Mrs.maidku
Bab 10
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
11982

Bacaan






“Encik, saya nak berhenti!”

“Berhenti! Tak boleh!” Dia berdiri lalu melempar majalah di atas meja, kemudian melontar pula tubuhnya di atas katil. Aku hanya merenung lemah ke arahnya.

“Encik kena faham, saya tak nak ada yang malu antara kita.” Aku cuba meraih simpati. Tak kira lah dicop seorang perayu. Yang penting aku keluar dari rumah jahanam ni.

“Dah kau keluar sana aku nak tidur!”

“Encik..” Aku sudah separuh merayu.

“Ish! Runsinglah aku dengan kau ni! Okey kita kahwin!” Jawapnya dengan nada bengang. Kini aku pula terngangga. Kahwin? aku? dia? Bersatu? Ah!! tidak!

“Tapi encik..”

“Apa lagi!” Potongnya, wajahnya sudah jengkel. Aku hanya berdiri melihat dia. Melihat penuh kepastian. Agar dia mengulang semula kenyataannya tadi.

“Kau ni apa hal sebenarnya? Minta kahwin lah minta berhenti lah! Kau nak apa sebenarnya ni?” Tanya dia sambil cekik pinggang di depanku. Aku telan air liur. Ada benarnya juga, apa yang aku nak sebenarnya?

“Nak berhenti!” Cepatku suarakan jawapan. Dia memicit bengang kepalanya. Mungkin bingung menangani kerenahku.

“Ah! lantak kau lah!” Tengkingnya. Lalu tubuhku di usung hingga ke ruangan pintu.

“Kau nak aku campak ke atau kau keluar sendiri?”

Aku menjelur lidah lalu berganjak pergi, suka hati laki neneknya saja nak mencampak aku! Ingat aku ni apa? Roti canai!

But, aku tak kisah dia nak campak ke apa ke yang penting aku dah bebas. BEBAS, aku dah free. So sekarang juga aku akan angkat kaki. Cakap banyak pun apa guna. Yang penting aku kena cepat angkat kaki sebelum dia sempat tukar fikiran.


*****


“Betul ke keputusan yang kamu ambik ni Syaz?” Wajah mak Minah kelihatan risau. Membuatkan aku bertambah berat hati ingin meninggalkan rumah ini. Takkan aku nak tutup mata dan buat tak nampak. Sedangkan peluang sudah terbentang luas di depan mata. Aku tak nak menjadi maid seumur hidup aku. Walaupun pada mulanya aku rasakan ini adalah pekerjaan yang amat tepat untuk mencari tahu mengenai kedua ibu bapaku.

Tapi jangan kata nak mengetahui mereka di mana, waktu untuk aku rehat dan menyendiri pun tak ada. Macam mana aku nak menyelesaikan semua ni kalau aku sendiri tak ada masa untuk berehat! Memang takkan jumpa lah jawapnya.

“Mak Minah janganlah macam ni. Kan mak Minah sendiri yang cakap, encik Hairul tu anak Tan Sri nanti kehadiran Syaz kat sini akan burukkan keadaan. Lagi parah maruah Tan Sri akan tergadai. Jadi ada baiknya Syaz saja yang mengalah.” Aku cuba untuk menggunakan segala kepintaran aku. Ia kepintaran untuk memanipulasi keadaan.

“Tapi kamu jaga diri baik-baik, kalau ada apa-apa jangan segan cari mak Minah kat sini.” Tubuhku jatuh ke dalam pelukan mak Minah. Cari mak Minah kat sini? Haha memang tak lah. Buat apa nak datang sini lagi, tu ibarat relakan diri dibaham buaya. Aku bangun dari dakapan mak Minah, aku lihat ada sisa jernih dari tubir matanya. Sebak juga drama perpisahan ini.

“Ok lah mak Minah, Syaz dah siap berkemas ni. Nampaknya tak ada lagi yang perlu Syaz bawa. Nanti kalau Syaz bawa almari dengan batal ni mengamuk pula encik Hairul tu. Assalamualaikum.” Pipi orang tua itu aku kucup. Sesudah itu tangannya aku salam meminta restu.

Kini kakiku sudah melepasi pagar rumah itu. Sebelum semuanya tinggal kenangan, rumah mewah itu aku tenung dengan perasaan girang. Aku tidak perlu hendak bersedih bagai.

“Yes! Akhirnya aku bebas!” Mulutku sedikit terjerit riang. Kalau boleh aku nak je bergolek di sepanjang jalan raya ni. Tapi aku tahu tindakan bodoh seperti itu akan mengakibatkan aku mati dipenyekkan lori balak. Hahah



Bersambung^^


Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku