Mrs.maidku
Bab 8
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12860

Bacaan






Makan malam itu berakhir dengan satu tontonan perlawanan bola. Ah! kalau lelaki,lelaki juga. Bola! Bola! Bola! Itu saja yang mereka tahu. Menyampah. Buang keran aku je nak mengikut gila dorang. Entah apa syioknya, bola satu saja tapi mengejarnya berpuluh! Macam orang gila.

“I dah mengantuk.” Akhirnya aku mengambil kata putus. Kalau hendak menunggu rancangan ni habis. Entah pukul berapa lah agaknya aku dapat tidur. Tang-tang esok jadi mata panda.

“Sayang masuk bilik kita dulu. Nanti abang susul kemudian.” Jawapnya. Membulat mataku melihat dia. Amboi! Kemain lagi dia. Gila! Dia pikir aku ni APA? GRO! Aku lempang 180 kali baru padan dengan muka kau. Aku melihat dia dengan pandangan menajam. Dia hanya buat tidak tahu.

Bravo sangat! Memang pelakon terbaik betullah mamat ni. Aku lesing kang. Apa pun pandangannya aku peduli apa! Enak laki mak dia je nak suruh aku tunggu dalam bilik dia. Aku berjalan dengan lenggok sombong.

“Syaz..” suara lembut milik Ikmal memaku kakiku untuk terus melangkah. Kaku di situ masih berdiri tidak terkutik.

“Hmm.. Abang, Rul dengan Syaz masuk tidur dulu lah. Nanti abang beritahu je siapa menang”. Sela Hairul. Amboi senang-senang dia je nak tarik-tarik aku! Sekejap kau, aku bantai kau!

*****

“Ah! Apa hal lagi kau tak tidur ni!” Dia menyiku lenganku. Aku berdiri dari pembaringan lalu duduk menghadap dia.

“Macam mana saya nak tidur kalau encik ada kat sini!” Marahku. Tidak puas hati. Boleh pula dia enak-enak nak melingkup kat sebelah aku. Memang tak patut langsung!

“Amboi-amboi, kau ingat sikit ni bilik aku tau! Kau tu yang kena sedar diri sikit!” Dia membalas dengan berdiri sama dan duduk merenung aku. Ish! Geram saja aku melihat dia. Jangan sampai penumbuk sulung ini melekat kat mukanya. Sia-sia jadi lelaki kalau kena tumbuk oleh perempuan!

Aku bangun lalu sedia mengatur langkah. Muka sombongnya tidakku renung. Tombol pintu segeraku capai dan aku pulas geram. Baru saja kakiaku hendak melangkah keluar kelibat Ikmal terpacak berdiri di depan pintu dengan tangannya terangkat membuatkan langkahku segera terhenti. Mungkin dia ingin ketuk pintu tadi tapi bila melihat aku sudah terpacak di muka pintu niatnya itu terbatal.

Aku telan air liur. Alamak kantoi lah macam ni.

“Rul ada ?” tanya Ikmal. Aku tidak menjawap. Masih buat muka. Apa pun pandangannya pada perangaiku. Memang itu yang aku mahu. Aku tidak mahu dia tahu yang aku masih lagi ada perasaan terhadap dia. Biarlah itu menjadi satu tunjang untuk aku membenci dia.

Aku menghayunkan kakiku tanpa menjawap soalannya. Tanganku pantas ditarik. Cepat aku berpaling.

“Lepas! Jangan nak cari pasal. Suami aku ada kat dalam tu!”Aku membagi amaran. Ah! terpaksa juga encik Hairul terikut sama.

“Saya nak jumpa awak sekejap.” Pintanya halus. Aku tersengih kelat. Hendak jumpa aku? buat apa! Tanyaku. Tapicuma dalam hati.

Aku terus menghayunkan langkahku. Tidak terkutik sedikit pun hendak menjawap soalannya. Buang keran saja. Abang dengan adik sama saja. Menyusahkan hidup aku.

Aku turun lalu cepat ke dapur. Peti sejukku buka. Lalutangankumencapai sebotol air mineral.

“Buat sakit hati je! Abang dengan adik sama je, dua-dua tahu nak menyusahkan hidup aku. Sorang pelik, berlagak dan tak sopan. Sorang pula gila talak, dan buat aku sakit hati. Ah!” Mulut ku berkumat-kamit menghemburkan rasa tidak puas hatiku terhadap dua beradik itu.

Tiba-tiba bahuku disentuh. Terkejut bukan kepalang aku dibuatnya. Habis berterbangan gelas entah ke mana. Nafasku turun naik. Nasib saja aku tiada sakit jantung, kalau ada tak ke mati terkejut. Aku berpaling dengan muka pengganas. Silap langkah patah leher.

“Apa hal kau ni?!” Meledak marahku. Sakit hati! Wajah Ikmal masih lagirelax. Ish! Sah-sah nak minta penampar sulung aku budak ni.

“Terperanjat ke?” Amboi! Kemain selamba dia bertanya. Nak penampar betullah dia ni, dah dia datang macam hantu raya siapa tak terkejut. Hantu betullah!

“Tak lah, saja je baling-baling barang tu. Hobi!” Balasku dengan geram. Fulamak, siap bantai aku dengan gelak pula, memang kemaruk penampar aku lah dia ni.

“Sejak bila kahwin dengan adik saya?” Dia mengutip gelas yang aku baling tadi. Kemudian bersandar di pintu peti sejuk. Aku menjeling dia.

“Buat apa kau nak tahu, bukan hal kau pun!” Balasku dengan lagak sombong. Wajahnya sudah dua tiga kaliaku jeling, tanya kenapa? Jelas ke encik oi..

“Kenal kat mana?” Dia masih setia bertanya. Walaupun tahu aku tidak akan menjawap soalan bodoh itu.Yes! Akhirnya rancangan aku berjaya.

“Kau dengar tak aku cakap tadi bukan hal kau!” Aku menjawap tegas. Sibuk saja, kau fikir aku suka sangat nak berlakon jadi isteri si Hairul tu! Kalau boleh aku nak sangat halau kau balik. Biar drama ni cepat habis. Meluat aku dengar suara merenggek jembalang tu.

“Syaz kau memang suka nak..Eh! Abang.” Tiba-tiba masuk pula watak encik Hairul. Aku mengeluh. Dah mula dah drama bajet rendah ni!

“Abang cari sayang ke?”Alahai, gediknya aku. Cepatku paut tangan encik Hairul. Aku tengok muka Ikmal sudah berubah. Cemburu ke! Padan dengan muka kau.

“ Ya abang cari sayang. Buat apa kat bawa ni?” Tangan encik Hairul sudah melingkar hebat kat pinggang aku. Kemain ambil kesempatan lagi dia. Buaya betullah.

“Tak. Hmm.. haus.” Jawapku. Gagap juga lah aku dibuatnya.

“so dah minum?” Alahai dah macam imam menasihat je lagak dia. Halus je, selalunya pecah gegedang telinga ni pun belum tentu dia nak berlembut.

“Abang naik dulu lah Rul.” Ikmal mengambil kata putus. Mungkin meluat melihat lakonan bajet rendah kami berdua. Hmm, baru tahu yang aku ni berbakat. Kalau lah lakonan ni berjaya aku nak masuk MIG lah. Jadi artis hahahah..

EncikHairul melepaskan pelukannya. Mukanya kembali bengis. Aduh mampus! Apa lagi dia nak seksa aku ni? Dah aku tolong dia, dia boleh pula buat muka. Karang kalau aku tampar 180 kali baru padan dengan muka.

“Pa hal kau suka-suka je keluar bilik!” Marahnya. Aku memandang dia dengan pandangan kurang berminat. Aku muncungkan bibir lalu aku atur langkah menuju ke bilikku. Tak kuasa nak melayan. Lagi bagus layan kantuk. Boleh juga rehatkan sendi-sendi yang dah lenguh ni.

“Hoi! Aku tengah bercakap dengan kau nikan!” Jerit encik Hairul. Lantak kau lah. Aku dah mengantuk. Balasku, tapi cuma dalam hati.


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku