Mrs.maidku
Bab 9
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(10 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14071

Bacaan






Pagi itu aku awal bangun, aku takut rahsia aku dengan encik Hairul terbongkar. Awal aku rupanya awal lagi si monyet Ikmal tu, aku menyiapkan sarapan tanpa memandang mahu pun membuka bicara. Diam, Cuma itu kerja ku.

Bila sarapan sudah selesai, aku kembali menjalankan tugasku sebagai seorang pelakon. Aku naik ke tingkat atas nak bangunkan kera seorang tu, melingkup tak ingat dunia. Dah pukul 9 pagi pun dia boleh nyenyak lagi!

“Awak nak ke mana?” Satu teguran berpusat dari arah belakang mendapat perhatianku. Aku berpaling dengan kening terjongket. Sibuk!

“Nak ke bulan.” jawapku selamba. Dah nampak aku menuju ke bilik adiknya. Sibuk lagi hendak buat CSI. Macam bagus!

“Irul belum bangun lagi ke? kenapa tak bangun sama-sama?” Dia naik setapak di atas tangga sambil merenung aku. Gila! Kalau aku salah jawap kompom kantoi. Macam mana ni!

“Syazz..” jeritan bagai kucing kena kejutan eletrik itu membuatkan debaran kat dada ni bertambah tak terkawal. Dia jerit pula. Mampus! Kantoi juga lah aku punya lakonan ni.

“Tu Irul panggil.”

“Saya tahu lah!” Jawapku pantas, cepatku susun langkah dan terus masuk ke dalam bilik encik Hairul.

“Pa hal jerit!” Serbuhku.

“Ambilkan aku tuala.” Pintanya. Punya cantik muka dia. Tuala tu bukan lah jauh berdepa. Dua langkah je dari pintu tandas. Pemalas betul!

“Tak boleh ambil sendiri ke ah!” Bercekik pinggang aku melihat dia. Bukan main berjadi-jadi lagi perangai dia.

“Aku takda hal nak keluar, takut kau pula yang pengsan nanti.” Acuh tak acuh dia menjawap. Iya tak ya pula, kalau dibuatnya keluar berbogel tak ke aku yang berdosa. Mahu tak mahu ku ambilkan juga dia tuala.

“Macam tu lah maid aku, sarapan dah siap?” Pujuknya dengan bangga lagi. Ish! Menyirap saja darahku. Nasib saja kau bos. Kalau tidak dah aku karate kau ni!

“Tu lah kalau membuta tak ingat dunia mana nak ingat sarapan. Entah solat subuh buat ke tidak.” selarku. Puas hati.

“Amboi! Kemain lagi kau ya. Nak bergaji ke tidak bulan ni!” Ugutnya. Aku mengeluh. Cepatku angkat kaki. Kalau asyik berdua dengannya boleh mati meroyan aku.

“Hoi! Kau nak ke mana tu? Aku belum habis cakap lagi lah!” Jeritnya. Aku peduli apa, daripada aku sakit hati melayan orang gila, baik aku sakit hati melayan makcik Jebon. Ah! bercakap pasal makcik Jebon, dah hampir berapa hari aku tak nampak dia. Jangan-jangan.. ish!



*****


“Assalamualaikum..” Macam familia sangat je suara tu. Cepat aku berpaling. Membulat mataku.

“Ah! mak Minah!” Aku telan air liur. Entah mahu pasang wajah gembira ke wajah gelisah. Cepatnya mak Minah pulang. Aduh! Kalau dah ada mak Minah ni habis kantoi lah rahsia aku dengan encik Hairul. Macam mana ni? Aku sudah cemas tidak menentu.

“Yalah mak minah, kenapa muka macam tertelan biji guli ni?” Hairan mak Minah. Ketara sangat ke wajah aku gelisah? Tak boleh jadi ni!

“Mak Minah, Ya Allah rindunya.” Cepat Ikmal menyalam dan memeluk orang tua itu. Aku pula tak tahu nak buat apa, hanya berdiri kaku.

“Oh! Ya mak Minah, pak Sudin mana?”

“Pak Sudin ada tu kat luar. Bila sampai?” Nampaknya dua orang ni dah mula nak rancak berbual. Aku kena pisahkan dorang berdua ni. Takut nanti si Ikmal ni korek rahsia tentang aku dan encik Hairul kat mak Minah. Ah! Mana nak letak muka bila nanti dia cop aku ni perempuan jalang. Malu! Malu!

Aku bergegas meninggalkan mereka berdua. Langkahku kini terbuka pantas menuju ke bilik encik Hairul. Aku serbuh bilik itu tanpa permisi.

“Hoi! Agak-agak lah!” Marahnya.

“Sorry..soryy..” ucapku. Cepatku tutup pintu, siapa suruh tak berbaju dalam bilik. Tapi salah aku juga tak ketuk pintu.

Pintu dibuka kasar, terpacullah muka ganas bak buaya lapar itu di muka pintu.

“Pa hal kau ni! Suka sangat nak skodeng aku kan!” Marahnya. Aku membulatkan mata. Bercekik pinggang. Cepatku tolak tubuhnya masuk ke dalam bilik.

“Eh! Apa ni!”

“Masuk lah!”

“Kau nak buat apa?”

“Apa! Jangan nak ingat saya nak buat ehem.. ehem kat encik. Saya cuma nak cakap bala dah datang.”

“Bala?” Dengan wajah blur dia memandang aku. Aku meramas kepalaku. Buat-buat bodoh pula.

“Mak Minah dah datang!” Jawapku bengang. Namun dia masih selamba.

“So why?” Dia melontar tubuhnya di atas katil. Lalu mencapai telefonnya. Amboi, kemain selambanya lagak dia.

“So why encik tanya! Mati lah kita kalau Ikmal tanya hubungan kita kat mak Minah? Kalau pecah lubang mana saya nak letak muka saya ni?” Marahku. Geram! Boleh pula dia tanya so why kat aku! Memang sah nak penangan 180 kali aku mamat ni!

“Huh!” Keluhnya. Kalau dah mengeluh macam takda idea je tu.

“Encik!” Desakku.

“Habis kau nak aku buat apa? Lari? Atau berhentikan kau?”

“Kahwin dengan saya!”

“What? Kahwin? Hello! I am still young okey!” Dia buat muka mengejek.

“Habis nak buat macam mana, encik nak tengok saya macam perempuan tak ada maruah ke?” Aku pula yang berangin. Sakit hatiku melihat reaksinya. Macam tak ada perasaan betul.

“Ni semua salah kau tau!” Dia menolak dahiku.

“Salah saya!” Aku menunjuk diriku. Amboi kemain lemak berkrim nyer bahasa dia. Boleh pula dia kata salah aku.

“Iya salah kau, kalau kau tak hebohkan cerita pasal kita dah kahwin tak lah aku terikut sama.” Dia membela dirinya.

“Hello! Saya takda pula menyatakan yang saya ni isteri encik kat si Ikmal tu. Encik yang gatal cakap saya ni isteri encik!”

“Jadi sekarang ni kau salahkan aku lah, macam tu?!” Dia merapatkan wajahnya ke wajahku. Aku tidak tunduk. Aku tentang habis matanya. Ingat aku takut. Memang salahnya. Nak menyalahkan orang pula! Ingat nak senang saja kerjanya. Lepas tangan konon, jangan haraplah! Ni Syazana okey, kalau berani buat salah dengan aku kena berani juga tanggung sendiri.

“Iya! Salah encik!” Balasku tegas.

“Yalah! Salah aku! Kau keluar dulu lah,nanti aku fikirkan!” Perintahnya.

“Tak nak! Encik selesaikan sekarang juga!” Bentakku.

“Hoi Bebal! Kau faham ke aku cakap nanti, so nanti lah! Aku tengah cari idea ni!” tengkingnya. Aku mengalah jua. Cepat aku keluar dari biliknya.


*****


“Syaz. mak Minah dengar kamu dengan encik Hairul ada hubungan? Kamu kena ingat encik Hairul tu anak Tan Sri.” Kedatangan mak Minah telah melayukan lamunanku. Anak Tan sri? Siapa kisah, meskipun dia nak menteri sekalipun aku tak kisah. Itu salahnya, dia yang mula game ni, so dia juga lah kena tamatkan game ni.

“Mak Minah, Syaz tak ada hubungan apa-apa pun dengan encik Hairul tu, ni kompom makcik Jebon yang canai berita nikan?”

“Syaz..”

“Mak Minah, kalau itu membuatkan maruah Tan Sri tercemar. Syaz nak berhenti lah. Mak Minah pun dah ada. Lagi pun Syaz nak cari kerja lagi bagus.”

“Syaz, kamu ingat apa tujuan kamu ke bandar ni, bukan cinta ataupun musuh yang kamu cari. Tapi..”

“Mak Minah, Syaz tahu apa yang Syaz buat. Syaz minta apa pun yang si Ikmal tanya atau apa pun yang diceritakan oleh makcik Jebon, mak Minah jawap lah setahu mak Minah. Tapi sekarang ni keadaan dah tak betul, Syaz kena berlakon. Lagi pun ini semua kemahuan encik Hairul. Aku memandang wajah mak Minah meminta sekelumit simpati.

“Entahlah syaz, kalau itu terbaik bagi kamu, mak Minah ikut saja.” Jawap orang tua itu perlahan.

“Syaz, mak Minah.” cepat kepalaku berpaling melihat ke arah suara itu berpusat. Ikmal! Aku sudah jadi tidak menentu. Semoga saja mak Minah dapat membantu aku. Kalau tidak mesti aku akan terjebak bersamanya.

“Mak Minah, Syaz minta diri dulu.” belum sempat aku berdiri tanganku segera dicapai Ikmal.

“Duduklah dulu.” pinta Ikmal. Lembut. Aku mengaru belakang tengkukku. Pandangan rimas aku lontarkan ke arah mak Minah. Semoga saja mak Minah mengerti dengan reaksi wajahku.

“Ah! Syaz, tu tuan Hairul panggil.” bohong mak Minah. Ah! Terbaik lah mak Minah ni. Sayang mak Minah.

“Iya, kejap abang!” aku juga turut berbohong sama. Abang? Keluh saja lidah nak menyebutnya.

“Saya tak dengar apa-apa pun?” Hairan Ikmal.

“Kejap bang, kejap. Minta maaf encik Ikmal saya minta diri dulu.” Aku melepaskan pegangan Ikmal. Lalu berlari keluar dari dapur.

“Ah! Aman dunia.”

“Apa yang aman?”

“Ahhh!! Ish! Encik ni! Kalau saya ada sakit jantung tadi macam mana? Encik nak tanggungjawap kalau saya mati tadi!” Marahku. Nasib saja aku tiada sakit jantung.

“Eh! Aku pula yang salah, gila!” kepalaku ditolaknya lalu pergi begitu saja. Gila punya mamat senget! Suka sangat tolak kepala orang. Macam hebat sangat gayanya itu. Buat sakit hati je!

“Ah!! Ikmal apa ni, Lepaslah.”

“Dulu awak suka bila saya tutup mata awak.” jawapnya riang. Suka! Itu dulu! Time aku bodoh. Sekarang tak lagi. Aku merentap kuat tangannya.

“Jangan nak sentuh aku! Hormat sikit, aku ni adik ipar kau! Cepat aku mengatur langkah masuk ke dapur semula. Harap saja dengan adanya mak Minah dia tidak berani melakukan kerja-kerja gila yang ada di dalam otaknya saat ini.”


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku