Mrs.maidku
Bab 31
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(2 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
9253

Bacaan






Aku perlahan-lahan membuka mata, walaupun kabur aku gagahi juga mataku untuk terus meliar melihat sekeliling. Kelibat yang teresak-esak di hadapanku membuatkan aku memaksa mata untuk terus menjelajahi wajah itu. Terang mataku bila bayangan itu dapat aku pastikan. Dah kenapa pula ibu mertua aku menangis bagai kematian suami. Yang membuatkan aku bertambah pelik, apa pula yang dia buat di sini?

Bercakap mengenai di sini, di mana sebenarnya aku berada? Aku kembali melihat ke arah sekeliling bilik itu. Aku cuba untuk berdiri namun sengatan yang menusuk dipengkal rahimku jelas sekali menghalang aku untuk duduk. Aku menarik nafas. Rasa sakit semakin menular. Spontan tanpa aku sedar air mataku meluncur menahan rasa pedih yang teramat sangat.

“Apa mama buat kat sini?” Tanyaku perlahan. Sisa air mata di hujung tubir mataku disekahnya. Membuatkan kehairananku ditahap kronik. Dah kenapa pula dengan ibu mertua ku ni?

“Harap Syaz tabah dengan semua ni.” Dalam esak ibu mertuaku menyuarakan kata-kata. Hampir bertaut keningku.

“Tabah? Apa yang mama cakap ni? Syaz tak faham lah.” Tanyaku lagi. Agar kehairananku ini mampu aku hapuskan.

“Anak kamu.. anak ..” Tersekat-sekat ibu mertuaku hendak menyampaikan sesuatu kenyataan. Aku semakin diburu perasaan ingin tahu. Kenapa dia membabitkan anakku pula.

“Kenapa dengan anak saya mama?” Tangan separuh abadnya aku paut, lalu aku genggam erat. Berdebar aku menunggu ayat seterusnya.

“Dah takda..” Terkesima aku mendengar ayat itu. Terlepas tangan ibu mertuaku dari genggamanku. Air mata pantas menitis. Aku tidak mampu menahan air mataku. Laju saja ia mengalir. Apa muslihat di sebalik ini semua? Kenapa semakin banyak bebanan yang aku lalui semenjak aku bergelar seorang isteri.

“Ti..dak.. tidak!” Tersekat-sekat aku bersuara. Terasa bagai tersekat di kerongkong.

“Mama jangan nak tipu! Anak saya masih ada dalam ni.” Aku menyentuh perutku. Namun benar. Sudah tidak ada lagi bonjolan, hanya kempis dan rata. Aku semakin tidak menentu. Aku ramas-ramas keras perutku.

“Dah takda! Anak saya dah takda! Mama! Apa semua ni! Mana anak saya mama? Aku merintih semahunya. Wajah wanita itu aku renung dengan perasaan hiba, kacau dan tidak menentu.

“Sabar Syaz, jangan macam ni sayang.” Ibu mertuaku segera memelukku. Namun cepatku tegah.

“Tidak! Ini semua mimpi! Anak saya masih ada kat dalam ni, kan anak mama? Jawap mama sayang!” Aku meracau-racau tidak keruan. Setelah hilang kepercayaan Hairul, kini satu-satu penyembuh dukaku juga telah diambil. Telah diragut sekali hanya dalam satu masa. Tidak! Dadaku kencang, bergelora hebat. Lemah rasanya seluruh badanku. Aku geleng kepala, nafasku kencang dan semakin tidak teratur. Pantas jarum di tanganku, aku tarik. Dan bingkas bangun dari pembaringan. Namun rasa senak yang menular disegenap pelusuk tubuhku jelas sekali membantuti niatku itu.

“Auchh!” Bibirku terjerit perlahan bila perutku terasa begitu sakit sekali. Namun aku tetap berdegil. Aku harus akhiri mimpi ngeri ini. Aku harus bangun dari terus diliputi mimpi yang tidak pernah aku inginkan terjadi dalam hidupku. Malahan tidak pernah aku fikirkan sama sekali.

“Nurse! Nurse! Doktor!” Loceng kecemasan ditekan hampir berkali-kali oleh ibu mertuaku. Tanganku digenggam erat agar tidak melakukan hal yang tidak waras.

“Buat apa mama nak panggil dorang! Dorang dah bunuh anak saya!” Tengkingku. Bantalku baling ke arah nurse yang tergopoh-gapah memaut lenganku.

“Lepas! Lepas!” Rontaku bila kedua tanganku digenggam kuat oleh kedua nurse wanita itu. Ibu mertuaku hanya mampu melihatku dengan linangan air mata.

“Apa korang nak buat dengan jarum tu? Tak! jauhkan benda tu dari aku! Mama, tolong arghh!! Tak nak!” Jeritku. Sedaya upaya merentap tanganku dari dicucuk oleh picagari yang kemungkinan berisi ubat penenang itu.

“Mama kenapa dengan Syaz?” Pandangan lemah aku lemparkan ke arah suara yang menyeru namaku. Dadaku membara tatkala melihat wajah Ikmal. Dia adalah punca ini semua terjadi. Sampai mati pun aku takkan maafkan kau Ikmal. Kataku. Tapi cuma dalam hati. Bagai payah ayat itu hendakku suarakan. Kerana mataku terlalu berat dan akhirnya aku terlelap tanpa rela.



bersambung^^



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku