Mrs.maidku
Bab 11
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
11651

Bacaan






Kakiku melangkah dengan penuh yakin ke pusat bandar, mencari papan lelongan pekerjaan. Tiba-tiba mataku tertumpuh pada susuk tubuh seorang gadis. Aku mengecilkan bola mata, mengamati setiap inci wajah gadis itu. Setelah dapatku pastikan siapa gerangan gadis itu membulat mataku.

“Shayira!” Jeritku. Kebingungan gadis itu mencari arah suaraku. Dia pun turut membuntang juga.

“Syazana! Hoi! Lama gila tak jumpa kau.” segera tubuhku dipeluknya. Kenalkan korang semua, ini Nellydia Shayira dia ni lah friend aku yang sama-sama keluar dari rumah anak yatim beberapa bulan lepas. Tak sangka pula boleh jumpa balik. Ah! Rindunya. Aku membalas pelukannya dengan erat sekali.

“Aku pun lama gila tak jumpa kau. Kau apa khabar sekarang?”

“Macam ni lah, biasa-biasa je. Nak kata sakit, tak juga, sihat je. Nak kata sihat pun tak juga. Hihi.”

“Biasa-biasa apanya, ni dah pakai baju branded bagai ni kompom dah kerja office kan?” Tebakku. Habis aku belek-belek tubuhnya. Shayira memukul lembut bahuku.

“Ish! Kau nak putar aku sampai bila. Peninglah.”

“Ngee.. sakai lah katakan.” tersengih aku sambil melepaskan tanganku dari tubuh Shayira. Tiba-tiba renungan Shayira menjadi lain.

“Kenapa kau renung aku macam tu?” Aku membelek-belek bajuku. Takkan aku pakai baju terbalik kot? Tak juga.

“Kau dari mana ni? Dengan beg bagai? Kau kena buang dari akademi fantasia ke?” Tanyanya. Aku mengetip bibir. Takkan aku nak beritahu dia yang aku baru je lepas lari dari rumah majikan. Tak kot! Malu lah nak mengaku aku ni maid. Sedangkan kelulusan kita orang sama. Dia pula dah kerja kat office. Adoi! Apa nak cakap ni?

“Oi!” Sergahnya

“Aku nak cari rumah.” sepantas kilat aku menjawap. Cari rumah? Kerja pun kau takda nak cari rumah. Angan-angan lebih kau ya Syazana.

“Ah! kebetulan betullah. Aku pun nak cari housemate sekarang ni. Al maklumlah, harga sewa dah meningkat. Kalau kau tinggal dengan aku boleh juga tolong bayar separuh.” Balasnya. Mendengar saja kata-kata Shayira membuatkan hatiku berlonjat riang. Kalau boleh nak je aku peluk dan putar-putarkan Shayira.

Alhamdullilah. Begitu sempurna aturan hariku ya Allah. Aku fikir keluar saja dari rumah encik Hairul aku terpaksa mengemis. Tapi tidak. Singkat betul pemikiran aku. Malas nak fikirlah katakan. Huhu

“Nak ke tak nak ni?”

“Ehhh.. nak siapa cakap tak nak.” cepat aku menjawap. Gila kau tak nak, habis malam ni aku nak tidur mana? Bawa jambatan. Dah alang-alang dapat jemputan apa kata aku tumpang sekaki.

“Jom..”

“Jom??” Aku mengulang kata-kata Shayira.

“Pergi rumah aku.”

“Okey, tapi masa-masa ni mana ada teksi lalu.” aku mengaru kepalaku. Tergelak Shayira melihat wajahku. Coi!! Selekeh sangat ke ayat aku sampai gelakkan aku pun macam takda perasaan.

“Aku ada kereta lah makcik oii.” what? Kereta? Update sangat dah Shayira ni. Aku? Jangan katakan kereta? Basikal pun takda. Ish-ish..



*****


“Tadah.. ni lah pondok aku. Maaflah jika kecil ya.” Membulat mataku. Kecil? Mengigau ke apa Shayira ni. Rumah sikit punya cantik macam ni dia kata pondok.

“Best lah kau Ira, keluar je dari rumah ibu kau terus berjaya. Bukan macam aku ni..”

“Ish! Tak baik tau mengeluh macam tu! Allah dah aturkan hidup seseorang tu. Tak mau sedih-sedih.” Dia menganding bahuku. Kemudian membawa aku masuk ke dalam rumahnya.

“Kau kerja apa ya Ira sampai boleh beli barang-barang macam ni?” aku membelek almari kayu jati yang berhadapan dengan aquarium ikan. Sama persis dengan milik encik Hairul. Tiba-tiba tersentak di fikiranku. Mahal barang-barang ni, takkan lah Shayira beli semua ni. Oh! Jangan cakap Shayira..

“Ira! Baik kau cakap dengan aku! Kau tak buat kerja terkutukkan!” Aku menghampiri dia yang sedang sibuk menbancuh air di ruangan dapur.

“Amboi mulut kau, agak-agaklah. Aku ni waras lagi tau.”

“Habis tu aku tengok barang-barang kau bukan main maju lagi.” Aku masih lagi melihat penuh kepastian ke arahnya.

“Ni barang-barang tuan rumah lah!” Barang-barang tuan rumah? Takkan Shayira pun kerja maid juga?

“Kau maid ke?” Aku dengar Shayira mengeluh.

“Dengar sini ya Cik Syazana, rumah ni aku sewa sekali dengan barang-barang. Tu lah harga dia mahal sikit.”

“Ohh.. cakaplah sewa sekali dengan barang-barang.”

“Macam mana aku nak cakap, belum aku buka mulut kau dah tuduh aku bukan-bukan. Tak baik tau.” Shayira membuat muka. Ingin tergelak saja aku.

“Ala.. Sorry lah. Aku percayakan kau.”aku menganding Shayira.

“Oh ! Ya mana bilik aku?” tanpa rasa segan dengan bangganya aku bertanya.

“Jom..” aku mengikut langkah Shayira. Sampai saja ke tingkat dua. Dia menunjukkan satu bilik bersebelahan dengan tangga.

“Ah! Ni bilik kau, tandas kau hujung tu. Kau boleh guna. Bilik aku pula tu, dekat je.”

“Terima kasih Ira.” Segera aku memeluk Shayira. Nasib ada Shayira. Kalau tidak tak tahu lah apa nak jadi dengan aku hari ni.


“Takpa, dulu kau selalu tolong aku. Jadi tak salah lah aku tolong kau pulakan. Dah, masuk lah tengok-tengok dulu.” dia membukakan pintu untuk aku. Membulat mataku. Mak ai! Dah macam bilik pengantin pula. Kalah bilik aku masa kat rumah encik Hairul.

“Ira, kau tak salah bagi bilik ke?” Aku bertanya bingung ke arah Shayira. Yang membuatkan kau bertambah bingung bila melihat Shayira berlari ke arah biliknya. Sesudah itu baru dia kembali mendapatkan aku.

“Taklah Syaz, hiasan bilik ni tak sama dengan aku punya. So ni memang untuk kau.” Terngangga aku. Aku fikir dia kelam kabut tadi nak ke tandas rupanya hanya untuk tengok hiasan bilik dia je. Tak hilang lagi penyakit bendul kau ni rupanya Ira. Aku menggeleng lalu menepuk dahiku.

“Takpa lah Syaz. Aku nak mandi kejap.”

“Okey..” jawapku ringkas. Sesudah itu aku menutup pintu bilikku. Aku merenung seluruh bilik itu dengan perasaan yang tidak boleh digambar dengan kata-kata.

“Argh!! Cepat aku melompat naik ke atas katil”

“Akhirnya aku bebas!!!” Jeritku lagi.

“Syaz! Kau okey?” tergopoh-gapah Shayira menghampiriku. Cepat aku membetulkan gayaku. Takut nak dia anggap aku ni macam rusa masuk kampung.

“Okey, ngee..” aku tersengih membusuk.

“So kenapa kau jerit? Aku fikir kau nampak apa tadi?” Cemas saja nada Shayira. Aku mengarut belakang tengkukku. Tak sangka pula yang jeritanku itu boleh didengari oleh Shayira.

“Tak, tadi aku terseliuh sikit.” bohongku.

“Kat mana? Sakit ke? Nak aku tolong urut?” Tanya bendul Shayira. Aku mengecilkan bola mata. Alahai.. kalau aku terus layan bendul Shayira ni sampai besok pun takkan habis punya.

“Takpa Ira, aku okey. Kau masuk dalam bilik kau, rehat cukup-cukup ya.” aku menolak perlahan tubuh Shayira hingga ke ruangan pintu. Sesudah itu pintu aku tutup.

“Huh!” Keluhku. Kemudian berjengket naik kembali.

“Ahh..” leganya. Tanpa penyapu di tangan, tanpa mop, takda encik Hairul mahupun Ikmal. Yang penting tiada makcik Jebon. Amannya dunia. Nak je aku jerit sekuat hati. Tapi kalau aku buat macam tu tak pasal-pasal habis pula nafas Shayira sebab risaukan aku.



*****


“Ira, aku nak minta pertolongan kau boleh tak?” Shayira yang sedang duduk menghadap laptopnya aku sapa. Tanpa melihat aku dia menjawap soalanku.

“Apa dia?” Jawapnya ringkas.

“Kau boleh tolong carikan aku kerja tak?” Sepantas kilat Shayira memaut tanganku. Telan air liur saja melihat ke arah Shayira. Matanya bersinar-sinar membuatkan otakku jadi ligat berfikir.

“Kau okey ke Ira?” Takkan aku minta tolong sikit otaknya jadi tak betul. Ish! Pelik pula kau tengok minah bendul ni.

“Terima kasih tanyakan soalan tu Syaz,kau tahu tak dah beputar otak aku bila encik Halmi asyik tanya aku dah jumpa pekerja ke tidak. Mudah sikit kerja aku.” Riang saja nada bual bicaranya.

“So ada kerja kosong ke?”

“Ofcause ada. Macam ni, esok kau ikut aku ya”

“Betul ke ni Ira?” Aku memalingkan tubuh Shayira. Bagaikan tidak percaya.

“Ya.. Dah! Dah! pergi tidur. Aku nak siapkan kerja aku ni.” Shayira menolak tubuhku. Namun sebelum aku naik sempat lagi aku mengucup pipi Shayira lalu berlari anak naik ke tingkat atas.

“Ish! Geli lah Syaz!” Rungut Shayira aku hanya tersengih saja.


Bersambung^^




Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku