Mrs.maidku
Bab 28
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(9 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
12908

Bacaan






Sepanjang perjalanan pulang ke Kingfisher, sepanjang itu juga bibir merah Hairul bernyanyi riang. Aku hanya memerhatikan saja. Sedap juga suara suami aku nikan. Minta-minta lah turun kat anak. Boleh juga aku latih anak aku jadi penyanyi.

Akhirnya sampai juga. Enjin kereta di matikan. Belum sempat tangan Hairul membuka pintu kereta namanya aku seru.

“Abang.” Seruku perlahan. Dia berpaling. Memberi sepenuh perhatian kepadaku.

“Ada sesuatu yang saya nak beritahu abang.” Jari aku pintal-pintal. Mungkin sudah masanya aku beritahu dia mengenai hubungan aku dengan Ikmal. Aku takut bila hubungan lalu antara aku dengan Ikmal akan membuatkan dia membenci aku. Yang membuatkan aku bertambah runsing kalau si jebon tu reka-reka cerita tak mandi aku kalau laki aku ni merajuk lagi. Susah nanti.

“Apa dia?”

“Hmm..”

Bunyi telefon Hairul membantuti hajatku untuk menyatakan kenyataan itu. Bibirku disentuh Hairul.

“Sekejap sayang.” Hairul membuka pintu lalu keluar. Aku memonyokkan muka. Sampai hati! Kalau aku tahu siapa yang call aku cepuk kepala orang tu. Potong je program aku! Aku membuka pintu lalu keluar.

“Abang, Syaz masuk dulu.” Luangku. Dia yang sedang bergayut dengan telefonnya itu hanya mengangkat tangan saja.

“Amboi! Boleh dia buat tak tahu je! Baling guna kasut baru tahu rasa.” Pintu aku tutup kuat.

“Awak.” Terperanjat aku bila suara Ikmal menyapa kedatanganku. Budak ni memang tak retih nak bagi salam agaknya! Saja je nak buat aku sakit jantung. Kepit kepala kau kat celah pintu baru padan muka!

“Apa!” Kasar saja aku menjawap sambil menyimpan sandelku ke dalam almari kasut.

“Irul mana?”

“Kat luar” acuh tak acuh saja aku menjawap

“Saya nak bincang sikit dengan awak.”

“ Apa lagi perkara yang tak habis-habis kau nak bincang dengan aku ni Ikmal? Sudah-sudahlah tu. Aku dah bosan.” Langkahku buka luas. Bila agaknya perangai meroyannya itu akan hilang. Sumpah aku rimas!

“Mungkin dah masanya Hairul tahu tentang kita.” Tersentak aku mendengar kata-katanya.. Langkah terhenti. Dengan wajah menyinga aku berpaling melihat si bedebah Ikmal.

“Ikmal! Sampai bila agaknya kau nak psiko seorang diri? Obses macam ni? sudah-sudahlah tu. Kau tak penat ke?” Separuh merintih aku suarakan jawapan. Sememangnya aku rimas dengan lelaki ini. Teramat merimaskan.

“Ini semua salah awak! Kalau awak tak kahwin dengan Hairul semua ni takkan terjadi!” Tanganku dicapai lalu digenggam erat. Memang gila mamat ni.

“Sakitlah Ikmal! Sedarlah sikit! Aku ni adik ipar kau. Open minded sikit! Lupakan hal yang lalu. Banyak lagi perempuan yang baik kau boleh jumpa. Tolonglah Ikmal..”

“Abang, Syaz.” Cepat kepala aku dan Ikmal berpaling. Tangan yang digenggam erat olehnya segera dilepaskan. Tahu takut, ingatkan berani sangat.

“Kenapa?” Dengan muka curiga Hairul merapati kami berdua. Telan air liur saja aku bila mendengar pertanyaannya.

“Tak, tadi Syaz hampir nak jatuh. Kebetulan abang lalu tadi. Kalau tak abang tak tahu lah nasib isteri kamu ni.”Tipunya. Aku membuat muka toya. Pandai betul dia reka cerita. Lepas tu libatkan aku pula tu! Bravo sangat 100% markah!

“Ya Allah saying, cuai sangat! Nasib ada abang Ik tadi. Dah jom..”

“Jom?” Aku memulang soalan. Wajahnya aku tenung dengan reaksi kurang faham. Ikmal pula sudah berlalu naik ke tingkat atas.

“Teman abang mandi.” Jawapnya ringkas. Aku membuat muka jengkel. Dia dah mula dah.

“Gedik.” Perliku. Pinggangku dipautnya.

Sampai saja di bilik tidur, tuala aku tarik dari penyedai sejadah lalu aku serahkan pada Hairul. Ternaik saja keningnya.

“Apasal angkat kening macam tu?” Tanyaku. Hairan.

“ Alaa.. Tak nak teman abang mandi ke?” Renggeknya. Rasa ingin tergelak saja melihat dia memonyokkan muka begitu. Alahai encik suami, makin mengada-ngada.

“Nanti-nanti je lah.” Aku menarik tangannya. Tuala aku letakkan di bahunya dan tubuh sedikit sasa itu aku tolak perlahan masuk ke dalam kamar mandi. Dah macam kambing pula lagaknya, payah benar nak disuruh mandi.

“Tak nak kawan dengan sayang.” Dia membuat muka merajuk lalu masuk ke dalam kamar mandi. Tergelak saja aku melihat aksinya itu. Makin lama makin mengada-ngada.


*****


“Aduh, dah kenapa pula perut ni buat hal!” Aku mengusap perut yang semakin sakit. Mungkin effect dari aku jatuh tadi. Mulutku berdesis mengeluarkan bunyi tidak puas hati. Ini semua salah Shayira! Kalau dia tidak mengajak aku pergi makan kompom aku tak terjumpa si Riz tu! Encik suami pun satu, kalau dah baran lalat pun boleh dibelasahnya.

Pintu bilik aku buka, mataku menajam melihat ke arah si suami. Amboi! Enaknya dia bersantai dengan telefon! Senyum-senyum pula tu! Memang segaja je nak naikkan darah aku. Ni kalau aku ada darah tinggi dah lama meninggal. Bantalku capai lalu aku baling ke arahnya.

“Allah!” Cepat Hairul mencapai telefonnya daripada bergolek jatuh. Geramnya rasa hati! Telefon tu lagi penting dari aku. Kalau ikutkan hati dah lama aku baling kerusi meja solek tu baru tahu rasa.

“Sayang ni dah kenapa?”

“Kenapa abang tanya! Ni perut ni sakit dari tadi, abang bukan nak peduli! Asyik tekan-tekan telefon tu je!” Marahku. Lalu berpeluk tubuh.

“Huh!” Keluhnya. Telefon diletak di atas meja. Lalu mencapai tanganku.

“Bukan abang tak peduli. Tadi abang nak bawa ke hospital sayang tak nak. Sakit kat mana?” Perutku ditekan-tekan perlahan. Jangan cair Syaz. Kau harus pandai memutar belitkan emosi. Biar dia rasa bersalah.

“Tak payah pegang!” Aku menolak tangannya. Lalu menarik selimut dan menutup seluruh tubuhku. Ini Syaz lah pakar saiko.

“Ala.. takkan marahkan abang kot?” Selimut perlahan dibuka olehnya, cepat tanganku mencapai bantal lalu menutup mukaku. Nak merajuk.

“Sayangg..” Renggeknya.

“Pergi lah tidur.” Marahku. Namun tidak terlalu kasar. Hanya marah manja.

“Selagi sayang tak pandang abang, abang tak nak tidur.”

“Gedik!” Bingkas aku bangun dari pembaringan. Pantas dada bidangnya aku cubit geram.

“Aduduhh.. Sakit lah sayang!” Bekas cubitan di dadanya diurut-urut dengan muka kesal.

“Padan muka! Lepas ni buat lagi!” Aku berpeluk tubuh.

“Yalah-yalah. Abang tak buat lagi.” Telefon dicapai lalu dimatikan.

“Dah off.” Ujurnya. Aku hanya tersengih kelat.

“Abang..” Seruku.

“Yup?”

“Syaz ada nak beritahu sesuatu.” Dalam serba salah. Tangannya aku paut kemudian aku genggam erat. Mungkin sudah masanya aku beritahu perkara sebenar. Sampai bila aku hendak berahsia mengenai hidup aku pada Hairul.

“ Nak beritahu apa?” Pipiku diulas lembut olehnya. Bibirku ketip. Nafasku tarik perlahan. Sesudah itu aku hembuskan.

“Abang sebenarnya niat Syaz datang bandar ni untuk..”

“Hairul” Laung Ikmal dari luar. Aku mendengus kesal. Ada saja gangguan kalau aku nak berterus-terang!

“Kejap sayang.” Tanganku dilepaskan, kemudian dia bingkas bangun menuju ke arah pintu. Pintu dibuka, terpacul lah wajah bersahaja Ikmal.

“Ada apa bang?” Tanya Hairul.

“Tu ada orang nak jumpa isteri kamu.” Terjongket keningku. Isteri? Isteri Hairul kan aku? Siapa pula yang nak jumpa aku masa ni? Takkan makcik jebon pula. Shayira? Tak mungkin lah. Cepat kakiku menuju ke arah si suami.

“Lelaki ke perempuan?” Tanyaku pada Ikmal.

“Lelaki.” Jawapnya pendek. Berkerut keningku. Lelaki? Ah! Encik Riz. Oh tidak! Cepat langkahku atur.

“Eh! Nak pergi mana pula ni?” Sepantas kilat lenganku dipaut Hairul.

“Nak ke mana lagi nak turun bawa lah.”

“Abang minta diri dulu lah.” Sampuk Ikmal lalu hilang begitu saja.

“Bila masa pula abang benarkan?”

“Habis tu? Nak biarkan saja orang tu tertunggu-tunggu?”

“Tak! Abang tak benarkan.” Makin galak dia melarang aku.

“Tapi tak baikkan buat orang macam tu.” Mendatar suaraku. Memohon simpati. Mula dah perangai cemburu dia tu. Cemburu sangat, kekadang merimaskan.

“Kalau nak sangat, abang kena ikut sama. Titik!” Terkedip-kedip saja aku bila lenganku diusung lalu dibawa turun. Ingat aku ni apa? Troli? Suka-suka je nak tarik aku macam kerbau.

“Abang dah agak dah!” Intonasi Hairul menjadi kasar bila melihat kelibat encik Riz. Aku hanya ketip bibir. Kalau dah si suami buat muka hulk tu mesti perasan nak tunjuk kuat. Sebelum ada apa-apa berlaku baik aku main peranan. Dorang berdua ni bukan boleh pakai sangat. Jumpa sikit asyik mengaum. Lagi-lagi encik suami.

“Abang biarlah encik Riz jelaskan dulu. Tak baik tau marah-marah macam ni.” Aku cuba untuk menggunakan kuasa rayuan mautku. Agar Hairul mampu mengawal emosinya.

“Okey! Kali ni abang mengalah, bukan sebab abang anggap dia patner abang. Tapi sebab sayang.” Aku menghadiahkan senyuman kelat. Sesudah itu tanganku digenggam erat. Seperti ingin membuktikan aku adalah haknya. Kemudian langkah yang terhenti seketika tadi disambung kembali menuju ke arah encik Riz.

“Assalamm..”

“Helizah!” Dengan sepantas kilat tubuhku dipeluk encik Riz. Membuntang saja mataku. Bagai robot aku berpaling melihat wajah Hairul yang sudah mula menyinga. Matilah aku lepas ni.

“Jahanam!!” Tubuhku tarik Hairul lalu satu tumbukkan mengenai wajah encik Riz.

“Berani kau sentuh bini aku! Kau memang nak mati!” Tengking Hairul.

“Abang sudahlah tu!” Aku menarik tangan Hairul yang sedang geram mengenggam penumbuknya. Sesudah itu baru aku rapati encik Riz yang terkulai lemah di lantai ruang tamu itu.

“ Riz awak tak apa-apa?” Cemas nadaku. Sepintas kilat encik Riz ditarik dari pangkuanku lalu ditumbuk lagi oleh Hairul. Cepat aku menghalang.

Bukkk.. Satu tumbukkan datang dengan perasaan geram mengenai perutku. Membuatkan aku jatuh terbaring. Darah sudah mulai mengilai di sudut bibirku. Sungguh senak perutku. Dengan itu serentak namaku diseru oleh encik Riz dan Hairul.

“Syaz..” Entah di mana watak Ikmal pula muncul. Kepalaku segera dipangkunya. Darah di bibir dilap menggunakan hujung ibu jarinya. Namun posisiku cepat beralih ke arah encik Riz pula.

“Liza. Jawap abang Liz.”” Pipiku ditampar perlahan olehnya. Dalam mamaiku capai tangannya. Namun kesakitan yang menyengat di perutku telah membatalkan niatku itu.

“Keterlaluan! Encik Riz berdiri lalu menghadiahkan sebiji buku lima di wajah Hairul. Membuntang mataku.

“Cukup! Aku cuba untuk berdiri. Namun gagal. Kesakitan sudah mengambil seluruh tenagaku. Membuatkan aku jatuh semula. Kepalaku sakit, saat itu aku rasakan pandanganku sudah kelam dan gelap. Cuma telingaku saja yang sempat menangkap suara mereka bertiga menyeru namaku.


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku