Mrs.maidku
Bab 13
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14205

Bacaan






“Hoi, kau apa hal termenung saja ni!” jerkah Shayira, aku mengeluh.

“Aku nak berhenti.” Rintihku.

“ Banyak cantik muka kau nak berhenti! Habis barang dapur sapa nak beli? Keperluan rumah siapa nak beli? Aku juga? Dah lah sewa rumah bulan ni aku bayar!” Bebelnya. Aku mendengus. Kedekut betul!

“Yalah-Yalah! Kau dengan aku pun berkira kan!”

“Mesti! Berkira itu wajib tau.” Jawapnya dengan loghat mat salleh.

“ Jap, aku masih blur lah dengan kau tadi. Kau kerja kat cawangan mana sampai bertuan kan encik Hairul?” Aku terkedu dengan soalan Shayira. Shayira! kenapa lah kau suka sangat busybody hal orang.

“Hmm.. cawangan dia kat Indonesia.” Tipuku. Iya aku sengaja menyatakan cawangan di Indonesia. Entah betul atau ke tidak. Sebab masa aku kerja sebagai maid dia dulu pun aku kena layan macam amah indon.

“Wow! Bestnya.. kat mana?” Soalnya lagi. Dasar bendul.

“Bali.” jawapku ringkas.

“Ala.. jelous! Aku nak juga.” Renggeknya. Bengap!

“Dah lah malas nak layan kau, aku nak tidur!” Aku mengangkat kaki lalu naik ke tingkat atas.


*****


“Huh!” Aku mengeluh sendiri, hari ini adalah hari MALANG aku di mana aku kembali berkerja di bawa naungan ENCIK HAIRUL TAN SRI ZURYDI. Apa-apa pun yang terjadi aku harus always positive thingking. Habis semua baju di almari aku tarik keluar namun tiada satu pun yang berjaya menawan hati aku yang terlampau cerewat gila ni.

“Ish! Payah betul nak kerja pejabat ni. Baju nak juga berblues-blues!” Aku bermonolog sendiri. Blues berwarna purple aku campak di atas katil yang dah macam perang dunia kedua. Bersepah macam tongkang pecah, macam sarang kucing beranak pun ada juga. Aku membuang pandangan rimas ke arah jam. Membulat bak biji guli mataku bila melihat jam sudah hampir 8 pagi. Tidak!

Cepat aku capai Monday blues berwarna pic lalu aku sarungkan ke tubuh. Tanpa bercelitkan sedikitpun make up di wajah, aku sangul rambut lalu bergegas keluar. Shayira yang menegurku dengan muka ala penguin kutub selatan tidak aku pedulikan. Yang ada di minda aku hanya cepat dan cepat.

“Syaz, kejap!” Panggil Shayira. Cepat aku berpaling.

“Apa lagi ni Ira? Ah! Kenapa kau belum siap lagi ni!” Marahku. Jam tanganku lirik lagi. Mampus kalau lambat. Bukan aku tak kenal siapa Hairul. Kompom lepas ni kena bom atom aku olehnya.

“Aku cuti, tetiba kepala ni rasa berat pula. Mungkin nak demam kot.” Terngangga aku. Cuti? Lagi mampus.

“So, aku ke pejabat nak tumpang siapa?” Aku sudah gelabah gila, kalau dia nak suruh aku drive kereta dia alamatnya keluar berita kereta terjunam dalam laut. Sebab sepanjang jalan ke bandar kiri kanan laut. Aku mengaru kepala. Kalau naik bus, memang jam 9 atau jam 10 begitu baru sampai. Ah!

“Naik lah bas.” tadah, seperti firasatku, perkataan BAS itu telah melantun keluar dari mulut Shayira. Tanpa menunggu lama, cepat aku berlari keluar dari perkarangan rumah. Kerana selalunya bas hanya 2 kali saja berhenti di perumahan ini. Kalau aku lambat bermaksud aku juga terpaksa off day tanpa gaji. Oh! Tidak!

Syukur alhamdullilah, kebetulan pula ada bas lalu tepat kaki aku keluar dari perkarangan rumah. Sungguh aku bersyukur. Tak payah lah aku nak berpeluh ketiak menunggu bas berjam-berjam kat bastop tu. Peluh yang menitik segeraku sekah. Lalu dengan bangganya aku memasuki bas itu. Membulat mataku. What! Tak ada tempat kosong. Alahai.. ada saja masalah menimpah. Terpaksa lah berdiri. Abang pemandu tolong jangan bawa laju-laju tau. Aku muda lagi, kahwin pun belum. Rintihku dalam hati.


*****


Aku terkejar-kejar berlari menaiki tangga. Kalau harapkan lif kompom sempat lagi aku bancuh tea kat depan pintu lif tu, aku tidak pedulikan wajah-wajah yang berselisih denganku. Bagi aku mereka tidak penting. Yang penting adalah masa dan masa.

Aku masuk dengan muka ibarat penjenayah. Takut dan terhendap-hendap. Mataku meliar melihat sekeliling. Nasib saja mesin punchcard rosak hari ini. Ah! Tidak juga dia tahu aku datang jam berapa. Aku menghela nafas lega. Dengan muka tidak bersalah aku masuk dengan bangganya.

“Berdiri kat sana!” Suara garau dan agak kedengaran tajam itu, Membuatkan kakiku pantas tertutup rapat. Aku ketip bibir. Wajah kacak dengan pandangan mega sombong ala bongkak bercekik pinggang melihat ke arahku. Matanya bagai hendak terjojol keluar saja melihat aku. Aku cantik ke atau sebab aku lambat.

“Kau tahu sekarang jam berapa?!” Dia melemparkan soalan ke arahku. Aku terkebil-kebil. Itu soalan berbaur sindiran ke? Atau mamat ni buta. Dah jelas jam besar tergantung atas kepala aku ni menuju ke jam 9.30 tanya lagi buat apa!

“Tahu encik..” jawapku perlahan. Mataku tidak menentang matanya. Tiada kuasa aku hendak menentang pandangannya. Aku bukan ahli sihir yang bisa meredupkan matanya dan membuat bicaranya bertukar lembut.

“Yalah jam berapa!” Dia menengking aku. Ah! Itu adalah tengkingan pertama aku di khalayakan ramai. Kenapalah office ni full dengan orang take care sangat. Saja lah tu nak buat aku menangis. Kalau aku menangis karang baru padan dengan muka korang. Ah! Aku ni jenis payah pujuk tau.

“9:30 encik..” mendatar aku menjawap.

“Hari pertama dah lambat! Ingat ini office bapa kau punya ke ah! Patutlah korang tak maju-maju kalau disiplin pun tak bagus!” Dia masih angin satu badan. Mataku sudah berkaca. Memang aku malu dan tersangat malu. Hari pertama? Hello! Aku dah 2 minggu kat sini. Kau tu yang hari pertama berkerja kat sini! Hatiku berbahas hebat.

Aku benci dengan sikap panas berangnya itu. Kenapa pula aku boleh jadi lambat macam ni, selalunya 15 minit syarikat nak buka aku dah terpacak macam tiang lampu. Ni semua salah Shayira! Kalau lah dia tak ambik cuti sakit tak lah aku bersusah payah nak menunggu bas.

“Maafkan saya encik. Saya janji saya tak buat lagi.” aku cuba mengawal emosi. Kalau sekarang ni kat rumah pasti aku dah menangis bagai isteri kematian suami. Sakitnya hati. Sabar-sabar.

“Dah! Pergi buat kerja!” Setelah sebaris arahan dilontarkan. Bergegas aku bergerak tak tentu arah.

“Hoi! Kau setiasusaha. Tempat kau dekat depan pintu aku tu!” jerit encik Hairul. What! Tercengang aku melihat dia. Setiausaha? Bila pula aku apply jadi setiausaha dia pula ni?

“Tapi.. ta.pi encik say.a”

“Apa!” bentaknya. Aku terdiam. Takut. Dan akhirnya aku menurut saja. Suka hati mak tiri datuk dia je nak menyuruh aku jadi setiausaha dia. Nak buli aku lah tu, tak habis-habis lagi ke nak buli aku dulu!


bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku