Mrs.maidku
Bab 7
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(11 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12322

Bacaan






“Encik betul ke nak kahwin dengan saya?” aku mengikuti semua langkah yang dibukanya. Ikut dia ke mana sahaja. Binggung dan tidak tentu arah aku dengan keputusannya. Mana boleh aku kahwin dengan dia. Tidak boleh dan tidak masuk akal. Makcik Jebon!!

Dia tidak menjawap, masih setia mundar-mandir mencari sesuatu. Entah apalah yang di carinya itu.

“Encik!” Panggilku lagi. Namun tetap seperti tadi, diam dan membisu. Bisu betul-betul baru padan dengan muka dia. Aku sudah gelisah dan tak menentu. Macam mana ni.

“Encik..” aku masih lagi merayu. Kalau boleh ingin aku paut kakinya dan merintih sepuas hati. Aku memang tak rela kahwin dengan dia. Bayangkan belum kahwin saja dia sudah menyeksa kau bagaikan warden penjara. Kalau dah kahwin nanti, macam malaikat nungkar dan nangkir aku diseksanya. Ah! sungguh aku kata batinku terseksa.

“Encik!”

“Diam! Banyak pula songeh kau. Dah pergi masak sana.” Perintahnya dengan tengkingan. Amboi! Banyak cantik muka dia. Aku letak racun tikus kat makanan dia baru padan muka.

Aku berjalan menuju ke dapur tanpa melihat wajahnya. Kalau dilihat pula pada raut wajahku sama persis dengan orang meroyan.

Oleh kerana protes dan rasa menyampah kat dia, aku memasak dengan tiada mood. Apa saja yang ada di dalam peti ais itu aku campak masuk ke dalam kuali. Aku tidak mood hendak berdramatik ketika memasak. Selalunya bila berada di dapur keluar lah idea aku nak meniru gaya CHEF WAN, tapi kali ni aku memang tak bermaya.

Selesai sahaja memasak aku terus menghidangkan makanan itu di atas meja makan. Bengang otak aku melihat encik Hairul masih boleh selamba begitu. Sedangkan kelmarin kemain lagi dia bentak-bentak aku, hari ni tergedik-gedik nak jadikan aku isteri dia. Pelik! Memang pelik! Anak alien betullah.

“Yang kau berdiri macam robot kat sini buat apa! Kau tahu tak tengok muka kau ni membuatkan selera aku mati tau!” Komennya. Terngangga saja aku, berlagak bagus betullah mamat ni! Ingat aku nak sangat ke tergedik-gedik macam kucing miang kat depan ni. Aku ni tengah buat muka seposen tahu tak! Bukan nak jadi robot.

“Hoi!” Jeritnya. Aku tersedar lalu kelam-kebut mengangkat pinggan di hadapannya.

“Apa hal kau angkat!”

“Tadi..”

“Berambus!” Pekiknya. Ish! Sakit betullah rasa hati ni, tahan Syazana tahan. Aku menjeling dia. Lalu masuk ke dapur.


*****


Argh! Kalau korang lah kan, korang nak ke kahwin dengan musuh korang? Walaupun orang tu handsome gila kalah Zul ariffin or sapa-sapa je lah artis Malaysia yang ada muka bajet bagus. Kalau boleh perfect 10 lah katakan. Kalau korang sanggup memang korang tak berpendirian lah. Tapi kalau jodoh memang nasib korang lah. Tapi bagi aku, ini bukan jodoh atau takdir, tapi ini adalah bala! Satu malapetaka. Ya robbi..

“Mengelamun! Mengelamun!” Aku hanya mengetip bibir menahan marah bila dia menolak kepalaku daripada belakang. Memang tak beradab langsung! Dia fikir hebat sangat lah kalau buat aku macam tu.

“Nak apa?” aku berpaling dengan muka tanpa minat. Muka kacak dan menjengkelkan itu dengan pandangan bongkaknya tepat menusuk anak mataku. Perasaan bajet bagus!

“Aku nak bincang pasal perkahwinan tu.”

“Ah!” kesahku. Time aku tengah fed up ni juga lah dia nak sebut-sebut pasal kahwin. Time aku tergedik nak bertanya tadi sombong bebenor mukanya. Ish! Menyusahkan aku je.

“Aku cadang kita tak payah kahwin, tapi kita buat-buat macam dah kahwin, amacam?” Cadangnya. Terbeliak mataku, betul ke apa yang sedang aku dengar ni atau telinga aku yang salah dengar. Tapi itu kenyataan. That mean aku dengan dia takkan berkahwin. Yes! Ya Allah, engkau lah penciptaku. Sungguh aku bersyukur ke atas kudratMU.

“Betul encik?” tanyaku, minta kepastian. Takut nanti dia bergurau. Dia ni kan pelik, kejap ini kejap itu.

“Ialah, kau fikir aku tergedik sangat nak memperisterikan kau. Ish! Not my test.” kutuknya. Amboi! Cantik sangatlah bahasa bandar tu, standart sangat! Kalau bukan kau yang bersumpah bagai tak lah aku jadi bengang macam sekarang ni. Aku pun tak ingin lah nak kahwin dengan kau.

“Yes! Deal! Kita tak payah nak kahwin. Encik jangan risau saya ni perlakon antarabangsa.” aku sudah isi bakul angkat sendiri.

“Elehh..” dia menolak dahiku, kemudian berjalan meninggalkan aku. Ish! Suka je dia nak tolak-tolak kepala aku, tampar 180 kali nanti baru tau.


*****


Walaupun tak jadi isterinya, namun aku masih belum boleh bernafas lega. Macam mana kau nak bersenang-lenang kalau aku terpaksa menjadi maid dia semula. Memang tak adil betullah. Halaman rumah agam itu aku sapu dengan perasaan tidak rela.

“Assalamualaikum..” aku berpaling ke arah suara yang membagi salam. Membulat mataku. Ikmal! Apa dia buat di sini. Tidak! Ini pasti igauan. Ya ini mimpi, Mimpi! Aku sudah melupakan Ikmal. Ya Allah, semoga sahaja ini hanya lah permainan ilusi. Sumpah aku kata kan aku tidak ingin lelaki itu berada di ruangan mataku.

“Wa…laik..u..” akhirnya jawapan bagi menyambut salam lelaki itu terhenti sekadar itu sahaja. Aku memandang dia dengan perasaan marah. Sakit hati dan meluat! Benci! Dan benci!

“Syaz..” luahnya. Turut sama terperanjat. Tidak! Aku cuba geleng kepala kemudian menampar-nampar halus pipiku. Ini hanyalah ilusi. Bukan satu kebenaran. Aku cuba menyakinkan perasaan yang mula tidak menentu. Aku berlari masuk ke dalam rumah tanpa melihat dia.

Bakk!! Ah! Bala! Terlanggar pula dengan jin seorang ni. Kompom kena lagi aku kali ni.

“Aduh!! Kau nikan tak pernah lah nak buat aku relax sebentar. Asyik nak aku marah je!” Tadah! Seperti yang aku duga. Dia sudah berangin. Bukan salah aku! Salah kau! Kau yang tak pandai nak control panas berang kau tu. Asyik nak memekik je!

“Maaf..” ucapku lalu meninggalkan dia. Tidak kuasa aku hendak melayan dia sekarang. perasaanku hendak bergaduh dengan dia pun tidak ada. Yang ada aku ingin menangis dan mengadu. Kenapa Ikmal boleh ada di sini!

Aku menutup pintu bilikku. Lalu bersandar pada pintu bilik itu. Kenangan lalu mekar dan ligat berputar, memutarkan kisah di mana hatiku dihancurkan oleh Ikmal. Kalau lelaki, lelaki juga. Memang hanya tahu mempermainkan perempuan. Mereka membuat perempuan sama seperti menukar pakaian. Tidak suka tukar sahaja.

“Ik! Aku tak boleh buat aku macam ni!” aku menarik tangan Ikmal. Dia tidak boleh tinggalkan aku begini. Aku perlu dan terlalu perlukan dia. Mengapa hatiku sudah mula menerima dia, dia tegah untuk meninggalkan pula perasaan ni sendiri setelah ianya kembali berbunga.

“Syaz.. Aku dah give up nak curi hati kau, aku dah ada orang lain.” dia perlahan cuba melepaskan gemggamannya.

“Tidak Ik, dulu awak yang kejar saya. Kenapa masa saya jatuh cinta awak nak berhenti kejar saya.” aku terus merayu.

“Dengar sini Syaz! Aku dah tak sukakan kau faham! Kenapa kau nak rendahkan maruah kau depan aku! Kalau orang tak suka,tak suka lah!” Tengkingnya. Tubuhku ditolak, hingga jatuh mengenai dada lantai pondok itu.

“Hoi! Buka pintu!” ketukan bagai orang meroyan di luar memutuskan tali filem kenangan itu. Aku mengeluh. Air mataku kesat. Cepatku buka.

“Kau dah kenapa?” Cepat encik Hairul bertanya bila muka aku sudah terpamer di ruangan pintu, aku menggeleng. Aku tidak boleh kongsi rahsia dengan dia. Bukan penting pun untuk dia tahu.

“Aku tanya kau kenapa, bukan geleng kepala bebal!” Marahnya. Aku tak faham betullah masalah lelaki ni. Dah aku geleng sibuk juga nak busybody. Memang kemaruk penampar 180 kali aku betullah mamat ni.

“Kau menangis?” nadanya mulai mundur. Aku kerutkan dahi. Menggeleng tidak membenarkan pun tidak, hanya terkedip-kedip melihat dia. Super pelik! Baru kali ini aku dengar suara dia mengecil macam berbisik.

Akhirnya kepalaku tunduk membenarkan kata-katanya. Tiba-tiba tubuhku diraih ke dalam pelukannya. Ya robbi! Kaku saja aku diperlakukan begitu. Ketip bibir, dah mula dah soalan-soalan capumas dan tak masuk akal ligat berputar kat kepala otak aku. Yang menjadi soalan utama ialah “ mamat ni mabuk ke?”

“Encik.. saya tak biasa atasi babak macam ni? janggal!”

“Oh! Sorry..” cepat dia menolak tubuhku. Amboi! Ingat badan aku ni apa? piring terbang ke nak main baling-baling je. Ish! Tak faham betul!

“Hari ni kau masak lebih sikit.” perintahnya. Aku mengesat lebihan air mata lalu melihat penuh bingung ke arahnya.

“Kenapa nak beri sedekah kat makcik Jebon ke?” Tanyaku. Dia mengeluh. Lalu meninggalkan aku sendiri. Suka sangat buat ayat tergantung. Ingat surprise sangatlah tu.

“Kenapa kau tercegak lagi! Bahan-bahan takkan masuk dalam kuali!” Jeritnya dari ruang tamu. Kelam kabut aku dibuatnya. Habis segala almari dan kerusi aku tarik tidak menentu. Suka sangat buat orang gelabah!


*****


Setelah selesai menghidangkan makanan, aku mengeluh di tepi kolam. Duduk lama-lama depan dia pun buat sakit mata aku je. Kalau ajak makan sekali tak apa. Ni melantak seorang diri tak ingin dunia. Sakit hati!

“Sayang..” panggil encik Hairul. Dah mula dah, kalau dah keluar ayat power dia tu kompom lah makcik Jebon lagi punya hal! Tak sah lah kalau makcik Jebon ni tak mengacau.

Aku masuk dengan muka sombong. Benci, meluat melihat mukanya. Kalau hendak sesuatu baru suara bagaikan penyanyi Siti nurhaliza. Kalau tidak, macam penyanyi opera, melalut dan menbengitkan telinga.

“Apa!” kasar jawapku. Kacau saja orang nak feeling lebih.

“Ni abang I, Ikmal.” beritahunya. Membulat mataku melihat lelaki itu. Apa! Ikmal Tan Sri Zurydi itu abang pada ENCIK HAIRUL! Lagi bala! Mampus aku.

“Ik… tidak!” kata-kataku cukup berhenti disitu. Kaku dan tidak bisa menerima kenyataan. Ya Allah, kenapa sampai di sini bayang lelaki itu menghantuiku. Aku kira setelah penolakkan kali terakhir itu maka berakhirlah jua sesi suai temu aku dengan dia. Ah! benci aku melihat dia.

“Hai, saya Ikmal.” Dia menghulurkan tangannya tanda untuk berjabat. Tapi tidak aku sambut. Malah lengan encik Hairul pula menjadi pautanku. Gedik! Itu lah gambaran bagi aku saat ini. Aku mahu melihat masih ada perasaan sakit hati dan cemburu ke si Ikmal ni, kalau ya bermaksud bermula lah kisah untuk mengenakan dia semula.

Dan ini lah juga detik permulaan hubungan terlebih baik aku dengan encik Hairul. Alahai Syazana dah nasib engkau. Hidup memang ibarat sebuah permainan. Sehebat mana pun cabarannya wataknya harus pandai mengawal situasi agar bergelar sang juara.

Namun, wajah kacak di depan itu jelas sekali masih relax. Memang tiada sedikit pun perasaan cemburu. Adakah dia sudah melupakan hal itu. Mustahil! Kenapa senang sangat dia hendak melupakan. Memang dasar lelaki. Kasihan sang hawa, memang nasib kita jadi patung untuk sang adam.

“Duduk sayang.” pinta encik Hairul. Amboi mengedik lebih mamat ni. Ingat aku berlakon suka-suka ke! Aku ni tengah nak balas dendam bukan nak buat drama melayu. Tapi ok lah juga biar bertambah saspen sikit.

Seperti yang dipinta aku duduk di sisi encik Hairul, cepat tangan encik Hairul mengautkan nasi ke piringku. Aku melihat saja. Buat apa hendakku larang, buang masa. Memang masa ini yang aku tunggu. Asyik dia saja nak memperhambakan aku. Ah! Ibarat orang mengantuk disorong bantal beb.. huhu

Satu jelingan maut aku dapat dari Ikmal. Yes! Akhirnya, saat yang aku tunggu sudah tiba. Sudahku teka Ikmal, biar kau, biar sakit hati ini aku balas dengan sakit hati. Baru kau tahu permainan sang perempuan bila sakit hati.


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku