Mrs.maidku
Bab 15
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13656

Bacaan






Jam sudah menuju ke jam 2 petang, bergegas aku masuk ke bilik mesyuarat. Mengendur wajahku bila melihat wajah encik Hairul begitu menakutkan. Salah apa lagi yang aku dah buat ni sampai muka dia kusut macam seluar lupa nak seterika tu. Tak habis-habis betullah!

“Encik..” perlahan namanya aku seru.

“Bodoh! Lembab! Kau tahu kan meeting ni penting. Kau ingat kau tu bos ke ah! Boleh suka hati je datang lambat.” Tengkingnya. Aku hanya tunduk. Malu-malu dan malu. Kenapa pula boleh jadi macam ni. Sedangkan aku datang tepat pada waktu yang dijanjikan. Kenapa pula boleh lambat? Membahang wajahku bila melihat cik Maya hanya senyum-senyum saja. Ah! Aku tak tahan macam ni! Aku nak berhenti!

“Encik! Saya berhenti”! Aku menghempaskan fail itu di atas meja. Lalu keluar membiarkan dia dengan muka terkebil.

Aku berjalan kembali ke ruang pejabatku, lalu mengambil surat perletakkan jawatan yang sudah sedia aku taip minggu lalu. Memang aku nekad dan nekad. Aku benci dengan dia. Kalau dia marah aku depan staf lain aku tak kisah. Tapi ini depan encik Riz dan klienya dari luar Negara. Memang betul-betul merendahkan maruahku.

“Nah!” Aku campakkan surat itu di depan mukanya dan berpaling. Baru padan dengan muka bongkak dia tu. Dia ingat dia bagus sangat. Ini Syazana lah!

“Syaz!” Lontaran suara garau milik encik Hairul tidak aku pedulikan. Aku hendak berhenti, aku nekad. Kalau pun dia tidak mahu meluluskan surat perletakkan jawatan aku, aku tak kisah. Aku nak pergi jauh dan tak nak ada hubungan lagi dengan orang yang namanya, HAIRUL TAN SRI ZURYDI! Aku benci dengan dirinya. Salahku hanya sedikit. Aku hanya lewat datang meeting. Tapi marahnya macam aku jauh berjuta batu.

“Syaz! Kalau kaki kau dah melangkah keluar dari bangunan ni jangan harap kau boleh masuk lagi!” Jeritnya sekuat hati. Memang dasar lelaki tebal muka! Dia ingat aku terhegeh-hegeh sangat nak kerja sini. Tolong okey, banyak lagi syarikat ternama nak aku kerja kat office dorang.

“Siapa cakap saya nak kembali kat sini! Saya nak berhenti bukan nak bermastutin kat sini!” Balasku. Padan dengan muka belacan dia tu. Dia pikir aku selama ni diam lemah. Please okey, ni Syazana! Tak kena tempat gamaknya tanggung sendiri.

Kakiku sudah meratah lantai lobi syarikat HAZ HOLDING. Ah! Leganya aku rasakan. Seperti dunia ini aku yang punya. Lagakku seperti orang baru dari keluar penjara. Happy gila. Baru saja aku ingin melangkah setapak lagi untuk bebas, tanganku dipaut lalu dibawa masuk kembali. Aku hanya terngangga diperlakukan begitu.

Tiada tindakan, yang ada hanya diam membisu dan merelakan saja.

“Duduk sini!” Perintah encik Hairul. Suka hati laki mak dia saja suruh aku duduk. Aku tidak mengikut perintahnya. Aku berpeluk tubuh menghadap tempat lain bila matanya tepat menembak mataku. Cukuplah selama ni dia asyik memerintah aku! Sumpah takkanku turuti lagi perintah dia.

“Saya kata duduk!” Sekali lagi dia memerintah aku.

“Saya bukan nak duduk! Saya nak berhenti!” Jawapku. Jelas dan ringkas. Pantas tubuhku ditolak lalu dipaksa duduk. Akhirnya aku mengalah. Mamat ni memang nak aku tomoi agaknya, suka hati dia saja hendak memperlakukan aku begitu. Ingat aku ni roti canai ke ah! Nak dibaling-baling je! Lelaki perasan handsome ini aku jeling dengan jelingan maut. Ambil kau!

“Saya masih perlu kan awak!” Bicaranya perlahan. Sambil menyandar di bucu meja. Merenung tepat ke wajahku. Aku hanya buat tak tahu, selembut mana pun suara dia memujuk aku tetap nekad nak berhenti. Biar dia melutut menangis darah pun aku tetap tak mahu.

“Awak dengar tak?” dia mencapai tanganku. Aku kaku. Namun pantas aku tarik tanganku.

“Tapi saya tak perlukan encik! Tak perlu sangat!” Balasku. Aku tentang matanya yang tajam. Ingat aku takut. Kononnya dia tajamkan pandangan tu supaya aku terdiam. Please lah tak takut pun, zaman maidku sudah berakhir. Jadi aku tidak takut dengan pandangan itu lagi.

“Tapi saya perlukan awak Syaz, saya tak peduli apa pun kata-kata awak yang penting saya perlukan awak.” Dia sudah mula berdrama melayu ala gentleman dia tu. Ingat aku ni senang kena bodek ke ah! Ini Syazana, rasuah-rasuah ni aku tak makan.

“Saya tak boleh hidup tanpa awak..”

Aku merenung benci ke arahnya. Dia ingat aku ni apa? Pakaian? Atau boxer ,spender! Tanpa aku tak hidup ke? Tak berpakaian ke dia? Pelik!

“Encik jangan nak buat drama melayu lah encik. Kata-kata encik tu tak masuk akal dan encik takkan menang pujuk saya.” Kataku sinis, biar dia terasa.

“Saya tak berdrama, dan saya tak berlakon! Saya cuma nak awak sentiasa ada di depan saya.” Ayat yang melantun keluar dari mulut berbibir seksi itu telah menyeksa hatiku. Apa yang dia merepek tak tentu arah ni? Dia ni memamg sah gila!

“Kalau encik nak saya depan muka encik, snap gambar saya dan tampal kat dahi!” aku menjawap dengan perasaan geram. Lagaknya seperti seorang suami memujuk isterinya agar berbaik semula. Ish! Malanglah orang dapat lelaki ni.

“Awak tolong faham saya!” Dia sudah tegas. Bercekik pinggang di depanku. Aku menjeling dia.

“Nak faham buat apa! Encik bukan buku nak kena baca baru boleh faham.” Aku masih lagi emosi. Dia boleh pula ramah mesra dengan aku. Setelah dia tengking-tengking aku depan klien tadi, ada encik Riz pula tu! Ingat aku ni robot ke tak ada perasaan.

“Okey. I am sorry..” jelasnya lembut. Namun hatiku sudah sentap dah benci dengan pujukannya. Wah! Senangnya dia sorry morry dengan aku. Dah ditengking hardiknya bagai pengemis boleh lagi dia tunjuk muka simpati and say sorry. Arggg!! Geramnya hati.

“Sorry? Encik ingat hati saya ni apa? Mesej yang boleh delete je macam tu!” Aku masih ego. Biar dia gila memujuk aku. Bodoh!

“Okey! Saya tahu saya salah, but, please give me one more chance..” pintanya melutut di depanku. Aku hairan. Sampai melutut-melutut begini dah kenapa? Ni dah jadi kes lain ni, jangan kata mamat sengel ni ada hati kat aku. Eh! Merepek. Kalau dia luahkan perasaan macam mana? Ah.. tidak!

“Dah tak ada chance! Kalau nak chance pergi jumpa Grenson chance. Dia banyak chance.” Jawapku acuh tak acuh. Suka pula aku menduga dia. Bila lagi nak rasa jadi pemaisuri. Huh! Rasa happy pula bila kena sanjung macam ni. Hahahah.. padan muka bongkak dia tu.


“SYAZANA!” Nadanya sudah tidak mampu dikawal lagi. Aku masih dengan lagak selamba. Siapa dia mahu mengarah dan menengking aku. Aku sudah berhenti that mean aku dengan dia sudah seperti orang biasa. Tiada kaitan.

“Awak, saya minta maaf.” pujuknya. Aku sebenarnya keliru dengan lelaki ni, apa sebenarnya salah yang membuatkan dia beria-ria hendak meminta maaf dengan aku. Selalunya ego berlagak bagus, now dia pula yang melutut bagai. Pelik!

“Encik! Saya ni manusia biasa, jangan nak melutut macam saya ni puteri raja! Dah saya nak balik! Nak rehat!” Jawapku. Langkah sengaja aku lajukan, tidak mahu dikejar lagi. Aku rasa lelaki tu gila dan lupa hendak makan ubat. Tu yang jadi separuh macam tu! Sengel dan senting.


*****


“Ah..” seminggu tanpa encik Hairul yang bongkak dan kertas-kertas kerja yang membosankan, tak ada memo, tak ada report yang nak kena buat dan free call dari mana-mana klien, yang ada hanya lah katil, selimut dan aku. Bersendirian dan menyendiri. Bebas dari dunia bisnes. Kerja? Hmm.. bila dah bosan hidup bebas baru cari kerja.

“Syaz!! Jerit Shayira, apa kejadah minah ni terjerit-jerit macam singa kelaparan. Pantas aku membuka pintu bilik. Meluruh saja dia masuk.

“Apa hal kau terjerit-jerit macam mak kucing hilang anak ni!” terus saja aku jala dia dengan soalan.

“Kenapa kau berhenti! Kau tahu tak encik Hairul macam orang meroyan kau tau! Pening aku nak menjawap soalan bodoh dia tu! Sakit kepala kau tahu!” Bebel Shayira. Aku mengeluh. Apa lagi yang dimahukan mamat tu! Busybody betul.

“Habis kau cakap apa dengan dia?”

“Aku cakap lah aku tak tahu! Tapi dia macam tak faham bahasa! Kau tahu, asyik nak menganggu aku je.” Rintih Shayira. Ah! memang sah lelaki tu gila.

“Susah-susah kau berhenti je lah.” Cadangku.

“Amboi! Suka hati nenek kau je suruh aku berhenti! Kalau aku pun berhenti juga habis sewa rumah ni siapa nak bayar? Kau? aku juga!”

“Ish! Yalah! Nanti aku cari kerja lah! Berkira!” Gumanku.

“Keluar sana!” Pintaku. Dia mengangkat punggung, sebelum itu sempat lagi membaling aku dengan bantal guling.

"Ira! Aku laparlah." Sebelum menutup pintu namanya aku seru.

"Banyak cantik muka kau. Oleh kerana kau dah berhenti, kita kena jimatkan barang dapur. So, tak ada dinner for tonight!" Jelas Shayira. Terlopong saja aku melihat dia. Kedekut nak mampus betullah minah ni.

"Berkira!" Cepat aku tutup pintu bilikku.


*****


Keesokan harinya, selepas solat asar aku bersantai di depan televisyen sambil melayan cerita Hagemaru. Dunia ni kalau kita terlalu berlagak dewasa kekadang akan membuatkan kita rasa tersisih dan dipulaukan. Kenapa? Sebab, makin kita fikir yang kita dah berumur makin lah kita rasa orang dah tak perlu kita lagi. That why always positive thingking. Ya.

Sedang aku ketawa sakan melihat aksi kedekut keluarga Hageda tetiba saja pintu rumahku diketuk. Ligat saja aku membuka tanpa melihat siapa di luar. Membulat mataku bila melihat encik Hairul berdiri bak patung perhiasan di depan muka pintu. Aku kaku, seminggu tanpa bayangnya aku fikir aku akan terus bebas dan bebas.

Tapi yang ada kemunculannya telah membuat saluran penafasanku tersumbat. OMG!! Apa lagi yang dia nak ni! Harap-harap tak ada kerja gila di mindanya saat ini. Kalau dia berani macam-macam aku bantai dia dengan kayu baseball.

“Encik nak apa!” aku bertanya kasar. Ini pasti mangkuk Shayira tak tutup pintu pagar kalau tak kompom kera ni tak boleh masuk punya.

“Saya nak bincang dengan awak.” suaranya perlahan. Lembut dan romantik. Aku memandang jengkel ke arahnya. Aku tilik dia atas bawa, pelik yang amat. Wajah kacak yang mula ditumbuhi jambang dan pemakaiannya yang tidak terurus itu menimbulkan kecurigaan di mindaku. Apa dah jadi dengan dia ni? Baru keluar dari wad mental ke apa?

“Bincang? That you mean discuss”? Selarku. Sengaja mahu melihat reaksinya. Dia meraup wajahnya. Kasihan pula aku melihat dia. Lagaknya seperti orang baru putus cinta.

“Yes..” sepatah dia menjawap namun sudah cukup padat untuk menyakitkan hatiku.

“Okey, masuk lah.” Tanpa memikir panjang aku terus mengajak dia masuk. Pintu terusku tutup.

Baru saja aku ingin melabuhkan punggungku, satu ketukan membatalkan niatku itu. Pantas saja aku membuka. Kini mataku membulat lagi, membuntang! Bala apa pula ni! Imam mana pula tersesat kat kawasan perumahan ni. Hatiku sudah tidak menentu.

“Ya encik, kenapa?” Aku bertanya perlahan. Masa itu juga lah Hairul menyibuk sama di muka pintu, ni pasti kerja minah jebon sebelah rumah. Mesti dia report tak tentu tentang aku dengan encik Hairul.

“Kami pencegah maksiat dari Masjid Bandar ni. Kami mendapat laporan ada dua pasangan tinggal berdua-dua dan kemungkinan melakukan maksiat.” selamba badak saja imam ini menuturkan kata-katanya. Rasa ingin terbeliak habis saja mataku. Aku duduk pun belum inikan pula mahu melakukan maksiat! Orang bengang mana pula suka hati saja nak buat fitnah ni!


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku