Mrs.maidku
Bab 20
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
20133

Bacaan






Kini sudah hampir dua bulan aku di Tawau. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku boleh berada di sini, sedangkan tiket yang diberikan oleh Hairul ialah tiket penerbangan ke Paris. Ini semua terjadi bila Hairul meninggalkan aku bersendirian di lapangan terbang. Dengan duit yang dibekalkannya aku membeli tiket ke Tawau dan membina hidup baru di sini. Dah berharap Hairul beranggapan aku berada di Paris.

Jiwaku sudah tenang, aku sudah boleh menerima akikat. Mencintai tak semestinya memiliki. Satu khabar tentang encik Hairul pun aku tidak dengar. Bulan lalu adalah bulan terakhir aku melihat dia.

Namun, bukan semua kenangan bersama encik Hairul boleh aku singkirkan, dia telah meninggalkan aku dengan kenangan yang lebih pahit untuk aku singkirkan. Iaitu zuriat bersamanya. Iya anak, bagaimana hendak aku besarkan dia bersendiri.

Sedang sibuk aku mengelamun, telefon bimbitku berbunyi.

SHAYIRA.. nama gadis itu tertulis indah di muka skrin telefonku. Ah! Rindunya aku pada dia.

“Assalamualaikum..”

“Walaikumsalam, Syaz kau kena pulang sekarang, encik Hairul tengah nazak. Dia asyik sebut nama kau!” meluruh saja Shayira menyerbuh aku dengan nada cemas sekali.

Aku terkedu. Apa benar yang sedang aku dengar ini atau Syahira sengaja mereka-reka cerita agar aku pulang.

“Kau ni bergurau pun agak-agak lah.”

“Aku tak bergurau, encik Hairul menghidap cancer hati dah tahap empat.” terlepas telefon dari gemggemanku. Aku menutup mulutku. Pantas saja aku berlari dan menahan teksi. Bila ada teksi yang berhenti kelam kabut aku masuk ke dalam kereta itu dan ke lapangan.

Setelah menempuhi perjalanan pulang dari Tawau ke Kota kinabalu yang memakan masa hampir 2 jam untuk sampai ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Tanpa banyak tingkah cepat aku menyewa teksi untuk ke Hospital Queen Elizabeth.

Hati tidak keruan. Bayangan wajah Hairul bermain-main di fikiranku.

“Boleh cepat sikit tak bang?” Pintaku.

“Ini pun cukup laju sudah ni kak. Ni pun silap-silap kana saman kita ni kak.” Jawap pemuda itu dengan pelat Sabah. Toya terus wajahku. Aku tengah risau, dia boleh pula cakap pasal saman bagai!


*****


Kini aku sudah di hospital Queen Elizebeth. Ketibaanku disambut dengan wajah gelisah Shayira.


"Ira, Hairul mana?" Tanyaku cemas.

"Allah Syaz, aku call kau dari tadi tak dapat-dapat. Kau buat aku risau!"

"Call! Ah! Telefon aku.” Aku menepuk dahi. Baru aku teringat yang aku tertinggal telefon di tempat terakhir aku lawati.

"Cuai betul!" Marah Shayira.

"Tak kisahlah, Suami aku mana?" Nadaku kembali cemas.

"Ada, mari." Tanganku ditarik lalu dibawa masuk ke satu bilik.

Terkocoh-kocoh aku berlari mendapatkan encik Hairul yang pucat. Kakiku tersentak bila melihat susuk tubuh encik Hairul yang kurus dan pucat. Sedihnya aku melihat dia begitu.

“Syaz..” Perlahan namaku diseru. Cepat aku mendapatkan dia. Aku memeluk dia sekuat hati. Lalu menangis di bahunya. Dia mengusap rambutku.

“Dah.. jangan nangis.” Dia cuba memujukku. Namun aku tidak mahu melepaskan pelukanku, aku tidak mahu dia tinggalkan aku.

“Syaz, ada kebenaran yang perlu Syaz tahu.”

“Dah! Tak payah cakap banyak.” Aku melarang dia dari terus berbicara.

“Tak, Syaz perlu tahu. Abang sengaja rancang tentang perkahwinan kita. Abang cintakan Syaz dah lama cuma Syaz tak perasan. Abang selalu marahkan Syaz sebab abang tak nak Syaz perasan yang abang cintakan Syaz. Abang menuntut hak abang bukan pasal apa yang Syaz bualkan dengan Ira. Tapi abang menuntut kerana abang akan pergi buat selamanya. Abang menghilang selama empat hari kerana tak dapat terima kenyataan yang abang akan tinggalkan Syaz. Dengan itu abang gunakan apa yang Syaz katakan dengan Ira agar Syaz tinggalkan abang. Abang tak nak Syaz tengok abang macam ni.” dia bersuara sayu. Bibir terkupas dan merekah pucat itu berlahan menyuarakan cerita sebenar.

Aku teresak-esak di dadanya. Sungguh begitu rupanya cerita sebenar.

“Awak bodoh! Kenapa masa saya tak suka awak tak nak tinggalkan saya! Masa saya cintakan awak juga lah awak nak tinggalkan saya! Kenapa awak nak tinggalkan saya sendiri! Awak jahat!” Aku memaki hamun dia yang terlantar sakit di atas katil.

“Iya saya mengaku saya bodoh, saya jahat. Tapi saya tak tinggalkan awak sendiri. Awak ada baby kita.” Kata-katanya membuatkan aku tersentak seketika. Bagaimana dia tahu aku mengandung?

“Ma..cam ma..na aw..ak ta..hu..” Soalku. Gagap.

“That it? Kalau pun saya pergi, awak ada dia. Kan baby” Dia mendakapkan kepalanya di perutku aku menangis dengan perlakukannya.

“Dia tak sama dengan awak!” Aku masih berkasar.

“Sama, dia zuriat hasil cinta saya. Saya tinggalkan dia untuk awak. Lagi pun baby dah janji takkan ulang kesilapan ayah dia. Dia dah janji takkan buat mumy dia menangis dan menderita macam ayah dia buat” Katanya hanya selamba. Dia membuatkan hatiku sakit. Aku memeluk dia lalu menangis lagi.

“ Saya bukan isteri yang baik..’

“Ishh.. Syaz dah cukup baik untuk abang. Abang yang tak sempurna untuk sayang” Dia mengucup dahiku. Sungguh heningnya aku rasakan. Kenapa aku jahat sangat dengannya. Kenapa aku hukum dia terlalu lama.

Suasana sepi seketika. Aku mendongah melihat dia. Air mataku berderai.

“Tidak!! Hairul awak tak boleh tinggalkan saya sendiri. Saya cintakan awak! Saya perlukan awak! Saya masih perlukan awak! Hairul! Bangun lah Hairul. Saya dah balik. Saya akan tetap jadi mrs.maid awak. Ba..ngun lah” Puas aku menjerit meraung memanggil namanya. Namun apakan daya, yang pergi takkan lagi kembali.

Sekuat mana pun bahunya aku gegarkan, roh yang telah diangkat itu tidak akan kembali ke jasadnya bila waktu sudah tiba. Aku menangis sepuasnya di dada jasad yang tidak bernyawa itu.

Sekarang engkau puas wahai hati! Dia sudah menderita demi melihat engkau bahagia! Sekarang apa guna kau menangis! Aku memarahi diriku sendiri. Kenyataan memang pahit untuk ditelan. Kebenaran adalah satu pemusnah kebahagian. Namun dengan adanya kebenaran orang boleh merasa kebahagian. Tapi sayangnya hati aku lambat untuk membenarkan cinta encik Hairul memasuki taman hati. Aku kejam!!

Kepalaku terasa berat, bila pergerakkanku sedikit terhuyung-hayang cepat Shayira mendakap tubuhku.

"Syaz, jangan lah macam ni." Bahuku dibelai Shayira.

"Ira, kenapa Hairul lakukan semua ni? Kenapa dia nak kahwin dengan aku kalau dia nak tinggalkan aku." Aku terduduk lemah dalam pelukan Shayira. Hatiku masih hiba dengan kenyataan yang baru muncul dalam hidupku.

"Takdir Syaz, tiada yang mampu membacanya." Kata-kata Shayira membuatkan air mataku semakin galak membasahi kelopak mata.

Aku tak sangka, niat utama aku ke bandar untuk mencari kedua orang tua aku berakhir dengan kehilangan seorang suami. Kenapa aku selalu saja malang. Adakah aku sememangnya ditakdirkan untuk ditinggalkan oleh orang tersayang. Bahu Shayira basah dengan air mataku. Jasad kaku Hairul menjadi titik terakhir jatuhnya pandanganku.

“Ira, aku nak bangunkan Hairul. Dia tak boleh tinggalkan aku.” Aku cuba keluar dari pelukan Shayira. Walaupun akikatnya gadis itu tidak akan membenarkan perbuatanku itu.

“ Sudahlah tu Syaz!” Shayira menahan tubuhku. Namun aku tetap meronta. Bila rontaanku semakin kasar seorang doktor lelaki datang menghampiriku.

“Cik.. cik.. jangan macam ni”

“Lepas!” Tangan yang berpaut di bahuku segera aku larikan. Tubuh Hairul cepatku peluk.


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku