Mrs.maidku
Bab 12
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12065

Bacaan






Satu minggu berlalu. Sekarang ni aku dah kerja di bawa naungan seorang bos yang baik hati. Ah! Aku tak sangka ada lagi bos macam kat dunia nikan. Hihi.. ini pun berkat pertolongan dari Shayira kalau nak harapkan aku entah bila lah aku dapat kerja.

“Mengelamun! Bagus.” Sergah satu suara. Aku memuncungkan bibir.

“Tak ada maknanya aku nak mengelamun, aku tengah tidur tadi.” Gurauku. Dia menyumbingkan mulutnya.

“Tidur? Buka mata, hairan tak pernah dibuat orang!” Jawapnya sambil menarik kerusi untuk duduk di hadapanku.

“Ah! Kalau kau nak tahu, itu lah kuasa aku yang kau tak pernah tahu. Dan buat pengetahuan kau, aku bukan saja boleh tidur tak pejam mata, malahan aku juga boleh makan pakai tangan tau. Hihi..”

“Bengap!” Dia melontarkan kotak tisu ke arahku. “Kalau itu aku pun pandai, tapi hebatnya ilmu kau. Ajarlah kat aku, aku pun nak juga tidur buka mata.”

Aku tergelak. Sah! Memang bendul betul, cik Shayira oi aku tipu je lah. Boleh pula dia percaya. Bendul-bendul.

“Tengok lah kalau aku free ya cik Ira oi.” jawapku.

“Amboi-amboi! Siap lepak lagi korang kat pantry ni ya! Masa lunch 10 minit lepas dah habis! Enak sangat ke berborak tu, dah ke depan sekarang bos nak umumkan something!” Sergah cik Maya Leyana. Aku dan Shayira masing-masing buat muka. Kami berdua memang tidak suka dengan setiausaha perasaan bagus tu.

Lagaknya macam dia lah bos, 10 minit pun nak kecoh! Macam je 10 minit tu boleh buat syarikat ni bankrap, sibuk saja!

“Syaz, kau rasa encik Halmi nak umum apa ya?” Shayira menyiku lenganku.

“Entah.” Jawapku sepatah. Minah ni pun satu, kalau aku tahu dia nak umum apa tak lah aku menyibuk sama kat ruang meeting ni. Lebih baik aku menghadap fail-fail yang bertimbun-timbun kat meja aku tu.

“Okey semua, duduk dulu.” Pinta encik Halmi.

“Kenapa bos nak jumpa kita orang semua?” Shayira terus saja menyoal.

“Kita tunggu seorang lagi datang, lepas tu korang tahu lah.” Jawap encik Halmi. Amboi, nak main teka-teki nampak encik Halmi oi.

Setelah beberapa minit menunggu. Pintu dikuap. Semua mata tertumpuh ke arah pintu, menanti gerangan manusia yang berani membuat aku tertunggu-tunggu. Kalau klien tak apa! kalau kuli macam kami ni baik aku lempang 180 kali baru dia tahu seksanya menunggu.

Bila wajah itu terpacul, membulat mataku. Terngangga saja aku melihat lelaki itu. OMG!

“Cik Syaz tutup mulut tu, tak pasal-pasal banjir pula ruang meeting ni!” Perintah encik Halmi.

“En..cik.. Ha..irul!” Tergagap aku menyuarakan namanya. Apa pula dia buat kat syarikat ni! Jangan cakap dia kerja sini! Tak boleh jadi.

“Syaz!” Aku dengan encik Hairul sudah saling bertunjuk-tunjukkan. Aku telan air liur.

“Encik Halmi, lelaki ni buat apa kat sini?” Tanyaku dengan riak wajah yang penuh kejutan. Boleh pula encik Halmi bantai aku dengan gelak.

“Hai, macam kenal je.” Setelah gelaknya bersisa dia menjawap soalanku.

“Memang lah saya kenal, dia ni bekas bos saya!” Jawapku dengan jujur. Mana boleh aku tidak kenal dengan lelaki yang kuat menyeksaku.

“Bagus lah kalau dah kenal, that mean you dah tahu perangai tuan Hairul ni.” Terlopong mulutku. Tuan?

“Tu..an? Siapa dia ni encik?” Aku masih tidak puas hati. Mana boleh dia berkerja denganku dalam satu bumbung. Dah lah aku tinggal dengan dia dulu pun dia buli aku macam warden penjara. Sekarang ni? kompom macam latihan tentera. Silap hari bulan boleh meletop syarikat ni oleh kami berdua.

“Okey, korang semua kenalkan ni CEO baru kita, encik Hairul anak pada Tan Sri Zurydi, dulu dia berkerja di bawa syarikat abangnya. Jadi bila dia dah kuasai semua asas-asas perniagaan Tan Sri dah beri kepercayaan untuk dia menguruskan cawangan ini.” Terang encik Halmi panjang lebar. Terduduk saja aku melihat ke arahnya. CEO baru! Tidak!!!!!! ini lagi malapetaka. Kenapa begini pula kejadiannya.

Tersenyum saja encik Hairul melihat ke arahku. Dari butir senyumannya sudah aku hidu bau racun di sebaliknya. Habislah kau lepas ni Syazana.

“Nice to meet you all, I hope korang semua boleh beri kerjasama yang baik dengan saya.” Ucapnya. Amboi, kemain gentleman lagi suaranya. Aku tahu tak lama dia boleh mengecilkan volume suaranya itu. Tunggu saja nanti, aku percaya pasti ada yang benci dengannya.


*****


Aku meninggalkan ruangan meeting dengan wajah masam mencuka. Why? Why now? Why here? Kenapa mesti berjumpa lagi. Arhh!! Kenapa mamat tu mesti ada di mana-mana. Dan kenapa pula syarikat ni di bawa owner Tan Sri Zurydi! Kenapa!

“Eh! Kau dah kenapa buat muka macam tu. Dan kenapa kau tak pernah bagi tahu yang kau ada bos handsome gila macam encik Hairul tu!” Shayira menyiku lenganku. Dengan wajah sebak aku melihat ke arahnya.

“Sebab tu tak penting!” Tegasku. Nadaku kedengaran merintih.

“What! Tak penting kau kata? Tengok lah encik Hairul tu. Baru dia lalu kat meja si miss Nina celop tu, satu office ni riuh tau gosipkan si miss Nina dengan encik Hairul. Apa lagi si miss Nina tu kembang je aku tengok.” Bicara Shayira tidak puas hati. Aku membuat muka jengkel. Macam aku kisah. Ish! Kalau si miss Nina celop tu nak jadi bini dia pun ada aku kisah!

“Cerita lah cepat Syaz.” Desak Shayira. Aku mendengus.

“Daripada aku sibuk cerita pasal orang tak penting macam tu. Baik aku buat kerja aku yang lebih penting daripada lelaki tu!” Protesku. Langkah teratur cepat. Sakit mula menular di dalam hati bila mengenang peristiwa zaman maidku.


bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku