Mrs.maidku
Bab 25
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(8 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12481

Bacaan






Perlahan-lahan pintu kereta aku buka. Wajah bagai singa kelaparan itu membuatkan perutku serta-merta menjadi kecut. Dah kenapa buat muka macam singa tak jumpa daging seminggu. Habislah aku kali ni.

Belum sempat sebelah kakiku melangkah masuk, kereta Hairul sudah berdezum keluar ke labuh raya utama. Kelam kabut aku menutup pintu. Mahu juga aku marah tapi bila melihat wajahnya membuatkan aku membatalkan saja niatku itu. Nanti tak pasal-pasal kena pelempang free.

Sepanjang perjalanan Hairul hanya memandang ke depan, Sengaja pendal minyak ditekan kuat menandakan dia marah. Hairul memandu dalam keadaan marah. 190 had lajunya aku sudah tidak menentu. Kalau ya pun marah cik suami jangan lah nak buktikan bawa laju-laju. Dari muka pun dah tahu lah. Aku semakin gelisah. Nak je aku rampas string kereta daripada membiarkan dia memandunya.

Abang, perlahan lah sikit. Aku cuba memecahkan suasana sunyi. Ni namanya nak bunuh diri. Aku belum siap lagi nak mati, lagi pun aku belum jumpa ibu bapa aku apatah lagi anak aku pun belum sempat nak lihat dunia.

Namun si suami hanya diam membisu. Kalau dah baran tu bukan ingat ada dua nyawa yang sedang ketakutan ingat diri dia je! Protesku.

Setelah beberapa jam berada di atas jalan dengan keadaan pemandu yang lagaknya seperti orang mabuk. Akhirnya sampai juga ke teratak Hairul. Segera aku melompat keluar. Cuba menenangkan perasaan yang dah gundah-gulana ini. Hairul pula sudah terlebih dulu masuk ke dalam rumah.

“Kalau tak marah, baran, kalau tak merajuk! Sepatutnya aku yang merajuk!” Gumanya. Lantas ku hayunkan kakiku melangkah masuk ke dalam rumah.

“Tu lah sebab awak nak masuk kerja sangatkan, sebab nak jumpa buah hati you tu kan!” Tiba-tiba saja Hairul melontarkan suara kesatnya. Aku membuat muka bingung, baru masuk dah kena jala dengan tuduhan sedemikian. Sah-sah dah cemburu kalau dah buat muka macam bini matyo tu kompom lah tengah cemburu.

“Awak ni! Saya takda pula kata yang saya nak masuk pejabat nak jumpa dia.” Aku membuat muka tidak senang.

“So happy je tadi borak, sampai I kat depan pun you buat buta je!”

“Awak, tolonglah sehari kalau kita tak bergaduh boleh tak. Saya dah bosan lah macam ni!” Aku memandang dia. Memang aku bosan sangat dengan sikap panas barannya itu.

“Ah!” Dia mencempakkan baju coatnya disofa ruangtamu. Lalu naik ke tingkat atas. Itu saja lah kerjanya asyik nak merajuk mengalahkan perempuan. Aku hanya mampu mengeluh saja sambil memungut coat itu.

“Tengok, betul firasat i.. hairul belum boleh jaga you sangat…” aku berpaling mendengar sindiran itu. Ah! Dia lagi. Jangan buka mulut Syaz, kau kutip je baju suami kau lepas tu bla. Tak payah kau nak kusutkan kepala kau dengan dengar mamat meroyan tu okey. Akalku berbicara.

Abang takkan pasal benda macam tu pun abang nak marah. Aku membontoti langkahnya. Namun walaupun beribu kali aku cuba berbicara dia langsung tiada mahu membuka mulut untuk menyatakan sesuatu. Babak membisu yang sedang dia lakokan semakin menjadi. Aku takut Ikmal akan gunakan situasi ini untuk mengucar-kacirkan kehidupan kami berdua.

Sampai ke bilik tidur dia terus masuk ke dalam kamar mandi dan membiarkan aku dengan perasaan serbah salah. Aku duduk diberai katil sambil mengusap perut ku. Tiada langsung idea untuk aku memujuk lagi.

                                             **********

Meja makan kelihatan begitu hambar sekali. Wajah monyok si suami masih lagi bersisa. Manakala, wajah sinis Ikmal benar-benar membuatkan aku nak saja baling piring ke arahnya. Berselera saja dia makan. Menyakitkan hati pula melihat wajah sinisnya itu. Selesai saja makan, Hairul terus saja naik ke tingkat atas. Tiada tanda-tanda dia ingin berbicara atau bersuara. Yang ada hanya mencuka saja.

“Apa yang you buat sampai muka Hairul serabut macam tu?” Ikmal memulakan bicara. Sibuk je mamat ni.

“Apa kau peduli. Cepat makan aku nak kemas, kalau tak kau cuci sendiri. Aku mengangkat piring si suami dan bekas makanku dan bekas-bekas lain lalu masuk ke dalam dapur.” Bertambah meluat aku melihat wajah Ikmal. Mati selera aku menghadap wajahnya.

Siap saja mengemas dan mencuci aku segera naik ke tingkat atas. Aku ada misi yang harus dilakukan. Ya misi mengambil hati si suami. Ini semua salah si Riz. Sekarang aku juga yang dapat susah. Tak guna punya orang. Harap muka handsome, tapi menyusahkan hidup orang. Mulutku berkumat-kamit menyalahkan encik Riz.

“Pergi mana?” Suara Ikmal membuatkan bibirku segera mengeluh.

“Apa lagi ni Ikmal!”

“Ini baru permulaan Syaz, i kenal sangat Hairul tu. Dia tak suka hak dia dikongsi. Kau akan mengalami nasib yang serupa dengan Qirana..” aku mendongah melihat wajahnya yang berdiri tiga anak tangga di hadapanku.

“Qirana..” perlahan nama itu aku sebut.

“Ya, Qirana, bekas tunang Hairul. oh suami you takda maklumkan apa-apa ke?”

“Cukup Ikmal. Aku takda masa nak dengar semua tu..” aku meneruskan langkah menaiki tangga. Walaupun hati aku membuak-buak ingin mengetahui siapa perempuan yang bernama Qirana itu. Namun entah kenapa aku berasa cemburu jika nama itu dikaitkan dengan Hairul.

“Qirana tak pernah tinggalkan Hairul, malahan dia cintakan Hairul. Tapi Hairul yang tinggalkan dia.. terkapai-kapai.” Aku segera berpaling mendengar kata-kata Ikmal.

“Bukan salah Hairul.. qirana yang tinggalkan dia di majlis pertunangan mereka..”

“Hahah.. you tahu dari mana? I abang Hairul. i ada kat majlis tu..dengan tertawa sinis dia menghampiri aku.” Pandanganya jatuh menitik ke anak mataku. Sesudah itu dia naik ke atas meninggalkan aku dengan seribu tanda tanya.

Mana yang harus aku percaya, cerita Ikmal atau cerita ibu mertuaku. Arh! Buat apa aku nak fikirkan semua tu. Bukan ada kena-mengena pun dengan hidup aku. Ini semua hanya rancangan Ikmal. Ya rancangan untuk menghancurkan hubungan aku dengan Hairul.

Pintu bilikku tutup perlahan. Si suami sudah enak berselimut di atas katil. Aku menghampirinya.

“Syaz minta maaf..” tanganyaku capai lalu ku kucup. Rasa bersalah semakin bersarang dihatiku. Wajahnya yang sedang lena itu aku sentuh. Kemudian bibirku mengukir senyuman kelat.

“Abang ada rahsia abang sendiri, Syaz tak berhak tahu. Kerana Syaz pun ada rahsia yang Syaz tak tahu macam mana nak bagitahu abang.” Tanganya ku lepaskan. Sesudah itu selimutku tarik lalu membelakangi Hairul. Walaupun tingkahku itu salah, namun aku tidak kuat untuk melihat wajahnya kerana airmata akan segera menitis mengenangkan salah yang telah aku lakukan.

                                                **********

Usai saja solat subuh, Hairul terus saja menyibukkan diri. Entah apakah yang sedang dilakukanya. Dengan perasaan yang tidak keruhan aku menghampirinya.

"Abang masih marahkan saya tak?" Tanpa menjawap pertanyanya dia terus saja masuk ke dalam kamar mandi. Aku hanya mengeluh saja melihat ke arahnya.

"Okey, kalau abang taknak syaz kerja. Syaz berhenti." Laungku. Walaupun keputusan terdesak itu menjadi pilihanku, aku terpaksa akur. Kalau dia dah merajuk mengalahkan pondan nak buat macam mana lagi.

Setelah aku menyuarakan jawapanku, Hairul keluar dari kamar mandi lalu mencapai beberapa fail dan keluar begitu saja. Langsung tidak terkutik hendak menegur aku. Aku memonyokkan muka. Asyik nak mengelak je! Desis hatiku. Meluat pun ada.

Aku mundar-mandir di dalam bilik. Sambil otakku pusing mencari idea. Bagaimana mahu menarik perhatian si suami. Rindu juga dengan laki aku tu. Nak je aku paut kakinya sambil menangis darah. Agar dia tahu betapa aku rindukan dia. Deringan telefonku mengejutkan aku.

"Mak ai, bunyi telefon aku ni kena tukar ni. Sikit lagi sakit jantung." Aku mencapai telefon yang sedang berteriak nyaring di atas meja solek. Nama Shayira yang sedang menghiasi dada skrin telefon blackberry itu mendapat senyuman dari bibirku. Dia ni tahu-tahu je bila aku ada masalah.

"Assalamualaikum Syaz..." suara riang Shayira sedikit sebanyak membuang rasa tak menentu di dalam hatiku.

"Walaikumsalam.. kau tak payahlah nak jerit sangat. Kalau pecah gegendang telinga aku macam mana!"

"'Alaa.. kau ni, bila aku je angin. Angin je mesti pasal aku. "Suara Shayira yang merenggek itu membuatkan aku hampir hendak tergelak.

"Buang keran aku nak marah kau, kenapa call ni?"

"Eleh, takkan nak call sahabat aku pun kena ada sebab.."

"Yalah, cik Ira oii.. ada apa yang boleh aku bantu?"

"Kita keluar makan nak?"

"Kenapa beras kat rumah aku dah habis?" Aku tergelak. Shayira mendengus.

"Kau kan kalau tak kenakan aku tak sahkan.. aku malas lah nak masak. Aku rindu nak makan dengan kau.." renggeknya lagi.

"Yalah-yalah. Jam berapa? Kat mana?"

"Yeahhhh.. ni yang aku sayang kau ni, kita makan kat tempat biasa.." sorak riang Shayira.

"Tempat biasa? Kat Centrel point? Nasi ayam bawa tangga tu?"

"Yup, kat sana je bajet.. hahaha..."

"Okey2.. ambik aku ya."

"Aik? Laki kau kan ada?" Aku telan airliur mendengar kata-kata Shayira.

"Hmm.. laki aku, ah! Laki aku sibuk sikit. Kau faham-fahamlah dia kan Ceo.. huhu." Gelabahku. Shayira tergelak kecil.

"Banyak kau punya Ceo. Okey.." talian terus dimatikan. Ternganggah saja aku. Apa lagaknya Shayira ni. Aku pelempang juga minah ni..

Telefon segera aku masukkan ke dalam beg tangan. Sesudah itu keluar dari bilik itu. Pejabat mini Hairul aku hampiri. Sebelum masuk aku membaca doa. Semoga saja marahnya sudah redah.

"Aik! Kunci! Okey fine. Awak duduklah dalam tu sampai kering." Aku berpaling. Boleh pula dia kunci pintu. Nasib saja aku mengandung kalau tak dah aku sepak terajang pintu tu. Aku mengatur langkah dengan rasa hati yang membuak-buak. Kalau dah merajuk melebih-lebih.

"Awak nak ke mana?" Mendengar saja suara itu aku segera mengatur langkah dengan pantasnya. Malas hendak terjebak dengan lelaki itu. Bergaul denganya boleh membuatkan aku mendapat penyakit tinggi darah. Bunyi nada deringan pesanan ringkas mengejutkan aku. Cepat aku mengeluarkan telefon dari beg tangan.

"Syaz, aku dah kat depan rumah laki kau ni!" Membaca saja mesej itu cepat aku berlari anak menuju ke pintu. Wajah gelisah Shayira yang tertinjau-tinjau diluar pagar membuatkan aku tersenyum.

"Kan saya tanya awak tadi, awak nak pergi mana." Baru selangkah kaki aku melimpasi ruangan pintu, tanganku segera dicapai. Cepat aku merentap tanganku. Sibuk! Laki aku pun tak sibuk. Dia pula yang sibuk memanjang.

"Suka hati aku lah nak pergi mana!"

"Kalau macam tu biar saya hantar.." dia mencadangkan bantuan. Mukaku berubah menjadi jengkel.

"Kau buta ke atau buat-buat tak nampak, kan kawan aku dah tunggu tu!" Dia melirik ke arah Shayira yang sudah melambai-lambai ke arah aku. Berasaplah Shayira sekejap lagi.

"Saya tak percaya sangat perempuan tu, ikut saya lagi selamat." Aku mengerutkan dahi.

"Takda jaminan ikut kau boleh selamat! Dahlah." Aku cepat menyarungkan sandel lalu berjalan pantas mendapatkan Shayira yang sudah monyok diluar pagar.

"Ish! Lambat gila!" bepeluh ketiak aku! Bebel Shayira. Aku hanya tersenyum. Dan serentak aku dan dia tenggelam masuk ke dalam perut kereta itu.

"Tadi tu encik Ikmal kan?" Tanya Shayira seraya memutarkan string keretanya.

"Yup." Jawapku sepatah. Malas hendak memanjang-manjangkan cerita.

"Tegang je muka kau tengok dia tadi." Shayira masih lagi berminat hendak bertanya, sedangkan aku sudah membuat muka toya. Ni yang malas bila menyahut pertanyaan Shayira. Selagi dia tak dapat jawapan munisabah jangan harap dia akan berhenti bertanya. Merimaskan betul.

"Dahlah Ira, aku tak berminat nak cakap pasal dia." Aku membuang pandangan ke luar tingkap.

"Hmm.." itu saja yang mampu Shayira jawap.


BERSAMBUNG^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku