Mrs.maidku
bab 29
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(7 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
8487

Bacaan






Aku perlahan membuka mata, kepalaku terasa begitu sakit apatah lagi perutku, macam lepas kena langgar dengan lori sepuluh tan. Baru aku tahu begini rupanya penangan ego dari seorang lelaki. Ah! Patut lah ada yang sampai patah tulang belakang.

“ Baring je.” Aku kembali berbaring bila Hairul menahan tubuhku yang cuba untuk bangun.

“Abang okey?.” Tanyaku perlahan. Bekas lebam di pipinya aku sentuh.

“Okey.Sayang macam mana? Ada rasa sakit lagi tak??” Perutku disentuhnya. Wajah kelihatan begitu risau sekali.

“Boleh tahan juga lah sakitnya.” Jawapku bersahaja. Walaupun dalam keadaan sakit aku masih boleh tersengih.

“Auchhh!!”

“Kan abang dah kata jangan bergerak! Degil sangatkan.” Dia memarahiku.

“Hahahahah.. orang main-main je lah.”

“Nakal sangat!” Dalam wajah kelat aku masih boleh menangkap senyuman cemasnya. Sayang juga kat aku. Hahaha.

“Terima kasih risaukan saya.” Ucapku perlahan. Tangannya aku capai lalu jari jemarinya aku sulam bersama jari jemariku.

“Sama-sama. Tapi jangan buat lagi!” Aku hanya tersenyum. Malas rasanya hendak membalas kata-katanya.

“Haus?” Dia menyuakan air mineral ke arahku. Dengan lambat aku mencapai.

“Syaz! Pintu ditolak. Wajah cemas milik encik Riz mengucar-kacirkan jiwaku.

“Kau buat apa lagi kat sini!” Hairul menghampiri encik Riz. Wajahnya sudah tegang. Tangannya sudah berbulat. Silap langkah pasti ribut berlaku. Semoga saja tidak terjadi apa-apa pada encik Riz.

“Aku datang sini bukan nak jumpa kau!” Encik Riz bersuara keras.

“Syaz tak nak kau ganggu dia!”

“Aku tak dengar dia kata macam tu pun!”

“Cukup! Bentakku. Sakit telinga bila mendengar mereka bertekak seperti anjing dengan kucing. Tapi disudut lain aku berasa bangga. Aku menjadi bahan rabutan sampai bertumbuk semata-mata untuk mendapatkan perhatianku. Kembang juga hidung aku. Hahahha.

“Abang, Tolonglah. Demi Syaz, biarkan encik Riz jelaskan maksud kedatangan dia ke sini.” Pintaku.

“Kau beruntung!” Bahu encik Riz dilanggar oleh Hairul lalu keluar dari ruangan wad itu.

“Kenapa encik Riz nak jumpa saya?” Tercengang saja aku bila dia membantu aku untuk duduk.

“Awak kena biasakan diri dengan semua ni Syaz, atau abang patut panggil Helizah.” hampir bertaut keningku melihat ke arahnya. Makin besar pula tanda tanya yang mula timbul di mindaku saat ini. Dan menjadi persoalannya adakah lelaki ni mabuk? Atau terlupa makan ubat? Abang? Helizah? Super pelik.

“Apa yang encik Riz merepek ni? Teragak-agak aku hendak menanyakan soalan. Takut pula mula menular di dalam hati. Encik suami pun satu adakah patut tinggalkan aku dengan mamat merepek ni.

“Sebelum tu abang nak tanya, gambar perempuan dan seorang lelaki dalam dompet Syaz tu, gambar siapa?” Kerusi pelawat tariknya lalu duduk menghadap aku.

“Encik tolonglah jangan merepek dan berani encik buka dompet saya!”

“Abang minta maaf. Tapi cuba Syaz tengok gambar ni.” Dia mengeluarkan sekeping gambar dari dompetnya.

“Berani encik ambil gambar ni!” Gambar kedua orang tua Aku itu segeraku rampas dari tangannya. Tak guna betul. Sesuka hatinya saja hendak mencelop harta benda aku. Lesing nanti baru tahu.

“Tak, itu buka Syaz punya. Ni Syaz punya.” Dompetku ditarik keluar dari poket seluarnya. Sesudah itu gambar yang sama dengan yang ada di tanganku dikeluarkan dari dompetku. Membulat mataku melihat gambar yang ada di tangannya.

“Macam mana encik boleh ada gambar yang sama dengan saya punya? Siapa encik ni? Aku semakin keliru. Takkan lah aku dengan encik Riz adik beradik?

“Syaz pernah tinggal dekat rumah anak Yatim al-amin?”

“Ya.” Jawapku ringkas. Sepantas kilat aku dalam dakapan encik Riz. Kaku saja aku bila sekali lagi tubuh sasa itu mendakap aku dalam pelukannya. Tiada reaksi yang mampu aku tonjolkan. Yang ada aku hanya mampu merelakan saja bahuku menjadi tempat tumpah air matanya. Pelukan semakin erat.

“Abang tak sangka akan jumpa Liza lagi. Abang minta maaf sebab tinggalkan Lizah kat sana. Abang rindukan Liza.” Dalam tangis dia menyuarakan cerita sebenar. Tanpa aku sedar air mataku mengalir.

“Apa..apa.. yang encik merepek ni!” Tubuhnya aku tolak keras. Masih belum boleh menerima kenyataan. Bagaimana hendak aku percaya. Setelah hampir 25 tahun aku mencari identitiku dan kini tanpa penjelasan yang jelas lelaki yang pernah aku sukai mengaku sebagai keluargaku. Tidak! Mustahil!

“Syaz, awak Helizah. Awak adik saya.”

“Tak! Tak mungkin! Pergi! Keluar dari bilik ni! Biarkan aku bersendirian!” Pekikku.

“Syaz. Percayalah.” Dia masih lagi merayu.

"Abang! Abang!" Jeritku. Bergegas Hairul mendapatkan aku.

"kenapa sayang?

“Suruh lelaki ni keluar! Saya tak nak tengok muka dia!” Aku memalingkan muka. Entah kenapa aku rasa hendak marah, sedih dan kecewa, sepatutnya aku berasa gembira. Kerana ini adalah saat yang aku tunggu-tunggu. Ya! Saat untuk mengetahui siapa ayah dan ibu aku. Mungkin aku takut untuk mengetahui sebab kenapa aku ditinggalkan, aku tidak rela mendengarnya.

"Aku rasa kau dah dengar apa yang Syaz katakan. Jadi aku minta dengan cara baik, kau tinggalkan kami berdua." Tegas Hairul menyuarakan arahan.

"Abang takkan putus-asa, abang akan buktikan yang Syaz adalah Helizah." Gambar miliknya dicapai lalu keluar dari bilik itu. Meninggalkan aku dengan berbagai rasa yang timbul di banakku saat ini.


Bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku