Mrs.maidku
Bab 19
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(14 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
19058

Bacaan






“Bangun” Suara garau milik Hairul menganggu mimpi indahku.

“Apa!” jawapku kasar.

“Kita solat berjemaah..”

“Yalah-yalah!” Aku terus bangun lalu masuk ke dalam kamar mandi. Setelah selesai aku mengambil wuduq aku terus saja mengambil tempat di belakangnya. Dan sesi solat berjemaah ini pun bermula.

Aku hanya menyediakan sarapan biasa saja. Malas hendak mengeluarkan ilmu masterchef aku itu. Aku menyumbingkan bibirku. Mana agaknya mak Minah ya? Ikmal? Dan ibu mertua ku? Ah! runsing!

“Kenapa ni?” Hairul memelukku dari belakang membuatkan badanku kaku dan tegak.

“Ish! Jangan suka-suka nak sentuh aku!” Aku menolak tubuhnya. Lalu meninggalkan dia sendiri di ruangan makan.

“Syaz..” Dia mengikuti langkahku. Lenganku dipautnya.

“Lepas!” Pintaku keras. Tapi dia langsung tidak memedulikan permintaanku.

“Cuba jangan biadap sangat! Aku ni suami kau!” Tengkingnya. Fulamak! Dia ni memang saja je nak menyakitkan hati aku.

“Memang! Memang kau suami aku, tapi itu cuma di atas kertas. Tapi kenyataannya tidak! Aku benci kau!”Aku membalas tengkingannya dengan tengkingan. Membuatkan aku mendapat satu tamparan hebat darinya.

Aku ketip bibir, pipi yang perit akibat tamparan daripada tangan sasanya aku belai.

“Aku benci kau!” tuturku perlahan lalu keluar dari rumah itu.

Pipi yang terasa perit aku belai. Belum berapa lama usia perkahwinan aku dan dia, dia sudah berani mengangkat tangan ke wajahku. Bagaimana pula nasib aku untuk hari seterusnya. Ah! Rasa ingin mati saja dari memikirkan semua ini.

*****


Bila ada masalah aku tidak tahu hendak ke mana di tuju. Tidak lain hanya rumah Shayira saja yang aku tahu. Loceng rumah Shayira aku tekan. Namun tiada sambutan. Sekali lagi loceng rumah itu aku tekan.

“Ya sekejap.” laung Shayira dari dalam.

“Syaz..” Dengan wajah kaget aku terus diraih Shayira ke dalam pelukannya. Aku hanya kaku, pelukannya telah mengakibatkan air mata yang sedaya upaya aku tahan kembali tumpah.

“Kenapa dengan kau ni?” Belakangku dibelai olehnya. Lalu tubuhku di usung masuk ke dalam ruang tamu.

“Aku benci lelaki tu Ira! Aku benci!” Luahku. Shayira memelukku kembali.

“Sudahlah Syaz, dia dah sah suami kau. Lupakan perkara lama, mulakan kehidupan baru.” Nasihatnya. Mula kan kehidupan baru? Macam mana? Dengan perasaan sakit hati dan benci? Bagaimana?

“Tak! Aku tak mahu hidup dengan dia. Aku nak tinggal sini boleh?”

“Aku tak larang kau, malah pintu rumah ni always terbuka untuk kau. Tapi dia lebih berhak daripada aku Syaz.” Jawap Shayira.

“Ah! Aku runsing!” Aku meramas kepalaku. Penat! Aku penat jalani semua ini. Mungkin dulu aku terima kalau dia mahu berkahwin dengan aku, tapi bukan dengan cara paksa begini. Maruah aku dipandang murah oleh orang-orang yang terlebih care!

“Dah lah, kau rehat dulu. Aku buatkan kau makanan ya.” Ujur Shayira.


*****

Aku sengaja pulang lewat, aku tidak mahu melihat wajahnya. Hatiku sakit! Sakit! Seolah-olah ada serpihan kaca yang terselit di sebalik hatiku. Puasku cermin dan aku cari mana serpihan itu, namun gagal. Ia memang sebati dengan jiwa ku sudah. Memang takdirku hidup untuk membenci dia.

Setelah jam menuju ke pukul 1 pagi, baru aku terdetik untuk pulang. Aku harap dia sudah tidur. Pintu rumahnya aku buka perlahan. Baru saja aku ingin melangkah masuk, aku lihat sekujur tubuh bersendirian di dalam gelap. Lampu aku hidupkan. Pantas saja aku menjeling bila cahaya lampu menerangi ruang tamu itu.

“Lambat pulang?” Tanyanya lembut. Aku buat-buat tidak tahu. Kunci rumah aku lempar di atas sofa.

“Awak nak makan?” Dia masih setia bertanya walaupun wajahku sudah memperlihatkan yang aku tidak mahu bersuara mahu pun berbicara. Kenapa degil sangat! Atau muka aku tak ganas?

Aku berjalan selamba naik ke tingkat atas. Baru dua langkahku naiki anak tangga itu. Hairul memanggilku lagi.

“Saya minta maaf. Saya tahu saya salah dan saya tahu awak berlegar-legar lama kat bandaran, pasti awak belum makan kan?” Masih dalam intonasi yang sama. Lembut dan penuh kasih sayang. Aku menjeling dia. Masih buat tidak tahu.

“ Saya masakkan makanan kegemaran awak, kari kepala ikan.” Dengan suara yang riang dia meraih perhatianku. Aku berhenti dari melangkah. Aku berpaling. Kari kepala ikan? Tahu dari mana dia aku suka makan makanan tu? Masak! Big bos ni pandai masak? Hairan. Hmm.. tak boleh jadi ni!

“Aku tak sukakan makanan kampung macam tu! Kau makan lah seorang. Aku dah kenyang, tengok muka kau pun dah cukup buat saya kenyang!” Kasar saja aku menjawap. Lalu hilang bersama langkah yang diatur pantas.

Sebenarnya aku lapar, tapi ego melarangku untuk akur dengan kemahuanku. Sumpah aku katakan memang kari kepala ikan kegemaranku. Namun rasa benci itu mengatasi rasa lapar. Jadi aku sanggup berasa lapar dari makan dengan perasaan benci.

*****

Aku mengeluh bila dia sudah begitu enak tidur. Kari kepala ikan, memang gila kalau aku tak makan. Tak boleh jadi ni. Aku perlahan meninggalkan tempat tidur dan berjengket keluar. Mu tunggu aku datang kari kepala ikan. Bisikku. Terngiang-ngiang sudah betapa lazatnya kari itu, itu pun kalau lazatlah. Sebab masa aku menjadi maid si Hairul ni tak ada pula aku nampak dia memasak, entah-entah kedai mamak mana lah agaknya jadi mangsa pembohong tu.

Aku membuka tudung saji sambil buat muka gembira. Sudah lama agaknya aku tak makan kari kepala ikan, dan tak sangka pula aku boleh merasanya hari ini.

"Wahh! Lazatnya, sudu mana sudu.” Cepat aku membuka laci di mana terletaknya peralatan yang bernama sudu itu.

Tiba-tiba lampu dipasang. Membuntang mataku. Glup! Aku telan air liur. Mampus. Kantoi.

"Nak saya temankan ke?" Wajahnya kelihatan sinis. Jatuh saham aku. Tadi kemain sombong lagi. Mana nak letak muka aku ni. Nasib saja laci ni kecil, kalau besar dah lama aku menyorok dalam laci ni. Malu..

"Teman apa!"

"Teman awak makan.." Ceria saja dia menjawap. Teman makan? Lawak sangat. Tanpa berteman pun aku boleh makan lah. Sibuk je!

Aku merampas piring berisi kari kepala ikan lalu keluar dari ruangan dapur itu. Makan tetap makan.

"Huk! Huk! Pedas.. pedas.." Rintihku. Gila, berapa pokok cili dia blander dalam kuah kari ni. Pedas nak gila. Nak balas dendam pun agak-agak lah.

"Tu lah bila ingkar cakap suami." Perlinya. Segelas air mineral disuakan kepadaku. Aku tidak mencapainya. Cepat aku berlari naik ke atas. Benci aku melihat dia. Perli lebih pula. Ish!


*****

Keesokan harinya aku bangun lambat, buka mata saja aku lihat hidangan sudah tersedia di hujung katilku. Amboi dah macam princess pula aku.

Makanan itu aku tolak tepi, cepat saja Hairul datang dengan segelas air di tangan. Aku menjeling dia. Fed up aku melihat wajahnya. Kenapa lah dia sengaja hendak menyakitkan hati aku awal pagi begini.

“Syaz nak makan?” panggilnya. Aku buat tak endah. Sudu disuapkan aku tolak kasar hingga sudu itu jatuh ke lantai! Padan dengan mukanya. Baru dia tahu apa itu sakit hati!

Dia merendahkan diri dan melihatkan betapa hinanya dia ketika memunggut sudu itu tanpa sebarang kata. Aku hanya buat muka sombong.

“Kalau Syaz nak makan panggil saja abang, abang masakan yang baru untuk Syaz.” Dia berkata masih lagi dalam mode selamba. Sedangkan aku sudah geram gila. Abang? Suka saja dia nak bahasakan diri dengan aku! Ingat aku akan berbunga-bunga! Jangan harap!

*****

Satu minggu berlalu, aku bagaikan hendak gila. Pelbagai kerenah sudah aku tunjukkan namun dia tetap begitu, lemah seolah dibuli dan menurut saja aku perlakukan dia sebagaimanapun. Cuba korang beritahu aku, macam mana aku hendak berkongsi hati dengan dia? Bila ada masanya aku ingin menyudai segalanya, aku ingin terima akikat, namun mulut becok orang mencalar maruahku. Di hebohkan hingga ke hulu ke hilir membuatkan rasa benci itu begitu tebal terhadapnya.

“Syaz..” lembut namaku di serunya. Aku berpaling. Pantas saja satu jelingan aku berikan kepadanya. Dia tidak layak memanggil namaku. Aku berlari ke beranda. Benci! Benci! Itu adalah kata-kata yang mampu mengambarkan hatiku saat ini.

Badanku dipeluk dari belakang, dipaut erat. Aku meronta kasar. Aku tidak mahu berada didakapannya walaupun sesaat. Tolong lah Hairul, aku tidak mahu kan kau! Aku ingin lepas dari semua ini! Kenapa kau tak pernah nak faham! Hatiku sudah sarut berteriak. Namun mulutku kaku tidak mahu membantu untuk menyuarakan apa yang sedang terbuku dalam hati. Payah! Payah! Dan susah rasanya.

Walaupun sekeras mana aku meronta tetap tidak berjaya membuka pelukan eratnya itu. Aku seolah sedang dikunci erat oleh tangan sasanya. Dimanga dan dipenjara agar tidak menjauh lagi.

“Abang tak nak Syaz jauh dari abang. Kata lah apa saja, lakukan apa saja untuk hati Syaz puas. Abang tak kisah. Abang ikhlas untuk bersama Syaz tanpa peduli apa hati Syaz kata. Anggap saja abang hina di mata Syaz. Abang rela.” Dia berbisik di telingaku. Air mataku perlahan jatuh. Apakah itu satu offer buatku? Kenapa dia mahu jadi hamba untuk aku? Apa sebenarnya ini semua!

“Tolong terus jadi mrs.maid untuk hati abang” Bisiknya perlahan.


*****

Malam itu, aku termenung memandang segenap langit yang indah dan mempersonakan. Bintang berkelipan di merata-rata tempat, bulan begitu gah menunjukkan kecantikannya. Aku memeluk tubuh sendiri, bunyi cengkerek yang berlagu riang menambah keasyikan malam. Seandainya aku boleh menjadi cengkerek, bernyanyi seriangnya tanpa peduli duka yang mengulit hati pasti aku tidak akam berjebak dalam cinta paksa ini.

Telefonku berbunyi, aku lihat nama Shayira jelas terpampang di dada skrin telefon blackberry itu. Tanpa minatku angkat telefon itu.

“ Hello” jawapku kasar, entah apa lagi yang hendak dibualkannya ini. Masa-masa aku tak ada mood juga dia nak mengacau.

“Hai, marah nampak.” Shayira sengaja menguji aku. Dah aku buat suara tanpa minat tu faham-faham lah. Ni nak menguji lagi.

“Aku malas nak bual panjang. Terus pada niat asal kau!” Bicaraku tegas. Memang aku tidak berminat hendak berbasah- basi. Terus saja pada tajuk utama.

“Macam mana kau dengan encik Hairul?”

“Kau tak payah sebut nama dia lah!” Aku terus saja berang. Nama itu seolah sudah menjadi tapisanku.

“Sudah-sudahlah tu Syaz. Kasihan kat encik Hairul tu. Sampai bila kau nak hukum dia?”

“Sampai hati aku puas!”

“Apa lagi yang kau tak puas hati? Dia dah macam hamba cinta kau tahu tak. Kau berdosa merendahkan hak suami di mata seorang isteri tahu. Ingat, syurga seorang isteri di bawa tapak kaki suaminya” Nasihatnya. Ah! Tidak kuasa aku hendak beromantik dengan dia. Kalau encik Hairul boleh membuang nama aku dari menjadi bualan orang yang bermulut celupar, aku sanggup, malam ini juga aku sembah kakinya.

“Dah lah Ira, kalau kau call aku sekadar nak cakap pasal lelaki tu. Aku minta maaf aku terpaksa off panggilan ni.

“Syaz dengar sini, tak baik buat suami macam tu. Biar apa pun kisah antara kau dengan encik Hairul, akhiri lah dengan menerima dia seadanya. Memang kekadang untuk bahagia itu pahit. Tapi percayalah cinta paksa begini lagi baik. Nasihatnya lagi. Berapi telingaku mendengar nasihat Shayira. Terasa inginku baling saja telefon itu ke bawa. Panas pula mendengar Shayira membela Hairul.

“Memang! Memang aku nak dia nampak bodoh depan aku! Aku sengaja je nak tengok sejauh mana dia ikhlas nak aku jadi isteri dia. Kau tahu aku tengok dia dah macam orang kena guna-guna! Bodoh!” Sinis saja kata-kataku. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku berbicara begitu. Sumpah! Hatiku tiba-tiba ada rasa cemburu bila Shayira asyik bertanyakan hubungan aku dengan encik Hairul. Adakah itu maknanya aku sudah jatuh cinta. Tidak!

“Tak baik kau buat dia macam tu. Kalau tak suka minta saja encik Hairul ceraikan kau.” Dia masih tidak puas hati. Sengaja mahu menyakitkan hatiku yang dah sedia sakit ni.

“Kau ni kenapa? Sibuk je! Bukan aku yang nak sangat jadi isteri dia! Dia yang terhegeh-hegeh nakkan aku. Lagipun aku senang hidup dengan dia. Aku tak payah risau nak fikir pasal duit. Tambahan lagi dia pun berharta, hidup mewah, dia ada segalanya. Tu yang aku tak pernah cakap soal cerai depan dia. Aku cuma nak balas apa yang dia buat kat aku dulu!”

“Jadi kau kira nak kaut harta dia!” Ada nada marah di hujung kata-kata Shayira. Membara hatiku.

“Iya! Sebab harta! Kau peduli apa! Bila dia dah jatuhkan semua harta dia tempat aku baru aku pandang dia. Lepas tu aku tinggalkan dia kerna dia dah tak berguna lagi!” Aku mematikan talian. Membara hatiku. Seolah-olah sedang dibakar jiwaku saat ini. Ah! Kenapa aku cemburu. Ah! Lantak dia lah.

Aku mengayun langkah untuk masuk. Membuntang mataku, bila melihat encik Hairul memandangku dengan pandangan tajam. Apakah dia dengar semua yang aku perkatakan? Ah! Lantak dia lah. Aku masuk tanpa melihat wajahnya. Biarlah kata-kataku menganggu fikirannya. Biar cepat aku dengan dia bercerai. Itu lagi bagus. Kalau boleh aku mahu encik Hairul dengar dari mula hingga akhir perbualan aku dengan Shayira!

*****


Dua bulan lagi berlalu pergi meninggalkan aku dengan kesedihan. Encik Hairul pula sudah 4 hari tidak pulang. Ke mana agaknya dia? Ah! Buat apa aku hendak kusutkan fikiran aku. Biar dia pergi jauh dari aku. Lebih aku harap dia tidak jumpa jalan pulang.

Aku mahu menenangkan minda. Baru saja aku ingin melelapkan mata, kelibat encik Hairul sudah tegak di depan mataku. Aku telan air liur. Walaupun kelatku telan jua. Pantas saja aku bangun bila dia melontarkan tubuhnya di atas katil.

Petang itu, sedang sibuk aku membentang sejadah dia masuk dengan muka kusut. Ada keprihatinan di wajahku dengan perubahan dirinya. Sejak hari di mana aku berbual dengan Shayira dia sudah ada perubahan. Tidak seramah dulu. Suka menyendiri dan kekadang bergelap dalam pejabat mininya.

Dia membuat isyarat mahu berjemaah, sudah lama agaknya aku dengan dia tidak berjemaah. Dua-dua sibuk, iya sibuk dengan masalah masing-masing. Hari ini sampai ke solat isyak aku dengan dia berjemaah. Tiada sepatah kata pun keluar dari mulut kami berdua. Bagi aku, berdiam lebih baik.

Sesudah isyak, dia sudah melayan emosi entah di mana. Aku pula sibuk merenung diri di cermin solek. Kalau difikir-fikir jahatkah aku memperlakukan dia begitu? Tidak! Dia lebih jahat, walaupun aku dengan dia sudah selamat bernikah namun badinya aku tanggung sampai sekarang. Memang benar, mulut tempayan boleh lagi ditutup. Tapi mulut manusia walaupun dijahit sekalipun belum tentu ia akan berhenti berkata-kata.

Lama aku termenung di sudut cermin. Namun jiwa dan fikiranku sudah jauh melayang ke London. Aku tersedar bila susuk tubuh encik Hairul terpantul di permukaan cermin. Aku buat-buat tidak nampak. Habis segala barang-barang di meja solek itu aku kacau. Habis tunggang terbalik aku kerjakan. Benda sudah cantik tersusun aku susun lagi cantik. Buat-buat sibuk.

Berderau darahku bila tangan sasanya memeluk tubuhku dari belakang. Kepalanya dilekepkan di bahu aku. Renungan aku dengan encik Hairul bertemu di pantulan cermin. Aku hanya membiarkan saja. Mungkin hatiku sudah mengalah dengan kedegilannya.

“Syaz milik abang. Selamanya.. Walaupun abang dapatkan dengan cara tak betul, tapi abang peduli apa. Kalau itu saja cara yang boleh buat abang dapatkan Syaz abang sanggup buat. Walaupun pada mulanya, abang bencikan Syaz tapi sikap degil dan daif Syaz selalu curi perhatian abang. Dengan itu abang berjanji akan lakukan apa saja untuk dapatkan Syaz. Jari jemari ku digenggamnya lalu dikucup.

Abang dah pindahkan semuanya harta, syer, dan hak milik syarikat yang diwariskan pada abang kepada Syaz. Semuanya Syaz punya. Asalkan Syaz terima abang. Tapi dengan syarat Syaz kena bagi apa yang abang nak..” Dia bersuara gemersik. Aku menghalakan nafas tidak selesa. Tidakku pandang wajahnya yang tersenyum sinis di pantulan cermin. Nafasku kencang. Aku hanya membisu.

“Syaz ada kata, Syaz sengaja lakukan ini semua untuk uji abang. Dan Syaz akan tinggalkan abang kalau Syaz dah dapat apa yang syaz mahu. Abang ada apa yang Syaz mahu kan. So, kalau Syaz setuju Syaz akan menjadi isteri pertama kat dunia ni yang akan dibayar oleh suaminya hanya untuk minta dicintai dan diterima. Manakala abang pula akan jadi suami yang pertama yang sanggup korbankan segalanya hanya untuk mendapatkan cinta dan haknya sebagai seorang suami. Sesudah itu syaz boleh tinggalkan abang. Macam mana, setuju?”

Aku berdiri mendengar kata-katanya. Rasa inginku tampar saja wajahnya.

“Sebegitu hina saya kat mata awak!” Tengkingku. Dia hanya selamba.

“Itukan yang Syaz mahu. Lepas dari abang.”

“Tapi bukan dengan cara seperti seorang pelacur!” Panas hatiku. Dia membuka tawaran seolah-olah aku ini GRO berpangkat tinggi. Bravo!

“Syaz yang buat Syaz berpangkat GRO di mata abang!”

Aku terkulai lemah dengan kata-katanya. Aku hanya memandang dia dengan hati yang hiba.

“Betulkan!” Dia sudah keras bersuara. Aku hanya diam. Menangis.

“Jawap! Betulkan! Syaz yang mahu kelihatan begitu di mata abang!” Dia mengoncang bahuku. Dicengkam keras lalu dilemparkan di atas katil. Seolah-olah aku ini seperti barang saja lagaknya memperlakukan aku.

Bagaimana dan entah di mana encik Hairul telah berjaya mendapatkan haknya dengan sempurna. Dan dalam masa yang sama tercipta sejarah hitam didalam kamus hidupku, bila aku diperlakukan seperti barang. Iya.. Barang yang berharga lumayan. Aku hina! Keji! Dan jijik! Aku dipandang dan diperlakukan seolah patung tidak bernyawa.


*****

Semenjak peristiwa itu berlaku aku menjadi seorang yang muram dan kadang-kadang menangis sendiri. Semua perkara yang aku lakukan serba tidak menentu.

“Nah!” encik Hairul melemparkan tiket kapal terbang ke Paris dan beberapa dokumen hartanah. Aku merenung dia.

“Pergi lah, Syaz dah bebas sekarang.” Sekali lagi kelakuannya mengores pintu hatiku. Aku betul-betul diperlakukan seperti seorang pelacur. Aku menangis semahunya di depan dia. Sudah tidak mampu aku tahan air mata itu.

“Pergi mandi, abang hantar Syaz ke lapangan.” Tuala di lempar ke arahku. Dengan lemahku turut jua kemahuannya.

Aku menangis semahunnya sambil disirami air shower. Aku hina! Jijik di matanya. Kenapa saat hati aku sudah memampu memaafkan dia, semua ini terjadi. Aku duduk melepat kakiku dan memeluknya. Kepalaku dakap ke lutut. Teresak-esak aku menangis.

“Wahai hati, kenapa engkau kejam! Kenapa baru sekarang engkau mengaku yang ada cinta buat Hairul! Kenapa baru sekarang!”

Habis kebas dan pucat aku disirami air shower. Namun aku sedikit pun tidak tergerak untuk beralih. Aku mahu air itu menyirami diriku yang jijik ini.

“Syaz..” suara encik Hairul kedengaran panik.

“Syaz!” Kini dia menjerit. Diketuk-ketuk kasar pintu tandas itu.

Dengan lemahku capai kimono mandi dan aku sarungkan ke tubuh. Perlahan-lahan kaki ku berjalan ke arah pintu. Jiwaku kosong. Hati hiba.

Terperanjat encik Hairul melihat diriku. Pantas aku ditarik ke dalam dakapannya. Dengan tidak semananya aku menangis di bahunya.

“Lepaskan aku..” Aku berbisik perlahan.

“Shsss.. Memang abang akan lepaskan Syaz pergi.” Katanya. Membuatkan air mataku laju meluncur. Bukan itu maksudku. Aku cuma minta dia lepaskan pelukannya bukan lepaskan aku pergi.



Bersambung^^


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku