Mrs.maidku
Bab 14
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14653

Bacaan






Waktu rehat sudah hampir 20 minit berlalu. Tapi perut aku langsung tidak terasa lapar. Kenyang saja. Ya, kenyang dengan makian encik Hairul yang dari tadi asyik membebel kalah mak nenek. Ish!

Apalah malang betul nasib aku hari ni. Datang lambat, kena marah, jumpa pula dengan musuh aku!. Huh! Whateverlah. I hope tomorrow will be okey then today.

“Awak Syaz kan?” Satu suara menyapa pendengaranku. Bagai robot aku berpusing mencari arah suara itu berpusat. Terjongket keningku mengamati seinci wajah lelaki itu.

“Ya saya encik.” Jawapku diikuti dengan tunduk hormat.

“Tak payah panggil saya encik, panggil saja Riz. Tuturnya dengan begitu tertib lagi.” Ah! aku dah kenapa pula kaku semacam ni. Aduh apa dah jadi ni? Nampak lelaki handsome mulut pun terus tergam. Say something lah Syaz.

“Are you okey?” Tanya encik Riz. Aku masih kaku. Mulut tak pula berani bersuara.

“Okey. Saya pun busy juga. Hope will see you again.” Bicara ramah lelaki itu. Aku telan air liur. Mahu mengangguk, tapi kepala ni pula rasa berat betul. Ish! Sempat pula aku tangkap cintan. Kalau keluar singa jantan tu karang tak mati aku dimaki hamunya dari petang hingga ke malam.


*****


Akhirnya waktu pulang sudah tiba. Rasa nak menjerit sekuat hati dan beritahu dunia yang aku dah bebas. Aku berjalan dengan muka bersemangat. Aku rindukan katil, MP4 dan shower bad. Aku nak rehatkan diri dan manjakan diri. Aku tak peduli apa lagi yang ada dipejabat. Jika waktu pulang that mean kita harus pulang.

“Wait!” Jerkah satu suara. Aku mengeluh. Aku tersangat dan terlalu pasti itu adalah suara encik Hairul. Dari suaranya saja aku sudah terhidu malapetaka yang akan menganggu dan mengucar-kacirkan hidupku. Tidak Syaz. Kau hanya perlu pusing dan hadiahkan senyuman.

“ Ya encik.” Aku bertanya dengan senyuman paksa. Kalau ikutkan hati yang dah menyampah ni, nak juga buat muka protes.

“Dah nak balik?” Oh! Mak ai, apa punya soalan bengap dia bagi. Dah nampak aku keluar dengan galas beg. That mean aku nak pulanglah. Takkan pula nak berjoging kat lobi ni.

“ Ya encik?” sama seperti tadi jawapanku. Balas panjang-panjang pun bukan boleh naik gaji. Kalau menjawap pun dapat gaji, kompom aku jawap panjang-panjang macam karangan 180 patah perkataan.

“Sekali dengan saya.” Pintanya. Lalu masuk ke dalam kereta. Aku hanya terkebil-kebil memerhatikan bayangannya hilang ditelan masuk ke dalam perut kereta. Aku tengah bermimpi ke apa ni?

Tittttttt.. hon panjang dibunyikan. Mahu tidak aku melompat. Aku tersengih tiada sebab. Dengan muka blur, aku gagahi juga langkahku masuk ke dalam kereta toyota camry itu.


“Kenapa kau lari dari rumah aku?” Tanya encik Hairul perlahan. Aku menyumbingkan bibirku. Lari? Siapa yang lari? Dia yang suruh, so aku lari lah.

“Kan encik yang suruh.” Jawapku bersahaja.

“So perkahwinan kita?” Hampir tersedak aku menelan air liur. Kahwin? Masih lagi perkataan itu berani disebut olehnya. Depan aku pula tu! Tak tahu malu!

“Encik, saya dan encik dah tak tinggal serumah, Makcik Jebon pun bukan lagi jiran saya. Buat apa encik nak cakap pasal kahwin bagai pula ni?” Suaraku sudah berubah ton. Dia saja je nak ganggu mood baik aku.

“Rumah kau kat mana ni?” Dia cuba ubah topik. Bagus lah juga, tak payah lah aku nak berhujah lebih. Nanti kalah pula sasterawan Malaysian A. SAMAD SAID.

“Kat depan tu je.” Jawapku.

Setelah sampai ke tempat rumah sewaku, aku mengucapkan terima kasih lalu keluar tanpa melihat wajahnya. Malas hendakku layan kerenah budak kurang kasih sayang tu, baik melingkup lebih bagus.

“Jangan lambat datang esok!” Dia memberi amaran. Namun sebelum sempat dia membebel panjang lebar aku sudah masuk ke dalam rumah. Membebel lah kau dengan tiang lampu tu! Gumanku dalam hati.

“Aiseman, macam kenal je kereta yang hantar kau tu, sejak bila lagi ni?” Shayira melirikku dengan pandangan mengejek. Hampir aku melompat mendengar tegurannya.

“Bila lagi kau ada kat belakang aku ni?” Aku mengurut dadaku. Turun naik saja nafasku melihat ke arahnya.

“Eleh.. dari tadi lagi. Mana kau nak perasaan kalau asyik mengintai encik Hairul je.” Ejeknya. Aku telan air liur. Alamak dah kena spy pula.

“Intai? Tolong sikit.” Cepat aku meninggalkan dia sebelum banyak lagi soalan-soalan maut keluar dari otak bendulnya itu.

“Eleh.. nak cover lah tu.” laung Shayira dari tingkat bawa.

Selepas solat isyak, aku mengunci diri di dalam bilik. Mulai malam ni, aku nekad nak tidur awal. Jam bentuk kepala hagemaru itu aku capai. Aku setkan bangun pada pukul 5 pagi. Boleh sekalian aku solat subuh.


*****


Jam berbunyi dengan begitu nyaring sekali. Lintas aku mencapai jam itu dan mematikannya. “Ah! baru jam 7, lama lagi.” Bisikku perlahan.

“Apa jam 7! Ya Allah solat subuh!.” Jeritku. Cepat saja aku bangun. Mampus tahap gaban lah aku kali ni. Kenapa lah aku tak dengar bunyi jam tu. Dah tidur awal pun boleh bangun lambat. Memang nasib aku lah macam ni. Ish!

Selesai saja mandi, aku bergegas berlari ke sudut almari. Air liur yang masih segar dek bau ubat gigiku telan dengan perasaan tidak menentu. Mampus! Mampus! 2 kali mampus. Aku sudah terbayang wajah encik Hairul dengan riak wajah hendak menelan orang. Tidak! Ni pasti terjangkit penyakit semula jadi Hagemaru.

“Syaz makan lah dulu.” Jerit Shayira sambil mendulang air milo panas. Apalah minah ni aku dah lambat dia boleh pula suruh aku bersarapan bagai. Lain lah dia, minta cuti berhari-hari. Padahal sakitnya sikit saja. Deman panas pun kecoh.

“Nanti je lah Ira. Aku dah late sangat dah ni!” Sahutku sambil tanganku ligat menyarungkan kasut bertumit rendah.


*****


Aku bergegas berjalan dengan langkah ibarat tak cukup tanah. Cepat, pantas dan kelam kabut. Jam vincci berwarna hijau daun itu aku toleh hampir beribu kali, aku lambat lagi. kompom kena bom lepas ni.

“45 minit! Kau tinggal kat mana sebenarnya ni Syaz? Hutan hujan ke ah!” Encik Hairul sudah membulatkan matanya. Amboi tanya lagi tinggal kat mana, padahal semalam dia sendiri yang hantar aku pulang. Lesing kang! Garang gila. 45 minit pun berkira. Kalau aku up 50 minit baru padan muka dia.

“Arr.. bus lambat bos.” Aku buka alasan capumas. Pandai-pandai saja salahkan bus. Kalau pemandu bus tu buat report baru kena sebiji bertapik kat muka aku.

“Bus! Bus! Bus! Kalau dah tahu diri tu orang dia jenis late, bangun lah awal pagi!” Tempiknya.

“Tapi bos awal pagi pemandu bus belum bangun lagi.” Aku cepat menjawap. Memang ini tabiatku bila perkara kecil begini dihebohkan. Macam saja lambat 45 minit, syarikat ini akan meletop atau bankrap. Ada saja yang tidak kena di matanya. Buat itu salah, buat ini salah, buat apa- apa saja pun salah! Baik duduk diam je!

Ini lah salahnya bila makan gaji. Kuli! Setiap jam, setiap minit, setiap saat dikulikan saja kerjanya. Kasihan.. ish! Ish!

“Sekarang aku nak kau print out semua data kemasukkan pelanggan baru dekat syarikat ni dari awal syarikat ni buka!” Dia mengarah dengan begitu kejam sekali. Tidak kasihan kah pada aku yang dah tercungap-cungap dengan muka seposen ni.

“Tapi bos..”

“Without any word. Just do it!” Perintahnya lagi. Aku seperti hendak menangis. Aku diseksa seperti anak tiri. Tapi bezanya aku anak tiri standart sikit. Anak tiri makan gaji. Itu pun gajinya sikit. Ini lah salahnya sebab kerja swasta.

“Yang kau tercegak lagi kat sini buat apa!” Suaranya sengaja dilontarkan begitu kuat. Sengaja nak kacau aku yang tengah ber feeling ni. Nak minta simpati tapi malangnya aku salah orang. Orang jenis macam encik Hairul berketurunan raja dan bangsawaan ini mana mahu memperlahankan bicara dengan kuli seperti aku ni.


*****


“Hoi! Kau boleh membuta pula kat sini! Ini office bukan rumah kau!” Jerkah encik Hairul. Cepat aku bangun dan merapikan diri. Sambil telan air liur aku pandang dia dengan wajah bak pengemis. Nak mengemis hatinya agar tak terlalu marah sangat.

“Maafkan saya encik. Saya janji saya tak buat lagi.” Dalam perlahanku suarakan jawapan.

“Janji! Janji! Kuli macam kau ni memang pandai sangat menabur janji! Kelmarin kau janji takkan datang lambat. But see, you do it again!” Dia bercekik pinggang. Terkelip-kelip aku memandang dia. Amboi! bahasa macam dia tu bagus sangat. Aku lesing kang.

“Saya janji takkan buat lagi.” Aku masih mengawal emosi. Kalau ikutkan hati ni dah lama aku angkat kaki.

“Sudah! Pukul dua esok saya ada meeting pastikan kau buat kerja yang aku suruh tu.” Pintanya. Lalu pergi. Aku berjelur lidah. Lagaknya macam bagus saja. Ish! Geramnya. Aku mendengus. Lalu kembali menyambung kerjaku. Iya tidur. Aku mengantuk.

“Hoi tongkang!” Suara lunak bak Siti nurhaliza itu benar-benar membuatkan aku hendak dodoi lagi lama. Aku malas hendak melayan minah yang seorang ini. Kerjanya hanya tahu mengarah dan terus mengarah. Kalah pengarah saja lagaknya. Menyusahkan betul.

“Tongkang!!” Jeritnya lagi. Terpaksa juga aku buka mata. Kacau betul. Dah lah aku lapar tahap gaban, ni lah akibatnya bila bangun lambat. Sampai sarapan pun tak sempat.

“Kenapa cik Maya..” Aku bertanya dengan lagak biasa. Menguap dan buat endah tak endah. Muka sengaja aku buat bagai minta penampar free. Aku pasti dia akan berasap bila melihat lagak aku yang satu ini.

“Tolong turun belikan saya makanan.” Pintanya. Aku mendengus. Suka hatinya saja mengulikan aku bak kulikang! Lunch pun lambat lagi ada hati nak curi-curi makan!

“Kaki cik pergi mana?”

“Jangan nak buat lawak bodoh! Kaki saya takkan ke mana-mana.” Jawapnya dengan biji mata terjojol. Ish! Geram gila, gedik betul. Rasa nak cucuk saja biji matanya itu.

“Kalau macam tu pergi sendiri. Saya puasa. Dan saya takut kalau iman saya tergugat tengok makanan.” Ah! apa punya lawak pembohong aku jadikan alasan.

“Puasa apanya! Menbongak jer!” Suaranya sudah tinggi. Amboi ostrich ni lebih-lebih pula! Aku tangan-tangan nanti baru padan dengan muka pan Asian dia tu.

“Pergi lah sendiri!” Bentakku. Mentang-mentang jawatannya tinggi dari aku suka-suka lah nak mengarah aku! Pergi MIG lah minta kerja jadi pengarah kalau tahu nak mengarah je!

“Ish!” Katanya lalu mengantur langkah bersama lenggok maut. Waktu lunch pun belum mula lagi, baik aku ke pantry boleh juga isi perut yang berkeroncong ni!


*****


“Assalamualaikum..” Sapa satu suara. Aku pantas berpaling. OMG! Putera idaman aku, aku telan air liur. Dan cepat memperbetulkan cara pemakaian aku, malu lah bila nampak selekeh je.

“Walaikumsalam.” jawapku. Tersipu-sipu. Ah! Dah mula dah penyakit kucing miang aku ni. Huhuhu. Bisnes patner encik Hairul ni handsome gila engkau, pernah nampak suami Irma hisma. Ah! Lebih kurang macam tu lah. Malas nak cerita panjang. But encik Riz ni baik orang yer. Tak tahu lah cara korang menilai macam mana. But for me, dia memang baik. Bukan kata nak riak semua lelaki sama macam artis, tapi mimik tubuh badan dan ketinggiannya mirip dengan Fizo omar. Cuma body dia ni terlebih gim pula. Ketul sana-sini.

“Awak okey?” Suara lunak encik Riz memecahkan lamunanku. Ah! Rasa nak melayang bak layang-layang je lah.

“Encik nak apa?”

“Riz..” Ulangnya. Aku menghadiahkan dia sengihan perasan comel.

“Riz nak apa?” Aku ulang kata-kataku tadi.


“Tolong bancuhkan saya air tea, tekak ni rasa haus pula.” Pintanya. Ah! Bancuh air? Tak ada hal lah. Perkara kecil je tu. Jangan kata bancuh air, kahwin dengan encik pun saya sanggup. Ish! Gatallah aku ni!

“Awak okey ke? Tersengih-sengih je?” Tegurnya.

“Ah! hihi..” Sengihku. Alamak kantoi pula.

“Boleh ke tidak?” Tanyanya. Aku hanya mengangguk.

“Awak tunggu sekejap ya.” Aku menjawap seperti loghat orang melayu yang baru jejak tanah barat, balik Malaysia dah lupa macam mana rupa nasi lemak. But, aku bukan jenis macam tu okey, saja je nak tambah gula dalam periksa percakapan. Tapi bukan nak tanam tebu tepi bibir ah!

“Nak sekarang..” Renggeknya. Mengada. Alahai, cair dah ais kiub kat hati aku ni. Sabar-sabar Syaz, jangan nampakkan kegelojohan kau tu. Cover sikit!

“Nak sekarang ya. Okey, buka mulut letak gula, tea, lepas tu air panas. Bancuh dalam mulut je ya” Aku bergurau. Dia tertawa. Tiba-tiba muncul pula watak cik Maya. Ah! Kalau dah masuk minah seorang ni gerenti aku automatik jadi jiwa kacau dan aku pasti encik Riz pun begitu. Tengok dari wajahnya saja aku sudah dapat agak.

“Amboi! Tadi bukan main puasanya lagi kau ya!” Sindirnya. Aku ketip bibir. Alamak! Jatuh saham!

“Hmm.. awak, awak ada dengar suara lalat mengutuk kita ke?” Aku sengaja memerli. Saja nak tengok kepala orang meletop sebab main dengan api. Berani sangat mengutuk aku kan! Padan dengan muka kau!

“Tak ada pula, kalau tahi lalat nampaklah.” Seloroh encik Riz, menambah perisa sindiranku. Bagus nampak gayanya encik Riz pun sudah turun pandang untuk menjayakan lagi perang sindiran ni. Makin berapi lah nyonya seorang tu, tahi lalat memang pantangnya sebab ada lalat yang tak beradap mencirit kat pipi dia. Hahah..

“Tak baik tau.” Aku tertawa. Sengaja. Kononnya kami berbicara berdua. Kehadiran cik Maya hanya kami anggap sebagai bayang-bayang saja. Cik Maya mendengus lalu berganjak pergi. Meletus lah gelak encik Riz. Ah! Menawannya senyuman mamat ni. Ya Allah tabahkan iman aku daripada hancur berkeping-keping.

“Nah! Tea.” Aku menghulurkan secawan tea kepada encik Riz.

“Riz, aku nak jumpa kau.” Sergahan encik Hairul mematikan gelak ketawa aku dan encik Riz. Kacau daun betullah!

“Okey. Assalamualaikum cik adik.” Ucap encik Riz aku hanya tersenyum.

“Walaikumsalam cik abang. Hihi..” Gurauku. Tajam pandangan encik Hairul melihatku. Reaksi wajahnya seperti cemburu, marah and whatever.


*****


Jam sudah menunjukkan pukul lima petang. This time untuk pulang rumah. Aku mencapai beg sandangku. Lalu aku galas. Baru saja aku ingin melangkah keluar, tiba-tiba tanganku dicapai. Aku berpaling. Kaget aku bila melihat encik Hairul sedang memandangku dengan muka angkuh gitu.


“Encik nak apa?” Aku bertanya sangsi. Takut-takut akal kelelakiannya nanti over dose. Sudahlah cuma kami berdua saja yang tinggal di office pada masa ini.

“Panggil aku abang.”

“What?” Aku tercengang dengan permintaannya. “Abang?” Aku bertanya minta kepastian.

“Why? Tak boleh? Dengan Riz boleh pula berabang-abang.” Berkerut dahiku. Apa hal dengan mamat ni, datang bulan ke apa? Nadanya ada sedikit kedengaran cemburu. Siapa dia yang cemburukan? Aku? Encik Riz? Pelik bos aku ni.

“Bukan tak boleh, tapi pelik sikit.”

“Tak pelik pun, tinggal you say abang dah selesai”.

“Okey lah encik abang.” Jawapku. Tanganku segera aku rentap lalu berganjak pergi. Baru dua langkah aku buka dia sudah sepuluh langkah di hadapanku.

“Siapa suruh you jalan.?”

“Lah.. Tadi kata kalau saya sebut abang dah selesai. Kan saya dah sebut tadi. Bos pekak eh ?” selarku. Tetiba rasa menyampah pula dengan mamat ni!

“Minah ni!” Dia cekik pinggang. Mata sudah bulat merenung aku.

“Encik bos, cik adik ni penat sangat. Nak balik. Apa kata encik bos tekan alat kawalan kereta tu and then masuk, pasang enjin kereta kemudian berdezum pulang. Okey.” Bicaraku, lalu berpaling. Sekali lagi tanganku diraih. Aku berpaling dengan muka seposen. Harap-haraplah bos aku ni faham. Dah lenguh sangat badan ni. Kalau macam ni, alamat habislah satu botol minyak gamat nak mengurut seluruh badan yang dah nak tercabut. Penat tahap gaban dah ni. Tahap macam nak jalan merangkak pun ada.

“Encik bos, encik bos nak apa lagi ni”? Aku bertanya dengan nada yang simpati. Akhirnya aku layan juga kerenah mamat ni.

“Teman kan aku makan, aku lapar.”

“Aiks.. bos tak mencekik ke tadi lunch?”

“You bercakap dengan I macam I ni pula pekerja you kan! Nak kena pecat?” Dia mengecam aku. Aku terngangga. Bukan niat aku untuk memintas gelaran bos darinya. Tapi tolonglah faham, aku nak balik cepat nak mandi lepas tu berjemaah dengan Shayira kat rumah. Sebelum azan memanggil aku kena ready!

“Bukan macam tu encik bos, tapi ni dah dekat nak maghrib, saya takut setiap langkah saya yang terbentang atas suruhan illahi dan azan yang berkumandang akan menambah dosa saya yang dah sebakul hari ni.” Aku cuba memohon. Namun lelaki super standart ni macam tak ada perasaan langsung.

“Kalau macam tu ikut I balik. Kita berjemaah.” Kenyataan yang baru keluar dari mulutnya membuatkan aku tercengang. Memang sah mamat ni kena sampuk! Nak berjemaah dengan bukan mukrim itu tak salah. Tapi kalau berdua itu bukan hanya untuk suami dan isteri saja ke? Pelik.

“Tapi..”

“Kalau begitu kita jemaah kat masjid!” Ah! Baru aku lega. Kalau tidak, pasti berjumpa lagi dengan si jebon tu. Pelik juga bila masa mamat ni solat?

“Wei!!”

“Ha’ah.”

“Cepat!”


“Okey.” Aku mengikuti setia langkah yang dibuka olehnya, lalu tenggelam masuk ke dalam kereta camry miliknya..


*****


Selesai saja menunaikan solat maghrib, aku dan encik Hairul meninggalkan masjib atas air itu lalu berangkat pulang. Wajah bersahaja encik Hairul mendapat perhatianku. Mungkin selama ni aku saja yang salah anggap dekat mamat ni. Rupanya dia bukan lah jenis lelaki yang lupa pada penciptanya. Tapi kenapa dia teguk air setan kalau dia taat perintah Allah? Soalan yang sudah lama tiada jawapannya itu kembali bertendang di mindaku.

“Aku nampak kau tenung aku.” suara sinisnya memecahkan lamunanku. Segera aku mengalihkan pandanganku. Alamak kantoi pula. Jatuh saham, jatuh saham. Meletus gelak encik Hairul membuatkan wajahku membahang. Tak guna punya lelaki. Sakan kau gelakkan aku ya!

Setelah beberapa minit menempuhi perjalanan ke Alam Mesra, akhirnya aku sampai juga ke perumahan yang aku sewa. Aku memintal-mintal jariku. Nak cakap apa ni? Arh! Cakap je terima kasih lepas tu bla! Hatiku memberi cadangan.

“Terima kasih encik!” cepat aku membuka pintu kereta lalu keluar. Segera tanganku dicapainya. Membulat mataku. Telan air liur. Apa pula kali ni?

“sama-sama, esok jangan lambat.” Suaranya kedengaran lembut. Terkedip-kedip aku. Betul ke ini encik Hairul? Atau ni orang yang serupa dengannya. Pelik.

“Okey, hati-hati masuk rumah nanti. Aku jalan dulu.” Beritahunya lagi. Makin lah aku rasa pelik yang amat. Pintu keretanya aku tutup dengan perasaan bengang. Dah kenapa mamat tu? Kena sampuk agaknya.

“Ah! Lantak dia lah. Dia tukan pelik, kejap baik kejap tidak. Baik aku mandi lagi bagus.” Aku mengayunkan langkah dengan seribu tanda tanya, lalu masuk ke dalam rumah. Rumah yang kelihatan sunyi itu aku tinjau. Takut nanti ada lagi monyet Shayira tengah spy aku. Kalau ada mampus aku nak menjawap soalan bendulnya itu.

“Ah! Aman..” keluhku. Awal pula si nerd tu melingkup. Aku menutup pintu dan mengatur langkah naik ke tingkat atas. Penatnya!



Bersambung^^


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku