Mrs.maidku
Bab 23
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(18 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
23862

Bacaan







Aku sengaja bangun lambat pada pagi itu, tiada selera aku ingin melihat muka tiga beranak campur si gedik tu. Sakit mata hati dan telinga je! Baik aku keluar cari ketenangan lagi bagus. Masak korang seorang satu, kalau boleh cari Maggi makan Maggi. Aku merajuk!

Aku keluar tanpa meminta permisi, hendak meminta kebenaran pada siapa? Sedangkan ada suami macam tak ada!

Tengah aku syiok berlenggok keluar pagar, boleh pula terserempak dengan makcik jebon setelah sekian lamanya tidak bersua. Nak juga u turn balik masuk dalam rumah. Kebetulan pula dan tertengok jadi terpaksa lah layan saja. Alahai..

“Assalamualaikum..” Dia membagi salam. Aku hanya memberi senyuman paksa. Sesudah itu baru aku menjawap.

“Walaikumsalam,lama tak jumpa makcik.” Aku cuba tanam tebu tepi bibir. Harap-harap menjadi lah senyuman paksa aku tu. Kalau tak nampak sangat tak ikhlasnya.

“Al maklumlah sibuk memanjang, tengok awak pun dah berbadan dua. Berapa bulan dah.?” Tanya makcik jebon sambil mengusap perutku. Sibuk lah sangat, sibuk baca berita adalah.

“Entahlah makcik saya pun tak tahu.”

“Astaqafirullahlazim, kandungan sendiri pun tak tahu.” Beristifar orang tua ni aku buat. Bukan aku lupa atau apa, tapi betul aku sendiri tak tahu kandungan aku sedang mencecah beberapa bulan. Yang aku tahu aku mengandung. Itu pun masa kat Tawau.

“Ingat-ingat lupa makcik.” jawapku dengan sengihan membusuk.

“Takpa. Biasa lah tu, kalut jadinya bila mengandung ni. First time lah katakan. Kalau macam tu datang lah rumah makcik.” Pintanya. Amboi, aku ni baru je nak merajuk larikan diri. Tapi kalau setakat lari ke sebelah rumah baik tak payah buat hajat nak lari. Aduh! Macam mana ni? Ada saja bala yang menimpa.

“Sebaik-baiknya tak apalah makcik. Lagipun saya nak ke hospital nak check baby ni.” Bohongku. Ke hospital? Check baby? Langsung tak pernah terfikir, tapi bila nak membohong otak sempit pun boleh jadi luas lagaknya.

“Hmm.. okey lah macam tu. Baru je makcik ingat nak kongsi rahsia supaya senang nak beranak, apa pantang-pantangnya.” Dengan muka monyok lagi dia menjawap. Tapi kalau aku tolak permintaan makcik jebon ni, rugi juga. Ialah aku ni first time, pengalaman pun belum ada. Nak tanya kat siapa? Harap si suami tak guna tu alamatnya habuk pun takda. Aku bukan ada saudara mara kat KOTA KINABALU ni. Kalau nak cari mak ayah, aku tak tahu dorang ada kat mana.

“Makcik.” panggilku perlahan.

“Iya..”

“Hmm.. betul ke makcik nak tolong ni?”

“Kamu fikir makcik main-main ke? Ni salmi lah, anak dah 5 orang semuanya berjaya.” Bukan main bangga lagi dia menjawap. Jawapan lari dari pertanyaan. Macam je aku tanya anaknya berapa, berjaya ke tidak! Pelik.

“Kalau macam tu esok saya ke rumah makcik, hari ni saya ke hospital dulu.”



*****


Kepala yang tidak gatal, aku garu dengan wajah resah. Rumah makcik jebon aku tenung hampir 10 kali. Cuba untuk memikirkan kemungkinan besar sekiranya aku sanggup ambil risiko untuk berkerjasama dengan makcik jebon. Hello! Cuba korang mention kat aku, macam mana aku nak berkerjasama dengan orang yang terletak indah di carta orang paling aku tak suka.

Namun dengan rasa berat hati, aku hayunkan juga langkahku memasuki rumah orang tua itu. Luas gila rumah makcik jebon ni. Jangan kata kan aku, gajah masuk pun boleh sesat kau.

Mataku meliar mencari kelibat makcik jebon, namun seluas mana pun mataku meneroka tetap juga error. Orang tua ni bila dicari tak ada. Bila tak dicari kat sana lah dia nak terhegeh-hegeh. Kalau nak patah balik pun takut kecil pula hati orang tua tu. Nanti dia cop aku ni perempuan tak tepati janji pula. Aku mengeluh berat.

"Assalamualaikum." Pekikku. Entah orang tua ni dengar ke tidak. Kalau dia tak dengar ada juga alasan aku nak mengelak. Huhu. Serius aku katakan aku memang belum bersedia nak berkerjasama. Aku takut risikonya tinggi.

Lagi tinggi daripada risiko kena serangan jantung. Kalau dia canai berita kata pasal aku tak apa. Tapi kalau bersangkut paut dengan si pendusta tu alamak nampak gayanya aku kena sedia tempah bilik kat rumah Shayira.

"Walaikumsalam, sini." Pantas leherku berpaling bila mendengar suara makcik jebon jelas sekali menyapa cuping telingaku. Berkerut dahiku. Bila pula orang tua tu melepak kat situ? Setahu aku, tempat tu dah lima kali aku jeling. Jangan katakan kelibatnya, bibir becok tu pun aku tak nampak. Ajaib betul orang tua ni. Aku mengatur langkah menghampiri makcik jebon.

"Tak payah nak sengih sangat, duduk sini. Nah! Minum ni." Terkebil-kebil aku melihat dia. Takkan senyum pun tak boleh, lepas tu paksa-paksa minum pula tu. Aku ni tetamu layan lah macam puteri raja. Ish!

"Air apa ni makcik?" Aku terus bertanya sesudah punggungku selamat mendarat. Aku amati air dalam gelas itu. Baru menghidu bau dan melihat warnanya saja anak tekak aku dah rasa loya. Nikan pula nak minum. Tolonglah. Aku lagi sanggup minum milo yang Shayira buat walaupun tak sedap tapi bahan-bahannya aku tahu. Positive! Dah kena bantu kau banyak songeh pula! Aku memarahi diriku sendiri bila mengenang betapa baiknya hati makcik jebon nak membantu aku. Kalau harapkan si tak guna Hairul, aku beranak pun agaknya dia tak sedar!

"Kamu fikir makcik letak racun, itu tea biasa makcik campur dengan madu dan sedikit habbatus sauda, nanti boleh meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh kamu. Jangan nanti baru kena faktor hamil kamu dah naik gila. Masa makcik beranakkan anak makcik yang sulung tu, mak makcik buatkan air. Makcik minum 2 kali setiap hari. Syukur alhamdullilah masa makcik mengandung tak ada rasa sakit-sakit badan." Terang makcik jebon panjang lebar. Aku garu kepala, mana aku tahu semua ni. Semenjak aku mengandung ni aku tak ada pula rasa nak mengidam ke, nak sakit-sakit badan ke. Yang ada, rasa sakit hati je!

"Kenapa makcik buat semua ni untuk saya? Saya bukannya anak makcik?" Entah kenapa aku jadi sebak pula bila makcik jebon sanggup bersusah payah untuk aku. Ianya membuatkan aku bertambah rindukan ibu.


"Makcik buat bukan minta balasan, bukan nak tunjuk baik atau apa. Kamu tahu juga makcik kena gelar pemberita swasta. Hampir semua orang kat perumahan ni tak sukakan makcik. Tapi kamu lain,walaupun makcik buruk-burukkan kamu, tapi kamu tetap tak pernah simpan dendam. Jadi ni saja lah yang boleh makcik balas." Ceritanya, tahu pula sedar diri fikir tak sedar diri.

"Ah! Apa lagi kamu tenung-tenungkan. Jangan nak drama sangat, minum air tu." Aku hanya tersengih dimarah begitu. Drama? Bila pula aku bawa David teo nak buat show kat sini. Suka hati je cakap aku buat drama.

"Makcik cak.."

"Shuss!" Belum sempat aku bersuara jari telunjuk makcik jebon sudah melekat di bibirku. Membuatkan bibirku terjongket ke atas. Terlebih asam betul makcik ni. Kalau pun tak nak dengar aku bersuara tak payah nak buat aku macam tu. Merajuk!

"Nah! Ni buku makcik masa makcik mengandung. Kamu baca, kamu fahami, kamu sematkan kat jiwa." Pintanya. Err? Dah kenapa pula kena sematkan kat jiwa. Pelik.

"Maaflah kita tak boleh cerita panjang, makcik ada kerja sikit kat persatuan. Nanti kalau ada masa kita jumpa lagi ya." Aku mengaru belakang tengkukku. Ada kerja sikit? Kerja nak cari berita lah tu.

"Okey makcik. Terima kasih untuk buku ni." Ucapku.

“Ya sama-sama.” Jawapnya. Aku mengangkat buku itu lalu meminta izin untuk pulang ke rumah.


*****


"Dari mana?" Suara tegas Hairul memaku langkahku. Aku hanya diam. Malas hendak membuka mulut. Sakit hati kelmarin masih lagi hangat membara.

"Dah kenapa dengan mulut tu? Sampai tak boleh bercakap!"

"Encik nak apa?!" Tanpa melihat dia aku suarakan jawapan. Terjongket keningnya.

"Encik? Bila masa aku ceraikan kau?" tanganku dipautnya. Dibawa bertentangan dengan wajah bersahaja dan menyakitkan hati itu.

"Kalau tak ada apa-apa saya masuk bilik dulu." Aku cuba melepaskan cengkaman di bahuku. Tapi lelaki berlagak ni langsung tidak mahu melepaskan cengkamannya. Mataku menjadi sasaran bucu anak matanya.

"Buku apa tu?" Tegas pertanyaan Hairul sambil melihat ke arah buku yang sedang aku pegang. Cepat aku menyorokannya.

"Bukan urusan encik!" Aku masih lagi menjawap dingin semua soalannya.

"Bagi sini!" Dia merampas buku itu namun cepat aku larikan. Gila! Kalau dia dapat tahu yang aku berkerjasama dengan makcik jebon tak makin hangat perang dingin ni nanti. Namun sepandai mana pun aku mengelak dia lagi pantas. Buku bertukar tangan membuatkan aku terlompat-lompat macam monyet bila dia mengangkat buku itu tinggi-tinggi.

"Bagi balik lah!" Marahku.

"Buku per.."

"Encik!" Jeritku.

"Eh! Apa bising-bising ni"! Serbuh satu suara. Laju kepala aku dan si pendusta berpaling. Aku lihat mak mertua aku sudah bercekik pinggang melihat ke arah kami berdua. Aku telan air liur. Matilah aku kalau buku tu bertukar tangan ke arah ibu mertuaku. Macam mana aku nak jawap kat si mak datin ni nanti. Aku sudah tidak menentu.

"Datin! Tengok anak datin ni! Dia curi buku saya!" Aku terus mengadu. Apa bengap aku ni! Nak mengadu pun kat mak dia. Sah-sah lah dia menangkan anak dia.

"Hairul! Dengan pembantu pun kamu boleh bergaduh! Sampai bila kamu nak matang macam ni! Macam mana kalau ada isteri nanti bila dengan perempuan pun kamu layan macam lelaki!" Marah si mak datin. Aku terkebil melihat ke arah Hairul. Mahu saja aku tergelak dia dimarah begitu. Tak sangka pula mak datin ni bela aku. Hhuhu.. tak sia-sia jadi perempuan.

"Ah! Kamu pun Syaz! Kamu ni nama je maid, tapi rumah ni jangan katakan bunga, pasu pun saya tak nampak!" Eh! Aku pula yang kena. Hello mak datin, aku ni tak minat kat flora okey. Walaupun akikatnya baju kurung aku kebanyakkannya ada corak bunga. Tapi sumpah aku kata aku tak minat.

“Dah! Mama tak nak dengar bising-bising lagi!” Sebaris amaran dilontarkan ke arah aku dan Hairul. Mendengar saja amaran itu, cepatku tarik buku yang kemas digenggam Hairul dan berlalu masuk ke bilik. Sibuk je!


*****


Hari ini sudah genap 4 hari Hairul dan aku tidak bersua mahupun berbicara, lagi baki beberapa hari lagi dia akan bertunang. Aku tidak tahu hendak pasang riak wajah bagaimana. Sedih, gembira atau gelisah mahupun murung.

“Sayang..” tubuhku dipeluk dari belakang. Terkejut aku dibuatnya. Cepat aku berpaling. Namun dakapannya semakin erat hingga aku tidak sempat berpaling.

“Lepas!”

“Abang minta maaf tentang hari tu. Abang cuma terlalu emosi maafkan abang.” dia berbisik sambil meletakkan dagunya di bahuku. Aku memejamkan mata menahan rasa.

“Takpa.” Tetap sepatah aku menjawap. Berbual panjang pun buat apa bukan boleh baikkan keadaan.

“Masih marahkan abang ke?” masih lembut intonasi suaranya sambil memalingkan tubuhku. Akhirnya air mata yang cuba aku tahan terkeluar jua. Ish! Dramatis pula aku ni.

“Jangan lah nangis. Abang tahu abang dah sakitkan hati sayang. Tapi please terus percayakan abang.” Pintanya. Air mataku disekatnya menggunakan hujung jari telunjuk. Kemudian aku jatuh ke dalam pelukannya.

“Nanti mama nampak.” Mendatar aku melarang perlakuannya.

“Dalam bilik sayang pun ada cctv ke?” Guraunya. Aku tersenyum kelat. Buat lawak bodoh konon.

“Malam ni tidur bilik abang ya. Abang rindu dengan baby.” Dia membelai perutku. Kalau ikutkan rasa hati aku nak sangat tumbuk muka dia. Tapi oleh kerana dia suami aku jadi terpaksa saja aku tahan.

“Awak..”

“Hmm..” mataku ditentang kusyuk.

“Kita..” Sambil memintal-mintal jariku.


“Kenapa ni? Marahkan abang lagi ke?” Daguku dicuitnya. Alahai romantiknya laki aku ni.

“Bukan, minggu lepas saya ada check baby. Kita dapat baby boy.” Luahku perlahan. Tunduk. Dalam hati dah dup dap dup macam debaran menunggu hari merdeka.

“What? Seriously on.. no no no..” Dia seolah-olah tidak percaya. Aku mengangkat wajah. Bingung dengan perangainya. Suka atau tidak? Itu menjadi persoalannya. No no apa kebenda..

“Awak tak suka ke?” tanyaku perlahan.

“Gila tak suka, suka lah. Betul ke baby boy?” Bahuku dicengkam lembut olehnya. Anak matanya menitik ke dalam kolam mataku. Cepatku mengangguk tanpaku sedar laju saja aku diangkat olehnya lalu keluar ke ruang tamu sambil menjerit-jerit.

“ Mama!” Jeritnya. Membulat mataku. Mati kalau ibunya dengar tak ke sia-sia je lakonan aku dan dia selama ni.

“ Eh! Budak ni jerit-jerit macam monyet!” Marah ibu mertuaku. Aku sudah cemas tahap gaban. Cepat Hairul melepaskan aku lalu memeluk ibunya.

“Mom! Tak lama lagi mama bertambahlah lagi bilangan lelaki dalam keluarga kita.” Ujurnya keriangan. Apa lagaknya mamat ni! Reaksinya macam baru first time tahu aku mengandung je.

“ Bilangan lelaki? ” Soal si ibu. Dengan yakin lagi Hairul mengangguk. Aku pula yang macam nak gila. Takut tak bertempat.

“ Betul ke Hairul?” si ibu juga riang sama. Makin lah aku bertambah bingung.

“Iya Mama.”

“Serius?” cepat si ibu memeluk aku. Kaku saja aku dengan sendiwara ini.

“Congrat sis..” Ucap si Amanda. Ah! yang ni yang aku terngangga ni.

“Sis? And datin tak marah?” aku semakin bingung.

“ Kenapa pula saya nak marah kat awak?”

“Saya? Hairul..”

“Mama dah tahu dah. Ni anak betuah ni punya rancangan!” Si datin menolak bahu Hairul yang hanya tersengih saja. Patutlah dia relax saja bila diumumkan pasal tunang tu. Memang nak kena belasah lepas ni. Tak pasal-pasal aku dapat penampar free beberapa hari lepas rupanya hanya sendiwara saja. Tunggu kau Hairul, buat lawak bodoh kau ya! Nanti!

“Macam mana dengan pertunangan..”

“Ish! Gila abang nak kawin dengan adik abang yang senget ni.” kepala Amanda ditolaknya.

“Apa abang ni!” Rungut Amanda. Rambutnya yang sedikit kusut akibat disekeh Hairul segera dirapikan. Lalu satu jelingan dilemparkan ke arah Hairul.

“Adik?”

“Kita orang adik-beradik lah Syaz.” Kini giliran Ikmal pula yang menyampuk. Aku mengeluh. Cepat aku hadiahkan hairul renungan tajam. Dia menyusun sepuluh jari sambil buat muka gwiyomi tak jadi! Ish.. geramnya!

“Hairul dah ceritakan semuanya pada mama, minta maaf sebab tak dapat hadir majlis nikah kamu berdua.”

Bahuku diganding erat oleh ibu mertuaku. Aku ketip bibir. Hairul sudah ceritakan segalanya? Adakah ceritanya sama dengan peristiwa yang kami alami. Aku memejam mata. Air liurku teguk. Sesudah itu baru aku menjawap.

“Tak apa.” Jawapku ringkas.

“Kasihan kamu berdua, nikah biasa-biasa saja. Tak apa, nanti bila papa Hairul dah balik dari Australia kita buat majlis besar-besaran ya.”

“ Ala.. tak payah lah mama. Lagi pun malu lah nak naik pelamin dah ada baby macam ni.” Larangku.

“Nak malu apa, kamu berdua bukannya kena tangkap basah. Kahwin korang halal. Nak malu kenapa?” Seperti yang sudahku jangka. Hairul tidak menceritakan hal sebenar kepada ibunya. Ah! Bagaimana kalau ibunya mendapat tahu hal sebenar? Iya, peristiwa sebenar antara aku dan Hairul. Mahukah dia menerima aku seperti sekarang.

“Terpulanglah mama.” Jawapku dengan senyuman kelat.

“Kamu tahu tak syaz, mama gembira sangat bila nampak Hairul gembira. Mama berterima kasih sangat dengan kamu.” Tubuhku segera dipeluk. Membuatkan aku terpinga-pinga kehairanan.

“Apa maksud mama?” Tanyaku. Bila pelukan dilepaskan

“Hairul pernah bertunang dulu, tapi perempuan tu tinggalkan dia masa majlis pertunangan. Sejak hari tu, Hairul menyendiri kat rumah ni. Mama upah mak Minah untuk tolong jaga kan Hairul. Terima kasih sebab kembalikan anak mama yang dulu.” Sekali lagi tubuhku dipeluknya. Aku hanya berdiam diri. Bertunang? Tapi kenapa Hairul tidak pernah menceritakan mengenai cerita itu. Adakah gambar yang aku lihat dulu adalah gambar dia dan tunangnya. Tiba-tiba hatiku dibakar perasaan ingin tahu bercampur dengan rasa cemburu.

“Mama tak nak tinggal lagi lama ke kat sini?” Suara Hairul kedengaran sayu. Aku menjelingnya. Rasa sakit hati dipermainkan masih lagi hangat membara. Ibu mertuaku melepaskan gandingannya lalu menghampiri Hairul?

“Mama nak juga tinggal lama kat sini Rul. Tapi mama sibuk sikit, tahu lah ayah kau tu buka cawangan sana sini. Nasib anak mama ramai, kalau harapkan kamu dengan Ikmal alamat tutup lah semua cawangan lain tu.” Beg yang tadi diangkat Hairul dicapainya. Hairul hanya garu kepala.

“Tu budak Manda tu, dia kan ada. Asyik nak meliar je. Daripada menghabiskan duit baik suruh kerja!” Amanda yang sedang menilik iphone berpaling.

“Sibuk!” Sesudah itu satu jeling dilemparkan ke arah Hairul.

“Budak betuah tu! Kamu nak tengok syarikat tu jadi pusat beli-belah. Tak payah lah Hairul. Nanti bila Azahari dah habis belajar, cawangan tu mama bagi dia handle. Okey lah mama balik dulu. Jaga isteri kamu tu baik-baik. Jangan kamu nak sakitkan hati dia. Kalau mama dapat tahu siap Hairul!” Satu amaran keluar dari mulut ibu mertuaku. Cepat Hairul membuang pandangan ke arahku berserta senyuman sinis. Gila! Gumanku. Tapi cuba dalam hati.

“Ah! Ingat tu bang, jangan nak gatal sangat.” sindir Amanda. Bahu Hairul dicuitnya sebelum mencapai beg pakaian di sisi Hairul.

“Sibuk!” Balas Hairul.

“Mama betul tak nak Rul hantarkan ke?”

“Tak apalah, Amanda ada. Kamu jaga je isteri kamu tu.” tegah si ibu. Aku masih lagi buat muka menyampah. Hairul hanya tersengih-sengih saja memandang ke arahku. Apa yang disengihnya, suka sangat ya! Kejap! Tunggu nanti! Piat-piat sampai putus telinga tu! Aku menghadiahkan Hairul jelingan. Sakit hati!

“Orang adalah! Tak payah sibuk-sibuk. Jaga je bini tu!” Bebel Amanda sebelum tenggelam masuk ke dalam perut kereta. Bila kereta milik Amanda sudah keluar dari perkarangan rumah kami, cepat Hairul melirik aku.

“Sayang..” Suara merenggek Hairul mendapat jelingku. Cepat aku atur langkah naik ke tingkat atas. Aku nak mogok! Nak protes! Nak merajuk! Cepat dia mengejar langkahku.

“Tunggulah sayang.” pintanya. Cepat aku berlari lalu menutup pintu.

“Sayangg.. buka lah. Abang minta maaf.” renggeknya. Aku menutup telinga. Buat-buat tidak dengar. Nak sangat cari pasal dengan aku kan. Ah! Tanggunglah sendiri. Aku melabuhkan punggungku atas katil. Biar kering kau kat luar. Padan muka!

“Tolong!! Sayang, cicak nak gigit abang!” Hairul menjerit cemas. Aku tidak memedulikannya. Nak buat drama lah tu. Sorry!

“Sayang..” Tiba-tiba suara Hairul bertukar intonasi. Cemas dan kedengaran seperti betul-betul kesakitan. Dengan tidak rela aku keluar juga.

“Ah! Padan dengan muka. Kali ni tipu lagi!”

“Tak nak tolong abang tak apa! Biar abang mati kat sini!” Alahai drama sangat. Kena gigit cicak je pun. Bukan kena gigit harimau! Mengada je lebih!

“Ish! Kat mana sakitnya.” Aku mencapai tangan Hairul lalu membelek-beleknya.

“Sayang juga kat abang ya.” Mataku ditatapnya.

“Kata sakit! Kat mana sakitnya!” Marahku. Masih lagi tak puas hati. Time ni juga cicak tu nak mengigit. Gatal punya cicak. Tau tak engkau wahai cicak! Engkau dah ganggu timer aku nak merajuk. Tak guna! Rosak program aku!

“Kat sini. Aduuduhh..” dia menunjukkan tempat yang kononnya sakit itu.

“Jep, saya ambik minyak.” Aku meninggalkan dia. Lalu masuk semula ke dalam bilik. Tapi kalau difikir-fikirkan semula. Adakah cicak gigit manusia? Cicak apa? Cicak tokek? Memang dasar Hairul! Ada saja akal dia nak kenakan aku. Ingat dia je pandai kenakan orang. Ni Syazana okey. Bab mengenakan orang ni memang kebolehan aku.

“Sayang jumpa tak ubat tu? Abang dah tak boleh tahan dah ni!” Dah tak tahan! Hebat sangat lakonan kau ya wak doyok. Kena gigit cicak konon! Bravo.

“ Kena gigit apa tadi?” Geram saja nada bual bicaraku. Gigi sudah berketup rapat. Menahan rasa. Namun si wak doyok ni masih lagi nak berlakon.

“Kena gigit cicaklah sayang! kenapa banyak tanya sangat ni!”

“Oh!! Cicak ya, ni ubatnya.” Pantas lengan Hairul aku hadiahkan cubitan beracun.

“Kenapa dengan sayang ni! Sakit tau lengan abang, ingat tangan abang ni kuih ke! Nak cubit-cubit dulu baru makan? Suaranya seakan merajuk. Aku tetap tak puas hati. Kalau boleh nak je aku cubit lengannya tu sampai tercabut kulitnya. Baru aku puas.

“Awak ingat saya ni bodoh macam panda ke? Ingat cicak tu boleh mengigit! Benci dengan awak!” Marahku. Berpeluk tubuh. Terburai tawa Hairul, menambah rasa sakit di dalam hati. Enaknya kau ketawa ya wak doyok! Merajuk.

“Mana ada sayang bencikan abang?”

“Orang benci lah!” Cepat aku berdalih.

“Ya ke? Buktinya?”

“Saya tak ada bukti! Apa pula nak main bukti-bukti ni. Macam C.S.I je! Macam je awak ada bukti kenapa saya tak bencikan awak!”

“Senang je sayang oi.. Kalau sayang bencikan abang, kenapa sayang masih kat sini?” jawapnya. Okey! Nak sangat aku mogok! Aku mogok! Segera aku angkat kaki. Buat muka sombong.

“Ala sayang, abang main-main je.” tanganku segera dipautnya. Cepat aku memalingkan wajah melihat tempat lain.

“Sayang..”

“Awak jahat tau! Saja nak main-main kan saya! Ish!ish!” Puasku pukul geram badannya, tak puas hati. Kalau bolehku sepak, aku sepak badannya.

“Sayang, sayang jangan bergerak sangat nanti baby pening.” Dia menahan tubuhku dari terus bergerak aktif memukulnya.

“Biar! Baby pun benci kat abang!” jawapku lalu berpeluk tubuh membelakanginya.

“Abang?” Dia mengulang kata-kataku.

“ Yalah! Benci kat abang!”

“Ni yang makin sayang kat sayang ni. Semenjak kita kawin, ni lah firstime sayang panggil abang.” Aku dipeluk dari belakang. Dagunya hinggap di bahuku.

“Ish! Gedik!” Aku tarik muka lalu naik ke atas katil dan terus menarik selimut lalu menyelimuti seluruh badanku.

“Ala.. sorry lah. Sorry.. sorry.. sorry..” Renggeknya. Rimas! Cepat aku bangun dan terus mencubit dadanya.

“Sakitlah sayang..” dia memonyokkan muka lalu bekas cubitanku diurut dengan wajah kesal.

“Padan muka! Kalau buat lagi karate leher abang!” Aku membagi amaran.

“Janji” dia mengangkat tangannya macam sedang berikrar. Aku menjeling lalu kembali ke pembaringan.

“Awal tidur.”

“Diam lah!”


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku