tahu je aku dan encik Hairul ada masalah. Ajaib betul!

Sepanjang masuk ke dalam rumah, pinggangku menjadi tempat tangan encik Hairul berpaut. Bukan main romantic lagi dia. Saja lah tu nak membodek aku. Jangan harap!

“Yes! Luahnya, bila kakiku mencecah jubin utama. Aku memandang dia dengan reaksi kurang faham. Gila!

“Pa hal!” Bidasku. Kini aku sudah tidak lagi takut untuk berbicara. Kerana aku sudah berhenti. Jadi dia tidak boleh take over aku selamanya. Kehairananku sudah berada ditahap gaban, bila dia cepat mengunci pintu slide itu dan kuncinya disimpan dipoket belakang seluarnya. Bengang gila aku dengan perangai gila dia tu.

“Lantak lah kau”! Aku terus berjalan ke dapur untuk menyimpan makanan itu di dalam peti sejuk. Sesudah itu aku keluar semula untuk mendapatkan beg aku. Aku nak mulakan kembali acara lari dari rumah majikan. Ini semua makcik Jebon punya pasal. Kalau tidak sekarang ni aku dah bebas.

“Beg? Hai bukan aku baling kat sini ke tadi?” Aku bermonolog sendiri. Memang ajaib. “Mana pula pergi beg aku tu? takkan dah lari pula tinggalkan aku kat rumah neraka ni. Ah! baju boleh beli yang penting selamatkan diri dulu.” Terkejar–kejar aku menghampiri pintu slide itu.

“Eh! Tak boleh buka pula!” Rungutku sendiri. Tiba-tiba aku teringat peristiwa tadi. Patutlah! Encik Hairul ni memang nak kena!

“Encik Hairul! Encik!” Jeritku sekuat hati. Dia menghampiri aku dengan wajah bersahaja.

“Why?”

“Buka pintu ni!”

“Tak nak.”

“Buka!” Bentakku. Namun dia hanya buat muka selamba. Geramnya hati.

“Kalau nak cuba lah ambil.” Dia mencabar aku. Menyirap aku dibuatnya. Cepat aku berjalan dan menyaluk poketnya. Dia fikir aku tak berani. Jangan cabar api. Tiba-tiba dia duduk membuatkan tanganku terikut sama. Terlopong saja aku. Kaku. Dia sudah dengan sengihan devil. Aku sudah tidak menentu. Bayangkan, tangan aku di bawa punggungnya. Tidak!!!

“Encik berdiri!” Pintaku. Tidak rela bila tanganku lama di sana.

“Aku dah sumpah kau. Jika kau kembali ke sini, kau akan jadi isteri aku!” Tegasnya. Membulat mataku. Patutlah dia jerit YES tadi. Macam mana lah aku boleh tak sedar! Aku juga ada berkata, cuma jodoh saja akan menemukan aku dengan dia. That mean! Aku, dia, tidak!! Tak mungkin aku dengan dia adalah jodoh. Ahhh! Benakku sudah sarut berteriak. Tapi jasabku hanya kaku seolah tidak bernyawa. Hanya terkulai lemah. Lemah! Dan tidak mampu menerima kenyataan.


Bersambung^^




Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku