Mrs.maidku
Bab 32
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 31 Mac 2014
Assalamualaikum pembaca oleh kerana bnyk permintaan maka saya send sedikit teaser pendek dari bab 34.. and novel ni tak lama lagi bakal terbit^^
Penilaian Purata:
(5 orang telah menilai karya ini)

Senarai Bab :
15367

Bacaan






Aku membuang pandangan ke arah luar tingkap. Pandangan yang indah namun langsung tidak menarik minatku untuk terus memandangnya. Sudah satu minggu aku berada di hospital Likas ini. Aku nekad hendak melupakan semuanya, namun kehilangan terbesar ini betul-betul membuatkan aku rasa hendak gila. Sesiapa pun akan rasa tertekan bila kehilangan anak pertama.

Tambahan lagi, suami tiada di sisi betul-betul membuat aku tidak kuat untuk meneruskan hari-hari yang bakal menjelma. Aku meraup wajahku, air mata yang berjaya menembusi ampangan mata segera aku kesat.

Aku mengusap perutku. Perlahan-lahan air mataku kembali tumpah. Kuapan pintu bilik membuatkan kepalaku pantas berpaling. Berkerut keningku menunggu gerangan yang bakal masuk ke dalam bilikku ini.

“Kau! Keluar!” Tengkingku. Bingkas aku bangun dari pembaringan bila melihat kelibat Ikmal berdiri tepat di hadapanku. Cepat aku melarikan pandanganku keluar tingkap. Menyampah yang amat! Boleh lagi si bedebah itu tunjuk muka di hadapanku setelah apa yang dilakukan kepadaku. Memang adik dengan abang dua-duanya langsung tiada prikemanusiaan!

“Awak, saya tahu perasaan awak. Tapi tolong dengar dulu penjelasan saya.” Rayunya. Katilku dihampirinya. Memang dasar tak faham bahasa.

“Tahu perasaan aku? Apa yang kau tahu tentang perasaan aku? Inikan yang kau nak! Sekarang buat apalagi kau nak jelaskan. Ketawa lah. Tunjukkan muka suka kau tu!” Marahku. Kuat dan melengking. Tidakku pedulikan nurse yang lalu-lalang melintasi bilikku. Biar satu hospital ni tahu siapa si bedebah Ikmal.

“Awak, saya masih cintakan awak.”

“Sudah! Cukup! Aku tak nak dengar lagi Ikmal. Aku dah kehilangan segalanya. Kepercayaan Hairul, anak aku, kebahagian aku. Segalanya oleh kerana perangai kau yang tak pernah nak lepaskan aku. Sampai bila aku nak hidup senang, aku manusia biasa juga Ikmal. susah ke kau nak faham.” Rintihku.

“Iya, memang salah saya. Saya tahu. Tapi dengar dulu apa yang saya nak jelaskan. Lepas ni sumpah, saya takkan ganggu awak lagi. Saya cuma nak tinggalkan awak tanpa ada rahsia lagi.”

“ Dah aku tak nak kau melalut tak tentu. Keluar!”

“Awak tahu kenapa saya tinggalkan awak dulu?” Dia masih lagi berdegil meneruskan kata-kata. Walaupun wajahku sudah memperlihatkan yang aku tidak sudi hendak mendengarnya.

“Aku tak nak tahu!” Tanpa melihat wajah Ikmal, aku nyatakan jawapan yang sudah cukup ringkas dan padat. Aku tidak mahu tahu kenapa dia tinggalkan aku, walaupun kenyataannya dari dulu lagi aku inginkan jawapan atas semua yang telah terjadi.

“Ini semua salah ayah saya, memang malam tu saya nak jumpa awak. Tapi ayah saya kurung saya dalam bilik. Dan dia ugut saya. Sekiranya saya jumpa awak, saya takkan dapat sesen pun harta dia.”

“Hahaha! Demi harta Ikmal? Demi harta kau sanggup biarkan aku tunggu kau sehari suntuk. Demi harta kau sanggup tinggalkan aku? Kau katakan ini penjelasan? Ini bukan penjelasan Ikmal! Ini kenyataan yang bodoh! Dah, pergi! Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. aku tak nak tengok. Pergi!” Bentakku. Alasan yang tidak masuk akal. Kalau benar dia cintakan aku, dia akan sanggup lakukan apa saja. Tapi tidak, dia lebih memilih harta dari aku. Memang penjelasan yang tidak masuk akal! Aku memalingkan wajahku melihat ke luar tingkap. Tidak sudi aku hendak melihat wajahnya. Jijik!

“Memang kenyataan yang bodoh Syaz. Sebab saya terlalu tergilakan awak, Saya sanggup gadaikan cinta saya untuk selamatkan awak dan rumah anak yatim tu. Oleh kerana awak, saya sanggup asalkan ayah saya tak apa-apakan awak. Apalah sangat gadaikan cinta daripada melihat awak terseksa di tangan ayah saya. Walaupun sakit melepaskan awak, tapi saya rela. Sebab lagi sakit kalau tengok awak tinggalkan saya selamanya.” Perlahan-lahan aku berpaling mendengar dia meluahkan sesuatu yang membuat hatiku bertukar hiba. Wajahnya mendung dek air mata jantan yang tewas aku pandang dengan mata yang kaca.

“Apa maksud kau ni Ikmal? Aku tak faham..” Mendatarku pertanyakan soalan. Tanganku dicapainya lalu digenggam erat.

“Ayah saya bukan orang yang mudah untuk ditawar menawar Syaz. Dia bukan orang yang senang untuk dibawa berbincang. Tidak mudah bagi dia untuk menerima awak, apatah lagi dari rumah anak yatim. Saya pernah berdegil hendak melamar awak, tapi ayah ugut saya. Dia akan sakiti awak dan buat seluruh penghuni rumah anak yatim hidup sengsara.. kata-katanya terhenti seketika. Dia meraup wajahnya. Air mata yang tewas disekahnya.

“Saya tak sanggup awak. Sebab itu saya katakan saya dah ada orang lain. Tapi Percayalah apa yang saya kata masa kat pondok hari tu bukan lah atas kehendak saya, sedangkan hati saya hanya ada awak. Malahan selama 6 tahun saya terseksa Syaz.” Semakin lebat air mata yang menembusi ampangan matanya. Aku hanya mampu melihat kaku ke arahnya. Mati kata. Tiada yang mampu aku jawap untuk kenyataan yang baru dalam hidupku. Sungguh itu rupanya cerita sebenar. Ternyata selama ini aku hidup dengan prasangka yang buruk terhadap Ikmal. Sedangkan dia sanggup gadaikan perasaannya hanya untuk melihat aku gembira.

“Kenapa baru sekarang kau nak beritahu aku? Kenapa kau perlu tipu aku? Kau tahu tak betapa sakitnya bila kita hidup dalam prasangka yang buruk? Kau ingat aku akan bahagia bila kau berbohong dengan aku?” Bertalu-talu aku serang dia dengan soalan yang sudah lama bersarang dalam hatiku.

“Saya minta maaf. Saya tak nak awak ingatkan saya lagi, sebab hanya itu saja alasan yang mampu saya fikirkan Syaz.”

“Habis? Sekarang ni siapa yang ingat kat siapa? Kau tahu tak, kau buat aku berdosa dengan tuduh kau macam-macam. Aku rasa bersalah yang amat!” Potongku. Mata kuyunya aku renung meminta kepastian.

“Iya saya tahu, memang tak boleh dinafikan yang saya masih cintakan awak. Tapi siapa lah saya sekarang kat mata awak. Saya tahu awak takkan menduakan Hairul semudah itu. Saya minta maaf sebab hari tu, kalau awak tak nak maafkan saya pun takpa. Asalkan dapat jelaskan semua ni pun dah kira bagus buat saya.” Sambungnya lagi. Aku menyekah air mataku. Perasaanku jadi tidak menentu. Bingung dan resah. Memang aku bencikan dia kerana disebabkan dia aku kehilangan anak pertamaku.

Tapi kalau bukan kerana dia pasti rumah anak yatim al-amin tidak tegak berdiri sampai ke hari ini. Ah! Sesungguhnya hatiku sedang berbelah bagi. Ya Allah bantulah aku membuat keputusan yang betul. Aku mengangkat muka dari merenung telepak tangan bila mendengar bunyi deringan telefonnya. Cepat Ikmal mengangkat panggilan itu.

“Assalamualaikum.. ya saya. Kenapa? Oh! okey. Dalam beberapa minit lagi saya sampai.” Itu saja perbualan yang sempat aku tangkap. Sesudah itu talian terus dimatikan.

“Kau nak ke mana?” Tegurku bila dia sudah mengatur langkah hendak keluar. Dah buat aku nangis-nangis. Lepas tu nak keluar je macam tu? Ingat ni apa? Cerita ombak rindu? Pelempang kang!

“Sejam lagi saya nak berlepas ke Australia. Ayah nak saya uruskan cawangan kat sana..”

“Abang.” Seru satu suara. Cepat aku dan Ikmal berpaling bila mendengar suara itu.

“Irul.” Mendatar Ikmal menuturkan nama itu. Aku pula telan air liur. Sudah hampir berapa hari aku tidak bersua rupa dengan lelaki itu. Air mata yang berjaya menembusi ampangan mata bingkas aku sekah dari diketahui.

“Hairul, abang boleh jelaskan.” Kelam kabut Ikmal menutur kata. Aku pula hanya mampu ketip bibir.

“Tak, tak payah. Irul cuma nak tahu, betul ke apa yang Irul dengar tadi?” Aku dan Ikmal berpandangan. Sesudah itu aku mengangguk. Mungkin sudah masanya Hairul tahu hubungan silam aku dan Ikmal. Tiada gunanya lagi hendak menyimpan sejarah itu terlalu lama.

“Iya betul. Tapi Irul tak payah risau. Abang mengalah. Ternyata abang tak boleh nak lunturkan hati isteri kamu sesuka hati. Jangan marahkan Syaz. Percayalah dia takkan sanggup duakan kamu. Dan lagi satu, dia tak sama macam Qirana. Dia lain, sangat berbeza. Abang berani sumpah untuk itu. Jaga dia untuk abang, dan jangan biarkan sesiapa sakiti dia walaupun orang itu ayah.” Ujur Ikmal. Suasana senyap seketika.

“Terlebih dramatik pula drama nikan. Hahaha.. Okey lah, abang gerak dulu. Flights abang dah tak lama lagi. Jaga diri, jaga Syaz dan keluarga kita. Abang minta diri dulu.” Pinta Ikmal dengan sengihan hambar. Mungkin hendak menceriakan keadaan. Hairul terus memeluk Ikmal.

“Eh! Takkan menangis kot, abang pergi Australia lah bukannya nak pergi berperang pun. Dah-dah.. Kamu tu lelaki, buruk menangis depan pengarang jantung macam ni. Belakang Hairul diusapnya.

“Irul minta maaf.”

“Takpa, abang yang sepatutnya minta maaf sebab nekad nak goda isteri kamu. Tapi kalau kamu sakiti dia lagi, abang takkan beri peluang kedua untuk kamu. Abang rembat terus. Hahahah..” Gurau Ikmal. Sesudah itu mereka ketawa serentak.

“Abang pergi dulu. Assalamualaikum.” Ucapnya.

“Ik..” Panggilku. Cepat Ikmal berpaling.

“Iya awak?”

“Jaga diri.” Dia hanya tersenyum. Pesananku hanya dibuat angin saja. Sesudah itu dia mengatur langkah meninggalkan bilik itu.

“Awak.” Pergi saja Ikmal, Hairul terus menegurku. Glup! Air liurku telan dengan susah payah. Nak buat apa ni? Senyum? Menangis? Or pura-pura tak dengar. Tanganku dicapainya lalu dikucup. Berderau darahku. Hanya mampu memerhatikan saja aksi spontan itu.

“Syaz, maafkan abang. Abang tak tahu apa yang apa fikir masa tu. Kerana abang juga anak kita..”

“Shuss..” Potongku sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

“Saya dah maafkan abang.” Tambahku lagi. Jari telunjukku dilarikan olehnya. Kemudian jari-jemariku disulam hangat dalam dakapan jari-jemarinya.

“Tapi abang punca kita kehilangan anak kita. Abang tak layak dapat kemaafan dari Syaz. Abang rela kalau Syaz nak pukul abang. Pukul!” Tanganku dipukul-pukulkan ke badannya. Aku tersenyum kelat. Di sebalik hatiku terasa begitu sayu tatkala mengenang semula peristiwa itu. Kalau boleh nak je aku sepak betul-betul. Aku menarik tanganku lalu menampar lembut pipinya. Tergaman saja dia. Tadi nak sangat aku tamparkan. Ah! Rasa lah.

“Saya tampar abang bukan sebab saya marahkan abang. Tapi nak ingatkan abang yang ini semua takdir Allah, Allah dah tulis cantik-cantik takdir kita. Kalau semua ni tak terjadi. Abang Ikmal takkan ceritakan hal sebenar. Dan saya takkan tahu dan abang pun takkan tahu.”

“Terima kasih sayang.” Dia naik di atas katilku, aku mengesot sedikit memberi ruang untuknya. Dia duduk sambil menganding aku, aku jatuh di dadanya. Rambutku dimainkan.

“Aduh! Abang sakitlah!” Marahku. Bila terasa seperti ada rambutku yang putus. Aku dengar dia ketawa berdekit. Aku mendongah, merenung geram ke arahnya. Dia membalas renungku.

“Sorry sayang. Sejak seminggu tak jumpa ni gian pula rasanya. Hahaha..” Aku mengecilkan bola mata. Sekejap saja perangai gatalnya itu sudah muncul. Aku menolak tangannya dari memeluk aku. Lalu mengensot sedikit. Wajah sinisnya tidakku tenung. Memang ada saja akal kelelakiannya itu fikirkan. Karang aku tolak tak pasal-pasal terhenyak kat lantai macam katak.

“Janganlah takut sangat, abang main-main saja. Rindu nak bergurau dengan awak. Mari sini.” Mendengar kata-katanya, aku mengangkat kening. Dia ni kekadang bukan boleh percaya sangat.

“Takpa! Dekat sini pun boleh dengar gurauan awak.” Bantahku. Lalu menyelimut seluruh tubuhku. Entah kenapa sejak dia mengata perkataan ‘gian’ itu aku menjadi seram sejuk semacam.

“Betul tak nak?” Sengaja dia menguji. Aku berpaling kemudian mengerling semula.

“Tak nak.” Tempelakku.

“Betul ni, tak menyesal?” Dia bertanya sinis. Aku berpeluk tubuh.

“Tak!” Sepatah aku menjawap.

“Betul tak nak abang peluk?” Hairul sengaja mahu memancing aku.

“Ya!”

“Betul awak sayang saya?”

“Ya!” Jawapku sepatah.

“Awak nak saya peluk?”

“Ya.”

Hairul tergelak. Berkerut dahiku. Tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang. Damainya aku rasakan bila kehangatan tubuh Hairul jelas terasa.

“I love you.” Bisiknya, aku tersenyum. Lalu tangan sasanya aku capai dan aku eratkan lagi pelukannya.

“I love you too.” Balasku. Jari-jemariku diramas indah oleh Hairul. Rapat tersulam dalam dakapan jari-jemarinya. Kemudian dikucup mesra.

“Sayang rehatlah. Jep lagi nak masuk waktu, abang pulang solat dulu. Malam nanti abang datang sini ya.” Pintanya.

Aku hanya menganguk. Sepantas kilat dahiku diciumnya. Aku kaget. Dia senyum meleret lalu keluar dari bilik itu meninggalkan aku terkulat-kulat dengan perbuatannya.


Bersambung^^


Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku