Mrs.maidku
Bab 18
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(16 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
17655

Bacaan






“Aku terima nikahnya..”

Mendengar saja ucapan itu melantun keluar dari mulut encik Hairul, air mataku pantas menitis. Bukan perkahwinan sebegini yang aku inginkan, bukan kahwin sebagai seorang koboi yang aku mahukan. Aku impikan perkahwinan yang penuh dengan kegembiraan dan gelak tawa dari kedua orang tuaku. Namun impian itu hanya akan terus menjadi impian. Terkubur begitu sahaja.

Kini acara menyarungkan cincin, sesudah itu acara pembatalan wuduk. Belum sempat bibir encik Hairul mengucup dahiku, dada bidangnya aku tahan daripada terlalu hampir. Namun dia tetap berdegil dan terus menyambar dahiku.

Acara berakhir dengan begitu hambar. Aku hanya duduk diam sambil membuang pandangan ke arah luar tingkap. Masih tidak dapat menerima kenyataan. Lagu riang penyanyi muda Najwa latip langsung tidak mendapat perhatianku. Tiba-tiba saja kereta berhenti. Cepat aku membuang pandangan ke arah encik Hairul.

“Kenapa berhenti?”

“Perut rasa lapar pula, jom makan.” Pintanya. Aku tengah mogok bersedih-sedih kat sini. Dia boleh pula nak melantak. Memang tak ada perasaan betul lelaki ni.

“Aku tak lapar!” Cepatku suarakan jawapan dan kembali berpeluk tubuh.

“Hmm.. Okey.” Jawapnya lalu meluruh keluar dari kereta. Pergi macam tu je? Takkan tak nak pujuk ke apa! Ish! Bentak hatiku. Cepat aku membuka pintu kereta dan mengikut jejaknya.

“Eh, tadi kata tak lapar.” Sindirnya.

“Suka hati aku lah!” Pantas aku menjawap. Saja je nak jatuhkan saham aku. Tumbuk kang.

“Awak nak makan apa?” dia menyerahkan buku menu ke arahku. Namun segeraku tolak. Ini bukan masanya aku nak melantak sakan. Soal hati yang tengah hangat membara ini dulu yang harus aku ambil peduli.

“Apa motip kau nak kahwin dengan aku ah Hairul?”

“Kenapa kau benci sangat dengan aku ah!? Apa yang aku dah buat sampai kau sanggup calarkan maruah aku macam ni? Kau tak rasa bersalah ke”? bertubi-tubi aku belasahnya dengan soalan. Tapi wajah kacak dengan senyuman sinis itu betul-betul merobek hatiku. Memang betul-betul tenang wajahnya. Sedangkan aku sudah geram gila, jangan sampai bekas kicap ni melayang kat muka kau Hairul! Berhenti dengan senyuman gengtleman kau tu!

“Jawaplah kenapa diam!” Bentakku. Namun dia tetap seperti tadi. Diam. Senyum dan memandangku dengan begitu teruja. Dia ni memang dari dulu suka buat aku sakit hati. Argg!! Bagaimana lah hari-hariku nanti. Tidak sudi aku ingin membayangkannya.

“Aku tengah cakap dengan kau ni! Berhenti senyum and answer me now Hairul Tan Sri Zurydi!” Ugutku.

“ Saya cintakan awak.” terkedu aku dengan jawapannya hingga membuatkan aku mati kata. Aku berhenti merenungnya kemudian menyandarkan tubuhku. Kenapa pula aku jadi keluh dan tetiba rasa shy pula ni. Ish! Tak boleh jadi ni. Tiba-tiba saja gelaknya meletus.

“Sebab tu saya tak nak jawap, saya tahu awak pasti akan terkedu.” bicaranya riang. Aku mengecilkan bola mata. Cepat aku berdiri.

“Minta kunci kereta!” Tanpa melihat dia, aku menghulurkan tangan. Dia hanya merenung aku tanpa sebarang kata. Ya Allah, mamat ni memang saja nak buat aku high blood. Aku mengetip bibir.

“Macam tu ke cara seorang isteri berbicara dengan suaminya.?” perlinya. Terngangga aku dan segera berpaling melihat ke arahnya. Kembang kempis saja hidungku. Perli pula! Tanpa banyak tingkah dengan rasa maruah yang masih bersisa aku duduk kembali lalu menjeling dia. Kurang asam betul!

“Macam tu lah isteri yang solehah.” makin menjadi-jadi pula bicara sinisnya. Ingin saja aku benam muka aku masuk ke dalam baju.


*****


Hendak menafikan bagaimana lagi, hendak menangis berapa lama lagi? Bila mulut minta untuk bersuara, saat ini juga hatiku begitu sakit. Tidak disangka kini aku sah isteri kepada lelaki yang aku benci. Tiada perasaan cinta, sayang mahupun kasih padanya.

Yang ada, benci, keji dan dendam merasuk hati dan sebati dengan acuhan jiwa. Aku tabik dengan kelakuannya. Dia perlakukan aku bagaikan pemaisuri agung. Semua bantahan dan tengkingan mahupun bicara biadapku ditelan begitu saja tanpa sebarang respon.

Aku duduk di luar beranda sambil melihat ke arah bintang. Sesekali aku pejam mata dan terus menangis. Tapi yang ada aku masih lagi terjeda tanpa sebarang reaksi. Hanya kaku di sebalik kedinginan malam.

Aku masih ingat, kata-katanya pada hari itu, bila aku keluar dari rumah ini bermaksud aku akan kembali sebagai isterinya! Ah! Dunia, kenapa begitu kejamnya permainan kehidupan ini!

“Sampai bila awak nak bertemankan kedinginan malam tu?” Tegur Hairul dari dalam. Aku mendengus!

“Kau peduli apa, lebih baik kat luar ni dari kat dalam tu. Panas!” Balasku.

Dia turut keluar dan bersandar di pagar beranda itu.

“Termenung apa?” Tanyanya lembut. Amboi! Bukan main senang saja nada bual bicaranya. Aku tidak menjawap. Masih setia merenung bulan.

“Okey lah, awak nak apa?” Dia membuka cadangan.

“Syarat!” Jawapku tegas. Dia mengeluh.

“Apa dia?”

“Syarat pertama! Jangan berani sentuh aku!”

“Syarat kedua, jangan pernah menuntut hak kau!”

“Ketiga, jangan nak control aku sangat..”

“Amboi, Dahsyatnya syarat awak, okey kalau macam tu syarat saya hanya mudah, jangan pernah keluar atau berhubunngan dengan jantan lain! Kerna saya tak suka hak saya dikongsi!” Encik Hairul mengangkat keningnya. Aku mendengus lalu masuk ke dalam rumah. Benci melihat mukanya.

Selimutku tarik lalu aku selimuti seluruh tubuhku. Tiba-tiba berderau darahku bila seperti ada sesuatu sedang berlingkar di pinggangku. Cepat aku membuka selimut. Membuntang mataku bila melihat Hairul tersengih memeluk aku.

“Apa ni? kan aku dah kata jangan berani sentuh aku!”

“Oh! Fikirkan bantal peluk tadi.” riang saja nada bual bicaranya. Nak je aku smackdown mamat ni.

“Lepas! Lepas!” Dengan lagak bagai orang meroyan lengan sasanya cuba untukku buka dari melingkar di pinggangku.

“Banyaknya dosa awak buat dalam satu masa.” Perlinya. Kembang kempis saja hidungku.

“Dosa apanya!”

“Pertama, menolak kemahuan suami, kedua, menengking, ketiga membelakangi suami. Ish-ish! Macam tak sedar je syurga tu.”

“Aku minta maaf.” cepat aku menarik selimut dan menyelimuti seluruh tubuhku. Gila! Psiko betul! Boleh pula dia nak pujuk aku dengan berceramah bagai! Kenapa tak pasang je CD ustaz Azhar idrus terus! Menyampah! Bertambah menyirap darahku bila gelaknya kedengaran sinis.


Bersambung^^


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku