Mrs.maidku
Bab 22
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
13880

Bacaan







“You maid Irul kan?” Tanya si gedik dengan pelat orang putihnya lagi. Meluat aku! Nak je aku sumbat cawan ni kat mulut dia tu.

“Ya.” Jawapku sepatah. Sambil sibuk mencuci pinggan kotor yang berlambak kat singki tu. Dah dapat title maid jadi kena jalankan tugas.

“How long you stay with Irul?” Dia bersandar di pintu peti sejuk yang berada di sisiku sambil merenung kusyuk ke arahku. Aku tidak menjawap. Kalau aku jawap pun silap-silap nanti mengaum pula suami meroyan aku tu. Tapi aku tahu dia buat ni bersebab. Mungkin suatu masa nanti dia akan beritahu aku, sekarang aku ikut dulu rancangan dia.

“Cik ni siapa nak tahu hal saya, cik tolong ke tepi sikit. Saya nak masak!” Aku menolak tubuhnya.

“You ni orang gaji je tau! Jangan nak berlagak lebih!” Bisiknya lalu pergi meninggalkan aku. Orang gaji kau kata! Enak mulut kau je. Aku ni isteri tuan rumah ni tau! Kau tu yang harus sedar diri! Ish! Menyirap saja darah aku dibuatnya. Datang-datang je nak berlagak!

Siap saja memasak aku terus saja menghidangkan makanan di meja makan. Aku lihat ibu mertuaku dan Hairul serta si gedik nak mampus tu dah sedia sambil borak-borak kosong.

“Awak ni penganti mak Minah ke?” Tanya lembut wanita separuh abad itu.

“Ya datin” Jawapku. Hairul mengalihkan pandangannya dari menatap aku. Kenapa agaknya. Sangsi aku dengan perangai dia ni, jangan-jangan aku ni bini nombor dua dia agaknya!

“Awak dah kahwin ke?” Tanya si datin lagi sambil melirik aku atas bawa. Aku telan air liur. Kantoi. Aku pandang Hairul namun si suami hanya buat tak tahu. Memang sah dia takut bini gedik dia tu tahu. Siap lah nanti!

“Ya datin tapi sayang suami saya dah curang!” Sengaja aku tekan perkataan curang sambil menatap Hairul. Hairul menentang mataku, membulat biji matanya. Tapi aku peduli apa. Siapa suruh babit-babitkan aku dalam hal ni. Tanggung lah sendiri!

“Macam mana tak curang kalau dapat bini pun low class macam you.” Perli si gedik. Amboi minah ni! Memang kemaruk nak makan selipar saiz 36 aku agaknya minah ni! Aku tangan-tangan kang. Baru rasa!

“Amanda!” Tegas suara wanita itu melarang perempuan gedik yang namanya Amanda itu.

“What datin? I am right, look at she? Arh! Entah baju rekaan siapa entah, zaman bila dia pakai!” Selarnya. Terlopong saja aku melihat dia. Aku gemggam penumbukku. Dah kenapa pula sampai ke baju aku jadi bahan perli! Dia ingat, dia pakai baju seksi tu class sangatlah? Hantu betul!

“Jangan dengar sangat Amanda tu, hmm.. kalau macam tu kamu ni dah janda lah?”

Janda kau kata, suami aku hidup lagi. Tu yang berlagak macam takda apa-apa tu lah bapa budak dalam perut ni. Jawapku tapi cuma dalam hati. Kalau aku jawap betul-betul karang tak sia-sia piring melekat kat muka pula.

“Kiranya begitulah.” Jawapku lemah.

“Jom makan sekali.” Pinta si ibu mertua. Aku terngangga. Aku pikirkan dia ni jenis yang angkuh, rupanya biasa-biasa je. Siap kau Hairul! Boleh pula kau suruh aku berlakon jadi maid! Nak kena! Siap kau kejap lagi!


*****


Malam sudah kian larut, terhendap-hendap aku masuk ke dalam bilik. Amboi, kemain lawa lagi si suami, melingkup siap dengan pose bentuk udang lagi. Memang cari nahas. Aku yang nak tercabut tulang-menulang ni dia boleh pula enak-enakkan.

“Awak!” pekikku. Pantas dia bangun. Terkebil-kebil melihat ke arahku.

“Awak..” Cepat dia berdiri lalu membuka pintu dan meninjau ke arah luar. Takut mak atau selingkuan dia tahu lah tu! Drama sangat!

“Tak payah nak tinjau sangatlah. Kesayangan awak tu dah melingkup setelah penat memperhambakan saya!” Dengan nada sebal aku menjawap. Sakit hati juga bila dia lagi cemas kalau ibunya tahu dari takutkan kandungan aku! Panasnya hati.

“Awak buat apa kat sini?!” Tegas dia menyuarakan jawapan. Hai! Buat-buat amnesia pula.

“Buat apa kat sini? Nak tidur lah!”

“Kalau mama nampak macam mana?” Berbisik dia memarahiku.

“Mama nampak ke atau perempuan seksi tu yang awak takutkan! Baik awak mengaku!” Aku sudah cemburu. Nampaknya dia lebih pentingkan orang luar dari aku.

“Awak please jangan nak mula kan, sekarang awak tidur dulu bilik awak. Nanti bila mama dah pulang kita tidur sama-sama lagi ya.” Pujuknya.

“Awak ni dah kenapa sebenarnya? Buat apa nak sembunyikan hubungan yang halal! Jadi betullah dia tu ada hubungan dengan awak!” Aku sudah tidak tertanggung api cemburunya. Ni kat dalam hati ni membuak-buak nak memukul. Kalau boleh rasa nak cubit-cubit je badan dia tu!

“Damn! Awak tak faham ke situasi kita sekarang ni, benda senang macam ni pun awak tak boleh nak fikir ke! Berakal lah sikit. Ni demi hubungan kita bukan saya nak suka-suka! Bebal!” Tengkingnya. Terngangga saja aku melihat dia. Bebal? Hai melebih nampaknya encik suami!

“Okey fine!” Aku menolak tubuhnya lalu keluar dari bilik itu. Benci! Benci! Sikapnya dari dulu sama saja tidak pandai berubah.


*****


Ni betul-betul dah jatuh ditimpah tangga. Boleh pula si gedik nak mampus tu minta buatkan spaghetti. Kalau nak buat rojak tu pandai lah aku. Ni benda ala tu jangan kata nak buat, makan pun aku tak pernah. Menyusahkan betul! Ingat ni Negara orang putih ke apa? Mengada-ngada. Makan nasi putih dah lah. Nak juga ber westen-westen food!

“Awak..” sergah satu suara. Membuatkan aku terkejut lalu terhiris tangan. Mahu tidak aku menjerit meroyan.

“Aduh..aduh.”

“Sorry..sorry awak, saya tak tahu awak tengah potong bawang. Minta maaf sesangat.” Cepat dia mencapai jariku lalu dihisapnya. Membuntang mataku. Ni lagi satu, tukang drama romantic. Ingat ni film twilight ke apa? Cepatku tarik jari telunjukku dari bibirnya. Ish geli!

“Tak payah nak susah-susah.”

“Tak susah pun, awak masak apa ni?” Dia menghampiri ruangan dapur gas lalu meninjau ke arah kuali. Aku pula sibuk mencari plaster untuk menampal luka ni. Ni kalau darah masuk makanan tak ke jadi raja bersiung si gedik tu nanti. Tak pasal-pasal aku kena cari darah pula nanti.

“Entah! Si gedik nak mampus tu nak makan spaghetti. Entah apatah makanan tu aku pun tak tahu!” Geramku. Berdekit dia ketawa. Aku membuang pandangan hairan ke arahnya. Lawak lah sangat.

“Awak ni dari dulu tak pernah berubahkan, suka je buat orang ketawa.”

“Tahu tak apa, by the way kau buat apa kat sini?” Tanyaku, malas lah nak bermusuh lagi. Bak kata orang `barang yang lepas jangan dikenang`. Biarlah aku maafkan dia bersebabkan dia adalah abang ipar aku. Huhuhuh..

“Saya ikut jejak hati saya, dan sekeping lagi hati saya ada kat sini.” Alahai drama lagi, pengaruh DVD betullah mamat ni.

“Betul-betullah.”

“Yalah, mama suruh datang sini katanya nak umumkan sesuatu.” kata-kata Ikmal mendapat perhatianku. Umum sesuatu? Tentang apa?

“Tentang apa?”

“Kalau lah saya tahu awak, saya tak datang sini.” mendatar dia menjawap. Aku hanya tersenyum kelat.


*****


“Okey semua dah ada, mama nak umumkan tarikh pertunangan di antara Hairul dan Amanda minggu depan ni. So mama nak kita buat kat rumah mama. Kebetulan papa pun akan balik dari Australia. Macam mana?” umum si datin. Bagai hendak gugur jantungku mendengar pengumuman itu. Dadaku bertukar menjadi sebak, aku pandang Hairul namun dia hanya selamba. Seolah dia setuju. Tiada riak ingin membantah malahan aku sempat menangkap senyumannya.

“Tu.na.nang..?” Perlahan aku menyuarakan pertanyaan. Sungguh menyiat di hatiku pengumuman tersebut.

“Iya Syaz, awak pun boleh datang sama.” Jawap si datin. Air mataku perlahan jatuh. Cepat aku berlari masuk ke bilikku. Apa sebenarnya ini semua? Adakah Hairul sengaja ingin menyakitkan hati aku atau dia memang berniat untuk membalas dendam. Tapi apa salah aku terhadap dia.

Tapi mustahil! Jika dia benar ingin membalas dendam terhadap aku, kenapa dia sanggup malu ditangkap basah demi untuk bersama aku. Hairul permainan apa yang sedang engkau rancangkan. Kenapa bukan dulu ini semua terjadi kenapa masa aku berdua begini baru engkau berani.


*****


Malam itu aku bersendirian di tepi kolam, melihat air jernih yang tenang tanpa sebarang kekacauan. Similar angin malam yang dingin membawa fikiran aku untuk terus memikirkan jawapan bagi persoalan tadi pagi. Satu hari kelibat mahupun bayangan Hairul tidak ingin aku sapa.

Sakit hati ni masih lagi menusuk-nusuk membara. Aku menarik nafas tenang. Cuma untuk terus positive. Mungkin ada baiknya aku tidak meragui keputusan Hairul. Aku sedar siapa diri aku, aku tidak seharusnya lebih.

Cara aku khawin dengan Hairul bukan atas cinta atau kasih mahupun sayang, dia tidak pernah bahagia. Mungkin ini saatnya aku cuba untuk memberi dia peluang untuk bersama orang yang dia cintai dan mencintai dia.

Aku menghembuskan nafas, air mata yang keluar cubaku sekah. Perlahan-lahan mataku pejam. Cuba untuk terus bersabar dan bertenang.

“Tak sejuk ke kat luar malam-malam macam ni?” sapa satu suara. Cepat aku membuka mata. Sangat familia suara itu. Siapa lagi kalau bukan si pendusta.

Aku tidak menjawap malahan berdiri untuk berganjak pergi. Baru dengar suaranya saja hati aku dah sakit. Belum lagi menatap wajahnya.

“Saya belum habis cakap!” Tegas dia melarang langkahku untuk terus terbuka. Aku tidak berpaling cuma berdiri kaku menunggu arahan seterusnya.

“Malam ni tidur bilik abang.” Pintanya selamba. Amboi enaknya permintaan tanpa serba salah dia. Ingat aku ni apa? Patung ke yang tak mempunyai perasaan!

“Takpa encik, saya kan maid encik dan selamanya akan terus jadi maid. Tak layak maid macam saya berdamping dengan orang macam encik.” Tiba-tiba aku jadi sebak. Entah kenapa, mungkin naluri seorang ibu. Aku cuba menahan air mata dari terus berderai.

“Awak perli saya ke!” Dia sudah mula tunjuk dia punya belang. Sikapnya yang ini selalu saja berjaya menyakitkan hati aku. Sikit-sikit nak marah! Aku punya marah kau belum tahu lagi! Aku nak lari balik Tawau!

“Siapa makan cili dia lah terasa pedas!” Aku sengaja hendak mengapikan dia lagi. Memang aku tengah tak puas hati sekarang. Kalau boleh rasa nak tolak je dia masuk dalam kolam tu! Geramnya.

“Kau dah mula biadap sekarangkan.” Dia menarik tanganku lalu dicengkam kuat.

“Sakit lah! Lepas!” Aku cuba menarik tangan namun sedaya mana aku mencuba tetap tidak akan berjaya. Dia dalam keadaan beremosi tang-tang tangan aku je yang tercabut kang.

“Kenapa degil sangat ni! Cuba dengar cakap sikit. Baru hal macam ni nak merajuk macam apa!” Tengkingnya. Aku merenung tajam wajahnya.

“Merajuk macam apa awak kata! Tengok lah saya,tengok! Apa status saya sekarang ni? isteri awak, pelakon atau maid awak? Kat mana awak nak campak saya? Kat level mana? Baru bertunang awak dah pinggirkan saya bila dah khawin nanti nak letak kat mana pula? Pura-pura buta, buat-buat tak nampak!” Lawanku! Puasku keluarkan semua rasa amarah yang membelit di hatiku. Lintas saja satu tamparan melekat di wajahku hingga membuat aku terduduk.

Tergaman aku dengan perlakuannya, ini kali kedua aku ditampar olehnya. Tapi kali ini lebih dashyat. Lebih sakit dari tamparan pertama yang pernah hinggap di wajahku. Aku perlahan menoleh ke arahnya.

“Rasanya saya dah dapat jawapan.” Aku berdiri dan cepat masuk ke dalam rumah. Dia melaungkan namaku namun tidak aku peduli.



Bersambung^^


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku