Mrs.maidku
Bab 21
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
17029

Bacaan






“ Kasihan bayi kita”

Tegak badanku, aku melepaskan pelukan dari tubuh Hairul. Aku berpaling melihat doktor lelaki tadi. Aku amati wajahnya. Membulat mataku.


“Hairul!!” Tengkingku. Air mata aku kesat. Sampai hati dia mempermainkan aku. Aku membuang pandangan ke arah lelaki yang aku peluk tadi. Tersengih-tersengih saja dia melihat ke arahku. Hidungku sudah kembang kempis. Marah! Memang ada yang nak kena smackdown dengan aku kejap lagi!

“Awak siapa” Aku pukul badan lelaki yang terkulai atas katil itu menggunakan beg tangan.

“Bukan salah saya kakak, abang Hairul yang rancang.”

“Abang?” Aku memulang soalan. Berkerut dahiku.

“Maaf tak beritahu Syaz, ni adik abang yang bongsu, Azahari.” Membulat mataku bila mereka ketawa serentak. Aku rasakan bilik ini penuh dengan gelak ketawa mereka.

“Jahat! Ingat lawak ke awak buat macam ni! Ni jantung ni nak luruh tau. Orang susah payah datang sini dari jauh, kalau ada apa-apa berlaku kat saya awak juga yang putih mata!” Aku tumbuk bahu Hairul sekuat hati. Setelah itu pandangan tajam aku hadiahkan pada Shayira.

“Aku cuma ikut plan.” Shayira mengangkat kedua tangannya. Rasa hendak aku kunyah saja minah nerd ni.

“ Saya nak balik!” Aku mengatur langkah bersama rasa geram. Dengan pantas begku ditarik Hairul. Berasap aku dibuatnya. Kalau dalam kartun dah boleh nampak asap keluar dari telinga.

“Bagi balik!”

“ Buat apa nak balik awal, bukan jauh pun Tawau tu dengan Kota Kinabalu Tadi nak sangat abang bangun. Takkan tak rindu kot.” Perlinya. Aku memandang wajahnya dengan dengan muka blur. Macam mana dia tahu aku tinggal kat Tawau.

“Macam mana awak tahu saya tinggal kat Tawau?” Tanyaku. Aku dengar dia tertawa.

“Mana lah awak sanggup tinggalkan suami awak.” Perlinya. Aku mengenggam penumbuk. Muka sudah membahang malu. Perasan bila aku ada niat macam tu!

“Tak lawak Hairul!” Tegasku. Dada sudah turun naik menahan amarah.

“Kalau abang tak buat macam ni, sampai bila abang nak tahu yang isteri abang ni sebenarnya cintakan abang.” Sindirnya. Aku sudah membahang menahan malu pantas saja dia mendekati aku lalu dahiku dikucupnya.

“Ehh!! Jahat!!” Aku tumbuk-tumbuk bahunya. Geram dan kesalku rasakan. Boleh pula dia buat drama melayu kat sini. Nasib saja aku mengandung kalau tidak kompom aku keluarkan silat yang aku pelajari itu.

“Jom balik.” Pintanya lembut, aku berpeluk tubuh. Buat muka ketat. Saja je nak protes.

“Kalau tak nak?” aku masih lagi tarik muncung.

“Nak lah..” Renggeknya. Ish! Dari dulu sampai sekarang kerjanya nak merenggek je. Eh! Minta jauh lah tak menurun kat anak. Tak niaya aku.

Tanganku dicapainya. Aku hanya menjeling saja. “Okey, terima kasih Ira, Azah.” Bibirnya mengukirkan Senyum sambil berjabat tangan dengan dua orang pelakon super dupa terbaik tu. Aku yang ratu lakonan ni pun boleh tertipu! Terbaik sangat.

“Apa-apa saja untuk kawan saya encik”

Nanti kau Ira! Aku menunjuk geram ke arah Shayira. Boleh pula dia sengihkan aku. Memang nak kena lempang!

“Sayang okey?”

“Hmm..” jawapku perlahan. Kekok pula bila berdua begini.


*****


Aku memulakan hariku dengan berkerja semula di syarikat suami aku yang aku cintai separuh jiwa tu, kalau dulu datang lambat dia bertaring sekarang ni lain pula, pantang nampak aku berdiri or bercerita dengan mamat lain. Mula lah dia panggil masuk dalam pejabat dia. Ah! kat sana lah aku kena tadah telinga. Kalah penceramah agama masa kita orang kena tangkap basah dulu.

Tapi encik abangku sayang, jangan risau saya takkan menduakan awak setelah sekeping hatiku kini telah menjadi milikmu. Dan aku mohon tolong jaga baik-baik tau. Kalau calar sikit siap kau!

“Mengelamun apa sayang?” Suara lembut Hairul mematikan lamunanku. Kacau je orang nak feeling.

“Sayang? Jangan nak sayang-sayang sangatlah. Ni pejabat! Kalau orang tahu makin teruk reputasi awak nanti!” Marahku. Berbisik. Takut nanti jebon-jebon office dengar. Tak mandi aku dibuatnya nanti.

“Ala, biarlah dorang tahu, abangkan bos. Nak mengumpat abang! Abang pecat dorang!” Dengan angkut lagi dia berkata-kata.

“Buat apa datang sini?” tanyaku sambil mataku sibuk meninjau-ninjau ke arah pintu.

“Buat apa? cari sayang lah. Opss.. cari cik setiausaha saya lah” Dia menghampiriku. Cepat saja aku berlari ke arah pintu, nama Shayira segera aku laungkan.

“Ira! Ira!” Pekikku. Aku takut perangai terlebih romantik mamat ni mengantoikan aku, sebelum itu terjadi baik aku bertindak.`

“Ya cik..”

“Ish! Tak payah nak ber cik-cik dengan aku!”

“Eh! Habis nak panggil kau apa?” Bukan main bingung lagi muka minah ni, aku tangan jep lagi kang baru rasa.

“Ah! lantak kau lah, ni bos kita cakap dia nak belanja makan.”

“Eh.. Bila pula abang cakap macam tu?”

“Abang!” Ulangku sambil membulatkan mata.

“Opsss. Saya..” Dia menutup mulutnya.

“Nak belanja sayang, opss terlanjur lagi, maksud saya cik setiausaha and friend dia makan? Perasan.” Sindirnya.

Terlopong saja aku melihat dia. Berani dia kena kan aku! Memang nak kena penangan 180 kali betullah suami aku ni!

“Takpa! Ira ,jom kita keluar makan. Biar bos ni mati kebulur!” Aku menarik tangan Shayira lalu aku usung keluar meninggalkan si suami yang aku cintai tu.

“Sayang..” Panggilnya. Tergaman aku, semua mata melihat ke arahku dan Hairul. Aku membulatkan mata melihat dia. Kalau tak pandai cover mampus, kantoi lah jawapnya.

“ Maksud saya, sayang letrik ni tak matikan. Ingat bill eletrik ni bapa awak yang bayar ke!” Tengkingnya.

“Maaf encik.” Aku merapatinya lalu mencubit pinggangnya.

“Ahhh! Sakitlah sayang!” Bisiknya. Aku hanya membesarkan mata. Padan muka.



*****


Waktu rehat aku habiskan dengan menyiapkan dokumen-dokumen yang telah diamanahkan untukku. Kurang asam punya suami, masa maid dia buli! Masa jadi isteri pun kena buli! Ish! Tunggu balik nanti piat-piat telinga! Gumanku tak puas hati. Setelah puasku tilik-tilik akhirnya siap juga. Aku kemaskan fail-fail yang berteburan lalu keluar untuk menghantar dokumen tempat suami tercinta.

“Nampak gayanya ada orang dah jilat balik ludah dia.” Suara sinis cik Maya membuatkan langkahku terhenti. Cepat aku berpaling. Nampaknya ostrich ni nak cari pasal lagi.

“Cik Maya. Kalau pun cik Maya tak puas hati dengan saya tak payah nak heboh-heboh sangat! Jumpa je terus dengan saya!” Geram pula aku dengan miss Nina celop ni.

“Eh! Siapa yang makan cili dia lah terasa pedasnya.” Selarnya lagi. Ya Allah berilah hambaMu ini kesabaran. Rasa nak aku ketuk je kepala dia dengan fail ni.

“Cik!”

“Maya! Jangan nak bergosip riang kat sini. Kerja yang saya suruh awak buat tu dah siap?” Potong satu suara. Cepat aku berpaling ke arah suara itu. OMG! Putera idaman aku. Encik Riz. Aku telan air liur. Kenapa lah mamat ni handsome sangat. Eh! Segera aku geleng kepala sebelum tertangkap cintan. Ingat sikit Syazana kau tu dah bersuami. Aku menyedarkan diriku.

“Sikit lagi bos.” Jawap cik Maya. Wajahnya kelihatan merah. Mungkin malu bila ditengking depan umun. Tu lah, kali ni sediakan payung sebelum hujan. Aku tersenyum sinis melihat dia.

“Sikit lagi! Kerja tu dah 3 hari lepas saya beri awak buatkan! Kenapa tak pandai nak siap-siap!” Nampaknya suara encik Riz semakin galak. Kasihan pula aku lihat si Maya tu. Walaupun dia musuh aku. Tapi keprimanusian aku melarang aku untuk hanya melihat saja dia diperlakukan begitu.

“ Riz, apa kata bagi cik Maya masa sikit. Mungkin dia agak sibuk dua tiga hari ni.” Belaku.

“Sibuk! Sibuk canai berita. Dah pergi!” Marah encik Riz. Cepat saja cik Maya ke meja kerjanya.

“Okey lah Riz saya minta diri dulu.” pintaku.

“Baiklah.” Jawapnya berserta senyuman. Ah! Kenapa lah engkau senyum wahai manusia. Kau tahu tak senyuman kau tu boleh buat aku termimpi-mimpi. Ah! Tak boleh macam ni Syazana! Aku memarahi diriku.

“Awak okey tak Syaz?” Tanya hairan encik Riz. Alamak kantoi. Aku buat senyuman kelat.

“Ha’ah. Okey.” cepat aku berlalu. Nanti entah apa-apa lagi aku berangankan mamat tu. Tak meroyan nanti laki aku.


*****


“Layan cerita apa? “Hairul mengambil tempat di sisiku.

“ Ong bak 2.” Jawapku selamba.

“Amboi! Seronok layan, sampai abang kat sini pun mata tu still tak lari dari kaca tv tu.” Rungutnya. Bila berapa minit kami berdua menyepi. Aku melirik sekilas ke arahnya. Belum sempat aku hendak berpaling semula menghadap televisyen cepat tubuhku dirangkulnya.

“Minat sangat tengok wayang aksi ni dah kenapa? Nanti menurun kat baby, tak pasal-pasal nanti muka baby sebiji macam hero film ni baru tahu.” Dia masih lagi protes. Berkerut dahiku.

“Handsome apa.” belaku.

“Tang mana handsomenya, abang tengok handsome lagi abang.” Mahu saja muntah hijau aku mendengar dia isi bakul angkat sendiri. Tapi memang kenyataannya suami aku berupa. Huhu

“Awak tau tak, memang dari kecil lagi Syaz suka tengok filem aksi. Kalau filem industan, Syaz suka tengok Shah rukh kahn, Salman khan, kalau kat China, Jacky chen, Bruce lee, Jet lee, kalau kat Thailand tak lain tak bukan mestilah Tony ja.” Ceritaku panjang lebar. Aku lihat dia geleng kepala.

“Kenapa geleng?” Tanyaku.

“Dah boleh jadi pelagak ngeri isteri abang ni.” Perlinya. Aku memonyokkan muka.

“Kat Malaysia pun adalah sayang.” aku mendongah melihat dia. Kat Malaysia? Adakah? Siapa? Aaron aziz? Err.. Tak kot.

“Siapa?”

“Abang lah.” jawapnya dengan bangga. Lagi lah aku rasa nak muntah hijau. Memang suka puji diri sendiri. Perasan. Aku aku menarik lirikkanku dari melihat dia. Dan kembali menatap kaca televisyen yang berapa minit tadi aku biarkan. Setelah itu terburai tawanya.

“Assalamualaikum.” sapa satu suara. Pantas aku dan Hairul berpaling

“Mama buat apa kat sini?” Suara tegas Hairul membuatkan aku mendongah dari pelukannya. Mataku juga turut sama masuk campur ke ruangan pintu. Aku lihat seorang wanita kira-kira umur makcik jebon dan seorang lagi ala-ala model yang tak cukup kain.

“Saja nak tengok anak mama.” Jawap perempuan yang mengaku dirinya itu mama pada suami aku ni.

“Awak masuk bilik dulu.” Berbisik dia menyuruhku. Tanpa tunggu lama aku terus saja angkat kaki.

Aku mengeluh sendiri, bosan pula duduk seorang diri dalam bilik ni. Entah apa-apa entah yang dua beranak tu bualkan. Kalau pun nak lepas rindu ajak lah aku sama, dah lah aku memang kepingin sangat jumpa mak mertua aku tu. Spoil betullah.

Bak!! Bunyi pintu ditutup rapat. Allahuakhbar, jatuh je tak jantung aku. Apa hal pula suami aku ni? Masuk-masuk je muka macam kena tipu along. Monyok je.

“Kenapa ni?” Aku menghampirinya. Sambilku paut pinggangnya. Dia meramas rambutnya. Bengang.

“Mulai hari ni, awak maid abang.” Pintanya. Membulat saja mataku melihat dia. Maid? Takkan lah dia nak ceraikan aku? Dasar ibu mertua, berani kau porak-purandahkan rumah tangga aku. Kenapa lah dulu masa aku berperang hebat dengan anak dia, dia tak datang. Time aku dah fall in love ni juga lah dia nak menganggu. Cerita melayu memang macam ni, poyo je lebih.

“Maid?” Aku ulang kata-katanya. Pinggang yang tadi hangat aku peluk aku leraikan.

“Iya maid. Huh!” Dia mengeluh berat. Masih seperti tadi. Bengang. Dia duduk di sofa sambil memicit kepalanya.

“But why?!” Tanyaku tegas.

“Shut up! Just do it!” Tengkingnya. Fulamak mamat ni, main tengking pula! Aku protes nak merajuk!

Tanpa menunggu lama aku terus angkat kaki. Nak merajuk! Kalau boleh aku nak lari balik Tawau. Biar mati betul-betul dia memujuk aku.


BERSAMBUNG^^

NOTA MAID~ maaf buat korang tertunggu2 bab ni. huhu.. kerja baik pulih sudah separuh siap. DAN bab 1-21 terdapat menambahan cerita, so jangan hairan lah kalau ada cerita baru. huhu.. kalau karya ni terdapat kesalahan dan ketidak puas hati sila lah beri komen. komen anda amat dihargai.. "cerita hanya sebuah karangan, yang menjadikan ia seronok dengan adanya imeginasi.." sekian..


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku