Mrs.maidku
Bab 30
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(4 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9747

Bacaan







“Awak dah rasa okey ke sekarang?” Aku membuang pandangan ke arah suara yang menanyakan khabarku. Aku lihat Ikmal mendulang segelas coklat panas. Aku menjelingnya. Takda selera aku hendak beramah mesra dengannya.

Hatiku masih lagi tertanya-tanya dan menunggu encik Riz mengulas semula masalah yang mula mengambil tempat pertama di mindaku kini.

“Awak.” Tersentak aku bila tanganku sudah ada digenggam Ikmal. Budak betuah ni memang tak retih bahasa betul.

“Tolonglah Ikmal, aku takda masa nak berbual sekarang ni.” Aku menarik tanganku dari genggaman kemasnya. Kalau ikutkan hati dah aku tomoi mamat ni.

“Syaz, sampai bila awak nak terus dengan Hairul? Tengok! Awak baru keluar hospital pun dia takda masa untuk awak. Sampai bila awak..”

“Ik, tolonglah. Sampai bila kau nak hidup dalam bayang-bayang aku? Sedangkan kau sendiri tahu aku ni dah bersuami. Lagipun orang tu adik kau sendiri.” Aku sudah merayu. Merintih. Kalau boleh inginku paut kakinya agar mengerti dengan situasiku saat ini. Mana peristiwa dengan encik Riz masih mengucar-kacirkan hidupku ditambah lagi dengan perangainya, betul-betul membuat aku rasa nak gila. Aku berdiri lalu segera mengatur langkah.

“Minumlah sikit.” Pujuk Ikmal. Aku membuang pandangan sebal ke arahnya.

“Aku kata tak! Tak lah! Dah lah Ikmal aku dah bosan dengan kau.” Gelas kaca itu aku tolak hingga jatuh dan pecah. Dengan sepantas kilat tubuhku ditarik Ikmal.

“Eh! Apa ni ikmal! Lepaslah! Sakitlah Ik!” Aku cuba melepaskan genggaman kuat di lenganku.

“Kenapa susah sangat awak nak curang dengan Hairul tu! Apa lebihnya adik saya tu sampai awak tergilakan dia sangat!” Kedua bahuku digenggam kuat oleh Ikmal lalu di bawa bertentangan dengan wajah menyinganya. Aku telan air liur. Ini pertama kali aku melihat Ikmal menyinga begini, membuatkan aku jadi tidak keruan.

“Lepaslah Ikmal, sakitlah!” Rontaku. Namun usahaku itu hanya sia-sia saja bila genggaman di bahuku semakin kuat.

“Lepaskan? Sakit? Habis hati saya yang sakit ni pernah awak nak ambil tahu? Pernah ke awak nak peduli? Ah!” Tengkingnya. Secara automatik air mataku meluncur keluar. Takut. Cemas. Aku takut dia akan bertindak diluar kawalan.

“Ikmal sedarlah! Aku ni adik ipar kau! Lupakan antara kau dan aku, jangan terlalu ikut perasaan! Istiqfar!”

“Oh! Jadi awak nak tengok saya ikut perasaan?” Mendengar saja luahanku, Ikmal bagaikan tidak dapat menangkis rasa benci dan emosinya. Cepat dia menarik tanganku dan menolakku hingga aku terhenyak di sofa. Pantas Ikmal menghimpitku. Aku sudah jadi tidak tentu arah. Ketakutanku sudah menunjukkan kebenarannya. Aku menangis dan meronta-ronta minta dilepaskan. Namun si setan ini langsung tidak sedar.

“ Ik .. tolonglah lepaskan aku. Kalau kau sukakan aku! Lepaskan aku.” Pintaku dengan linangan air mata. Ikmal tertawa puas mendengar kata-kataku.

“Saya takkan lepaskan awak! Kerna awak milik saya. Nak lepaskan awak untuk apa? Untuk puaskan dekat Hairul? Tak sayang, takkan!” Bisik Ikmal. Aku meronta-ronta habis tubuhnya aku belasah. Namun dia tetap tidak mahu melepaskan aku.

“Syaz! Abang! Apa semua ni?” Jeritan Hairul membuatkan aku dan Ikmal berpaling serentak. Aku telan air liur. Pasti Hairul sudah salah sangka. Apa lagi melihat aku dalam keadaan kusut masai ditambah lagi posisi Ikmal di atasku pasti perang akan bermula.

Aku menolak tubuh Ikmal. “Abang, dengar dulu ini tak seperti apa yang abang fikirkan..”

“Aku fikirkan kau tak sama dengan Qirana! Rupanya kau lagi teruk dari dia, kau curang dengan abang aku ipar kau sendiri!” Gugur air mataku mendengar tuduhan yang melantun keluar dari mulut Hairul.

“Abang, bukan macam tu..”

“Dah! Aku tak nak dengar apa-apa pun!” Meja pasu bunga hiasan ditendang Hairul lalu pergi dengan wajah yang begitu kesal.

“Abang. Arghh..”

Bukk...

Aku jatuh terduduk bila kakiku terpijak kesan air yang tumpah akikat pergaduhan aku dengan Ikmal.

“Syaz.” Cepat Ikmal memangku tubuhku.

“Lepas!” Aku menolak tubuh Ikmal dan sedaya upaya untuk berdiri.

“Allah Syaz, darah! Jerit Ikmal. Mendengar saja jeritannya, aku membuang pandangan ke arah aku terduduk tadi. Membuntang mataku bila melihat begitu banyak kesan darah. Dengan perasaan yang tidak menentu aku perlahan-lahan melihat pahaku. Mataku membulat. Tergaman. Keluh. Rentak jantung kian tidak teratur.

“Ik..mal..” Seruku pelahan. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku terduduk kembali. Dengan wajah cemas, Ikmal mendapatkan aku semula.

“Saya akan bawa awak ke hospital.” Tubuhku segera diangkat.

“Ini semua salah kau! Aku benci kau!” Aku memukul-mukul badan Ikmal.

“Iya saya tahu, saya mintak maaf. Saya tak tahu apa yang merasuk saya sampai berkelakuan luar batas macam tu. Saya mintak maaf..”

“Lepas! Lepas!”

“Tak! Saya kena bawa awak ke hospital, saya tak nak kehilangan awak.” Tubuhku yang lemah diangkat lalu kunci kereta dicapai.

“Apa dah jadi ni Ikmal?” Suara cemas encik Riz menyambut aku dan Ikmal dari luar rumah. Dengan riak cemas dia mendekati aku dan Ikmal.

“A’ah! Tak boleh nak jelaskan. Aku kena bawa Syaz pergi hospital!” Ikmal terus saja meluruh menuju ke arah keretanya.

“Lepas! Aku nak jumpa Hairul.” Bantahku. Dengan sedikit tenaga yang masih bersisa, aku cuba untuk meronta. Walaupun kenyataannya Ikmal tidak akan melepaskan gendongannya.

“ Ada baiknya kau pakai kereta aku je.” Pelawa encik Riz. Pintu belakang kereta dibuka lalu cepat Ikmal memasukkan aku ke dalam perut kereta itu. Encik Riz mengambil tempat di bahagian pemandu. Begitu juga dengan Ikmal. Sesudah itu kenderaan itu dipandu dengan lajunya. Setelah itu aku tidak pasti apa yang berlaku terhadap aku.


bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku