Mrs.maidku
Bab 27
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9692

Bacaan






“Ala.. Syaz, ramai gila!” sebaris keluhan melantun keluar dari mulut Shayira. Aku juga turut tertinjau sama melihat ke arah gerai-gerai yang sedang dipenuhi orang ramai itu.

“Kita pergi restoren Maimuna maju tu je lah. Dah lah murah sedap lagi. Bajet juga.” Cadangku.

“Kejap Syaz. Tu bukan encik Riz ke?” Tanganku tariknya. Cepat aku melihat ke arah anak matanya menitik. Membulat mataku. Tak sangka pula lelaki kaya macam encik Riz tu boleh mencekik tak kira tempat. Kalau suami aku jangan harap dia nak pandang tempat macam ni.

Aku lihat encik Riz melambai ke arah kami berdua. Begitu juga Shayira. Aku pula jadi tidak keruan. Ni kalau laki aku nampak aku lepak dengan encik Riz, lagi kuat tsunami melanda hubungan aku dengannya nanti. Macam mana ni!

“Ira! Jom lah kita pergi kat restoren Maimuna.” Cepat aku menarik tangan Shayira. Aku kena segera mengelak sebelum terjebak.

“ Buat apa nak pergi sana, tukan tempat encik Riz ada kosong lagi! Orang dah pelawa kau nak tersipu-sipu pula.” Bebel Shayira. Tanganku segera tarik lalu diusungnya. Tanpa rela aku turuti jua arah kakinya memandu langkah menuju ke arah encik Riz. Semoga saja Hairul tidak memasang mata-mata.

“Assalamualaikum. Tak sangka dapat jumpa kat sini kan?” Tegur encik Riz. Ramah.

“Aku yang patut cakap macam tu.” Tanpa aku sedar mulutku mengeluarkan ayat protes.

“Apa dia cik Syaz?”

“Eh! Walaikumsalam.” Cepat aku menyuarakan jawapan. Dengar pula dia. Ish-ish Ajaib sungguh.

“Kejap ya encik Riz. Sini kau Syaz.” Lenganku segera ditarik Shayira.

“Ni peluangnya kita bajetkan duit. Kalau nampak kau kompom punya encik Riz belanja.” Terngangga aku. Kurang asam betul Shayira ni! Aku pula dia jadikan bahan untuk makan free. Pang sekali baru rasa.

“Bual apa tu cik adik?” Tegur encik Riz. Cepat aku dan Shayira berpaling.


“Tak ada apa-apa encik Riz.” Dalih Shayira. Cepat dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan encik Riz. Aku pula hanya melihat saja.

“Hai cik Syaz, tak sudi makan semeja dengan saya ke?” Tegur encik Riz lagi. Aku tersenyum kelat. Buat pengetahuan kau encik Riz memang aku tak nak makan semeja dengan kau pun. Gara-gara kau, sampai sekarang aku dengan encik suami asyik memonyok je! Detik hatiku. Fed up pula melihat senyuman yang konon dulunya aku dambakan itu.

“Syaz duduk lah.” Tanganku cepat ditarik Shayira sampai aku terduduk di kerusi bersebelahan dengannya.

“Kau nikan..” Kata-kataku terhenti bila encik Riz memerhatikan aku dengan senyuman. Cepat aku mengukir senyuman kelat. Jatuh standart aku!

“Encik belum pesan apa-apa lagi ke?” Tanya Shayira. Tak tahu malu. Aku pula rasa macam nak tutup muka aku dengan beg tangan. Kalau aku tahu Shayira bukan nak belanja tapi nak minta belanja, sumpah aku tak ikut.

“Dah. Korang tak nak pesan apa-apa ke?”

“Nak pesan lah ni.” Jawap Shayira. Tangannya segera melambai ke arah seorang pelayan wanita. Cepat pelayan itu menghampiri meja kami bertiga.

“Bagi nasi ayam 2, satu ayam bagi yang panggang. Yang satu lagi ayam tu bagi yang kukus..” Aku menarik lengan Shayira.

“Ira aku tak makan yang kukuslah!”

“Kau kena jaga pemakanan kau! Baby kau..” Cepat aku menutup mulut Shayira. Terjongket kening encik Riz. Mampus! Celupar betul mulut minah ni.

“Baby?” Ulang encik Riz. Aku mengetip bibirku. Muka sudah cemas gila.

“Ma..ma..maksud saya baby tu nama panggilan Syaz, encik.” Aku menghembuskan nafas lega. Nasib saja Shayira ni mempunyai otak shortcut macam aku. Kalau tak kompom kantoi.

“Baby? Hahah kalau saya nak panggil sama macam tu juga boleh?” Membulat mataku mendengar kata-kata encik Riz. Hampir hendak menangis saja aku dengan permintaan encik Riz itu. Baby? Kalau laki aku dengar, kena hentak aku olehnya. Aku memicit-micit bengang kepalaku. Ira kenapa kau suka nak buat aku macam ni! Hatiku sudah merintih.

“Tak bolehlah encik, hanya perempuan saja yang boleh panggil Syaz macam tu.” Bela Shayira bila aku diam membisu.

“Oh! Okey..” Air yang sudah dari tadi dihidangkan ditarik lalu disedut oleh encik Riz. Aku mengurut dadaku. Sikit lagi nak kantoi.

“Selamat menjamu selera.” Pelayan wanita tadi kembali sambil mendulang 3 piring nasi ayam. Encik Riz mencapai piring yang berisi nasi ayam kukus lalu dihidangkan ke arahku. Aku hanya menurut saja. Dah orang nak tolong nak menolak buat apa.

“Makan je, minum tak?” Tanya encik Riz. Aku memandang Shayira, Shayira mengangguk faham. Hampir bertaut keningku. Dah kenapa pula dia mengangguk? Pelik!

“Kenapa, encik Riz nak belanja ke?” Dengan muka tidak tahu malu Ira menyuarakan pertanyaan. Aku rasa macam nak sembab saja muka aku kat piring dari melihat Shayira menagih begitu. Malu, malu!

“Ira dah lah tu!”

“Takpa lah cik Syaz, hari ni saya belanja.” Encik Riz menuturkan kata-katanya dengan senyuman menawan. Allah, tebal saja muka aku. Shayira mengangkat kening sambil melihat ke arah aku. Menanglah katakan.

“Order lah.” Pinta encik Riz.

“Okey, hmm.. pelayan” Shayira melambai lagi. Aku hanya ketip bibir. Malu melihat perangai tak tahu malu Shayira itu.

“Ya cik.” Sahut pelayan itu.

“Bagi milo tabur, dengan susu panas.”

“Susu? Aku memulang soalan.” Susu? Gila agaknya Shayira ni.

“Ya! It good for your ba..” Aku membesarkan biji mata melihat ke arah Shayira.

“Maksud aku, badan! Ya baik untuk badan kau.. hahaha..” Shayira jadi tidak menentu. Secara spontan air di hadapannya ditarik lalu disedut.

“Cik Shayira, itu air saya..” Tegur encik Riz. Semakin tidak menentu Shayira. Perlahan-lahan dia menolak gelas itu. Yang membuatkan mataku hampir terkedip-kedip, encik Riz langsung tidak marah. Malah dia menyedut kembali straw itu. Aku merenung Shayira, begitu juga Shayira. Melihat bingung ke arah aku. Aku menyumbingkan bibir. Kata Shayira mamat ni tak pernah nak minta sesiapa buatkan dia air, apa lagi nak kongsi air. Mushkil.

“Ada apa yang boleh saya bantu cik?” Tiba-tiba suara pelayan itu kembali timbul. Ingatkan dah berambus.

“Oh! Maaf, bagi milo tabur dengan..”

“Holick ping!” Potongku. Shayira membulatkan mata.

“Holick pun ada vitamin.” Jawapku spontan.


*****


“Syaz, makin lama Riz tengok, Syaz makin berisi.” Hampir tersedak aku menyedut air dalam gelas itu. Cepat Shayira menghulurkan tisu.

“ Kenapa sampai tersedak pula ni?” Makin hairan wajah encik Riz melihat ke arah aku. Aku pula sudah tidak keruan. Tak boleh jadi ni. Kalau lama lagi aku duduk melepak dengan encik Riz dan Ira kompom semua rahsia aku terbongkar. Tak pasal-pasal nanti mati aku kena smackdown oleh laki aku.

“Encik Riz rasanya..”

“Encik Riz, Syaz, saya minta izin jep ya. Nak ke tandas.” Shayira terus pergi dengan terburu-buru. Aku hanya membulatkan mata sambil melirik bayangnya pergi begitu.

“Syaz.” Tegur encik Riz. Cepat aku berpaling melihat ke arahnya.

“Kenapa dengan awak ni? Macam tak suka je lepak dengan saya?” Mukanya serius. Aku menelan air liur.

“Hmm.. ahh.. Apalah awak ni Riz. Suka lah hihi.” Jawapku. Dia hanya memandang aku dengan pandangan yang sukar aku tafsir. Tiba-tiba telefonku berdering, cepat aku mengangkat.

“Syaz, minta maaflah. Aku tak boleh nak join kau lah balik nanti. Kau balik seorang ya.” Suara Shayira kedengaran seperti dia sedang terburu-buru.

“Apa ni Ira! Aku nak balik naik apa? Kau jangan nak buat kerja gila pula.” Aku separuh berbisik.

“Memang aku nak buat kerja gila pun! Laki kau tu gila agaknya. Dia suruh aku ambil sesuatu barang kat pejabat! Ok lah, nanti bertanduk pula dia. Bye, assalamualaikum!”

“Ira! Bawa lah aku sekali! Okey kau letak ya, it okey Ira takpa biar aku cakap seorang-seorang! Ira! Ira!” Aku mengenggam geram telefonku. Minah ni suka je main letak begitu saja. Kalau aku jumpa kau aku lempang-lempang kau Ira.

“Macam mana ni? Macam mana ni?” Aku sudah gelisah semacam. Mataku meliar melihat sekeliling.

“Hello cik Syaz, saya masih ada kat sini kot?” Encik Riz memandang aku dengan wajah kurang puas hati. Mungkin akibat perangai aku yang asyik acuh tak acuh saja dengan kehadirannya.

“ Haha .. Lupa pula awak masih ada kat sini. Hahaha..” Aku ketawa tak bersebab.

“Shayira mana?”

“Dia dah balik!” Bengang saja nada bual bicaraku.


“Hahahah.. Dia tahu kot yang saya nak dating dengan awak.”

“Encik ni bergurau je”

“Saya tak bergurau”. Dia menongkat dagu di depanku. Anak matanya tajam melihat ke arah aku. Aku jadi tidak menentu dengan renungan di sebalik anak mata menawan itu. Tiba-tiba meletus gelaknya.

“Tak payah lah nak takut sangat. Saya bergurau je. Lagipun saya dah anggap Syaz ni macam adik saya.” Aku mendongah mendengar penyataannya. Adik?

“Adik?” Ulangku.

“Iya. Kalau adik saya hidup lagi mesti sebaya dengan awak Syaz.” Bait kata-katanya berubah sebak. Aku mengaru kepala.

“Sorry..”

“It okey.” Balasnya ringkas.

“ Okey lah. Saya bayar dulu lah ya, sebab saya nak cepat ni. Nanti susah nak cari bas.” Aku cepat membuka dompet. Namun cepat encik Riz mencapai dompetku lalu ditutupnya. Kemudian dimasukkan ke poket belakang seluarnya. Blur saja wajahku melihat kelakuannya.

“Dik..” Panggil encik Riz. Makin berkerut dahiku.

“Encik.” panggilku

“ Biar saya yang bayar, kan saya dah cakap tadi saya yang belanja. Balik pun sekali dengan saya ya.”

“Tak payah susah-susah, saya boleh bayar sendiri. Dah bagi balik dompet saya.” aku masih lagi mendesaknya.

“Kalau saya dengar awak sebut setuju, insyaAllah dompet ni saya pulangkan semula.” Sesudah selesai membayar, dia terus saja berdiri dan siap sedia untuk meninggalkan aku.

“Riz!” Mahu tidak mahu aku kejar juga langkahnya. Dia dengan Hairul sama saja. Dua-dua tak suka mengalah. Sakit pula hati bila dikelilingi orang yang sebegini.

“Riz! Aku terjerit kecil bila semua mata pengunjung pusat beli-belah itu melihat ke arah aku. Dia ni memang sesuai sangat dengan Shayira, dua-dua suka buat aku malu!

“Saya tak dengar awak kata setuju.” Tanpa berpaling dia menyuarakan jawapan yang betul-betul membuatkan aku rasa hendak marah. Orang tak mahu, paksa pula!

“Okey! Setuju!”

“Syaz!” Aku tersentak bila satu suara melaungkan namaku. Cepat aku berpaling.

“Abang.” Itu saja yang mampu aku sebut. Aku telan air liur. Encik Riz segera mendapatkan aku.

“Abang?” Ulangnya.

“Oh! Dating rupanya! Patutlah takda kat rumah” Hairul menentang anak mataku.

“Orang bukan dating lah!” Berkeras aku bersuara. Agar dia sedar sikit. Jika perangai panas barannya itu tidak terkawal. Kompom encik Riz dapat menghidu rahsia diantara aku dan dia.

“Kalau tak dating, habis ni apa? Jalan berdua, makan semeja. Tu apa? Meeting!” Bentaknya. Aku sudah jadi tak menentu. Malu juga bila suara kasar Hairul mendapat perhatian ramai.

“Awak malu lah!” Aku menarik lengannya. Encik Riz hanya jadi pemerhati saja.

“Balik!” Cepat tanganku ditariknya.

“Hairul! Kau dah kenapa ni? Marah-marah macam ni, malu kalau orang dengar!” Encik Riz cuba membelaku.

“Malu! Oh tahu malu! So kau dating dengan bini aku tak malu pula!” Membuntang mataku melihat ke arahnya. Encik Riz membuang pandangan ke arahku.

“Apa semua ni syaz?”

“Encik Riz, saya boleh jelaskan..”

“Dah tak payah nak jelaskan. Sekarang balik!” Dia mengheret tubuhku dengan kasar sekali. Encik Riz hanya kaku berdiri. Langsung tidak terkutik untuk bertindak. Mungkin dia kaget dengan penyataan yang barusan Hairul perkatakan. Matilah aku.

“Sakit lah abang! Lepas! Lepas! Sakit!” Aku meronta. Cuba melepaskan genggaman perit dilenganku. Dah hilang akal agaknya suami aku ni. Psiko sangat.

“Aduh!” Kakiku tersandung tangga lalu terhenyak jatuh. Tak guna betul encik suami ni. buat malu aku je.

“Syaz.” Cepat tubuhku dipautnya. Aku menolak kasar tangannya.

“Macam mana boleh jatuh ni?” Marahnya. Muka kelihatan risau sekali. Mungkin dia risaukan kandungan aku. Tanya soalan bodoh pula! Dah diheretnya macam kambing! Mana tak jatuh. Sakit pula hati!

“Kalau dah awak heret saya macam kereta kena tarik, macam mana tak jatuh!” Balasku. Sedaya upaya untuk berdiri.

“Aduhh.. sakit.” Aku memegang perutku. Entah kenapa rasanya sakit sekali.

“Sayang boleh jalan tak ni?” Reaksi wajah yang kelihatan ganas tadi berubah. Lenganku dicapai dan cuba membantu aku untuk berdiri.

“Tak payah pegang!” Aku menolak tangannya. Kisi tangga aku genggam erat. Cuba untuk mengatur langkah.

“Ish! Degil tu tak pernah nak berubah.” Badanku dipaut lalu digendongnya. Membulat saja mataku melihat ke arahnya. Oh! Perangai aku tak pernah berubah jadi persoalan, yang perangai barannya tu tak pernah berubah tak pula dia sedar. Pang sekali baru tahu. Yang buat aku rasa macam nak sorok muka dalam baju, bila semua mata memerhatikan gelagat terlebih romantiknya itu. Geram pula rasa hati!

Aku cuba meronta namun tiada gunanya. Lelaki keras kepala dan ego macam Hairul ni bukan makan saman! Pintu depan dibuka lalu tubuhku perlahan-lahan dimasukkan ke dalam perut kereta itu. Monyok saja wajahku. Sesudah itu pintu ditutup dan segera dia mengambil tempat di sisiku. Aku tidak memedulikannya, perutku yang terasa sakit itu menganggu emosiku untuk terus marah.

“ Sayang okey tak ni?” Dahiku disentuhnya. Pantas tangannya aku tolak.

“Tak payah sentuh-sentuh!” Marahku. Rasa geram mula menular dalam hatiku. Boleh pula dia nak berbaik-baik setelah dia malukan aku depan orang ramai dan encik Riz tadi.

“Degil sangatkan!”

“Awak ni kenapa sebenarnya! Awak saja je nak malukan saya, apa motif awak?” Berjala-jala kemarahan aku tempikkan padanya. Ni dalam hati kalau boleh nak je bagi penampar free kat muka takda perasaan dia tu.

“Macam mana abang tak marah, awak keluar dengan lelaki tanpa pengetahuan abang. Cuba jelaskan pada abang, laki mana yang suka isteri dia keluar dengan lelaki lain tanpa pengetahuan mereka?”

“Hello! Saya memang nak maklumkan kat awak. Tapi awak berkurung kat pejabat mini siap dengan berkunci lagi macam mana saya nak masuk!” Aku berpeluk tubuh. Walaupun sebenarnya aku tidak mahu marah, namun sikap tak mahu kalahnya itu memang menjengkelkan.

“Kenapa tak ketuk!” Dia masih lagi tidak puas hati. Memang benar kata mama, dia ni belum matang lagi!

“Ingat awak masih marah lagi.”

“Kenapa tak tanya!”

“Macam mana nak tanya kalau saya bercakap je awak buat muka!” Balasku.

“Argh!” String kereta dihempasnya. Sesudah itu pedal minyak ditekan kuat. Itu saja lah kerjanya, bila marah berangan macam pelumba formula 1. Lempang sekali baru tahu.

Aku tidak memedulikan perasaan marahnya yang sedang cuba dia tunjukkan melalui cara pemanduannya. Bawalah selaju mana, mati lagi bagus! Bentak hatiku. Buat apa nak hidup kalau ada laki asyik nak baran je!

“Abang minta maaf.” Tanpa melihat aku dengan bangganya dia meminta maaf. Memang kau tak pernah terfikir nak berubah ke Hairul. Selfish!

“Cara awak layan saya tak pernah nak berubah. Walaupun kini status saya adalah isteri awak, tapi cara awak layan saya tetap seperti seorang maid. Yang boleh awal bentak ikut suka, awak tengking, awak marah, awak sayang, dan awak permainkan! Boleh tak sehari je awak layan saya macam seorang isteri? Bukan seorang maid!” Tanpa aku sedar aku menghuraikan semua rasa yang terbuku di dalam hati. Aku tidak memandang dia, masih setia menoleh ke luar tingkap. Air mata secara spontannya menitis. Entah kenapa aku rasa sebak semacam.

Kereta diberhentikan di tepi jalan. Dia mengiring menghadapku. Daguku dipalingkan menghadap wajahnya. Air mataku yang berjaya tumpas disekah lembut olehnya.

“Abang minta maaf, abang tahu abang selalu saja layan Syaz dengan buruk sekali. Abang jujur dengan Syaz, abang tak tahu nak mulakan dari mana. Abang daif dan naif dalam ilmu kasih sayang. Abang ni jenisnya kayu, kuat baran, kuat cemburu dan tak romantik, kalau dah romantik terlebih-lebih. Abang tahu abang bukan lelaki idaman Syaz, tapi Syaz adalah satu-satunya wanita yang mampu buat abang bertindak nekad..” Kata-katanya terhenti seketika. Ada manik jernih di hujung tubir matanya.

“Abang hanya tahu yang abang ada isteri dan abang kena layan isteri abang semampu abang. Sedaya upaya.”Sambungnya lagi. Aku menyekah air matanya. Kasihan pula aku melihat dia. Sebegitu nekadnya dia paksa diri untuk buat aku bahagia, cuma caranya saja yang salah. Aku mengusap pipinya.

“Syaz tahu tak, syaz orang ketiga yang mampu bersabar dengan abang setelah mama dan mak Minah. Dari kecil lagi abang suka uji semua orang yang dekat dengan abang. Supaya abang tahu sejauh mana mereka ikhlas sayangkan abang. Namun cuma mama dan mak Minah saja yang faham abang. Masa abang kecil abang tak suka orang kacau hak abang, sentuh hak abang atau apa-apa saja yang berkaitan dengan hak abang. Abang tak suka, mungkin pasal perangai abang yang terlebih prinsip tu yang buat Qirana pergi tinggalkan abang.”

“Qirana?”

“Ya sayang. Bekas tunang abang, dia tinggalkan abang masa majlis pertunangan kami.”

“Kenapa dia tinggalkan abang?” Dengan penuh minat aku bertanya.

“Sebelum hari pertunangan, abang bergaduh dan abang tampar dia sebab dapat tahu dia ada hubungan dengan Riz.”

“Encik Riz?” Ulangku.

“Iya sayang.”

“Mustahil lah, sebab encik Riz dah ada cik Ain.” Jawapku dengan penuh yakin. Tiba-tiba bibir Hairul mengukirkan senyuman.

“Ain tu, Qirana lah sayang.”

“Maksud?”

“Ain qirana nama panjangnya. Abang ingat dia lari ikut Riz, tapi Riz pun tak tahu dia pergi mana.”

“So, macam mana abang baikkan hubungan dengan encik Riz?”

“Dia datang minta maaf dengan abang.”

“Kenapa bukan abang yang minta maaf?” Potongku.

“Hello, sorry sikit abang nak pergi minta maaf. Dah lah rampas bakal tunang orang. Abang pula yang kena pergi minta maaf. Sorry.”

“Ego!” Perliku. Pipiku dicubitnya.

“Ego pun, Syaz sayang juga kat abangkan?” Air mata yang masih bersisa disekahnya.

“Sayang terpaksa!” Bentakku manja. Sekali lagi pipiku dicubitnya.

“Hahah, so sekarang dah tak ada rahsia antara kita berdua lagikan sayang?” terjongket keningku. Macam kenal je ayat tu. Takkan lah..

“Kenapa? Sayang fikir abang tidur ke masa tu? Abang tak tidurlah sayang. Abang dengar semuanya. Malahan abang juga dengar yang sayang ada rahsia yang susah nak bagitahu abang. Boleh abang tahu apa rahsia tu?” Aku mengetip bibir. Jebon betul! Kalau tahu tak tidur masa tu, aku tekup dengan batal baru tahu rasa!

“Tak ada apa-apa.” Dalihku.

“Tak apalah sayang. Abang tak paksa. Kalau macam tu jom pergi hospital.” Dia kembali membetulkan cara duduknya. Aku melihat hairan ke arahnya.

“Buat apa?”

“Periksa perut tu..”

“Eh,Tak payah lah. Okey je ni. Tadi tu baby merajuk sebab papa dia heret mama dia macam lembu.” Protesku. Terburai tawa Hairul.

“Betul ni?” Dia bertanya meminta kepastian.

“Iya encik suami.” Balasku. Dia hanya mengukir senyuman. Brek tangan dijatuhkan lalu string dipulasnya. Kembali pada lebuh raya.


Bersambung^^


Klik di sini jika bacaan spam!
Kami, (Ilham Grup Buku Karangkraf) tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami. Kami juga berhak tidak memaparkan komen-komen yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan
  Terhangat di Grup Buku