Mrs.maidku
Bab 16
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(3 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12369

Bacaan






“Encik dia ni bekas bos saya. Kami Cuma nak berbincang, bukan nak buat perkara macam tu. Saya masih waras lagi, kalau saya niat nak lakukan itu. Sebelum saya buka pintu encik dah nampak orang terjun dari tingkap!” Aku jadi tidak menentu. Marah, takut, cemas dan ada juga rasa ingin lari laju-laju. Biar terkial-kial imam dan orang-orangnya ini mengejarku. Ah! Nenek kebayan, tolong lah cucu muuuu..

“Mulut boleh menafikan cik, bila berdua ada saja yang ketiga. Dan cik ada saksi lain untuk membuktikan yang cik tidak bersalah.” Kata seorang pemuda di sisi imam itu membuatkan aku jadi naik berang. Rasa inginku tukul saja kepala lelaki itu sampai pengsan. Batu kapur betul!

Aku meramas jari-jemariku. Aku lihat pagar rumahku sudah dipenuhi dengan jiran yang terlebih take care sangat tu! Kalau datang bawa beras dan lauk tak apa juga, ini datang bawa mulut je. Habis lah aku kena canai kat facebook, twitter atau mungkin blog! Oh tidak!!!

“Encik Hairul tolong beritahu yang kita berdua ni tak lakukan kerja setan tu. Kalau kita buat kerja setan tu, habis setan nak buat kerja apa?!” Aku sempat lagi berlawak walaupun aku dalam keadaan gabra begitu. Aku harus pandai mengawal situasi aku harus berlagak dewasa.

“Encik Ustaz, Imam, sebenarnya kami memang berniat nak lakukan..” kata-kata spontan yang melantun keluar dari mulut encik Hairul membuatkan aku terngangga. Mati kata. Apa yang dia cakap ni? Dia sengaja nak jatuhkan maruah aku ke atau semua ni rancangan dia?

“Apa yang encik cakap ni! Encik dah gila ke ah!” Aku sudah membara. Aku pukul kuat bahunya.

“Ikut kami!” sela imam itu, aku lihat wajah Hairul hanya selamba. Memang spontan gila wajah dia. Seolah tiada yang terjadi. Tidak! Aku tidak boleh kahwin, aku muda lagi. Aku masih mahu bebas sendiri. Tidak! Kenapa encik Hairul sanggup mencalarkan maruah aku. Ya Allah apa semua ini? Kenapa keji sangat aku di pandangan mata encik Hairul? Kenapa dia mahu menyusahkan hidup aku. Kenapa!

Dua bulan lepas mengenali encik Hairul sudahku duga padahnya. Baru dua minggu aku dengan dia menjauh, namun kenapa secepat ini kami dipertemukan kembali. Kenapa! Dan mengapa pertemuan ini sebegini aturannya. Kenapa, mengapa dan bagaimana? Semuanya berlaku sepantas kilat. Aku sudah buntu.

Kotak fikiranku serat dengan tanda tanya. wajah encik Hairul tidakku pandang, bila mataku terjeling wajahnya, bagaikan ada satu aura kebencian menutup mataku agar tidak di teroka wajahnya. Namun amarah yang telah memakan hati tidak mampu lagi untukku tahan. Aku belasah dia di depan semua orang. Baru padan dengan muka dia.


*****


"Encik imam, percayalah saya tak pernah terfikir atau pun terlintas nak melakukan perkara yang ditegah agama tu. Sejahil-jahil saya pun encik, demi tuhan saya takkan buat benda-benda macam tu encik imam". Aku cuba untuk merayu walaupun akikatnya mereka tidak akan percaya.

“Cik, bukan saya nak menuduh atau pun apa. Tapi cik dan encik tahu hukum hakam islam dalam adat pergaulan kan? Kami tidak dapat membantu melainkan ada orang lain dan saksi ketika kejadian.” Tutur si imam dengan jelasnya. Ah! Jawapan yang keluar dari mulut si imam itu bukan lah satu jawapan yang ingin aku dengar, tapi sebuah kenyataan yang terpaksa aku telan bulat-bulat. Ya Allah karma apakah ini?

“Syaz..” Namaku dilaung. Cepat aku berpaling ke arah suara itu.

“Ira! Ira tolong aku Ira, aku tak nak kahwin. Kau tolong yakinkan imam tu. Tolonglah Ira.” Rintihku.

“Encik Imam percayalah kawan saya takkan buat macam tu. Selama saya kawan dengan dia, dia tak pernah bawa lelaki atau pun sesiapa saja ke kediaman kami.” Shayira cuba membelaku.

“Maaf cik, adakah cik ada di tempat kejadian?”

“Memang saya tak ada di tempat kejadian. Tapi macam yang saya katakan tadi. Kawan saya takkan lakukan semua ni.” Balas Shayira. Geram juga aku tengok muka si imam tu.

“Maaf kami tak dapat membantu.” Jawap imam itu lalu meninggalkan kami berdua.

“Syaz, macam mana boleh jadi macam ni? Shayira membawa aku duduk di kerusi yang disediakan.” Cepat aku memeluknya.

“Aku tak tahu Ira, ini semua salah lelaki tak guna tu!”

Pintu dikuap membuatkan kepala aku dan Ira berpaling serentak. Wajah bersahaja encik Hairul menerbitkan kembali perasaan benci aku kepada lelaki itu. Cepat aku bangun dari pelukan Shayira dan menghampiri lelaki bedebah itu.

“Puas! Encik nak gelak sekarang? Gelak lah! Saya dah kalah dengan encik!” tengkingku. Badannya aku tolak kasar. Namun dia hanya membisu dan kaku. Terasa ringan pula tangan aku nak menampar wajahnya.

“Syaz dah lah tu.” Shayira menarik tanganku agar tidak terlalu bertindak diluar kawal.

“ Dah lah tu? Apa yang dah Ira? Permainan ni baru nak mula!” Tanpa aku sedar aku menengking Shayira.

“Apa yang bising-bising ni?” Sampuk Salah satu dari pembantu si imam. Aku menjeling encik Hairul dan keluar dari bilik itu untuk mencari segenap ketenangan. Sebelum semuanya menjadi tidak terkawal.


*****


Walaupun segalanya telah selesai namun aku masih tidak mampu menerima akikat bila jawapan yang telah diberikan oleh imam itu sangat mengecewakan aku.

“Jom saya hantar awak balik.” Renunganku menjadi tajam bila lelaki itu berdiri tepat di hadapanku. Rasa ingin aku ludah saja wajahnya.

“Tak payah nak susah-susah! Aku boleh balik sendiri!” Bentakku, lalu segera buka langkah.

“Nah.” Shayira menghulurkan air soya ke arahku. Amboi minah ni, orang ada masalah enak pula dia nak berminum-minum kat sini.

“Aku tak haus, dah jom balik!” Tangannya aku tarik lalu ku usung. Badan Shayira mengeras membuatkan langkahku terhenti.

“Kenapa ni Ira?”

“Balik naik apa?” Soalnya. Serba salah. Berkerut dahiku. Balik naik apa? soalan ke atau saja nak cari pasal si Ira ni.

“Jangan buat lawak lah Ira!” Suaraku tegas bila aku lihat tubuh encik Hairul sedang menuju ke arah kami berdua.

“Hello aku ni bukan peserta raja lawak okey. Tu lah kau telefon aku kelam kabut sangat. Aku fikir kau kena rompak ke apa. Rupanya masalah kecil je. Sampai aku tak tahu aku parking kereta kat mana. Oleh kerana nak cepat aku naik lah teksi!” Ceritanya. Yang buat aku nak nilai balik yang dia ni sahabat aku ke bukan bila enaknya dia kata masalah aku ni masalah kecil je. Aku tomoi juga minah ni!

“So?”

“So, ada baiknya saya hantar awak balik.” Sampuk encik Hairul. Mendengar saja suaranya cepat aku menjeling.

“Kereta saya ada kat sana, jom.” Belum sempat pun aku menjawap, tubuhku sudah diusung Shayira mengikut langkah encik Hairul. Memang dua orang makhluk ni tak ada perasaan langsung!

Setelah sampai ke kediaman aku dan Shayira, Shayira sudah terlebih dahulu masuk ke dalam rumah. Baru saja aku ingin membuka pintu tanganku segera dicapai Hairul. Namun segeraku rentap.

“Tak payah nak pegang sangatlah!” Bentakku.

“Kenapa awak nak marah sangat ni?” lembut bicaranya. Aku pula yang rasa macam nak hempas saja kepalanya pada string kereta itu. Boleh pula dia nak beramah mesra dengan aku. Lepas tu dengan bangganya dia tanya ‘kenapa aku marah sangat?’ memang nak penumbuk sulung aku agaknya mamat ni!

“Ask you self lah Hairul!” Tajam renunganku melihat ke arahnya.

“Okey! Saya minta maaf. Benda dah nak jadi, kita tak boleh nak elak.” tutur katanya masih lagi lembut. Tanpa aku sedar pantas saja tanganku melayang ke arah wajahnya.

“Oppss sorry tindakan reflex! Benda tak boleh elak!” Lalu aku membuka pintu kereta dan keluar tanpa melihat wajahnya.

“Syaz! Tunggu, Syaz!” Dia jua turut keluar dari kereta cambry itu dan cuba menghampiri aku.

“Stop! Bagi aku masa untuk semua ni Hairul!” jerkahku lalu berlari masuk ke dalam rumah.


*****


“Dah lah tu Syaz.” belakangku diusap lembut oleh Shayira. Dadanya sudah basah dengan air mataku. Hingus yang mengalir segera aku hembus keluar. Cepat dia menghulurkan aku tisu.

“Macam mana aku nak tenang Ira, aku cuma nak menjauh dari dia! Tapi kenapa mana aku pergi mesti ada dia. And kau bayangkan seluruh hidup aku nanti akan ada dia bersama.” aku menangis semahunya. Tidak rela menyatakan jawapan itu. Terhukum seluruh banakku.

“Cuba kau beritahu aku apa sebenarnya hubungan kau dengan encik Hairul sampai kau benci sangat dengan dia?” Tersentak aku bila Shayira menanyakan soalan itu. Bagaimana hendak aku jawap soalan itu. Perlu ke aku beritahu saja pada Shayira status aku dulu. Ah! Tidak!

“Ira! Aku tak kenal siapa encik Hairul tu, Lepas tu aku kena kahwin dengan dia! Bukan dengan cara begini yang aku nak! Kalau betul pun dia sukakan aku buatlah cara yang baik. Bukan dengan merancang ditangkap basah macam ni! Mana aku nak letak muka aku ni Ira!” Luahku. Lalu bangun dari pelukan Shayira. Shayira mengeluh. Sesudah itu sehelai tisu diserahkan kepadaku.

“Ini lah namanya jodoh Syaz. Macam mana pun kita nak elak, kalau Allah dah tulis macam tu. Macam tu juga lah jadinya. Dah lah buruklah nangis. Dah-dah.” Air mataku disekah Shayira, dan tubuhku kembali rebah ke pelukannya.

“Ira..” dalam sedut sedan namanya aku seru.

“Dah lah tu. Mei aku hantar kau masuk bilik.” Tubuhku diusung Shayira. Dan malam itu juga pertama kalinya Shayira menemanikan aku tidur.


Bersambung^^




Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku