Mrs.maidku
Bab 24
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(13 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
17913

Bacaan






Azan subuh mengejutkan aku dari terus lena, perlahan-lahan aku membuka mata. Aku lihat Hairul sudah hilang entah ke mana. Bunyi deraian air membunuh kehairananku. Ya! Aku pasti Hairul sedang mengambil wuduk. Tapi mengapa tidak mengejutkan aku? Pintu tandas dikuap, pantas aku kembali berbaring. Mata aku pejamkan. Pura-pura tidur.

“Hmm.. isteri aku ni dah sampai kat Amerika agaknya.” Keluh Hairul. Aku tersenyum. Bahuku digoncang perlahan. Kedengaran lembut suara Hairul menyapa cuping telingaku.

“Syaz, bangun sayang.” Aku berpura-pura bangun lalu mengeliat. Hairul hanya geleng kepala memerhatikan lagakku.

“ Dah siap?” Aku bertanya. Hairul hanya mengangguk. Malas betul dia hendak membuka mulutnya.

“Abang siap lah dulu, Syaz nak ambil wuduk.” Pintaku. Sekali saja aku mengarah, Hairul sudah berangkat menurut.

Usai saja aku dan Hairul solat subuh berjemaah. Hairul sudah menghilangkan diri. Puasku cari kelibatnya. Beberapa minit berlalu, Hairul masuk dengan lengkap berpakaian kemas. Aku menoleh ke arahnya. Hairan.

“Abang nak pergi mana?”

“Abang ada meeting awal kat Semporna hari ni. Kena lah siap awal, takut traffik jam pula” keluhnya. Rambut yang serabut disisir kemas.

“Kejap, Syaz nak ikut.” Cepat aku melipat sejadah lalu menarik tuala di tempat letak sejadah.

“Nak pergi mana?” Tanya Hairul. Bukan main hairan lagi nada bual bicaranya.

“Kerja” jawapku ringkas.

“Tak payah. Mulai hari ni, sayang tak payah kerja lagi. Biar abang je kerja.” dia menghampiriku. Tuala yang bersangkut di bahuku dicapai lalu disidai kembali.

“Tapi..”

“Shuss” Larangnya. Aku buat muka monyok. Cepat aku berbaring lalu menarik selimut dan menyelimuti seluruh tubuhku. Merajuk!

“Merajuk je kerja isteri abang ni.” Sindirnya.

“Tak nak salam abang ke?” dia menghampiriku. Cepat aku membuka selimut lalu menyalam tangannya. Sesudah itu kembali menutup seluruh badanku.

“Nanti abang pujuk ya sayang.” Nadanya masih lagi kedengaran sinis. Lalu keluar dari bilik itu.

*****


Aku memesat-mesat mataku, jam dindingku jeling. What! Baru jam 9 pagi. Ah! Kalau nak melepak kat ruang tamu sambil layan televisyen pun, sah-sah mamat gila tu ada sama. Apalah yang dibuatnya di rumah ni? kenapa lah tak berambus dengan ibunya sekali kelmarin. Menyusahkan betullah!

Nasib saja aku dan si pengarang jantung suami tercinta dah solat berjemaah tadi subuh. Kalau tak, kompom aku dapat dosa free of cas. Ini semua salah si suami lah ni! Boleh pula dia tak suruh aku kerja. Eh! Apa aku nak buat kat rumah ni? Menghadap muka si jebon Ikmal tu je sepanjang hari? Ish.. tak kuasa aku.

Aku mengaru kepala yang tidak gatal, bingung tahan gaban. Kalau aku turun ke tingkat bawa bermaksud aku akan berjumpa dengan jebon Ikmal tu. Ish! Menyakitkan hati aku betul. Saja je nak mendabit-dabit perasaan aku. Tapi sorry to say aku nak layan dia macam dulu. Poraa..

Aku turun dengan mata tertinjau-tinjau, mencari kelibat si jebon tu. Tapi tak pula aku temui. Ah! Ada aku kisah, dah kira okey dia tak ada. Daripada ada, menyemak biji mata aku je. Haha.. Aku rasa bagai dunia aku yang punya, seorang dan menyendiri. Wah! Let make some breakfirst lah.

Kakiku pantas menuju ke dapur. Peti sejukku buka. Rasanya pagi ni baby dalam perut ni dah list yang dia nak makan telur campur. Slurpp.. Teringat pula lagu Emy Mastura, “ hebat-hebat rasa, Maggi cukup rasa. Hahahha”

“Awak” terkam satu suara.

“Ahh!” Jeritku. Terperanjat. Baru padan dengan mukanya datang lagi tak bagi salam, kan dah kena baling dengan telur. Padan muka! Kalau aku baling dengan botol mayornis lady choise tu lagi padan dengan dia.

“Awak ni kenapa?” Marahnya. Aku membulatkan mata. Berani dia tanya soalan 100% markah macam tu. Kecil besar kecil besar je aku tengok mamat ni. Rasa nak menampar 180 kali pun ada. Sabar Syaz.

“Kau tu yang kenapa! Datang mengejut! Bagi lah salam!” Balasku tidak puas hati. Pandai cari pasal pandai pula nak menyalahkan orang. Dahsyat sangat!

“Iya pun awak ingatkan adik saya, janganlah sampai nak main dengan telur!” jawapnya sambil melap wajahnya. Eh! Lain macam je bunyi ayat mamat ni! Berani dia otak kuning depan aku! Memang nak kena bantai agaknya mamat ni.

“Gila lah kau ni! Tepi! Hilang selera aku!” Rungutku lalu pantas keluar dari dapur itu. Fed up aku melihat wajahnya.

“Awak! Awak!” Panggilnya. Aku tidak peduli. Berpaling pun aku tidak sudi. Baru saja aku berniat nak berbaik-baik dengannya tapi belum sempat Allah kabulkan niat aku tu dia dah mula nak berperang balik. Memang dasar Ikmal!

“Awak kejap lah.” Tanganku dipautnya. Fulamak! Mamat ni naik minyak nampak. Saja je nak buat aku burn satu badan.

“Eh! Lepaslah!” Aku menarik tanganku. Enak saja dia nak gemggam-gemggam tangan aku! Bantai kang!

“I nak tanya you sikit.”

“Tanya apa!”

“You ingat I tak tahu cerita you dengan Hairul sebelum you kahwin.” Dia membuat muka durjananya. Mampus! Ni bala apa pula ni?

“Apa yang you tahu! Dah lah I malas nak layan you. Tepi!” Aku menolak tubuhnya. Sedaya untuk menjauh. Kalau aku makin dekat dengannya makin tidak tertahan debaran menanti ayat seterusnya.

“Kenapa? Awak takut rahsia awak dengan Hairul terbongkar.” Walaupun kakiku sudah mencecah anak tangga yang kedua. Aku masih boleh mendengar suaranya. Aku telan air liur. Ya Allah semoga saja apa yang bakal Ikmal perkatakan tidak ada kena-mengena dengan peristiwa hitam aku dan Hairul. Aku tidak berpaling. Cuba untuk berlagak selamba dengan meneruskan langkah kakiku.

“Entah-entah anak dalam perut tu..” aku segera berpaling Mata sudah membulat menunggu ayat yang seterusnya.

“Apa? Anak haram!” Pantas aku menyuarakan jawapan. Kalau dia hendak memburukkan aku atau Hairul aku tidak kisah. Tapi jika bersangkut-paut dengan anak dalam kandungan ni, itu bermaksud dia sedang menempah 7 helai kain kafan.

“Saya tak nak cakap, tapi you dah mention sendiri. That mean betullah ya apa-apa pun boleh jadi bila 1 orang lelaki dan 1 orang perempuan tanpa ikatan, bujang pula tu tinggal satu rumah.. awak rasa apa akan jadi?” Dia menghampiriku. Titik noktah anak matanya jatuh tepat ke dasar mataku. Dadaku sudah berombak gelora. Kalau aku tak ingat aku mengandung dah aku sepak muka dia ni.

“Kenapa diam? Atau you tahu answer tapi takut nak jelaskan?” Dia terus menekan aku untuk terus berbicara. Tidak! Sama sekali tidak. Aku tidak mahu tekaannya semakin tepat. Aku harus membuatkan tekaannya melesit. Ya Allah apa harus aku lakukan?

“Ik! I tak nak bergaduh dengan you. Please! I tekankan perkataan please!! Please jangan ganggu aku lagi.” Akhirnya aku tewas. Air mataku berderai jua. Walaupun aku sudah berjanji aku tidak akan menangis apa-apa pun soal lelaki bernama Ikmal.

“I tak ganggu you, tapi hubungan you dengan Hairul yang ganggu I!” Ikmal semakin hampir, aku hanya menundukkan kepala.

“Ikmal! I tegaskan kat you jangan ganggu I lagi! Hormat sikit, I ni adik ipar you! Dalam tunduk aku bersuara tegas.” Tiba-tiba meletus gelaknya.

“ Siapa cakap? You boleh kata I abang ipar you, tapi bagi I you masih kekasih I.”

“Ik!” Aku sudah separuh merayu.

“I tak tahu bila, di mana dan bagaimana you dengan Hairul kenal itu I tak mau tahu. Yang penting sekarang I tahu rahsia you. Dan bila mama tahu rahsia diantara anak kesayangan dia dengan bini kesayangan anak dia, ada sejarah hitam. I will very sure mama takkan terima you. Dan ada kemungkinan besar, mama akan pisahkan korang.” Ugutnya panjang lebar. Gelora di hatiku semakin bertambah tak keruan. Ya Allah, berilah aku sedikit kekuatan.

“Ikmal, I memang pernah cintakan you. Dan sampai sekarang pun rasa tu masih ada. Tapi setelah apa yang you buat kat I, dengan beraninya you kata you masih cintakan I? You tahukan sakitnya bukan setahun Ik, tapi 6 tahun Ik dan selepas you pergi tinggalkan kampung masa tu, I dah tak tahu nak buat apa. I tunggu dan tunggu tapi you langsung tak datang semula. Dan sekarang, you berdiri depan I dan nak hancurkan sekali lagi hati I ? You ni memang orang yang tak tahu malu kan Ikmal! ” Aku tentang matanya. Segala rahsia hati yang sudah lama bersarang aku keluarkan semua.

“Syaz, I bukan tinggalkan you, I terpaksa.”

“Terpaksa! Dengan menyatakan yang you dah ada orang lain? Ik! Kita tamatkan semua cerita yang pernah ada antara kita berdua. Dan aku pasti kau akan jumpa perempuan yang lagi baik daripada aku. Please.” Aku cuba mencari kelembutan dan kefahaman darinya.

“No! you senang cakap macam tu sebab you tak tahu apa erti cinta yang sebenarnya. I cintakan you. Please, give me one more chance.” Dia masih lagi berdegil

“Chance? Awak cakap pasal peluang ke? Selama 6 tahun Ikmal, selama itu lah peluang awak sentiasa terbuka luas. Tapi jangan kata nak datang jenguk, tanya khabar pun awak tak pernah nak buat! Dan sekarang you bercakap pasal peluang? You nak I gelak ke Ikmal?”

“Syaz, I tahu ianya kedengaran lawak pada awak, tapi tidak pada I. Please terima I balik. I tak kisah however you dengan baby Hairul I..”

“Stop! You dah lancang berbicara Ikmal! Baby dalam perut ni hasil percintaan suci aku dengan adik kau. Apa pun yang kau nak nafikan budak ni halal. Biar pun masa tu aku bencikan adik kau dan berharap kau datang untuk selamatkan maruah aku, but you do it again! Kau selalu nak buat aku tertunggu. Dan kalau kau nak tahu dengan Hairul baru aku faham erti cinta. If you still nak beritahu mama pasal kisah aku dengan Hairul terserah, I tak kisah. Asal you tahu, I pasti Hairul takkan pernah nak maafkan you!” Aku meninggalkan dia dengan api amarah yang sedang membara. Aku tinggalkan dengan seribu penjelasan yang sudah cukup untuk difahami. Semoga sahaja dia sedar dengan apa yang telah aku beritahu tadi.

Lelaki gila! Frust! Dengan beraninya dia kata dia cintakan aku! Setelah dia buat aku macam tak ada perasaan dan alasannya konon dia terpaksa! Apa yang buat dia terpaksa? Ah! Buat apa aku nak peningkan kepala memikirkan kata-katanya. Kalau pun dia terlintas untuk memberitahu kisah sebenar diantara aku dan Hairul kepada ibu mertuaku, aku tak kisah. Kerna aku pasti Hairul takkan pernah maafkan dia.


*****


Pulang saja Hairul dari tempat kerja, aku segera mendapatkan dia. Aku sudah mengatur rancana. Kau tak nak keluar dari rumah nikan Ikmal. Okey takpa biar aku je yang mengalah. Moga-moga je suami tercinta ni dapat menbantu. Kalau tak sia-sia je aku berperang berperah otak nak memikirkan seribu satu cara.

“Abang.” panggilku perlahan. Hairul yang sedang menutup matanya perlahan membuka mata. Kesian penat benar agaknya.

“Hmm..”

“Boleh tak Syaz minta satu permintaan?” Aku duduk di sisinya.

“Apa dia?” Dia berpaling memandang ke arahku. Memberi sepenuh perhatian.

“Boleh tak kalau Syaz nak sambung kerja esok?” Aku mencapai tangannya lalu aku pintal-pintal. Ternaik keningnya melihat aku.

“Kerja? Dengan baby? Eh! Abang tak benarkan. Dah lah abang ni jarang-jarang kat office nanti siapa pula nak tolong tengok-tengokkan sayang kalau jadi apa-apa yang berlaku” Baru aku buka tajuk dia sudah melarang. Ini yang buat otak aku block tak boleh nak fikir ni. Ish! Tak boleh jadi ni. Pujuk juga!

“Ala Ira kan ada.. Lagipun bosan lah duduk rumah je. Dah lah tak ada teman, awak pula asyik balik lambat. Orang bored tak ada kawan nak berborak!” Aku memuncungkan bibir. Saja nak tunjuk comel. Kalau tak menjadi alamatnya aku tarik selimut merajuk satu malam.

“No! Abang bukan tak nak sayang kerja. Lagipun semua staf tak tahu yang sayang dah kahwin. Perut dah boyot, kalau dorang tanya kahwin dengan siapa, apa, itu, ini, sayang nak jawap apa?

“Jawap je lah apa-apa..”

“Tak boleh!” Dia tetap bertegas melarangku.

“Ala.. Hari tu okey je pun!” Wajahku sudah cemberut.

“Nope.” Aku melepaskan tangannya lalu berpeluk tubuh. Pura-pura merajuk.

“Sayang janganlah macam ni, penatlah nak pujuk hari-hari. Tadi subuh punya merajuk pun abang belum pujuk lagi. Sayang.. “ Dia sudah buat suara manja. Mahu saja aku gelak. Tapi kena tahankan ego. Aku masih lagi seperti tadi, berpeluk tubuh dan buat muka kesat.

“Okey lah. Macam ni, sayang boleh kerja tapi bila perut tu dah makin memboyot sayang ambil cuti.” yes! Akhirnya mengalah juga suami tercinta. Ini Syaz lah, kalau bab pujuk-memujuk ni aku angkatlah. Bukan lah nak isi troli sorong sendiri tapi dah kenyataan apa nak buat. Hihi

“Sayang kat awak.” Aku piat manja hidungnya. Dia hanya geleng kepala saja melihat kerenahku.

“Sayangg..” Renggeknya. Dah, dah mula dah miang dia tu.

“Apa?

“Hmm..”

“Apa hmm?”

“Abang nak tengok bola dengan abang Ik kejap boleh? Abang janji bila dah habis nanti abang cepat-cepat masuk tidur.”

“ Bola lagi! Orang tak setuju. Baby kata nak tidur dengan ayah dia.” aku memuncungkan bibir.

“Baby ke atau ibu dia?” Sinis renungannya. Membahang saja wajahku.

“Baby lah!” Pantas aku nafikan. Padahal dalam hati memang aku tak nak Hairul bergaul rapat dengan si Ikmal tu, Nanti entah apa-apa story silam aku dia nak ceritakan pada Hairul. Mamat red indian tu bukan boleh percaya sangat.

“Pergi mandi dulu!”

“Okey sayang, sayang kat sayang.” Dia mencium pipiku lalu masuk ke dalam kamar mandi. Menggeleng saja aku melihat ke arahnya. Manja sangat!

Aku mengeluh, kalau hendak tidur awal pun biji mata ni belum lagi nak off kan suis. Aku mencapai remode televisyen di atas meja solek. Nasib saja bilik suami aku ni ada televisyen tak payah lah aku nak melingkup sama tengok bola dengan si pendusta tu.

“Sayang!”

“Ahh!” Jeritku. Terperanjat. Cepat aku berpaling dengan wajah menyinga. Saja je nak cari pasal. Bantai kang!

“Apa hal jerit!” Marahku. Amboi! Kemain suka pula dia senyum macam cantik saja senyumannya itu.

“Saja, mengelamun apa?” Dia mengambil tempat di sisiku. Aku memuncungkan bibir. Mengelamun? Bila pula aku mengelamun? Pandai saja nak meneka.

“Mengelamun? Tak adalah.” Nafiku.

“Sayang, ambilkan abang tuala.” Pintanya. Alahai suamiku. Dia keluar untuk minta tuala je. Tuala pun nak minta orang ambil. Mengada lebih!

“Ambil lah sendiri, kan dah ada kat luar ni”

“Tolonglah.” Renggeknya.

“Letak kat mana?” Dengan malas aku mengangkat punggung.

“Hai, rumah sendiri pun tak tahu kat mana?” Sindirnya. Aku bercekik pinggang. Perli pula.

“ Saya dah lama tak duduk sini, lebih-lebih lagi beberapa hari lepas jadi maid awak. Kena suruh tidur kat bilik orang gaji pula tu! Mana lah tahu dalam masa tu awak ada letak tempat lain.” Sindirku.

“Perli abang ke sayang?”

“Dah. Simpan muka berok tu, letak kat mana tuala tu?”

“Kat penyedai sejadah tu?”

“Tak ada pun.”

“ Aik. Tak ada? Ala.. Abang Ik pinjam kelmarin. Lupa nak bagi dia yang extra. Sayang tolong minta kat abang Ik jep.” Pintanya. Membulat mataku. Banyak cantik muka dia nak suruh aku jumpa dengan tongkang tu. Kirim salam.

“Malas lah. Ah! Abang pakai ni je lah.”

“ kot iya pun bagi lah kain pelikat. Ni kain batik sayang.” Komennya. Mamat ni cerewet betul.

“Pakai je lah! Banyak pula songeh dia.” Aku menolak perlahan tubuhnya masuk ke dalam kamar mandi. Malu konon, dah kahwin baru nak malu. Poraa.


*****


Aku tergelak kecil bila mendengar Hairul menyanyi riang di dalam tandas. Minat karaoke jamban rupanya laki aku ni. Rasa ingin ketawa tergolek-golek saja bila mengenangkan spekulasi yang aku reka sendiri.

Aku memanyunkan bibirku. Teringat pula buku yang makcik Jebon beri hari tu. Ligat tanganku membuka laci lalu mencapai buku berwarna biru itu. Tersungging bibirku membaca title buku itu. ‘BUKU PERANCANGAN SALMI’, membaca tajuknya saja membuatkan aku bertambah meminatinya. Tak pernah dibuat orang berguru dengan musuh sendiri. Haha. Tapi aku dah maafkan makcik Jebon. Aku dah anggap dia macam keluarga aku juga.

“Pantang selepas bersalin? Merepeklah makcik jebon ni. Baby aku baru berapa bulan. Yang dia dah ready bagi buku pantang selepas bersalin dah kenapa? Orang bagi lah buku pantang semasa hamil. Pelik! Tak apalah, boleh timbah ilmu awal-awal”

“Baca buku apa sayang?” Terbeliak mataku mendengar pertanyaan Hairul. Dia menghampiriku sambil melap rambutnya. Pantas aku menyorokkan buku itu dibawa bantal.

“Buku? Buku apa? Mana ada orang baca buku.” Dalihku. Dalam hati sudah dup dap dup dap. Kantoi!

“Umur abang baru 28 sayang. Belum nyanyuk belum lagi nak rabun. Abang nampak sayang pegang buku tadi.” Dia melabuhkan punggungnya di sisiku. Aku mengigit hujung bibir bawa.

“Hmm.. bu.bu ..”

“Bu.. bu apa?”

“Eh! Cepatlah pergi siap nanti abang Ikmal tunggu lah.” Aku menolak tubuhnya.

“Ah! Jumpa pun.” Cepat dia menarik buku itu. Aku jadi tidak keruan.

“Bagi balik.” Melompat-lompat aku cuba mendapatkan buku itu.

“Ni buku hari tukan?” senyumannya sudah lebar. Aku pula jadi tak menentu. Malu lah bila dia gelakkan aku sebab belajar jadi ibu guna buku! Aku harus cepat mencari akal. Iya idea! Aku perlukan idea.

“Aduh! Aduh! Abang, perut saya sakit.” Bohongku. Buku itu dilemparnya entah ke mana, kemudian cepat memaut tubuhku.

“Sayang! Kan abang dah cakap jangan banyak bergerak! Tengok sekarang apa dah jadi, degil betullah!” Marahnya. Wajahnya kelihatan begitu cemas. Rasa ingin tergelak saja aku melihat reaksi wajahnya saat itu. Sayang juga kat aku ya. Bisikku perlahan.

“ Dah kenapa Senyum-senyum! Suka tengok abang cemas macam ni.” Dia masih lagi dalam mode cemas.

“Suka..” Perlahan aku menyuarakan jawapan. Hidung mancungnya aku picit manja.

“Dapat!” Jeritku. Sedaya upaya bangun dari pelukannya.

“Main-mainkan abang ya!” Dia mengejarku. Laju aku membuka pintu. Membulat mataku saat pintu sudah terbuka luas. Ikmal! Bayang lelaki itu memaku kakiku dari melangkah keluar.

“Dapat.” Tubuhku segera dipeluk Hairul. Wajah Ikmal tiba-tiba bertukar tegang.

“Maaf abang ganggu.” Aku buat muka menyampah. Dah menganggu baru nak minta maaf. Sibuk je!

“ Tak adalah, Bola dah start ke?” Pelukan Hairul masih kemas melingkar di pinggangku. Aku pula hanya kaku menjadi sempadan kepada mereka.

“Dah.” Jawap Ikmal sepatah. Mata tak lari dari melihat aku. Wajah jelas sekali tidak puas hati.

“Okey. Abang turun lah dulu. Nanti saya menyusul.” Pinta Hairul. Sesudah itu pintu ditutupnya.

“Nakal sangat! Tidur.” Arahnya. Terngangga aku. Tidur? Awal lagi kot nak tidur. Main arah-arah nampak, ingat aku ni budak tadika ke apa?

“Abang..” tangannya aku paut.

“Kenapa ni?”

“Tak payah lah tengok bola.” Pujukku. Entah mengapa melihat reaksi Ikmal tadi membuatkan aku semakin tidak yakin mahu membiarkan Hairul bergaul dengannya.

“Mana boleh macam tu sayang. Abang dah janji kat abang Ikmal, kasihan abang Ik dah tunggu lama.” pipiku dicubit lembut. Aku memuncungkan bibir. Cepat aku berbaring lalu menyelimuti seluruh tubuh. Harap dengan aku berpura-pura merajuk dia akan membatalkan niatnya.

“Merajuk lagi lah tu. Lepas tengok bola abang pujuk ya sayang.” Beritahunya. Aku mendengus marah. Degil betullah suami aku ni! Nanti kalau ada padah menimpa jangan nak salahkan aku seorang.


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku