Mrs.maidku
Bab 17
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
14664

Bacaan






Aku memonyokkan muka, makanan yang terhidang hanya aku pandang sekilas. Hatiku bercelaru. Fikiranku kusut dengan pelbagai agenda. Ya, agenda untuk tidak bersatu dengan si Hairul tak guna tu.

“Hoi! Sampai bila kau nak termenung ni?, tak baik sedih-sedih depan rezeki tau.” Tegur Shayira. Aku menjelingnya. Aku tengah ada problem dia pula asyik fikir nak mencekik je. Memang takda perasaan betullah minah ni.

“Ira, kau takda rasa nak marah ke? Nak bunuh orang ke?” Tanyaku. Sambil bertongkat dagu melihat ke arahnya.

“Kenapa kau tanya macam tu?” Dia yang tadinya enak menghirup sup tulang terhenti, dan seluruh tumpuhannya diberikan sepenuhnya kepadaku.

“Taklah, kau tak rasa marah ke bila sahabat kau teraniaya?” Tergelak Shayira mendengar pertanyaanku. Aku mengangkat kening. Aku buat lawak ke?

“Aku lagi suka kau kahwin dengan encik Hairul, cantik sama kacak, padan sama padan, aku suka tengok dan aku tak sabar nak tahu bila cik Maya dapat tahu. Hahahah mesti dia terkejut berukkan?” terngangga saja aku mendengar jawapan Shayira. Memang lari dari jawapan yang aku harapkan.

“Malas lah aku nak layan kau! Makan lah kau seorang-seorang.” aku mengangkat pingganku, lalu aku masukkan ke dalam almari. Sayang kalau nak buang, membazir tu amalan syaitan. Malam nanti boleh panaskan lagi.

“Tu lah cakap sikit sentap.” Sindir Shayira. Aku hanya memandangnya sekilas. Setelah itu aku hadiahkan dia jelingan menyampah. Malas hendakku layan kerenahnya. Takut nanti tak dapat belasah si Hairul tu, Shayira pula yang aku tomoi.

Dengan malas langkahku atur menaiki tangga. Masih tiada jawapan untuk memutuskan perkahwinan ini. Begini agaknya rasa insan yang dikahwinkan secara paksa. Memang menyakitkan. Ahhh!! Nenek kebayan tolonglah cucu mu ini.

Pintu bilikku buka perlahan. Katil yang bercadar purple itu aku tenung sejenak. Satu keluhan melantun dari mulutku. Mungkin jika aku tidur sekejap dan berharap bila tersedar nanti semuanya kembali seperti biasa, dan semua ini hanyalah mimpi. Mimpi buruk yang ingin kau hapuskan.

Aku mengambil tempat di atas katil. Bantal gulingku peluk dan satu bantal lagi aku gunakan untuk menutup muka. Baru saja mataku hendak terlelap, suara nyaring dan bingit Shayira membuatkan aku bingkas membuka mata.

“Syaz! Syaz!”! Pekik Shayira di ruang pintu. Dengan malas aku bangun lalu membuka pintu.

“Apa lagi ni Ira? Tak boleh nampak aku senang sikit!” Marahku.

“Tu bakal laki kau datang. Kata nak shopping barang untuk kahwin.” What? Shopping? Amboi! Memang dia dah planning sakan. Cukup padat dan licik! Tak guna betul. Aku tengah emo kat sini dia boleh pula nak bersuka ria kat sana. Siap nak shopping lagi. Memang tak tahu malu betul!

“Suruh dia balik. Tak kuasa aku nak shopping bagai! And jangan pandai-pandai nak cakap dia tu bakal laki aku. Takda makna! Muntah hijau aku tau tak!” Selesai saja aku memberi amaran pintu segeraku tutup. Malas hendak aku mendengar ceramah murah dari Shayira.

Banyak handsome muka mamat nak shopping bagai. Dah lah kena tangkap basah, lepas tu tak tahu malu pergi shopping pula. Saja je nak calarkan maruah aku. Memang tak guna betul! Rungutku. Bantal guling aku capai lalu aku tumbuk-tumbuk mengikut rasa hati yang tak menentu. Kalau itu kepala Hairul dah aku tumbuk sampai lebam!

“Awak.. Kalau awak tak turun sekarang, saya akan jerit satu perumahan ni biar semua tahu yang saya cintakan awak.” Mendengar saja jeritan dari arah bawa cepat aku berlari anak menuju ke arah tingkap. Berketup gigiku melihat Hairul terpacak bagai gnome di taman.

“Balik lah!” pekikku.

“Awak yang cabar saya. Okey.” Aku lihat dia berjalan menuju ke arah keretanya. Pintu belakang dibuka. Aku hanya melihat bingung.

“Huh!” Menyampah. Tingkap segeraku tutup. Langsirku tarik lalu mengatur langkah menuju ke katil. Tak kuasa aku hendak melayan kegilaannya. Pekik lah kau sampai anak tekak kau terkeluar pun aku tak kisah.

“Dengar sini penduduk alam mesra, dengan rasminya hari ini saya hendak...” Membuntang mataku mendengar suara Hairul yang lebih kuat dari yang tadi. Cepat aku berlari kembali ke arah tingkap. Terngangga saja aku melihat mikrophone di tangannya. Argh! Lantak kau lah. Aku tidak memedulikan kerenah gilanya itu. Bila tahu penat pandai lah dia berhenti. Biar mati kering kau kat bawa tu. Padan dengan muka kau.


*****


Usai saja solat maghrib aku terus turun untuk mencari makan. Lapar pula perut ni. Dengan wajah yang riang aku gagahi langkahku menuju ke dapur. Membulat mataku bila meja makan penuh dengan makanan. Wah! Makan besar Shayira malam ni. Takkan gaji dia dah keluar kot?

“Ira banyak betul kau masak malam ni?” Aku menegur Shayira yang sedang sibuk mengatur hidangan. Dia hanya tersengih. Soalanku dibiarkan mati tanpa jawapan. Aku melihat bingung ke arahnya.

“Kau dapat bonus eh?” Tebakku. Masih tidak berputus-asa walaupun akibatnya si nerd ni takkan menjawap.

“Duduk dulu.” pintanya. Tanpa banyak tingkah aku hanya duduk saja. Orang dah belanja nak membantah buat apa. Ini namanya rezeki. Tolak rezeki lapar lah jawapnya.

“Ira ini nak letak mana?” Tersentak aku bila mendengar suara itu. Segera air liur aku telan. Bagai robot aku berpaling. Membulat mataku. What! Apa mamat bengong ni buat kat sini?

“Ira! Apa si sengal ni buat kat sini?” Bingkas aku berdiri dari dudukku. Hatiku secara automatik menjadi panas. Rasa ingin aku cakar saja muka dua orang makhluk pluto ni.

“Dia tetamu aku. Oleh kerana aku tuan rumah, kau kena ikut perintah aku.” Terkebil-kebil aku mendengar kata-katanya. Amboi dah pandai guna kuasa veto pula. Bagus pula gear otak kau ya malam ni Ira. Aku hanya mengetip bibir. Menahan segala amarah di dalam hati. Memang Hairul ni orangnya nekad! Nekad dan gila!


*****


Siap saja makan malam, aku mengikut acara menonton televisyen bersama Shayira dan Hairul. Ini semua pun atas permintaan Shayira, kalau ikutkan aku sorry to say aku nak melepak sambil layan drama melayu ni, tak kuasa aku.

“Okey lah Ira, rasanya dah jauh malam ni. Saya balik dulu lah.” Aku tidak memandang langsung ke arah Hairul. Bukan dia ada sebut nama aku pun. Dia minta permisi dengan Ira jadi kalau tak pandang pun tak salah kut.

“Syaz.” Lenganku disiku Shayira.

“Apa?” tanyaku bingung.

“Hantar lah bakal laki kau tu kat depan pagar.” berbisik Shayira menyuruh. Hampir bercantum keningku melihat ke arah Shayira. Lebih pula minah ni! Mamat tu bukan baby atau budak umur 7 tahun nak berhantar bagai. Tahu masuk tahu lah dia keluar sendiri! Menyusahkan betul.

“Bukan dia tak tahu jalan keluar pun!” Selamba saja aku menjawap. Biarlah dia mendengar. Biar dia tahu yang aku sedang protes. Aku lihat Shayira membesarkan mata.

“Ish! Paksa pula!” Rungutku. Aku mengikuti langkah yang dibuka Hairul.

“Awak..”

“Dengar sini ya Hairul. Aku nak kau fikirkan betul-betul, aku tak nak kahwin dengan kau!” Dengan nada tegas aku tuturkan kata-kata.

“Tak ada yang boleh mengubah sesuatu melainkan takdir. Dan awak kena belajar untuk menerimanya. Assalamualaikum. Jangan lambat esok..” Mendengus saja aku melihat ke arahnya yang sudah tenggelam masuk ke dalam kereta mewah itu. Rasa nak aku cekik-cekik saja bila mendengar jawapannya itu.

Bila keretanya sudah menjauh, cepatku susun langkah masuk ke dalam rumah. Pintu aku tutup kuat.

“Ish! Ya pun nak tutup pintu, tutuplah perlahan-lahan. Marah Shayira. Aku melemparkan tenungan tajam ke arah Shayira. Sesudah itu segera naik ke tingkat atas. Malas hendakku layan kerenahnya itu. Nanti takut tak dapat belasah Hairul si Shayira pula yang lebam-lebam aku kerjakan.



bersambung^^


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku